Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


WARGA SARAWAK TUNTUT HAK

Posted: 16 Nov 2016 07:30 PM PST






WARGA 

SARAWAK

BANGUN 

MELAWAN


Adenan komited dapatkan kembali hak Sarawak
 | November 16, 2016
Pada masa sama, ketua menteri Sarawak itu berkata hasil positif dicapai mengenai isu utama negeri itu menerusi perbincangan dengan perdana menteri.





KUCHING: Ketua Menteri Sarawak  Adenan Satem berkata beliau komited untuk memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara stabil dan bersatu padu, tanpa wujud perasaan benci-membenci dan curiga-mencurigai dalam kalangan rakyatnya.
"Bagaimanapun, sudah banyak kali saya nyatakan secara tegas saya juga tetap komited melindungi dan mendapatkan kembali hak negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Sarawak di sini

KESEDARAN

SAMPAI 

SEMUA BERUBAH






-------------

MANA TEMPAT BERHIMPUN

Posted: 16 Nov 2016 07:00 PM PST





 DUA TEMPAT

BERHIMPUN

SILA IKUT

ARAHAN

BILA AKAN

BEGERAK

KE DATARAN




LRT BANGSAR





MASJID NEGARA



-------------

BERAPA GAJI KETUA POLIS NEGARA?

Posted: 16 Nov 2016 06:30 PM PST







ISTANA?

MANTIN?

BETUL KAH

ATAU INI 

CAKAP CAKAP

MAT KETEREH? 


Sanjeevan pun nak naik helikopter tinjau Istana Mantin

 | November 16, 2016
Pengerusi MyWatch berkata butiran mengenai rombongan bersama media menaiki helikopter akan didedahkan untuk meninjau mahligai RM5.5 juta didakwa milik KPN.





KUALA LUMPUR: Mendapat ilham daripada kerenah  Jamal Yunos, kini pengerusi MyWatch sedang pertimbangkan untuk menjemput media menaiki helikopter meninjau mahligai didakwa milik ketua polis negara (KPN) di Mantin.
Sri Sanjeevan berkata Jamal yang juga ketua Baju Merah memberikannya idea untuk turut menggunakan helikopter bagi meninjau rumah Khalid Abu Bakar.
"Terima kasih kepada Jamal, dia beri saya idea yang mungkin saya boleh bawa media naik helikopter tinjau Istana Mantin.
"Saya masih pertimbangkan naik helikopter itu, jadi tunggu dan lihat," katanya dan menambah ada banyak lagi butiran akan didedahkan tidak lama lagi.
Sanjeevan berkata demikian kepada FMT selepas soal siasat polis di Bukit Aman hari ini susulan dakwaannya mengenai Istana Mantin dan beberapa tuduhan lain dibuat terhadap pasukan polis menerusi posting di blog.
Istana Mantin ialah mahligai bernilai RM5.5 juta di Kampung Gebok in Mantin, Negeri Sembilan dan menurut Sanjeevan ia dimiliki ketua polis negara.
Khalid sebelum ini menafikan tuduhan itu, mendakwa ia dibuat susulan tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap Sanjeevan.

BERAPA GAJI

KETUA POLIS?

SAJE TANYA

MANA TAHU

KALAU ADA 

KOSONG NAK

MASUK POLIS
------------

PAGI INI JAM 11:00

Posted: 16 Nov 2016 06:00 PM PST





  PAGI INI

JAM 11:00



SIDANG 

AKHBAR AKHIR





---------------

SEJARAH DATARAN MERDEKA

Posted: 16 Nov 2016 05:30 PM PST










 
17 hours ago
Retweeted Hishamuddin Rais (): Sabtu 19Nov2016-jumpa di DATARAN MERDEKA- wajib baca sejarah politik...

baca disini:
http://www.malaysiakini.com/columns/363070


------------

MAT KETEREH TAK ADA GIGI

Posted: 16 Nov 2016 05:00 PM PST







TAK ADA GIGI
Aku dah google, kat youtube pun ada. Mat ketereh atau mat tere tu mamat yg takde gigi kat depan tu ke?? Mcm budak terencat akal jer. 

Kalau org yg akalnya kurang dan puji puji sembah hadi tak mengapa bro, dimaafkan. Org terencat akal ni ahli syurga oooo. on MENCARI MAT KETEREH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/16/16
SIAPA DIA 

MAT KETEREH
ada seorang anak muda
di ketereh telah berkata
bahawa hadi ini
seorang yang bijak
seorang yang  pandai
banyak ilmu pengetahun
rajin membaca
tidak bebal
tidak bodoh
apa dia cakap dia kota
cakap boleh dipakai
mesyuarat tak pernah tak datang
parlimen tak pernah tak datang
tak pernah mungkir janji
kalau cakap nak saman
pasti dia akan saman
tak pandai kelentong
cakap tak kluk klik
cakap tak kasar
penuh budi bahasa
apakah ini satu fitnah
saje tanya 
takut  bersubahat
menyebar fitnah

SIAPA KAH

BUDAK ITU




--------------

APA KHUTUBAH NANTI

Posted: 16 Nov 2016 05:00 AM PST




AJAK DR ASRI JOIN BERSIH
kahkahkah..caya bro..gua rasa patut tulis " tunduk tawaduk patuh demi tembolok"..bersih itu adalah haram dan lebih haram dari vape..jgn lupa ajak dr asri join bersih..kita dengar apa khutbah jumaat nanti/esok..

apa kata2 jais, apa kata2 jakim..jawapan awal adalah niat tidak menghalalkan perbuatan, maksud ayat: walaupun niat bersih adalah baik tapi perbuatan demo bukan budaya muhammad bin abdullah, nabi tak pernah berdemo apatah lagi membaca buku2 tulisan manusia..

bahaya liberal, bahaya isis, bahaya syiah..yg katib tak nampak bahaya ialah melayu islam pimpinan jamal..yg tak bahaya ialah dagangan malaysia iran berbilion rm, yg tak bahaya ialah dagangan yahudi isreal dgn malaysia dan paling bahaya ialah bahayanya soros mendanai bersih...seperti biasa, katib berbicara tp tidak tahu apa yg dibicarakan.. on MENUJU BERSIH5
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:54 PM

RADIO BANGSAR

JAM 9 MALAM

DENGAR 

SEKARANG


----------------

HEBAT HEBAT DAN AMAT HEBAT

Posted: 16 Nov 2016 04:30 AM PST








HEBAT HEBAT

MEMANG HEBAT

GLOBAL BESIH

58+++ KOTA 

DALAM DUNIA

ADA DEMO

BERSISH5


Angkat bendera Malaysia, penyokong Bersih Singapura disoal siasat

 | November 16, 2016
Lebih kurang 15 orang yang menyertai tunjuk perasaan selama setengah jam itu disoal siasat polis Singapura kerana menayangkan bendera Malaysia.
PETALING JAYA: Sekumpulan aktivis Singapura yang mengadakan tunjuk perasaan pada Ahad lalu bagi menyatakan solidariti bersama Bersih 2.0 menjelang perhimpunan Sabtu ini disoal siasat polis negara itu kerana menayangkan bendera Malaysia dan Singapura.
Portal berita Today Online bagaimanapun memetik polis sebagai berkata tidak ada penangkapan dibuat.
Protes kecil di Hong Lim Park, Singapura itu dianjurkan aktivis masyarakat Jolovan Wham dan Community Action Network, dan turut disertai ahli Function 8, sebuah NGO mengetengahkan isu kebebasan dan hak kemanusiaan.
Menurut Function 8, ia dihadiri tidak lebih daripada 15 peserta, dan mendakwa mereka menerima gangguan polis sepanjang acara itu.

TURUN TURUN

TURUN KE JALAN

KITA HIMPUN

KEMARAHAN

KITA GODDAM

KEZALIMAN


-------------

BARISAN BERSATU YANG MAHA LUAS

Posted: 16 Nov 2016 04:00 AM PST






KEJAYAAN

MENGGALANG

BARISAN 

BERSATU

YANG LUAS

Mahathir ajak rakyat turun 

Bersih5

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat menyeru rakyat menyertai perhimpunan Bersih 5 di ibu negara pada 19 Novemberi ini.
Dengan memakai baju-T Bersih 5, beliau muncul dalam video berdurasi 1 minit 37 saat menyatakan sokongannya terhadap Bersih 5.
"Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan negeri.
"Sebab itu kita mesti menunjukkan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan dalam demonstrasi Bersih di Dataran Merdeka dan juga tempat-tempat lain," kata Mahathir.
"Saya harap semua rakyat Malaysia akan menyertai demonstrasi BERSIH ini kerana mereka bertujuan untuk mecari jalan memulihkan semula negara kita ini dengan menukar kerajaan supaya dapat kerajaan yang tidak dipimpin oleh seseorang yang telah melesapkan wang begitu banyak, yang telah dituduh oleh seluruh dunia
MALAM INI

JAM 9:00 MLM

RADIO BANGSAR

BERANI LANGGAR

LAPORAN JELAS




------------------

LAGI TIGA HARI

Posted: 16 Nov 2016 03:30 AM PST






ENCORE 

TROIS JOURS 



 TIGA HARI LAGI 








-------------

TEORI UNITED FRONT

Posted: 16 Nov 2016 12:30 AM PST




DONALD TRUMP
Jangan lupa juga selepas Hitler berkuasa parti komunis diharamkan dan Thaelmann dihukum bunuh atas arahan Hitler. Hishamuddin Rais masih lagi dengan bangga mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh parti komunis jerman. 
inilah bahana dogma lapuk Leninist "mempertajamkan kontradiksi" dengan menyokong calon yang paling teruk iaitu seorang fasis seperti Donald Trump. on TANGGUNG JAWAB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/16/16




-----------

MAINKAN SEKALI LAGI

Posted: 15 Nov 2016 10:30 PM PST









MAINKAN SEKALI

LAGI SAM

--------------------------

JUMPA DI DATARAN SABTU INI

Posted: 15 Nov 2016 09:30 PM PST



 JUMPA DI DATARAN MERDEKA!
Kita wajib berjumpa jam 10 pagi Sabtu 19 November 2016  di Kuala Lumpur. Hari Sabtu ini adalah hari perhimpunan mega BERSIH5. Maka menjadi kewajipan semua warga  Malaysia anak semua bangsa yang telah yang akil baligh untuk hadir.  

Bakal penunjuk perasaan dan  para pembaca yang  berniat untuk turun ke perhimpunan mega Bersih5 sila pilih tempat berkumpul: di LRT Bangsar  atau di Masjid Negara. Dua tempat ini adalah  permulaan kita berkumpul sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Lalu timbul persoalan - kenapa perlu ke Dataran Merdeka? Dataran Merdeka ini tempat larangan. Pihak berwajib telah melarang sesiapa saja dari membuat perhimpunan disini. Kalau telah dilarang kenapa Bersih teruskan?

Jawabnya cukup senang: Dataran Merdeka adalah daerah  sejarah. Dataran Merdeka adalah wilayah stratejik. Dataran Merdeka terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Dataran Merdeka telah menjadi simbol tunjuk perasaan semenjak  dari Demo Mahasiswa Baling pada  3 Disember 1974.

Sejarah telah merakamkan : Pada  jam 10 pagi Selasa 3 Disember 1974 - anak muda , pelajar dan mahasiswa  - anak semua bangsa  - dari Universiti Malaya (UM), dari Universiti Kebangsaan (UKM), dari Institut Teknoloji Mara (ITM), dari Institut Teknoloji Kebangsaan (ITK) dari Maktab Perguruan Jalan Pahang, dari Polyteknik Ungku Omar - telah memulakan budaya politik jalan raya di Dataran Merdeka.

Generasi 1974 ini telah memilih Dataran Merdeka untuk memulakan budaya politik jalan raya  sebagai tanda menyokong mogok lapar kaum tani di  Baling Kedah. Demo 3 Disember  tanda anak muda, pelajar  dan mahasiswa bersetia kawan dengan warga miskin - kaum tani dan penoreh getah - di Baling. 

Mahasiswa penunjuk perasaan pada pagi itu telah dibantai. Para pelajar dan mahasiswa  telah di tembak dengan gas pemedih mata. Ramai  telah ditangkap. Lalu mereka mengundur ke kampus masing-masing.

Sayugia diberitahu - Demo Baling 3 Disember 1974 - berterusan siang dan  malam tanpa henti-henti. Pelajar turun berdemo  di kampus ITM Shah Alam, di Jalan Pantai depan kampus UM dan UKM dan di Polyteknik Ungku Omar Ipoh. 

Akhirnya,  sesudah 5 hari berdemo -  pada subuh Ahad 8 Disember 1974 - soldadu dan polis telah masuk ke kampus UM dan UKM untuk menangkap para pemimpin pelajar dan juga pensyarah yang sama bersolidariti.  Yang ditangkap ditahan dibawa ISA.  

Demo Baling 1974 dipatahkan. Demo Baling 3 Disember 74 adalah babak   sejarah. Dari Dataran Merdeka  inilah bermulanya budaya politik jalan raya.

Sesudah tertangkapnya pemimpin Demo Baling 1974 - kelihatan politik jalan raya mengendur dan mengenap. Tapi ini hanya untuk sementara. 
Apabila berlaku krisis dalaman United Malays National Organisation  pada tahu 1998 - sekali lagi politik jalan raya membuka sejarah baru. Pada tahun 1998 Generasi 1974 telah berkumpul kembali untuk menyusun politik jalan raya dalam arus Gerakan Reformasi.  

Pada 20 September 1998 - Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri telah ditangkap. Tangkapan dilakukan sesudah demo besar di Dataran Merdeka.  Babak penangkapan ini telah  meledak dan menyemarakkan  politik jalan raya. 

Kini  anak muda penentang kezaliman dan penyokong Anwar  telah keluar ke jalan raya setiap petang Sabtu. Mereka mula  berhimpun di Sogo  kemudian bergerak  menuju ke Dataran Merdeka. Dataran Merdeka masih tetap menjadi sasaran.

Bagitu bersejarah sekali Dataran Merdeka ini sebagai simbol politik jalan raya.   Dataran Merdeka menjadi satu simbol stratejik menentang rejim United Malays National Organisation yang zalim.  Justeru setiap pemimpin rejim United Malays National Organisation akan melarang diadakan tunjuk perasaan di daerah  ini.

Dataran Merdeka  pernah menjadi kawasan larangan yang diumumkan oleh mahkamah  pada Bersih2.  Dalam Bersih2 dan Bersih3 di Dataran Merdeka telah dipasang kawat dan dawai berduri saperti yang dilakukan oleh kaum Zionis Israel  ketika menghalang perjalanan warga Palestin di bumi Palestin.

Sejarah telah merakamkan bagaimana samenjak  pagi  3 Disember 1974 -  berpuluh ribu gas pemedih mata dan bertan-tan  air kimia telah  ditembakkan kearah para penunjuk perasaan di  Dataran Merdeka. Setiap kali rakyat mahu berhimpun di Dataran Merdeka - polis dan soldadu sedia  menghalang. Kita dilarang ke Dataran Merdeka. 

Apa maknanya ini? Kenapa dilarang?

Maknanya - jika dilarang ertinya apa yang kita buat adalah betul. Lagi dilarang lagi betul pilihan kita. Rejim Ketuanan Melayu melarang kita berhimpun di Dataran Merdeka. Ini maknanya Dataran Merdeka adalah pilihan tepat.  Maknanya politik jalan raya adalah tepat dan betul kerana itu kita dilarang.

Bayangkan kalau  50 ribu rakyat Malaysia berhimpun dalam  Hutan Kenaboi di Jelebu menuntut Najib letak jawatan. Pasti tidak ada larangan. Pasti tak ada halangan. Pasti dialu-alukan. Bayangkan juga jika Bersih5 berhimpun dalam Stadium di Shah Alam atau Stadium Kuala Kubu Baru  pasti tidak ada larangan. Pasti tidak ada serangan.   Pemuda Gerakan akan gumbira.

Hakikatnya - berhimpun dalam stadium adalah kerja politik bodoh. Kita  berhimpun untuk menunjukkan perasaan. Bukan berhimpun untuk tengok Mamat main bola.

Hakikatnya - jika musuh  tidak melarang ertinya kita buat kerja salah. Jika musuh mencadangkan  berhimpun dalam stadium ini bermakna berhimpun dalam  stadium kerja bodoh lagi bangang. 

Apa yang dilarang itulah pilihan tepat. Dataran Merdeka dilarang ertinya Dataran Merdeka adalah pilihan tepat.

Dilarang atau diserang membawa makna yang sama. Konvoi Bersih diserang oleh Ikan Tongkol. Ini kerana apa yang kita lakukan adalah tepat dan betul. Ini adalah hukum politik. Hukum ini tidak akan berubah-ubah. Ianya tepat dalam semua masa - dalam semua keadaan.

Ini minggu terakhir sebelum Sabtu 19 November. Aktivis Bersih, aktivis Ngo dari pelbagai jenis, pemimpin parti politik Pakatan Harapan dan pekerja parti telah menggeledah dan menggelodak ke seluruh negara. Untuk pertama kalinya Bersih telah sampai ke wilayah, ke kampong, ke daerah yang tidak pernah dilawati dahulu. 

Dari Bandar ke pekan, dari pekan ke kampong selebaran Bersih telah ditabur.  Ceramah gerila, ceramah umum, forum, flash mob telah dijalankan.  Radio Bangsar - radio resmi Bersih semenjak Bersih3 terus membuat laporan dan temu bual untuk memberi pencerahan. Youtube, Face Book, Twitter - penuh dengan wajah kuning. Kesah kuning disana sini

Semua bersepadu  untuk menghasut, untuk menjemput, untuk mempelawa, untuk meminang dan untuk mengajak warga turun ke jalan raya untuk BERSIH5. Anak semua bangsa dan bangsa semua agama telah diberi penerangan  kenapa perlu bersama di Dataran Merdeka.

Hakikat nya - kita telah menang. Dalam perang saraf, dalam perang propaganda BERSIH5 telah berjaya.

Apakah saya bercakap besar?

Tidak. Saya bukan bercakap besar apabila saya nyatakan bahawa Bersih telah berjaya. Buktinya cukup jelas. Apabila Obor Bersih dilancar pada 1 Oktober dahulu - media tanah air - dari arus perdana hingga ke tabloid - semua berkesah tentang  Bersih5.

Laporan demi laporan muncul. Setiap hari ada sahaja berita Baju Kuning. Portal-portal berita pro Bersih atau anti-Bersih terus menerus melapor gerakan meggelodak yang dilakukan  oleh konvoi Bersih. Sama ada laporan negatif atau positif - ini tidak penting. Dalam  perang saraf  dan perang propaganda yang penting  ada laporan.

Para menteri pembodek Najib, walau pun tidak ramai terus menerus memperlekeh dan mempertikaikan tujuan Bersih. Pihak berwajib tanpa henti-henti memberi komen tentang Bersih. Walau pun tidak ada komen positif tapi yakinlah Bersih masih terus  menjadi berita.

Cerita karut lagi marut - kesah dongeng Lebai Soros dibuka kembali. Setiap kali rakyat negara ini merancang turun ke jalan raya maka Hikayat Lebai Soros ini akan dijaja.

Soros Si Yahudi ini  dikatakan telah  memberi dana  kepada Ngo Malaysia dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Islam. Si Yahudi ini memberi dana untuk menjatuhkan  kerajaan Bani Melayu. Si Yahudi ini memberi dana untuk jatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. 

Bersih dituduh menerima dana yang lumayan dari Yayasan Open Society milik  Lebai Soros.  Ini  dongeng lama yang terus menerus dijaja dan dijual oleh United Malays National Organisation. Si Yahudi Soros dijadikan musuh hingga mereka lupa tentang 24 dari 25 Nabi  yang wajib dikenali oleh penganut Islam semuanya lahir  dari Bani Yahudi.

Paling sedih bercampur lawak ialah sikap parti Pas yang kini menjadi penasehat Najib. Parti ini terpaksa membuat himpunan Ledakan Suara Rakyat ( LASAK)  di Kg Medan dipinggir  Kuala Lumpur. Ini dilakukan  kerana pemimpin Pas risau ramai ahli Pas yang akan ikut bersama Bersih5. Kalau dibuat himpunan Lasak satu minggu lebih awal mungkin ahli Pas  tidak akan turun sekali lagi ke Bersih5.  

Tidak cukup dengan ini pemimpin Pas telah mengeluarkan arahan melarang ahlinya dari  merayakan Bersih5. Ahli-ahli Pas dilarang turun pada 19 November ini nanti. 

Kenapa perlu Pas buat arahan ini?

Jawabnya - ramai ahli parti Pas  yang telah siap sedia untuk turun ke Dataran Merdeka. Ahli-ahli Pas ini menyokong  perjuangan Bersih. Dari Bersih1 ke Bersih3 ahili Pas telah turun ke jalan raya. 

Hakikatnya ahli Pas juga mahu bersama rakyat  yang ramai untuk menghancurkan kemungkaran dan menegakkan keadilan. Menuntut pilihanraya bersih dan adil adalah tuntutan semua agama termasuk tuntutan agama Islam.

Semua  yang berlaku 6 minggu ini membuktikan bahawa Bersih5 telah menang. Gerakan massa rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil sedang  disambut oleh rakyat.

Yakinlah - saya Hishamuddin Rais yang menulis  tulisan ini mewakili rasa hati  majoriti rakyat Malaysia. Pada PRU13 Pakatan Rakyat telah mendapat  52% suara  orang ramai. Kita - 52% adalah majoriti. Kerajaan United Malays National Organisation dibawah Najib Rosmah adalah kerajaan manoriti.

Justeru - untuk memperkukuhkan akidah , tekad dan niat suci untuk mendirikan Malaysia Baru kita Satukan Tenaga dan berjumpa di Dataran Merdeka Sabtu ini. Datang dengan aman dan kita semua pulang  dengan aman. Amin.(tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon

03-92-21-30-45






---------------------

MALAM INI MAHATHIR DI RADIO BANGSAR

Posted: 15 Nov 2016 09:00 PM PST







TONTON INI

APA KATA 

DR MAHATHIR

TENTANG BERSIH

TENTANG NAJIB

TENTANG CHINA

MALAM INI JAM 9

 RADIO BANGSAR

BERANI LAPOR

BERANI LANGGAR




MARI KETAWA

Posted: 15 Nov 2016 08:30 PM PST



MARI KAH KAH KAH
Jika bertembung dgn jamal diperhimpunan Bersih nanti, semua org cuma perlu buat ini saja...... GELAKKAN DIA kah kah kah kah ..... on SIAPA PUKUL IKAN TONGKOL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/15/16

--------------------

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT