Isnin, 12 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PKR Yang Patut Nasihatkan AMANAH, Kata PAS

Posted: 12 Dec 2016 12:13 AM PST



Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sepatutnya menasihatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) agar tidak bertanding untuk menentang PAS di Kelantan, kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.

Idris berkata demikian sebagai mengulas nasihat Nurul Izzah kepada PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.

"Kalau nak nasihat Pas, nasihat sekali 'kawan dia' DAP, AMANAH.. .beritahu jangan cuba jatuhkan PAS di Kelantan.

"Kami (PAS), tetap fokus lawan BN (Barisan Nasional), jadi jangan hentam PAS sangat...PAS tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang PAS, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik," katanya, memetik laporanSinar Online.

Sebelum ini, anggota Parlimen Lembah Pantai itu dilaporkan sebagai berkata, PAS perlu fokus melawan BN kerana sekiranya meneruskan hasrat itu, ia dikhuatiri mengelirukan para pengundi.

"Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN.

"Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka," kata Nurul Izzah selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam baru-baru ini.

PAS Permatang Pauh dilaporkan mahu bertanding di kawasan Parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya dalam pilihan raya umum depan.

DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.

Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad dilaporkan berkata umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS.

Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi, PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, AMANAH Pulau Pinang dilaporkan turut berminat bertanding di Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat PAS.

Mengulas lanjut, Idris berkata, PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan menentang BN.


PAS Semakin Keliru Dan Celaru

Posted: 11 Dec 2016 05:45 AM PST

PAS anjur 'ceramah mega' pembangkang tanpa DAP, AMANAH



PKR dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) akan menyertai PAS pada ceramah malam esok, sehari sebelum Pakatan Harapan (HARAPAN) bermesyuarat mengenai penyertaan BERSATU dalam gabungan itu.

'Mega ceramah' tersebut - seperti yang tertera pada bahan promosi bagi acara itu- akan menampilkan penceramah daripada ketiga-tiga parti dan Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Ceramah tersebut merupakan anjuran Badan Perhubungan PAS Selangor dan akan berlangsung di tapak pasar malam Paya Jaras pada pukul 9 malam.

Lokasi itu berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaya yang diwakili ADUN, Khairuddin Othman daripada PAS.

Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad berkata parti-parti yang dijemput adalah parti yang mempunyai "hubungan politik" dengan PAS.

"Sebelum ini pun kita ada jemput PKR, IKATAN dan BERSATU ke ceramah kami, jadi ini bukan perkara baru.

"Kali ini, memandangkan 2017 adalah tahun pilihan raya, kita merasakan perlu mengadakan satu acara yang besar," kata Iskandar kepadaMalaysiakini ketika dihubungi.

Beliau berkata ceramah itu merupakan peluang kepada keempat-empat parti untuk "membentangkan penyelesaian mereka kepada rakyat".

DAP, AMANAH tidak dijemput

Mengenai kenapa DAP, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor bersama-sama PAS dan PKR tidak dijemput, Iskandar berkata, keputusan parti itu pada tahun 2015 telah memutuskan hubungannya dengan DAP.

"Kami mempunyai hubungan politik dengan BERSATU dan PKR, tetapi muktamar kami pada tahun 2014 memutuskan semua hubungan politik dengan DAP. Jadi itulah sebabnya DAP tidak dijemput, "katanya.

AMANAH, satu lagi parti yang mempunyai anggota penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri Selangor, juga tidak dijemput.

Mengenai sama ada parti-parti yang diwakili pada ceramah itu akan menandakan satu pakatan politik baru, Iskandar menjawab tidak.

"Ia hanya ceramah. Kami tidak menandatangani MOU. Ia seperti menjemput orang untuk makan tengah hari atau makan malam. Ini tidak bermakna anda mahu berkahwin dengan mereka," kata Iskandar.

Minggu lalu, Ketua Sekretariat Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata mesyuarat hari ini akan membincangkan bagaimana PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU akan memuktamadkan kerjasama mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Tiada ulasan: