Isnin, 19 Disember 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Lawatan Hj Hadi ke Iran - Satu lagi pembohongan ....

Posted: 19 Dec 2016 08:49 AM PST

Sayangnya paparan diatas ini di sini sudah jadi 'Page not found'
  Setpol Hj Hadi menulis di Harakah Daily menjelaskan tentang pemergian Hj Hadi ke Iran secara ringkasnya adalah atas tiga perkara pokok berikut :

1) Adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi)

2) Telah memaklumkan pemergiannya kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke KL bulan lepas. Jadi tak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. 

3) Hj Hadi akan membangkitkan isu yang berlaku di Syria.

 Semua dakwaan yang dinyatakan oleh setpol Hj Hadi ternyata bohong apabila tersibar kenyataan dari Ibu Pejabat Kesatuan Ulama Muslimin di Qatar , Doha sebentar tadi yang telah menyangkalnya :

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Membantah Lawatan (Abdul Hadi) Awang Ke Tehran

 Lawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Iran Tidak Mewakili Kesatuan Ulama Islam.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang diketuai Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah keras lawatan Syeikh Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden Parti Islam SeMalaysia ke Iran baru2 ini.

 KUIS melahirkan rasa hairan terhadap masa lawatan itu, iaitu pada masa Iran memainkan peranan jahat dan membunuh kekuarga kita di Halab / Aleppo khasnya dan Syria amnya, di samping peranan dan ketamakan Iran terharap wilayah2 kita termasuk Iraq dan Yaman.

 Serentak dengan bantahan ini, KUIS menganggap lawatan tersebut adalah lawatan yg tidak sah daripada mana2 kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa selain orang yang melaksanakannya. KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi Awang menilai semula secara sendiri lawatan yang tidak direstui ini sama ada pada sempenanya dan juga pada tempatnya!

 Apabila KUIS berusaha demi kesatuan umat Islam, ia mengambil pendirian yg jelas terhadap ketamakan sektarian yang dilakukan Iran dari satu aspek, dan ia tidak lupa peristiwa2 yang dilalui umat Islam, sungai2 darah yang mengalir di Halab / Aleppo dan jutaan mangsa bunuh, cedera, terpenjara, pelarian daripada kalangan orang2 Syria di merata tempat. (Terjemahan oleh Dr Rozaimi Ramle)

Dr Rozaimi Ramle : Kenyataan rasmi dari Kesatuan Ulama Dunia mengkritik lawatan Naib Presidennya Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Dr Yusuf al-Qaradawi dan Syeikh Qurrah Daghi berkata lawatan beliau tidak tepat pada masanya dan pada tempatnya memandangkan isu di Halab dan peranan Iran dalam kekacauan di rantau Asia Tengah.

 Kepada siapa yang suka guna nama Kesatuan Ulama Dunia secara semberono dan bohong, insaflah.

 Apa yang penting pendirian Ketua Kesatuan Ulama Sedunia (Dr Yusuf al-Qaradawi) dan Setiausahanya (Syeikh Qurrah Daghi) senada dengan apa yang saya utarakan. Maka saya tidak bersendirian dalam isu ini.

Alhamdulillah.

Abdul Rahman Sayuti : Setelah bertabayyun sendiri dengan Ibu Pejabat Kesatuan Ulama Muslimin di Qatar , Doha tadi, saya bertanya sendiri kepada PIC hubungan luar mereka dan staff2 mereka yang lain , kesemua mereka tidak tahu menahu pun perihal pemergian TGHH ke Tehran menghadiri majlis disana apatah lagi menghadiri majlis maulid disana.

Malah mereka menambah lagi bahawa kepada ahli Ittihad ulama tidak sepatutnya kesana serta dilarang ke Tehran.. Persoalan disini adalah , adakah pemergian TGHH atas kapasiti Kesatuan Ulama Muslimin atau atas kapasiti peribadi beliau ?...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia oleh Syeikh Yusuf Qardawi sendiri serta Syeikh Dr Ali Qaradaghi , menyelar pemergian TGHH ke Tehran ..

Disamping lawatan tersebut tidak langsung mewakili Kesatuan Ulama tersebut . Kesatuan juga meminta supaya TGHH bermuhasabah terhadap ziarah yang dilakukannya ...

Eloklah Azmin dan kartelnya bergabung sahaja dengan PAS.

Posted: 19 Dec 2016 04:30 AM PST


 Tian Chua dan Dr Afif Bahardin dari PKR akan  bersama dalam program ceramah anjuran Pemuda Pas pada 29 Dis di stadium di Kota Bharu. Selain mereka berdua, akan turut disertai dua pemimpin dari parti Bersatu.

 Nampaknya penyertaan mereka dari PKR dan Bersatu dalam majlis anjuran Pas ini menunjukan mereka terus keliru apabila masih mengharapkan Pas menyertai mereka.

 Kita berharap PKR dan Bersatu tahu menghormati dan bertegas untuk bersama Pakatan Harapan setelah baru sahaja memetrai perjanjian.

 Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.

Tian Chua seringkali membuat kenyataan bahawa pembangkang susah nak menang tanpa sokongan Pas. Sementara Dr Afif baru-baru ini mencadangkan agar PKR dan AMANAH begabung.

 Terkini, Datuk Seri Azmin Ali berkata, pnggabungan PKR dan Amanah wajar dipertimbangkan.

 Memberikan contoh penggabungan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti Keadilan Nasional sebelum ini (bergabung menghasilkan PKR), Azmin berkata, kalau kita gabungkan (PKR dan Amanah), itu akan jadi suatu kekuatan baru," katanya.

 Kenyataan Azmin ini hanya mengesahkan cakap-cakap bahawa cadangan supaya PKR dan AMANAH bergabung oleh timb amk pusat Dr Afif Bahardin sebelum ini memang datangnya dari Azmin sendiri.

 Ini menunjukan bahawa Azmin masih lagi mengharapkan jentera Pas untuk membantu menjamin kedudukannya di Gombak walaupun kebanyakan jentera Pas telah beralih ke Amanah dan akan bergrak kerja untuk Pakatan Harapan pada PRU14.

 "Kini jentera pilihan raya itu sudah berhijrah bersama Amanah dan parti-parti yang menunjangi Pakatan Harapan tidak perlu gusar, bimbang ketiadaan jentera yang mantap untuk menangani segala kerja pilihan raya dalam PRU14 nanti,"   kata Presiden AMANAH, Hj Mohamad Sabu baru-baru ini.

  Apakah gesaan Azmin ini kerana takutkan ugutan Pas yang mahu meletakan calonnya di kerusi PKR bertanding termasuk di Permatang Pauh?

 Kalau Azmin tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan Pakatan Harapan, apa gunanya kerjasama ini? Eloklah Azmin dan kartelnya bergabung sahaja dengan PAS.

Teringat peristiwa bilamana Presiden PAS pernah menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain….

 Tidak pasti samada tawaran tersebut masih valid lagi untuk dibawa ke PRU 14 nanti.... Eloklah Azmin terima dan bawa bersama sekali  Tian Chua dan Dr Afif!

DR MOHD FAIZ B. YUSOF ADALAH ADIK KAMI DALAM AMANAH DAN KAMI SEDIA UNTUK TERUS MEMBIMBINGNYA KAPAN SAHAJA DIA TERSILAP ATAU TERKHILAF.

Posted: 18 Dec 2016 11:32 PM PST

Dr Mohd Faiz pada malam 18 Disember setelah dia diambil dari
rumahnya oleh pasukan Polis dan seterusnya dibawa ke Balai
Polis untuk tujuan soal siasat.
 Sebenarnya, saya mengikuti rapat perkembangan kes ini kerana saya percaya Dr Faiz menjadi mangsa akibat kesilapannya yang kecil hanya kerana dia dikaitkan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang dimusuhi oleh 2 kelompok parti terbesar mewakili orang Melayu. Sementara dua kelompok ini, hanya terus relevan jika berjaya memainkan sentimen 3R : Royal, Race & Religion. Jangan pernah lupa, strategi Pecah dan Perintah Regim itu nyawanya adalah terletak pada jantung 3R.

 Saya tidak menyiarkan gambar dan progress mengenai semua yang berkaitan memandangkan saya jelas bahawa serangan berlebihan ke atas Dr Faiz adalah dilebarkan sama oleh cyber troopers upahan. Kelompok ini berperanan memainkan sentimen emosi meluap-luap melalui kaedah hasutan viral dengan ulasan-ulasan berniat jahat. Sasaran mereka sebenar bukan untuk menjatuhkan Dr Faiz tetapi adalah untuk mempotrait hodohkan Amanah.

 Tidak dinafikan mereka berjaya mempotrait hodohkan "critical thinking" Dr Faiz yang melanggar konvensi yakni kelaziman massa dan semasa. Tetapi percubaan mengaitkan kesilapan Faiz yang bersifat peribadi, untuk menjadi kesalahan organisasi parti adalah ternyata satu percubaan murahan yang bersifat sangat tidak "gentleman". Rakyat boleh menilai.

 Amanah tidak pernah setuju dengan apa sahaja tindakan berlebihan khususnya daripada individu ahli. Amanah juga bukan parti yang membuat keputusan dan pendirian secara individu tanpa konsensus berjamaah yakni berpasukan di peringkat kepimpinan, sekalipun ia pendirian Presiden parti. Tetap pandangan dan cadangan itu memerlukan konsensus di peringkat kepimpinan tertinggi.

 Benar, Dr Faiz agak tergelincir. Malahan meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya. Bagi yang bertujuan jahat akan sekaligus cuba utk mengheret sama semua yang berkaitan dengan Faiz untuk dihukum bersalah. Itu lumrah dunia. Yang wewenangan melakukannya itu mereka tidak akan terlepas daripada perhatian dan hisaban Allah, paling tidak di akhirat! Mereka yang beriman dengan Hari Pembalasan, saya yakin akan mudah mengerti sekaligus melihat ini satu perbicaraan yang lebih tuntas.

 Walau bagaimanapun, Faiz tetap adik-adik kami dalam Amanah yang baru bertatih dalam kehidupan bernegara. Amanah wujud sebagai Generasi Kedua Gerakan Islam yang antaranya bertujuan membimbing dan membina generasi muda ke arah kehidupan bernegara dan peka kepada isu-isu rakyat. Faiz adalah antara generasi muda terpelajar, berakal sihat tetapi masih perlukan bimbingan.

 In shaa Allah, Faiz adik kami dalam perjuangan dan kebangkitan. Iyya, dia sedikit terkhilaf. Tetapi kami dalam Amanah bersedia untuk terus membimbingnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri, keluarga malahan kepada masyarakat dan negara. Semua orang ada kelemahan dan kekurangan. Setiap mereka berhak mendapat nasihat dan bimbingan berterusan daripada kita semua.

 Kelmarin, Dr Faiz telah dibawa seawal pagi lagi ke Mahkamah Majistret Klang untuk permohonan reman. Faiz direman 3 hari mulai kelmarin untuk tujuan Soal Siasat di bawah Akta SKMM. Dr Faiz sudah pun memberi kerjasama yang sangat baik kepada penyiasatan dan mudah-mudahan ia berakhir dalam keadaan yang baik. Mudah2an juga insiden ini menjadi pengajaran yang sangat berharga khusus untuk dirinya dan kelompok massa di luar sana.

 Saya yakin dan percaya kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (SPBYDPA), isu ini adalah sangat kecil untuk baginda yang sudahpun melihat Kebesaran Sifat Rahman dan Rahim Tuhannya, Allah ..Tuhan kita semua.

 Hendaknya, tiadalah pula yang terus berperanan untuk menjadi si Kitol.

 Semoga SPBYDPA terus bersemayam dalam kebesaran dengan bimbingan Hidayah dan Kasih Sayang Allah jua. Allah SWT berfirman:

 يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا ۙ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (QS. Ali 'Imran: Ayat 200) 

Allahu Akbar, Tuanku!
#BebaskanFaiz
 #MaafkanFaiz

 🅰🅰🅰 AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
 19 Disember 2016, 08:35

Hj Hadi bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria, kata Dr. Fattah 'Awaisi

Posted: 18 Dec 2016 06:45 PM PST

Para peserta Konferensi Internasional Persatuan Islam ke-30 di Tehran.
 Konferensi Internasional Persatuan Islam ke-30 telah diadakan di Teheran bermula pada 15 Dis dan berakhir pada 17 Dis 2016 mengusung tema "Persatuan dan Urgensitas Memerangi Gerakan Takfiri."

 Mufti Darul Islam Tanzania,Syeikh Alhadi Mussa Salim menilai pelaksanaan konferensi internasional persatuan Islam sebagai sebuah urgensitas dan ia telah berhasil mewujudkan tujuan-tujuannya. 

  Sementara Ketua Pan Malaysia Islamic Party, Hj Hadi  dilapor sebagai berkata, tugas utama kaum Muslim saat ini – dengan memperhatikan krisis di negara-negara Islam – adalah menjaga persatuan umat dan pendekatan antara-mazhab demi menegakkan panji Islam.

 Di sela-sela pertemuan itu, Dosen Universitas Kuwait, Ghadir Jamal juga mengatakan gerakan Takfiri merupakan desain kekuatan arogan dan rezim Zionis. Ia menekankan pentingnya aksi nyata untuk melawan gerakan tersebut.
Baca lagi di sini.

  Berbeza sekali dengan apa yang telah dinyatakan oleh Setpol Hj Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa pemergian Hj Hadi kesana membawa suara Rakyat Alleppo yg tertindas dan di zalimi.

  Hj Hadi kesana adalah untuk mencari jalan penyelesaian mengenai konflik yg berlaku ke atas Alleppo akhir-akhir ini.

 Katanya lagi, Hj Hadi adalah antara orang tengah dlm konflik ini untuk membawa suara rakyat Alleppo yg menjadi mangsa keganasan rejim Basyar Al Assad.

  Hj Hadi sekadar berkata perlunya menjaga persatuan umat dan pendekatan antara-mazhab demi menegakkan panji Islam. Pergh! Dalam negara sendiri dia gagal memperaktikan kata-katanya ... Berdendam dengan Amanah tu apa?

  Ternyata itu hanya omongan kosong kerana rata-rata para peserta hanya berbicara untuk melawan agresi rezim Zionis Israel dan gerakan Takfiri. Tidak ada laporan perbincangan mengenai jenayah pembunuhan atau pencerobohan para gadis dan wanita Sunni di Aleppo.

  Yang ironisnya, siapakah yang dianggap sebagai Gerakan Takfiri oleh Iran? Jawapannya ada pada isi khutbah Ayatullah Mohammad Emami Kashani yang disampaikannya pada Jumat 16 Dis :


  Ayatullah Mohammad Emami Kashani, dalam khutbah Jumatnya (16/12), menyampaikan ucapan selamat atas pembebasan kota Aleppo di utara Suriah dari pendudukan para teroris dan mengatakan, "Muqawama dan militer Suriah dengan kemenangan mereka di hadapan teroris, mereka telah menang di hadapan rezim Zionis, Amerika Serikat dan Arab Saudi." 

  Ayatullah Kashani mengecam kejahatan para teroris di Suriah dan Irak serta upaya mereka memutarbalikkan fakta, seraya menegaskan, "Para teroris yang didukung rezim Zionis berniat membuat masalah Palestina yang merupakan masalah utama dunia Islam itu, terlupakan." 

  Khatib shalat Jumat Tehran menyebut rezim Zionis, Amerika Serikat dan Arab Saudi sebagai biang utama semua masalah di dunia Islam, seraya mengatakan, perjuangan dan perlawanan di hadapan musuh-musuh merupakan satu-satunya jalan penyelamatan dunia Islam. 

 Ayatullah Emami Kashani juga menegaskan, satu-satunya cara menghancurkan rezim Zionis adalah perjuangan dan perlawanan di hadapan segala kejahatan dan penjajahan rezim ini. 

 "Bangsa Palestina akan melanjutkan perjuangan anti-rezim Zionis," katanya. 

Menurutnya, dalam waktu dekat seluruh wilayah Irak dan Suriah akan dibebaskan dari para teroris. Baca lagi di sini

  Sehubungan dengan itu, Dr. Fattah 'Awaisi telah membidas kehadiran mereka ke persidangan anjuran Iran tersebut sebagai sangat mengaibkan dan menganggap mereka  bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria.

Nasib baik yg serban putih tu bukan Mat Sabu
Berikut terjemahkan kenyataan Ustaz Dr. Fattah 'Awaisi yang diterjemahkan oleh Ust Kadir Bin Sahak :

"Amat 'aib dan buruk sekali  bagi setiap yang pergi ke Tehran, ibu kota musuh penjajah Iran yang bersama dalam muktamar mereka berkaitan "kesatuan Islam"! yang dianjurkan oleh alMajma' al'Alami Li alTaqrib Bain alMazahib al-Islamiyyah" (Kesatuan Antarabangsa Bagi Menyatukan Mazhab-Mazhab Islam), berakhir kelmarin (Sabtu 17/12/2016) - Bertemu dengan pembesar mereka, penjenayah, yang menumpahkan darah umat Islam, Ayatullah 'Ali Khamene'ie.

 Antara nama yang hadir dalam muktamar tersebut seperti yang disenaraikan oleh berita Iran : Syeikh/Abdul Hadi Awang - Presiden Parti Islam Malaysia dan Timbalan Presiden al-'Ittihad al'Alami Li Ulama' alMuslimin - yang juga telah menyampaikan ucapan pembukaan muktamar tersebut pada hari Khamis yang lalu (15/12/2016), 'Uddah Fallahi (alJaza'ir) yang digelar sebagai "Ahli Fikir Jaza'ir" juga telah menyampaikan ucapan dalam majlis penutup.

 Setiap mereka yang pergi ke Tehran adalah bersekongkol dalam jenayah pencerobohan para gadis dan wanita kita (ASWJ).

Bersengkokol dalam jenayah-jenayah pembunuhan dan melakukan kerosakan, pemusnahan dan penghancuran yang menyeluruh yang telah dilakukan oleh Iran, penjajah kepada negara Syria yang malang.

 Bukankah termasuk perkara yang amat 'aib dan buruk sekali  berlakunya di Tehran dan jurucakap rasmi bagi ibu negara mereka?

 Ayatullah Muhammad Imami Kasyani berkata dalam khutbah Jumaat pada (16/12/2016):
Sesungguhnya Halab (Aleppo), telah bebas dan telah menang umat Islam di sana menghadapi orang-orang kuffar..." ( tamat petikan)
 Persoalannya siapakah kuffar yg dimaksudkan? 

Tidakkah syi'ah menganggap kafir pengikut ASWJ di Syria? Lalu Haji Hadi hadir dan memberi ucapan pembukaan dlm majlis yg kononnya mendekatkan mazhab islam??? 

Apakah tidak ada dari kalangan kamu semua walau seorang yg bijak berakal???

Prof. Dr. Abd Al-Fattah El-Awaisi
Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (Institute Of Excellence For Islamicjerusalem Studies (Ieijs) Uum College Of Law, Government And International Studies. Universiti Utara Malaysia IEIJS.UUM.EDU.MY

Tiada ulasan: