Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Umno takut Kartun: Kartunis Zunar pula diserang samseng Umno

Posted: 25 Nov 2016 03:03 PM PST


Umno takut Kartun




Pameran Kartun Zuanr yang bermula tengahari tadi diserang kumpulan samseng Umno-BN selepas solat Jumaat.Pameran Kartun Zuanr yang bermula tengahari tadi diserang kumpulan samseng Umno-BN selepas solat Jumaat.
Lagi aksi serangan dipercayai dilakukan kumpulan samseng Umno. Kali ini berlaku selepas solat Jumaat di bangunan Komtar, Pulau Pinang yang diketuai pemimpin negeri parti itu.
Kumpulan terbabit menyerang Pameran Kartun Zunar yang sebelum itu dirasmikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini.
Mereka dipercayai tidak berpuas hati dengan karya satira politik Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque yang dikenali sarat mengkritik kepimpinan Umno-BN.
Samseng Umno terbabit juga menuntut supaya Zunar memberhentikan pameran itu serta mengancam mahu membakar bahan pameran.
Dalam serangan itu, dua bahan pameran dirosakkan mengikut sumber daripada Pengurus Zunar, Azura Aziz.
Pada masa sama, exco kesihatan negeri Dr Afif Bahardin juga dikatakan berada bersama Zunar ketika kejadian.
Ekoran aksi keterlaluan kumpulan samseng tersebut termasuk membuat kepungan, Zunar terpaksa meminta bantuan pihak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
"FRU terpaksa dipanggil kerana pameran saya di Komtar tadi dikepung oleh sekumpulan mereka," ujarnya dipetik daripada status beliau di Facebook.
Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.Zunar ketika diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang kerana membantah pameran yang diadakan di Komtar hari ini.

ADA APA APAKAH SAUDARA ZAHID?

Posted: 25 Nov 2016 02:58 PM PST


SETIA 101 PERATUS, ADAKAH ZAHID HAMIDI MULA BERASA TIDAK DIPERCAYAI?


Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini mengusulkan agar Perlembagaan UMNO dipinda untuk memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden yang sudah tentu dengan maksud agar jawatan itu mesti disandang oleh Naib Presiden yang mempunyai undi tertinggi,  kini tiba-tiba menegaskan kesetiaannya kepada Najib Razak adalah 101 peratus.

Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau setia 101 peratus kepada Najib dan sentiasa bersedia untuk membantu Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam kerajaan dan juga parti.

Dalam waktu yang sama, Zahid juga berkata, beliau tidak memikirkan soal jawatan, sebaliknya berserah kepada ketentuan Allah dalam menentukan perjalanan kejaya politiknya.

"Saya hanya makan di pinggan yang ada di depan saya, nasi dan lauk yang dihidangkan kepada saya saja. Saya tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil lauk dan nasi, walaupun nasi dan lauk di pinggan saya tidak cukup.

"Ertinya saya akan berada di suatu keadaan di mana saya harus hormati institusi yang ada, dan jika berlaku ia adalah mengikut ketentuan Allah," ujar Zahid berfalsafah.
Mengapa tiba-tiba saja Zahid menyatakan kesetiaannya kepada Najib adalah 101 peratus?

Tidakkah ia ternampak berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yang benar-benar setia kepada Najib?

Mengapa Zahid tidak mengatakan kesetiaannya hanya mutlak 100 peratus saja?

Bolehkah dipercayai sepenuhnya orang yang menyatakan kesetiaan secara berlebih-lebihan itu?

Jika diumpamakan seperti gelas, mengisi air sehingga 101 peratus bermakna melebihi muatan dan pasti akan menyebabkan ia melimpah serta akhirnya mengotorkan meja makan?

Jadi, apa maksud Zahid dengan  setia 101 peratus itu - pernyataan rasa bimbang kehilangan jawatan atau cuba-cuba memberi amaran?

Selain itu, apakah Zahid mula merasakan dirinya semakin kurang dipercayai oleh Najib sehingga perlu mencetuskan idea mahu jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO segera dimaktubkan dan kemudian berlindung pula dengan kesetiaan yang digembar-gemburkan sehingga 101 peratus bertujuan untuk memastikan kedudukannya lebih selamat?

Kenapa sehingga ini Najib dan Hishammuddin yang merupakan Naib Presiden UMNO dengan undi nombor tiga masih tidak memberi apa-apa reaksi berhubung cadangan mahu memaktubkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden itu?

Setujukah dua saudara sepupu itu terhadap usul yang mahu dicadangkan Zahid?

Sementara Zahid mengatakan beliau tidak akan pergi ke meja lain untuk mengambil nasi dan lauk, walaupun nasi dan lauk di pinggannya tidak cukup, tidakkah cadangan meminda Perlembagaan yang dicetuskannya itu menunjukkan beliau juga "teringin"  kepada nasi dan lauk di pinggan lain yang tidak bertuan?  (SH 25/11/2016).

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT