Jumaat, 11 November 2016

Komentar Kini

Komentar Kini


Satu tanda tanya yang harus

Posted: 11 Nov 2016 05:35 PM PST



Ahli Dewan Undangan negeri Bukit Payong, ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berkhutbah di Majis At Takwa Batu Enam ada berkata orang orang Islam tidak faham dengan Islam.

Sememangnya kebanyakan orang orang Islam tidak faham dengan Islam, kerana mereka terbahagi kepada 73 puak.

Hanya satu puak sahaja yang diterima keislamanya. Mereka yang mengikut ajaran Rasulullah SAW.bermakna 72 puak semuanya tidak diterima keislamanya.

Orang orang Islam inilah yang tidak faham dengan Islam. Inilah masalah yang dihadapi dan satu halangan yang cukup besar untuk puak yang hendak mendaulatkan undang undang Allah atas muka bumi ini.

Orang orang Islam ini miskipun masih mengaku beragama islam sememangnya tidak faham dengan Islam, atas sebab, tidak mengikut Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Akan tetapi tidak dinafikan ada juga puak yang ikut ajaran Rasulullah SAW keliru dengan Islam, terhingga tergamak mengatakan kristian tidak lagi memusuhi Islam.

Pada hal Allah subhanahu wataala telah  menyatakan dengan sejelas jelasnya bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan Islam.Bayangkan musuh Allah. Mana mungkin mereka selari dengan agama Islam.

Atas sebab itu juga mereka mengeluarkan pendapat pendapat yang nyata dan jelas tidak selari dengan padangan puak yang berjuang untuk mendaulatkan undang undang Allah.

Ada yang berkata biar memerintah dahulu baru boleh fikir mengenai hudud. Kita tidak tahu dari mana menreka ambil pendapat sesat dan boleh menyesatkan umat islam sendiri.Kata kata demikian jelas dan nyatakan mereka tidak faham dengan Islam.

Bukan setakat itu sahaja, malah mereka tidak menyokong RUU 355 yang  bertujuan untuk memperkasakan undang undang Islam di mahkamah syariat.

Sehubungan dengan itu, penulis masih ingat dengan pendapat Dr Ahmad Hasbi Al-Baghdadi dalam buku kajian kajian fiqh Semasa, bahawa doktrin doktrin, pendapat pendapat dan pemikiran yang sesat dan salah itu dikumandangkan oleh mereka dan disebarluaskan melalui penerbitan buku buku, suratkhabar, majalah, radio dan televisyen,dan terakhir ini melalui jaringan internet yang tiada edit dan tapisan.Ia terlalu banyak yang membacanya.

Ia berlaku daripada pihak para pendakwah dengan cara mencela atau mendiskreditkan pendapat pendapat dan doktrin doktrin yang sesat ini dan menunjukkan kebatilan atau kesesatannya.

Ini dilakukan melalui perantaraan pakar ilmu huklum dan orang orang yang mengetahui doktrin doktrin atau pendapat pendapat ini serta kesalahan kesalahannya.

Ada satu usaha yang dianggap penting dan sukar untuk dihalangi usaha orang orang ada ijazah PHD dan memangku jawatan dalam kerajaan dan mengaku berpegang kepada agama Islam mengeluarkan pendapat  sesat yang mengandungi fitnah dan mencemar nama baik agama Islam.

Bukan setakat itu sahaja, malah boleh mecemarkan nama baik Nabi Muhammad SAW serta kitab Al Quran dan prinsip prinsip agamaIslam  yang syumul itu.Semua itu mereka lakukan dengan alasan kebebesan pendapat.Padahal ia merupakan fahaman yang jahat dan merosakkan.
   


Tiada ulasan: