Isnin, 7 November 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Tiada parti yang sealiran

Posted: 07 Nov 2016 04:08 PM PST



Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkatanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang,

Bermakna Pas bersedia bila bila masa untuk bekerjasama dengan mana parti bagi menghadapi PRU 14 yang akan diadakan pada 2017 nanti.

Yakni membuat pintu kerjasama, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.

Pada hemat penulis, setakat hari ini tiada sebuah parti pun yang sealiran dengan parti Pas baik mereka sering mendakwa parti mereka adalah parti islam.

Parti Amanah pernah mendakwa parti adalah parti islam dan lebih baik berbanding parti Pas yang agenda tetapnya ialah untuk menegakkan syariat di Malaysia ini.

Sehubungan dengan PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.

Apakah Parti ikatan bangsa Malaysia dan parti keadilan rakyat sealiran dengan pas? Sudah tentu kedua dua parti itu jelas tidak sealiran .

Apatah lagi dengan parti bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang teramat berminat untuk bekerjasama dengan PAS.

Bagaimana pun Pas melalui lisan Presidennya menyatakan pas boleh terima kerjasama tersebut dengan syarat parti itu sealiran  dengan perjuangan yang diperjuangkan selama ini.

Parti Bersatu mempunyai agenda untuk menjatuhkan  Datuk Seri Mohd Najib Razak,perdana menteri yang juga presiden Umno, sedangkan pas tidak bersetuju?

Itulah misi dan visi yang akan di perjuangkan oleh parti bersatu yang kemungkian besar akan bekerjasama  dengan PAS untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam liasanya juga meletakkan syarat kerjasama boleh diadakan, tetapi pas adalah pengemudinya.

Jika inilah syarat yang ditetap pas sudah barang tentu parti bersatu mungkin akan bersetuju juga dengan syarat kerusi yang pas kalah dalam PRU 13 lalu diberi kepada parti bersatu untuk meletakkan calon calonnya.

Hal ini pernah disuarakan  parti bersatu melalui lisan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yasin semasa berucap diatas pentas pas dalam program harap di kemasik, kemaman, Terengganu tidak lama dahulu.

Tiada ulasan: