Selasa, 20 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Nazri: Daim Hidup Dalam Nostalgia Zaman Diktator Tun M

Posted: 19 Dec 2016 11:57 PM PST



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin hidup dalam nostalgia di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pemimpin di era itu takut untuk bersuara kerana Dr Mahathir merupakan seorang diktator.

"Mungkin Daim hidup dalam nostalgia kerana pada ketika itu beliau adalah menteri kewangan di bawah pemerintahan diktator, ia sedikit nostalgia kan.

"Tapi (ketakutan untuk bersuara) tidak berlaku di zaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kita sangat terbuka.

"Pada era itu, orang takut nak bersuara kerana kita semua tahu Dr Mahathir adalah diktator yang sama tahap dengan (Robert) Mugabe," katanya dalam sidang media selepas merasmikan pameran wayang kulit bertajuk Nusantara di Muzium Negara.

Nazri berkata demikian ketika ditanya mengenai luahan Daim berkaitan krisis ekonomi negara dan penyelesaiannya dengan menyebut cara kerajaan mengawal ekonomi negara amat cetek, malah ekonomi negara dijana oleh hutang.

Daim turut mencadangkan satu jawatankuasa baru berkaitan ekonomi yang terdiri dari mereka berkaliber dengan kepakaran teknikal dan berani bercakap benar.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga anggota majlis tertinggi (MT) Umno itu berkata, pihaknya tidak memerlukan jawatankuasa baru kerana kerajaan sememangnya peka terhadap ekonomi.

"Tidak semestinya, termasuk masa zaman dia menjadi menteri kewangan ekonomi juga jatuh. Tak perlu jawatankuasa baru tapi kita akan selesaikan sendiri…ia menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat perkara itu," katanya.

Ekonomi berada dalam keadaan tidak memuaskan apabila mata wang tempatan mengalami kejatuhan.

Selain itu, negara turut berhutang RM55 bilion dengan syarikat dari China bagi membangunkan landasan kereta api elektrik di Pantai Timur.

Termasuk pinjaman RM42 bilion untuk 1MDB, hutang RM50 bilion pembinaan keretapi berkelajuan tinggi antara Malaysia dan Singapura yang menjadikan kesemuanya sebanyak RM160 bilion.


'BN tetap menang walau ramai tak sokong Najib'

Posted: 19 Dec 2016 05:45 PM PST



Barisan Nasional (BN) tetap akan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang sekali gus mengekalkan kuasa sebagai pemerintah meskipun ada yang mendakwa negara kini berdepan dengan krisis keyakinan rakyat semakin kronik.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana terlalu banyak faktor yang membantu kemenangan BN.

"Melalui kaji selidik yang dibuat 90 peratus rakyat tolak Najib, semua tolak Najib, budak sekolah pun tolak Najib.

"Tapi dia kata BN tak akan kalah. Pelik tak?

"Sebab pilihan raya ini saya nak bagi tahu bukan semata-mata isu, bila datang pilihan raya ia banyak sebab seperti jentera pilihan raya, cara kempen di mana untungnya BN dia menguasai media dan kerajaan, polis dan tentera ikut dia (BN) dan pengundi di Malaysia ini pula berterabur dengan macam-macam latar belakang geografi," kata Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersamaMalaysiakini dan sebuah lagi portal berita di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.

Ibrahim berkata demikian mengulas apakah BN mampu bertahan dan terus kekal berkuasa pada PRU akan datang dengan krisis keyakinan rakyat yang semakin kronik hari ini.

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin kelmarin dilapor sebagai berkata kerajaan perlu segera menangani ketidak yakinan rakyat kerana ia sudah berada pada tahap kronik.

Kata Tun Daim, krisis tersebut perlu diatasi segera kerana tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, amat sukar bagi kerajaan menyelesaikan masalah lain terutama yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata apa yang dinyatakan itu benar tapi untuk rakyat tidak memilih BN dan mengundi pembangkang tidak akan berlaku.

"Memang ada krisis, krisis keyakinan rakyat yang Tun Daim cakap ini menyebabkan rakyat betul-betul menolak BN.

"Kalau orang tak sokong BN sebab harga barang naik, 1MDB atau krisislah, ia betul. Tetapi pada masa yang sama walaupun ada yang tak puas hati semua ini (krisis) dia tidak sanggup lagi undi pembangkang kerana mereka pun berkecamuk," kata Ibrahim.

Tambah, Ibrahim yang juga bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu kemenangan BN juga turut dibantu pengundi luar bandar yang merupakan deposit tetap BN.

"Pengundi di Kelantan dan Johor lain, daripada 122 kerusi BN sekarang ini yang pasti BN menang 122 dan masih kerajaan lagi.

"Sebab macam kerusi-kerusi Felda, luar bandar yang ada kerusi Melayu yang masih berharap kepada kerajaan. Ini Najib pandai, RM200, RM300, RM500 untuk pekebun getah, untuk nelayan.

"Sebab itu pada pilihan raya undi boleh lari lagi 5 peratus," tambah Ibrahim.


Tiada ulasan: