Jumaat, 16 Disember 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Imam Za'aba dianiaya oleh parti lamanya...

Posted: 16 Dec 2016 12:00 AM PST


Mohon simpati dan solidariti untuk Imam Za'aba. Dia telah dianiaya oleh parti lamanya... Inikah parti yang mengaku memperjuangkan Islam tapi mungkir janji dan tidak mahu bertanggung jawab!

 Selepas PRU 2013, Za'aba Ibrahim, bekas Exco Pemuda Pas Johor telah bersetuju agar namanya digunakan oleh parti itu sebagai plaintif dalam petisyen untuk mencabar keputusan pilihanraya bagi kawasan Parlimen Pulai. Beliau ketika itu bersetuju namanya digunakan kerana Pas turut bersetuju untuk menanggung semua kos dalam petisyen tersebut.

 Namun, pada Januari 2014, Mahkamah Rayuan telah menolak petisyen itu dan Za'aba diarahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM50 ribu dan tarikh akhirnya untuk membuat pembayaran ialah pada 17 Januari 2017.

 Kegagalan membayar denda itu menyebabkan Za'aba kini berdepan dengan kemungkinan untuk diisytiharkan muflis. Yang menjadi masalah sekarang ialah Pas enggan bertanggungjawab terhadap kos yang terpaksa dibayar oleh Za'aba itu hanya kerana beliau bukan lagi ahli Pas, sebaliknya sudah menyertai Amanah.

 Pesuruhjaya Pas Johor, Dr, Mahfodz Mohamed mengesahkan bahawa Pas tidak akan membantu Za'aba kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.9 Dia tidak lagi ahli Pas, jadi mengapa kita perlu bantu beliau? Jika dia masih ahli Pas, kita akan bantunya, kata Dr Mahfodz lagi.

 Soalnya, adil dan wajarkah sikap Pas itu?

 Apakah Pas tidak sedar bahawa Za'aba bersetuju namanya digunakan adalah kerana taat kepada parti itu dan ketika petisyennya ditolak pada 2014 juga, beliau masih lagi merupakan ahli Pas?

 Dimana keadilannya? Kenapa beliau diperlakukan sebegini rupa dan apakah Pas sebagai parti yang berjuang atas nama Islam, tiada langsung sifat belas dan timbang rasa kepadanya?

 Marilah kita hulurkan sedikit bantuan hari ni bank-in RM 10.00 seorang...akaun no : 8602459375 CIMB, parti Amanah Negara negeri Johor....kalau ada 5,000 org.... selamatlah sahabat kita yg teraniaya.

(Disunting dari Shahbudin dot.com)

Nak suruh bekerjasama pun gagal, inikan pula nak bersatu (bergabung)...

Posted: 15 Dec 2016 06:59 PM PST

Saranan Dr Afif timb amk pusat agar AMANAH bergabung dgn Keadilan telah ditolak oleh Setiusaha Agong Keadilan Sdr Saifudin Nasution atas alasan Amanah wajar diberi peluang utk kembangkan sayapnya.

 Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan pula berkata AMANAH sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.

 Sila ikuti pula pandangan dan teguran berupa muhasabah secara keras (qaulan syadida) daripada Ahmad Sayuti Basiron:

Ini contoh kejahilan dalam kepimpinan PH / Pkr yg sgt susah utk dibetulkan...

 Qaradhawi sebut...:

 Antara punca plg utama perpecahan ummah adalah sebab "terlalu mahu bersatu", atau terlalu memaksa utk kesatuan diwujudkan walhal perbezaan sendiri pun gagal di uruskan.

Sama juga dlm Pas.

 Antara punca utama Kubang Lembek aka Pas Terengganu sgt berhukum "haramnya ta'adud jama'ah" adalah kerana mahukan semua org "bersatu dlm Pas". Maka mereka haramkan JIM, Haluan, Abim atau apa pun jamaah lain.

 Nik Zawawi pun sebut di khalayak students Mesir pada 20/4/2012.... "Ikram, Abim, Haluan, Isma... sbg "jamaah bathil". Hanya kerana mahukan semua org sokong Pas, beri undi pada Pas dlm PRU13 lepas.

 Mereka tolak pandangan rasmi Qaradhawi yg menyatakan "taadud jamaah adalah harus", selama ia bersifat tanawwu' dan ta'awun dgn matlamat Islam yg sama. Yg berbeza hanyalah approaches / strategy (wasilah).

 Qaradhawi sebut yg diharamkan berlaku adalah apabila taadud jamaah bersifat "tanaqud" atau saling wujudkan berbalahan.

 Pandangan Qaradhawi ini ditolak oleh Dewan Ulamak, dan skrg ditolak oleh majoriti Pas. Semua org diwajibkan secara qat'ie utk bersama Pas, maka di situlah "kunci apabila nak masuk syurga" dgn nombor keahlian Pas. Kejahilan yg dah sampai tahap sesat yg menyesatkan.

 Bila cartel dah sgt rapat dgn Pas skrg...

 Maka skrg sbhgn cartel pun dah berfikir yg sama. Ajak semua masuk PKR utk mudahkan kerja. Walau jelas matlamat dan halatuju PKR langsunng tak sama dgn Amanah.

Inilah manifestasi kegagalan berhujjah dan kegagalan menguruskan perbedaan.

 Maka Qaradhawi menyebut inilah antara faktor plg utama perpecahan itu lebih meluas apabila fitrah perbezaan cuba dinafikan, tapi meletakkan kekuasaan sbg jalan penyelesaian...

Komen al-Husseyn :

Apa yang disanggah oleh Ahmad Sayuti diatas itu adalah berhubung sikap sebahagian kalangan pimpinan PKR yang dikenali sebagai 'cartel' yang masih menganggap AMANAH  tidak mampu berkembang untuk menggantikan Pas.

Gabungan tiga parti DAP, PKR dan AMANAH menubuhkan Pakatan Harapan adalah untuk menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur akibat pengkhianatan Pas.

 Jelas bahawa kewujudan AMANAH dalam Pakatan Harapan adalah sebagai menggantikan Pas.

 Namun ada kalangan 'cartel' yang masih lagi tergila-gila mengharapkan Pas untuk membantu menjamin kedudukan mereka walaupun telah banyak kali Pas melakukan pengkhianatan terhadap PKR. Masih tidak serik?

 Tian Chua dari PKR menyatakan tidak yakin boleh menang dalam pilihanraya umum akan datang tanpa sokongan Pas. Sebaliknya Dr Hatta Ramli bekas Pengarah Pilihanraya Pas yang kini bersama Amanah dengan penuh yakin menyatakan akan meletakan calon di semua kerusi yang dipertandingkan Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang!

 Tian Chua kalau tidak yakin menang di kerusi Batu, eloklah serahkan kerusi Batu kepada Amanah sebagaimana saranan Sani Hamzan, Ketua Pemuda AMANAH.

Tiada ulasan: