WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Rohingya : Aung San Suu Kyi harus jadi juara hak asasi untuk semua
- Maria Chin terima dana seciput dikurung, yang terima ‘derma’ berbilion dibebas?
- TANDA-TANDA UMNO SEMAKIN PARAH
- RUU 355: Tinggalkan parti sekongkol Umno – DAP
- LEMBARAN BARU PKR: SAIFUDDIN NASUTION AMBIL ALIH JAWATAN S/U AGUNG PKR
Rohingya : Aung San Suu Kyi harus jadi juara hak asasi untuk semua Posted: 26 Nov 2016 03:26 PM PST *kredit foto: worldbulletin.net Setakat hari ini dilaporkan sekurang-kurangnya 86 orang telah terbunuh manakala 300,000 lagi telah melarikan diri di tengah-tengah keganasan yang semakin memuncak di wilayah Rakhine, Myanmar. Human Rights Watch sejak Sabtu lalu telah melaporkan beberapa gambar satelit menunjukkan beberapa perkampungan etnik Rohingya di wilayah tersebut telah dibakar, dan menjadi bukti kepada pembersihan etnik yang tidak boleh dinafikan lagi. Apa yang lebih mengecewakan ialah kegagalan pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Aung San Suu Kyi untuk menawarkan keamanan, bahkan dituduh pula tidak mendengar keluh kesah nasib penduduk Islam Myanmar. Suu Kyi tidak menafikan tuduhan-tuduhan tersebut. Kegagalan Suu Kyi untuk bersuara bagi pihak etnik Rohingya yang teraniaya adalah keaiban dan penghinaan kepada hadiah Nobel yang telah dianugerahkan kepada beliau. Apatah lagi setelah partinya yang mengusung nama 'demokrat' berjaya meraih kemenangan yang begitu besar tahun lalu, bagi menafikan kekuasaan pentadbiran tentera selama lebih dua dekad lampau. Walaupun operasi 'pembersihan' di wilayah Rakhine digerakkan oleh pihak tentera yang masih menguasai 25% kerusi parlimen Myanmar, kerajaan pimpinan Suu Kyi tidak seharusnya duduk diam, apatah lagi melarikan diri daripada berhadapan krisis pembantaian dan pelanggaran hak asasi manusia pada skala yang begitu besar. Etnik Muslim-Rohingnya yang didakwa minoriti tak bernegara dan terus diburuk-burukkan oleh nasionalis Myanmar sebagai pendatang Bangladesh meski telah menetap selama bebeberapa generasi di wilayah tersebut tidak sewajarnya terus dilayan seperti haiwan tanpa tempat untuk mencari tempat berlindung. Myanmar telah sekian lama menafikan hak-hak asasi buat etnik Rohingya, termasuk hak bernegara, berkahwin, beribadat dan mendapatkan pendidikan. Ini seterusnya mengakibatkan mereka ditindas dan memilih untuk melarikan diri, menaiki kapal-kapal menyeberang lautan tanpa mengetahui bila dan di mana mereka akan berlabuh dan menemukan tempat selamat untuk didiami. Aung San Suu Kyi tidak boleh terus berdiam diri berhadapan penindasan zaman berzaman ke atas rakyat negaranya, apatah lagi setelah menggalas harapan yang begitu besar sebagai pembawa perubahan bagi menghentikan penderitaan etnik Rohingnya. Suu Kyi tidak boleh terus memilih untuk tidak peduli, apatah lagi enggan menyebut perkataan 'Rohingya' dan memilih untuk merujuk etnik tersebut sebagai 'Bengali'. Sikap yang sedemikian langsung tidak mencerminkan seorang pemimpin yang diharapkan untuk membawa keamanan kepada negaranya, apatah lagi sebagai seorang pemenang hadiah Nobel. Kerajaan pimpinan Suu Kyi sekurang-kurangnya harus membuka jalan bantuan kemanusiaan untuk mereka yang masih terperangkap di wilayah bergolak itu, kalau pun tidak mempunyai kemampuan dan keazaman politik untuk menghentikan pergolakan dan pembersihan etnik atas dasar perbezaan agama dan keturunan. Sebagai juara hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi mesti membuktikan bahawa beliau adalah juara untuk semua lapisan manusia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan latar belakang, dan bukan sekadar menayangkan ilusi juara hak asasi untuk kaum yang beliau suka sahaja, atau kelompok yang memberi kelebihan atau kemudahan politik untuk dirinya sahaja. Malaysia juga harus mengambil iktibar daripada tragedi yang melanda Myanmar, bahawa pertelingkahan yang bertitik tolak daripada perbezaan agama dan keturunan boleh membawa akibat yang amat buruk kepada fabrik masyarakat Malaysia yang berbilang agama, budaya dan keturunan. Untuk kesekian kalinya saya menyeru rakyat Malaysia semuanya untuk menolak politik perkauman sempit, yang bermodalkan ekstremisme agama dan ketuanan keturunan, supaya negara tidak terjerumus ke kancah keganasan. *Lim Kit Siang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Ketua Parlimen DAP |
Maria Chin terima dana seciput dikurung, yang terima ‘derma’ berbilion dibebas? Posted: 26 Nov 2016 03:23 PM PST TAWAU, 27 NOV: "Mengapa Maria Chin ditahan mengikut SOSMA hanya kerana BERSIH menerima dana seciput dari Open Society Foundation (OSF) sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilepaskan begitu sahaja meskipun menerima dana besar RM4.2 bilion daripada warga asing?" Demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menuntut pembebasaan Pengerusi BERSIH 2.0 itu yang masuk hari kelapan ditahan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) itu. Beliau merujuk dana RM4.2 bilion yang didakwa kononnya disumbangkan oleh Raja berketurunan Arab kepada Najib, walaupun hasil siasatan pihak berkuasa Amerika Syarikat mendapati dana itu disalurkan daripada wang yang diseleweng daripada syarikat milik penuh negara, 1MDB. Kit Siang, dalam ucapannya dalam satu program dialog di sini semalam, turut mempersoalkan sikap sambil lewa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai keadaan teruk sel penjara yang menempatkan wanita berusia 60 tahun itu. Hanya setelah seminggu Maria ditahan, kata Kit Siang, baru lah polis sedar dan memaklumkan bahawa pihaknya telah menyediakan tilam dan bantal selepas Maria mengadu terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa berlantaikan kayu sehingga menjejaskan kesihatannya. "Adalah menyedihkan apabila Khalid tidak sedar bahawa pengumuman itu tidak menggambarkan sensitiviti beliau tetapi sebaliknya menunjukkan sifat zalim, kejam dan tidak sensitif Ketua Polis Negara kerana menunggu hampir seminggu untuk menyediakan segala keperluan berkenaan," ujarnya. Maria, menurut Kit Siang, sering memberi kesedaran terhadap masyarakat demi perubahan dengan cara aman, tanpa keganasan, dan mengikut lunas demokrasi, justeru beliau tidak harus dianggap seperti pengganas dan ditahan reman selama 28 hari mengikut SOSMA. Namun, katanya tindakan polis adalah lembab apabila sesuatu kes itu melibatkan penyokong UMNO seperti yang terjadi dalam rusuhan serangan seorang anggota Parlimen pembangkang dan rusuhan di pameran seni oleh kartunis, Zunar di Komtar, semalam. Pun begitu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, profesionalisme yang ditunjukkan polis dalam memastikan perhimpunan BERSIH 5 berlangsung aman tanpa gangguan harus diberikan pujian. "Ia adalah bukti bahawa anggota polis boleh dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas-tugas mereka untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan keamanan dan ketenteraman jika tidak ada campur tangan politik, sama ada oleh tuan politik mereka atau ketua mereka yang menjadi boneka permainan politik tuan-tuan mereka," ujarnya. – Roketkini.com |
TANDA-TANDA UMNO SEMAKIN PARAH Posted: 26 Nov 2016 03:12 PM PST UMNO bukan tidak biasa menghadapi serangan dan hentaman musuh-musuhnya. Tetapi, pernahkah dahulu berlaku seperti apa yang seolah-olah menjadi kelaziman sekarang? Siapa yang mengepalai serangan terhadap kartunis Zunar yang sedang mengadakan pameran kartunnya di Pulau Pinang? Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim... Siapa yang cuba dipertahankan dan dipercayai berada di belakang sekumpulan penyerang yang bagaikan "naik angin" mahu menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad? Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani... Siapa yang mengetuai Kumpulan Baju Merah yang bukan saja cuba melakukan gangguan kepada pihak lain yang mahu berhimpun secara aman, bahkan juga dilaporkan berkelakuan tidak senonoh di sebalik gerakan mereka langsung tidak mendapat sambutan? Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus... Masihkah mahu dikata UMNO tidak terlibat dalam semua kejadian itu? Kenapa perlakuan ahli dan pemimpin UMNO semakin pelik dan di luar kebiasaan sejak kebelakangan ini? Adakah ini tanda-tanda mereka sedar bahawa mereka akan kalah pilihanraya? (SH 26/11/2016) |
RUU 355: Tinggalkan parti sekongkol Umno – DAP Posted: 26 Nov 2016 03:09 PM PST RUU 355: Tinggalkan parti sekongkol Umno – DAPPenundaan huraian usul persendirian Marang berkaitan RUU 355 untuk kali yang kedua pada Sidang Dewan Rakyat semalam bukan sahaja menimbulkan banyak tanda tanya malah memberi gambaran tentang senario politik negara menjelang pilihan raya umum akan datang. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali dalam satu kenyataan media berkata, biarpun seribu satu persoalan timbul daripada tindak tanduk Presiden Pas itu, ia sekurang-kurangnya mampu menjelaskan rakyat terhadap pemetaan garis politik tanah air menjelang PRU-14. Menurutnya, parti pembangkang perlu menekuni formula mudah Tun Mahathir Mohamad yang dilontarkan pada konvensyen sulung Pakatan Harapan iaitu mana-mana pihak yang mencetuskan masalah terhadap Pakatan Harapan adalah penyokong Datuk Seri Najib Razak. "Ungkapan ini membantu rakyat mengenal pasti siapakah pembangkang yang komited menentang Umno-BN dalam rangka besar agenda menyelamatkan Malaysia dari pemimpin kleptokrasi yang menjunamkan Malaysia. "Sekurang-kurangnya tindakan (Ahli Parlimen) Marang itu dapat membantu rakyat mengenal pasti siapakah sekongkol Umno-BN yang akan kita hadapi pada PRU akan datang," ujarnya. Di Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Abdul Hadi yang diberi peluang kedua membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian Akta 355 memohon agar huraian usul yang dibaca ditunda pada sidang Mac akan datang. Ini kali kedua Presiden Pas memohon penundaan selepas sidang Dewan Rakyat penggal lalu dan diluluskan Speaker Dewan Rakyat yang juga pemimpin Umno Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Menurut Sheikh Omar, tindakan Abdul Hadi itu boleh menimbulkan persoalan tentang niat sebenar di sebalik polemik RUU 355 selama ini. "Pada mulanya, ia dicanang hingga riuh sekampung seolah-olah RUU 355 ini adalah hukuman hudud. Golongan yang menolaknya ibarat menolak Islam dan boleh gugur keIslamannya," katanya. Sehubungan itu beliau mempersoalkan ketelusan dalam usul persendirian RUU 355 Marang dan khuatir ia sekadar menjadi alat untuk mencapai tujuan politik tertentu. |
LEMBARAN BARU PKR: SAIFUDDIN NASUTION AMBIL ALIH JAWATAN S/U AGUNG PKR Posted: 26 Nov 2016 03:06 PM PST Lembaran baru PKR: Saifuddin Nasution ambil alih jawatan S/U agung PKRAhli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR serta-merta bermula hari ini. Jawatannya itu kini diisi semula Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini pernah menjadi setiausaha agung parti itu pada 2010 sehingga 2014. Peletakan jawatan Rafizi itu dibuat susulan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas disabitkan bersalah atas 2 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), baru-baru ini. "Jika saya terus memegang jawatan setiausaha agung, ketidaktentuan kelayakan saya di sisi undang-undang boleh memberi ruang kepada musuh politik kita menggunakannya untuk membantutkan persediaan parti. "Saya tidak mahu faktor saya dijatuhkan hukuman mendatangkan risiko tambahan yang perlu ditangani parti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Bagaimanapun, Rafizi berkata jawatannya sebagai naib presiden PKR masih kekal dan akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin. "Saya kini kekal sebagai salah seorang naib presiden yang dipilih ahli parti dan akan terus melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin. "Mandat sebagai naib presiden diberikan ahli, maka saya akan terus menjawatnya sehinggalah proses undang-undang memuktamadkan kedudukan saya di sisi undang-undang kelak," katanya. Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lain, mengesahkan peletakan jawatan Rafizi dan memaklumkan mengenai pelantikan Saifuddin. "Saya menerima surat peletakan jawatan YB Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung yang disampaikan dengan tangan kepada saya hari ini. "Perkara ini dibincangkan terlebih dulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan yang dibawa terhadapnya," katanya. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Saifuddin bertanding di Parlimen Machang, Kelantan dan menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan