Khamis, 15 Disember 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Anak Hj Hadi ngada-ngada yang melampau!

Posted: 15 Dec 2016 08:00 AM PST


 Setiausaha Agong Kesatuan Ulama Se dunia, Syaikh Prof. Dr. Ali Mahyuddin Al-Qaradaghi, pernah menyerukan umat Islam di seluruh dunia, baik yang berada di negara arab maupun luar arab untuk melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema "Marah Demi Aleppo Suriah."

 Tidak mungkin arahan atau perkhabaran tersebut tidak sampai kepada pengetahuan Hj Hadi selaku mewakili kesatuan tersebut di nusantara ini.

 Hj Hadi sepatutnya menghebahkannya kepada kita semua ummat Islam di Malaysia agar dapat melakukan aksi demonstrasi dan deklarasi kemarahan secara global pada hari Jumaat, 30 September 2016 lalu dengan tema "Marah Demi Aleppo Suriah."

Kalau Hj Hadi boleh melakukan kempen besar-besaran 'Sokong RUU 355' tetapi kenapa "Marah Demi Aleppo Suriah" Hj Hadi gagal untuk melaksanakannya?

 Malah Hj Hadi mampu bergandingan dengan PM Najib , Zahid Hamidi serta beberapa pemimpin lain berhimpun besar-besaran pada 4 Disember lalu menzahirkan keprihatinan  berhubung isu Rohingya.

Tetapi untuk menunjukkan solidariti internasional bagi kota Aleppo yang diranapkan oleh rejim otoriter Suriah dan para kroninya, Hj Hadi langsung tidak mengambil langkah yang sewajarnya.

Hj Hadi tidak menghebahkan atau berkempen mengenai perkara tersebut hinggakan kita di Malaysia tidak tahu mengenai adanya demonstrasi "Marah Demi Aleppo Suriah." Dimana fungsi Hj Hadi selaku mewakili Kesatuan Ulama Sedunia?

Walaupun begitu jelas kegagalannya berperanan sebagai ulama sudunia, tiba-tiba pula anak Hj Hadi mencadangkan bapanya menjadi orang tengah dan merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria lantaran kedukan bapanya dalam Kesatuan Ulama Sedunia itu. Baca selanjutnya di sini

Jangan nak ngada-ngadalah .... amanah berupa arahan yang sepatutnya dilaksanakan diatas itu pun Hj Hadi gagal laksanakan.Inikan lagi nak jadi orang tengah merundingkan konflik perang?

Ada orang yang lebih layak untuk melakukannya jika dibandingkan dengan Hj Hadi yang cuma berada di rangking ke-4 hiraki Kesatuan Ulama Sedunia.

Kesatuan Ulama Se dunia mempunyai satu presiden iaitu Yusuf al-Qaradawi dan ada 3 naib presiden iaitu : 

Naib 1 - Ahmad Al-Raisuni - Maghribi 
Naib 2 - Dr Syaikh Ahmad Al-Khalili - Mufti Oman 
Naib 3 - Abdul Hadi Awang - Malaysia 

Manakala jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Prof. Dr Mahyuddin Ali al-Qaradaghi. 

Setiausaha Agong memainkan peranan yang lebih dominan. Beliaulah orang yang kedua selepas al-Qaradhawi, yakni menjadi pembantu utamanya.

Kalau ikut susun atur hiraki Kesatuan Ulama Sedunia ini, Hj Hadi berada dirangking ke-4. 

Hj Hadi sepatutnya menunjukan komitmennya dengan kesatuan tersebut dan bukan hanya bermegah-megah untuk dicanang di kampung-kampung dengan jawatan tersebut.

Anak Hj Hadi sepatutnya cadangkan ayahnya membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan kerajaan Myanmar berhubung isu Rohingya terlebih dahulu.

Atau pi tolong selesaikan dulu masalah orang Asli di bawah kerajaan Pas Kelantan, jangan ingat nak main rembat lombong mangan ...

Amanah sudahpun bergabung dengan PKR dalam PH, kata KP Amanah

Posted: 15 Dec 2016 04:56 AM PST


Pemuda Amanah berfikiran parti itu sudahpun bergabung dengan PKR apabila menyertai Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi sama untuk menumbangkan Barisan Nasioan (BN) dalam PRU ke-14 kelak.

 Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pada ketika ini semua pimpinan perlu memperkuatkan kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas termeterainya perjanjian kerjasama itu Selasa lalu.

 "Pada saya kita sudah bergabung dalam Pakatan Harapan dengan tujuan dan misi yang sama untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU akan datang.

 "Apa yang penting sekarang pada saya kita perkuatkan Pakatan Harapan dan PPBM untuk hadapi pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

 Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin hari ini yang dilaporkan Malaysiakini, mencadangkan penggabungan partinya dan Amanah.

 Beliau dipetik berkata memandangkan kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana.

 Afif berkata idea itu timbul dalam mesyuarat dalaman PKR dan ramai pihak bersedia menerokai kemungkinan untuk cadangan itu.

 Mohd Sany menjelaskan kewujudan Amanah adalah parti Islam generasi kedua yang ditubuhkan mengantikan Pas. Justeru soal parti itu sebagai parti serpihan Pas tidak timbul ketika ini seperti dikatakan Afif.

 "Kita tertubuh untuk mengantikan Pas sebagai parti Islam generasi kedua.

 "Pas dilihat sudah hilang arah tujuan dalam perjuangan politik pada hari ini," ujarnya.

 Ditanya kemungkinan idea gabungan itu dicetuskan untuk mengurangkan perpecahan undi dikalangan orang Melayu? 

 "PKR juga ditubuhkan dulu oleh bekas-bekas pimpian Umno," jawabnya.

 Justeru beliau beranggapan ia hanya perbincangan dalaman PKR semata-mata yang tidak seharusnya di bawa keluar. 

 "Apa jua masalah dalaman Pakatan Harapan dan PPBM haruslah dibawa ke meja rundingan. 

 "Kita akan buat keputusan secara kolektif bukan seorang sahaja yang boleh membuat keputusan. 

"Semua keputusan seharusnya diambil kira daripada hasil perbincangan bersama," ujarnya.~ sumber

JANGAN JADI PUNGGUK RINDUKAN BULAN

Posted: 14 Dec 2016 06:45 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 


1) Bulan tidak akan terima Roket lagi, untuk PRU14 ini. Lebih baik PH fokus strategi sendiri. Nak nak kerjasama dgn PAS, sila keluar PH dan join blok PAS. Yang nak stay dgn PH, teruskan. Biar 3 penjuru seluruh negara. Tak perlu nak kekeng macam Husam sebut. Nak susah apa? 

2) Saya perhatikan PAS takkan ubah pendirian untuk kali ini. Lebih-lebih lagi suara-suara yang ajak PAS bersama PH itu seakan mencabar, mengugut, angkuh dan menyindir dan sebagainya. Begitu juga PAS juga tidak perlu jemput komponen PH untuk bersama mereka. Make it clear, 3 blok. 

3) Penganalisis politik pun pening dengan PAS. Itu maknanya penganalisis politik itu bias kepada PH. Bwahaha... Semuanya keliru dengan tindakan PAS. Kecuali golongan yang sudah lama berdendam dengan PAS. Mereka tidak hairan dengan tindakan PAS dan berusaha keras untuk PAS benar-benar bersatu dengan Umno/BN. 

4) Saya pun tidak pasti apa yang PAS mahu bawa. Tapi saya sangat pasti, PAS yang bergerak hari ini adalah bebas daripada belengu mana-mana pihak. PAS melangkah dengan pencak Presiden sepenuhnya, tanpa gangguan dalaman lagi. Kebebasan berpencak ini tidak diperoleh ketika G18 menghuni PAS suatu masa dulu. 

5) Saya yakin Presiden sedang menjadi diktator dalam PAS. Diktator haraki. Diktator haraki yang mendapat wala' penuh daripada pimpinan dan ahli. Saya yakin PAS tidak akan bersama PH, dan tidak akan bergabung dengan Umno/BN. Walaupun cuba diperlihat sebagai mesra BN, tetapi saya rasa saya sedang nampak apa yang sedang Presiden PAS mahu buat. Cuma saya tidak nyatakan disini kerana belum pasti telahan saya. 

6) Jika PH mahu serang PAS, bukan serang Presidennya. Buka serang strateginya berapat-rapat dengan Umno/BN. Anda perlu berikan tawaran yang realistik kepada rakyat. Anda ada Tun M dan Muhyidin. Anda ada Anwar,Rafizi dan Azmin serta strategis-strategis PAN. Bekas PM ada, dua bekas TPM pun ada. Hebat dah tu! 

7) Anda miliki ramai motivator, kepakaran, strategis, blogger, facebookers dan macam-macam lagi. Kenapa buntu untuk memberikan tawaran yang meyakinkan rakyat? Anda bukannya bermula daripada kosong. Come on. Jika kena caranya, 3 penjuru tak ada masalah. Mungkin Umno/BN hanya akan menjadi pihak pemecah undi sahaja. Ia akan menjadi pertembungan PH dan Blok PAS dalam kebanyakan kerusi. 

8 ) PAS takkan menang 222 kerusi. Bertanding pun 70 kerusi sahaja. Itu pun takkan menang semua. Jika PAS menang semua, baki 152 kerusi lagi terbuka luas untuk PH tewaskan BN. Apa gunanya bazirkan masa dan tenaga berfikir tentang nak belasah PAS yang hanya 70 kerusi? Come on kids! Bwahahaha... 

Sekian

Tiada ulasan: