Khamis, 22 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Foto Jamal Bergaduh Dengan Ratu Naga Gara-Gara Air

Posted: 21 Dec 2016 11:19 PM PST



Nampaknya kisah Datuk Seri Jamal Md Yunos dan air belum berakhir lagi, keadaan kembali panas apabila seorang wanita bernama Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ratu Naga' telah pergi ke rumah Jamal hari ini dengan membawa air untuk 'memandikan' beliau.

Menurut Ema, dia dan beberapa NGO telah pergi ke rumah jamal kira-kira jam 10 pagi tadi untuk menghantar bantuan air ke rumah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

"Tapi bila tiba sana jamal bersama 30 orang dia kepung saya dan saya turun sorang dari kereta sebab nak hantar bantuan air. Kemudian orang jamal campak air lari dan mula bergelut dengan sambil baling telur. "

"Berlaku pergaduhan di situ dan saya tetpaksa bergelut dengan orang jamal sambil dilindungi suami saya. Tapi saya tak beranjak dan tetap bergelut. Mereka kata jangan kacau jamal jangan kacau jamal."

"Jamal boleh campak berbaldi-baldi air serta tepung dan telur pada saya tapi Jamal kata tak ada air kat rumah dia."

"Saya tak faham kenapa bila kami nak hantar air jamal buat macam ni? Jadi selama ini jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatian bila kala kami ngo kebajikan nak hantar air," jelas beliau di laman Facebook.


Sementara itu, memetik laporanSinar Harian, Jamal berkata, kedatangan dia Ratu Naga ke rumah beliau dengan hanya membawa sebotol air, adalah satu penghinaan.

Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia berkata demikian berhubung insiden kekecohan yang berlaku di hadapan rumahnya di Ampang, pagi ini.

"Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.

"Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah,"katanya.

Beliau dalam itu berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipolitik atau dipermainkan kerana isu air ini adalah perkara serius.

"Mereka sepatutnya berbincang dengan pemimpin mereka untuk menyelesaikan isu air ini, bukan hendak main politik," katanya lagi sambil menambah beliau bukan hendak membuat gimik politik berkenaan isu air ini.

"Ini masalah rakyat Selangor, sudah lima hari air di rumah saya tiada ini bukan main-main, kamu semua boleh datang sendiri ke rumah saya tengok," katanya. -Siakapkeli.my


Lim Kepada Nazri: Ingat Masa Depan Anak Cucu Kita

Posted: 21 Dec 2016 03:14 AM PST



Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan alasannya untuk terus aktif dalam politik dan tidak menghabiskan masa bermain dengan cucunya walaupun hampir mencecah usia satu abad, seorang lagi 'datuk' mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Lim Kit Siang berkata, beliau sedang memikirkan bukan sahaja mengenai cucu-cucunya, tetapi tentang masa depan semua rakyat Malaysia.

Dalam nada menyindir, pemimpin DAP itu mengucapkan terima kasih kepada Nazri kerana mengambil berat tentang kebajikannya dengan mencadangkan beliau meluangkan sisa-sia hidupnya 'bermain' dengan cucunya.

"Tetapi Nazri tidak salah, kita tidak boleh hanya memikirkan cucu kita, tetapi juga tentang cucu semua rakyat Malaysia.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira usia, kaum, agama atau wilayah, untuk mengambil berat tentang kebajikan negara dan harus membabitkan diri dalam memastikan negara ini menjadi tempat yang lebih baik untuk cucu dan anak-anak kita," katanya.

Lim juga mendedahkan beliau telah berkongsi cadangan Nazri di Facebook, dan majoriti pengulas menggesanya supaya tidak menghiraukan 'nasihat' menteri itu.

Masalah agama

Ahli parlimen DAP yang berusia 75 tahun itu turut mengimbas masa silamnya dengan berkata keadaan Malaysia semasa dirinya adalah seorang budak sekolah cukup berbeza dengan keadaan hari ini.

Ketika itu, beliau berkata, tidak ada masalah agama yang ketara.

"Tetapi hari ini, polarisasi agama berserta polarisasi kaum menjadi antara ancaman besar kepada proses pembinaan negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.

Lim juga mendakwa bahawa apabila beliau berada di bangku sekolah, rasuah adalah satu gejala yang jarang berlaku.

"Tetapi hari ini, Malaysia membezakan dirinya menjadi kleptokrasi global, tumpuan tindakan kleptokrasi terbesar oleh Jabatan Keadilan (DOJ) berhubung puluhan juta dolar wang 1MDB yang digubah secara haram," katanya.

Mengenai pendidikan, Lim berkata semasa di bangku sekolah, sistem pendidikan negara, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, adalah antara yang terbaik di dunia.

"Hari ini, Malaysia didapati menipu dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2015 menyebabkan negara dikecualikan daripada ranking Pisa 2015 untuk matematik, sains dan sebagainya walaupun kita tidak mempunyai kesukaran apabila mengambil bahagian dalam ujian Pisa yang dianggap sebagai laporan sekolah dunia, pada tahun 2009 dan 2012.

"Bagi pendidikan universiti, kita terjerumus dari piawaian bertaraf dunia sehingga ke tahap kita terpaksa memilih pembekal rangking universiti bagi memastikan universiti di Malaysia tidak dikecualikan," katanya.

Negara gagal, penyangak

Dari segi ekonomi, Lim berkata Malaysia hilang tempatnya semasa zaman Merdeka apabila ia adalah negara paling maju di Asia selepas Jepun.

Malaysia, bagaimanapun, sejak tewas kepada negara-negara seperti Korea Selatan dan Taiwan yang jauh lebih mundur daripada Malaysia pada tahun lima puluhan dan kini menjadi negara maju dan makmur.

"Belum lagi Jepun, Singapura dan Hong Kong yang begitu jauh meninggalkan kita. Lebih memalukan, Malaysia adalah dalam bahaya bakal dipintas oleh Vietnam dan Thailand manakala negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Myanmar merapatkan jurang mereka dengan Malaysia," katanya.

Lim mendakwa Malaysia kini dalam bahaya menjadi sebuah negara gagal dan penyangak.

"Kita tidak mahu cucu kita membesar menjadi rakyat sebuah negara gagal dan penyangak - ini adalah mengapa 'datuk dan nenek' hari ini mesti memainkan peranan mereka untuk menyelamatkan Malaysia," katanya.

- mkini


Tiada ulasan: