Khamis, 1 Disember 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Video: Najib Berdoa, Perwakilan Menitiskan Airmata

Posted: 30 Nov 2016 09:45 PM PST



1MDB: Bekas Pegawai Tinggi Polis Buat Laporan Terhadap AG

Posted: 30 Nov 2016 06:49 PM PST



Seorang bekas pegawai tinggi polis telah membuat satu laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa berhubung penyiasatan ke atas 1MDB.

Ini selepas Pejabat Peguam Negara mengarahkan bahawa "tiada tindakan lanjut" (NFA) diambil ke atas laporan polis yang dibuatnya sebelum ini pada 24 Oktober.

Dalam laporan terbarunya - yang difailkan pada 21 November - Datuk Mat Zain Ibrahim, yang pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, mendakwa arahan NFA itu datang dari Apandi.

Malaysiakini telah melihat salinan surat bertarikh 7 November yang ditandatangani oleh Ketua CID Kuala Lumpur sekarang, Rusdi Mat Isa memberitahu Mat Zain bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengklasifikasikan laporannya pada 24 Oktober sebagai NFA berkuatkuasa 1 November, kira-kira seminggu selepas laporan itu dibuat.

Laporan 24 Oktober itu, yang memetik saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika untuk mendapatkan AS$1 bilion yang didakwa dicuri dari 1MDB, mencadangkan terdapat "bukti kukuh" untuk menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan adiknya, pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Mat Zain juga mengaitkan Nazir dalam laporan polis 24 Oktober itu terhadap kemungkinan kesalahan di bawah Seksyen 411 atau Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana "menerima atau melupuskan harta dicuri".

Ini berikutan pengakuan Nazir kepada Wall Street Journal, telah menerima AS$7 juta dari Najib dan mengagihkannya kepada ahli-ahli politik parti pemerintah parti sebelum pilihan raya umum ke-13.


PAU Medan Untuk Kutuk Mahathir

Posted: 30 Nov 2016 04:58 AM PST

Tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin khianat


ATIRAH HASLI


KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin terdahulu yang mengkhianati parti.

Ini kerana menurut Ketua Wanita Umno Silam, Sabah, Mizma Appehdullah, ia sememangnya tanggungjawab pemimpin yang memimpin parti dan kerajaan ketika itu.

"Kita menghargai sumbangan pemimpin terdahulu dengan negara. Mereka yang dulunya yakin bahawa tanggungjawab sebagai orang Umno itu adalah menjaga hak serta keunggulan bangsa hari ini, sanggup berpelukan dengan individu yang melaungkan kebencian mereka kepada kepimpinan negara.

"Mereka bertindih paha, berhantuk lutut dengan orang yang paling benci kepada pembelaan umat ini. Mereka bertutur senda dengan orang yang paling jahil dan sering mempersendakan agama.

"Mereka berkongsi pentas pada pentas yang pernah menuduh mereka zalim, diktator dan kuku besi suatu ketika dahulu," katanya ketika membahas ucapan dasar, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil.

Katanya lagi, parti tidak boleh memandang ringan serangan demi serangan yang  datang dari musuh tradisi, khususnya daripada bekas rakan seperjuangan Umno sendiri.

"Mereka yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir.

"Mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin Umno ini juga mempunyai pengalaman yang lama dalam parti. Segenap kelebihan dan kelemahan Umno mungkin akan dipergunakan untuk survival agenda politik mereka," katanya lagi.


Tiada ulasan: