Nuffnang

Pengikut

Blog-list Malaysia

sumber :-

Blog-list Malaysia


Ibrahim Ali Tunggu Hasil Lawatan Hadi Ke Iran

Posted: 23 Dec 2016 07:02 AM PST



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berharap kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Tehran baru-baru ini bukan kerana inginkan 'glamor'.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, berkata pertubuhan itu berharap ia dilakukan dengan ikhlas dan membawa manfaat.

Jika tidak, kata Ibrahim, kunjungan berkenaan hanya dibuat untuk Abdul Hadi menunjukkan kehebatan dan gambarnya tersiar namun tiada hasil, ia memang membazir.

"(Saya) takut, pergi hanya untuk glamour, lepas itu canang kehadirannya (di Tehran) tetapi (apabila di) sana tak bercakap, duduk diam, tukang angguk, mengeyakan saja apa yang mereka kata, tak ada faedahnya.

"Tapi kalau ada hasilnya, alhamdulillah," katanya pada sidang media sempena mesyuarat Dewan Tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata demikian mengulas tindakan presiden PAS hadir ke Muktamar Tahunan Perpaduan Ummah di Tehran yang mengumpulkan pemimpin gerakan Islam, NGO dan aktivis mewakili mazhab Sunni dan Syiah.

Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

Anggota Parlimen Marang itu juga sebelum ini dilihat begitu akrab dengan pemimpin negara terbabit di mana jurugambar merakamkan gambar Abdul Hadi berpelukan.

Bagaimanapun semalam Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyatakan pemergian Abdul Hadi adalah untuk mewakili parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata lawatan Abdul Hadi itu ada mempunyai kesan baik dan buruk.

Namun, katanya, banyak pihak tidak senang hati dengan persidangan terbabit berkaitan mazhab Sunni dan Syiah/

"Dari segi interaksi untuk mereka bertukar pendapat, berdebat, berdialog tentang isu berkaitan kepentingan umat Islam, saya tengok ada baiknya dalam aspek itu.

"Tapi ada pihak melihat, oleh kerana Iran jadi tuan rumah, penyertaan itu memberi gambaran seolah-olah kita merestui tindak tanduk Iran di Aleppo," kata Ibrahim.


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT