Rabu, 7 Disember 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Buat aduan palsu kepada polis pun boleh jadi senator...

Posted: 07 Dec 2016 05:00 AM PST


  Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi ini, beberapa bulan lalu, telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

 Dakwanya, ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

 Tuduhan terhadap tiga penama di dalam laporan polis Azwan amat serius, iaitu kesalahan terhadap negara yang mana ia adalah suatu kesalahan keselamatan yang akan dikendalikan melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma. Ini amat serius, bukan perkara main-main yang boleh diandaikan.

 Polis yang menyiasat, akhirnya membuat kesimpulan atau keputusan laporan Khairul Azwan adalah tidak berasas malah tidak dibuktikan dengan apa-apa dokumen atau bukti walau pun Khairul menyatakan ia "bukan dakwaan semata-mata tanpa asas".

 Sewajarnya Azwan dikenakan tindakan dan didakwa di bawah peruntukkan Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada seorang penjawat awam dengan mulut atau bertulis yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu.

 Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

 Seksyen 499 Kanun Keseksaan melibatkan kesalahan memfitnah untuk merosakkan nama baik seseorang yang menyebabkan seseorang itu dipandang menjijikkan dan keji. 

 Rupa-rupanya Azwan ini bukan sahaja dilepaskan begitu sahaja, tetapi anugerah istimewa telah menunggunya. Dan hari ini dia dilantik sebagai seorang senator!

PEMUDA PAS CUBA TUTUP ISU KELEMAHAN PENGENDALIAN KES ORANG ASLI DAN HUTAN SIMPAN

Posted: 06 Dec 2016 11:30 PM PST


Tindakan Pemuda Pas Kelantan membuat laporan polis kononnya 4 individu telah melakukan fitnah kepada Kerajaan Negeri Kelantan adalah tindakan terdesak untuk cuba menutup kelemahan kerajaan Pas Kelantan mengendali kes Orang Asli dan Hutan Simpan di negeri itu.

  Aktivis Syam Ghaz hari ini  telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Balai Polis Kubang Kerian. Beliau berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah dan membuat tuduhan tidak berasas.

  Langkah Kerajaan Islam Pas yang bertindak kejam dengan menangkap 54 Orang Asli dan merobohkan blockade yang mereka dirikan kerana membantah pencabulan hutan simpan oleh pembalak-pembalak telah mendapat perhatian dan simpati rakyat di media sosial selepas netizen memviralkan tangisan beberapa keluarga Orang Asli yang ditangkap 

 Berikut penjelasan lanjut daripada aktivis Syam Ghaz mengenai perkara tersebut :

Laporan Polis Ketua Pemuda PAS Cawangan Sri Guchil / Kg Gatal KUALA KRAI didalangi PEMUDA PAS KELANTAN dan Si Pelapor adalah kenalan baik Sdr Nazman Che Iberahim, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, beliau juga merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Kuala Krai.

 [Gambar individu yang melapor bersama-sama Nazman dilampirkan]

 Pihak kami telah membuat semakan di Kuala Krai, mendapati pemilik FB Mohd Nasron Haron ahli PAS telah membuat laporan polis kepada 4 individu kerana dituduh melakukan fitnah kepada Kerajaan Negeri Kelantan. 

Pihak saya menafikan bahawa kami telah melakukan fitnah kepada Kerajaan Negeri. Kerana kami dari komuniti Badan Gabungan Aktivis Alam Sekitar Kelantan Malaysia [BUMI] membantu orang asli dari segi siasatan kes yang berlaku dalam kawasan Blockade Gua Musang sahaja, untuk kepastian pihak kami dan orang awam. 6 Hasil kajian kami mendapati;

 1. 7,000 penduduk orang asli terlibat dalam kawasan bantahan mereka, terdapat 40 buah kampung dan 4 Pos terlibat iaitu:

 i. Pos Pasik 
ii. Pos Gob 
iii. Pos Tohoi 
iv. Pos Simpor

 - Bantahan mereka berasas. 

2. Berlaku aktiviti membabitkan seperti suapan kepada Penghulu JKKOA Pos Gob, apabila sebuah Hilux nombor pendaftaran BMG 3436 diberikan oleh syarikat pembalak kepada orang asli untuk membenarkan aktiviti pembalakan di kampung mereka. Tindakan ini diketahui penduduk orang asli lain dan mereka bantah tindakan penghulu, sebab inilah jadi punca bantahan. Gambar Hilux dilampirkan. Laporan kepada SPRM telah dilakukan. 

3. Penghulu JKKKOA telah membuat Surat kepada Kompleks Perkayuan Kelantan Sb (anak syarikat Kerajaan Negeri) dan Sykt Pembalak RM3 JUTA, Laporan SPRM pihak kami telah lakukan. 

4. Di Pos Gob, Hutan Simpan Balah memang ada salahlaku ketara membabitkan; 

i. Pembalak SONDOL kubur ayah orang asli, tindakan ini menyebabkan kemarahan orang asli dan salah dari segi EIA - Impak Alam Sekitar. Laporan Polis juga telah dibuat oleh orang asli tersebut. 

ii. Pembalak telah melakukan Tebangan luar kawasan dibenarkan Jabatan Perhutanan Kelantan, iaitu diluar garisan yang ditetapkan. Pihak BUMI telah mengunakan Teknologi DRONES bagi melihat dari udara dan pergi ke lapangan, memang SAH. Laporan ke SPRM juga telah dilakukan. 

5. Berlaku Aktiviti Ladang Hutan dan Ladang TLC yang ketara, berhampiran Kampung Orang Asli, pembukaan ladang mengamalkan Sistem Tebang Habis @ Cuci Mangkuk, ia memang telah memusnahkan Hutan Simpan berhampiran kampung mereka, menjejaskan sumber pendapatan mereka berasaskan hutan, menyebabkan air sungai menjadi keroh, dan haiwan liar mengangu kampung mereka apabila hutan dimusnahkan. 

6. Berlaku pembukaan Ladang Hutan setentang dengan Gua Cha, Pusat Arkeologi yang berusia lebih 10,000 tahun, tebangan rapat ke gigi sungai juga telah menyebabkan Air Sungai Keroh macam TEH TARIK!

 Jika tiada tindakan dan laporan dari pihak kami, rasanya isu ini Dunia Luar tidak akan buka mata dan anggap isu ini remeh.

 Adalah menjadi tangungjawab kami yang ber IC "03" untuk mempertahankan Rakyat Kelantan iaitu Orang Asli dan Alam Sekitar kami untuk generasi masa depan keturunan kami.

 Perbuatan Laporan Polis oleh Pemuda Pas nampak sangat berniat serong untuk alih perhatian media kepada isu bantahan orang asli sekarang, selepas Netizen Media Sosial Viralkan tangisan Orang Asli, selepas 54 orang asli ditangkap dalam tempat mereka berada situ ribuan tahun dulu.

 Apakah salah Orang Asli hingga mereka diperlakukan sedemikian rupa? Tiada belas Ehsan kah PAS Kelantan kepada Rakyat Kelantan? Mereka juga rakyat Kelantan. Janganlah kalut duk bantu Rohingya shja, hingga rakyat dibawah tangungan sendiri diabaikan.

 Harini saya berada di Balai Polis Kubang Kerian, kerana ada urusan untuk failkan report, lepas ini saya akan rujuk peguam saya untuk ambil tindakan undang-undamg siapa siapa yang fitnah dan membuat tuduhan tidak berasas kepada pihak kami.

 Harini juga Orang Asli di Lojing dan Balar Gua Musang, membuat Semakan di Mahkamah Kota Bharu kerana Aktiviti Pembalakan Melampau di Kawasan mereka.

 Ayuh kita bantu Orang Asli yang ditindas dan Selamatkan Hutan Kita. Move Foward!

Anak Klate Saye Hute

Syam Ghaz
Aktivis BUMI
Pengerusi Jk Penaja ROYALTI MALAYSIA
Balai Polis Kubang Kerian
 7 Disember 2016 ~ sumber

Wala' Zahid Hamidi kepada seorang Kleptokrasi ..

Posted: 06 Dec 2016 08:00 PM PST


 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan wala'nya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dihadapan perwakilan parti itu dan beliau tidak akan sesekali derhaka kepada ketuanya.

  "Wala' ertinya taat ... Kita sebagai perwakilan bukan sahaja di dewan (Pusat Dagangan Dunia Putra), di luar dewan, di kampung, wala' kita tidak berbelah bahagi, wala' kita wala' yang ikhlas," katanya.

  Kenyataan Zahid ini seolah-olah menganggap Najib sebagai seorang Nabi yang wajib ditaati tanpa berbelah bagi! 

 Mungkin inilah pengajaran yang Zahid dapat timba setelah berkawan baik dengan Hj Hadi, manusia yang dianggap suci oleh pengikut-pengikut Pan- Malaysia Islamic Party (Pas)

 Kenyataan Zahid yang seolah-olah cuba menyamakan Najib dengan Nabi Muhammad SAW telah mengundang Tun Dr Mahathir mengulas secara sinis dengan berkata: "Nabi pun tidak mempunyai 2.6 bilion dalam akaunnya".

 Tiba-tiba ada pula NGO yang vangang gi buat laporan polis tuduh Mahathir buat kenyataan memperlekehkan dan menghina nabi!

 Tun Dr Mahathir pula yang dituduh menyamakan Najib dengan Nabi Muhammad?? Bingai sunggoh puak-puak Ngo nih!

 Dalam al-Quran, Allah perintahkan orang-orang beriman supaya taat kepada Allah dan taati Rasul sebagai taat yang tidak berbelah bahagi - dengar dan taat!

"Hai orang-orang yang beriman, athî'ûllah dan athî'ûr-Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu....."  (QS. An-Nisa [4] : 59).

 Tetapi untuk mentaati ulil amri, frasa athî'û dihilangkan... kerana ketaatan kepada ulil amri, perintah taat itu disyaratkan tidak dalam perkara maksiat.

لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ 
 Tidak boleh ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah 'Azza wa Jalla. (HR Ahmad dari Ali ra). 

Saya tertarik dengan kenyataan YB Pokok Sena, Mahfuz  Omar :
Prinsip walak wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan dalam konteks Umno iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah perdana menteri.

Mahfuz mendakwa sistem dalam Umno itu mirip kepada kesetiaan dalam kumpulan kongsi gelap "yang menjalankan kegiatan haram yang juga memaksa ahli kumpulannya setia bersama ketua kumpulan."

"Seperti ahli kumpulan mafia yang belot atau khianat (tak walak) kepada ketua dan kumpulan akan dihapus," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Maka perkara yang sama berlaku dalam parti politik Umno apabila mereka yang bercakap benar menegak yang makruf dan menentang yang mungkar dilakukan pemimpin Najib dianggap tak walak pada presiden dan dihapuskan (pecat)."

Beliau justeru mengingatkan bahawa ketaatan dan kepatuhan sepatutnya diberikan kepada perkara dan tidak melanggar syarak, bukan ketaatan membuta tuli.~ sumber

Adakah layak isteri seorang Kleptokrasi diberi gelar sebagai Ummul-Mukminin?

Posted: 06 Dec 2016 05:23 PM PST


 Poster Wanita Umno Malaysia yang meletakkan Rosmah Mansor dan Shahrizat Jalil yang kononnya mereka ini mewarisi tugas-tugas Ummul-Mukminin, isteri Nabi. Rosmah Mansor dan Shahrizat setaraf Ummul-Mukminin....??

 Poster tersebut telah ditampal di sekitar Kuala Langat, Selangor. Seorang penduduk telah memuat naik gambar tersebut di laman sosial Facebook. ~ sumber
"Ya Allah, mereka berdua contoh teladan kami. Engkau Peliharakanlah mereka, kurniakan kesihatan untuk mereka agar dapat mereka meneruskan tugas sebagaimana ummu Mukminin, Isteri Nabi-Nabi dan As-Solafussoleh. Perkenankanlah Doa Kami Ya ALLAH.. AMIN." – Daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
UMMUL Mukminin merupakan gelaran yang diberikan kepada para isteri Nabi Muhammad SAW. Jika ditinjau daripada segi bahasa, Ummul Mukminin bererti 'ibu orang beriman.' Gelaran itu menunjukkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW ialah perempuan yang terpilih dan dimuliakan Allah SWT.

Gelaran itu ditetapkan Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat enam yang bermaksud: Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka…

Jelas bahawa Ummul-Mukminin adalah gelaran yang hanya diguna pakai kepada isteri-isteri Nabi.

 Adakah layak isteri seorang Kleptokrasi diberi gelar sebagai Ummul-Mukminin? Apatah lagi seorang makcik yang pernah bergelumang dengan skandal lembu kondo feedlot!

Selanjutnya, dalam surah yang sama ayat 53 Allah SWT menetapkan bahawa para isteri Nabi Muhammad SAW tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah Nabi Muhammad SAW wafat .... yang ini aku setuju sangat - Dua orang makcik ini tidak boleh dikahwini oleh sesiapa pun setelah mereka jadi Mak Janda Kaya ; bukan sebab mereka isteri Nabi tetapi kerana mereka berdua ni perempuan yang mempunya selera yang expensive dan jenis gemar berbelanja boros! 

Tiada ulasan: