Selasa, 8 November 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


FARAH ADEEBA TV AL-HIJRAH TERKEJUT. PERJUANGAN DEMOKRASI, HAK ASASI DAN KEBEBASAN DI MALAYSIA SEBENARNYA SUDAH LAMA MENDAPAT TAJAAN

Posted: 08 Nov 2016 02:22 PM PST



FARAH ADEEBA TV AL-HIJRAH TERKEJUT. PERJUANGAN DEMOKRASI, HAK ASASI DAN KEBEBASAN DI MALAYSIA SEBENARNYA SUDAH LAMA MENDAPAT TAJAAN.

Baru-baru ini kita menerima sebaran Whataspp dari Farah yg terkejut dengan agenda US yang inginkan sebuah negara yang mempunyai elemen kebebasan antara agama dan memisahkan agama dari politik / kerajaan. Dalam temubual berkenaan, TV al-Hijrah terpaksa merombak soalan, walau bagaimanapun Rabai berkenaan, menurut Farah masih terus mengalihkan perbincangan kepada aspek demokrasi, kebebasan dan hak asasi.

Sebenarnya, perancangan Yahudi untuk membawa kebebasan agama di Malaysia atas nama demokrasi tidaklah mengejutkan sangat kerana ia telah pun berjalan secara terbuka dan boleh disearch di dalam Google. Mungkin Farah baru sahaja bertemu secara bersemuka.

Salah satu organisasi yang terpenting di Malaysia ialah National Endowment for Democracy (NED) yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Kongres US, Department of State. Ia mendapat tajaan dari syarikat gergasi dunia seperti Google, Microsoft, Coca Cola dan lain2 bagi membawa misi kebebasan, demokrasi dan hak asasi ke seluruh dunia menggunakan model US yang berteraskan sekularisme, rasionalisme, pluralisme dll. Dengan dana yang begitu besar, mereka membiayai lebih dari 1000 projek setiap tahun di berbagai negara di seluruh dunia kepada mana-mana pihak yang ingin membawa misi dan mencapai objektif mereka.

http://www.ned.org/

Di Malaysia, NED telah bergerak memberikan sumbangan sekitar hampir 1 juta USD setahun sejak dari 2005 hingga kini seperti yang dapat dilihat dalam rajah di bawah. Dengan jumlah yang begitu besar, mereka bergerak di Malaysia sebagai NGO dan organisasi yang bertindak sebagai kumpulan pendesak kepada kerajaan dan juga memberikan pendidikan kepada rakyat agar lebih demokrasi, meraikan hak asasi dan kebebasan bersuara. Apa yang menjadi masalahnya ialah sebahagian dari desakan dan usaha mereka itu bertentangan dengan nilai tradisional melayu dan nilai masyarakat ketimuran, yang peling penting sekali ialah bercanggah dengan syariat Islam. Namun mereka menganggapnya sebagai universal.

1- Islamic Renaissance Front (IRF) - mendapat USD 50-75k setahun sejak 2014 dan ia cuba membawa wacana Islam baru yang berteraskan kepada demokrasi dan kebebasan. Mereka menulis buku seperti Wacana Pemikiran Reformis dan ada juga memanggil tokoh yang dikaitkan dengan pemikiran Liberal seperti Ulil Absar dari Indonesia dan Mustafa Akyol dari Turki untuk memberikan syarahan. Mereka tidak menggalakkan pelaksanaan hukum hudud. Mereka menggalakkan wacana yang mempunyai elemen demokrasi dan kebebasan.

2- Lawyers of Liberty - mendapat USD40k setahun sejak 2011, merupakan sebuah organisasi yang memperjuangkan hak asasi dan mempertahankannya menerusi saluran undang2 dari perkara yang mencabul perlembagaan dan undang2 atau apa2 perkara yang dianggap tidak rasional dari perspektif mereka. Organisasi ini mengumpulkan para peguam bergerak memperjuangkan ketidak adilan kepada mana-mana pihak.

3- Malaysia kini dan TV Kini. Merupakan portal berita yang menyediakan maklumat yang bebas dan pelbagai dari perspektif demokrasi, hak asasi dan kebebasan. MalaysiaKini mendapat USD100k setiap tahun selama 4 tahun berturut2 dan TVkini pula mendapat USD 35k setiap tahun sejak 2014.

4- Merdeka Center - yang mendapat sekitar USD 60-70k setahun sejak 2011 merupakan pusat kajian yang menjalakan kajian dan survey umum terhadap isu-isu yang berlaku di dalam negara.

5- International Republican Institut (IRI)- mendapat dana yang sangat besar antara USD350k hingga USD400k dan pernah mendapat USD800k.

Dengan dana yang banyak dari NED sehingga RM2-3 juta setahun dan pernah mencecah RM4juta, mereka mempunyai gerakan yang tersusun. Oleh sebab itu, projek, program dan usaha yang berkait dengan hak asasi, demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan agama merupakan usaha yang sering nampak di alam maya kerana mendapat biaya antaranya dari NED. Mungkin ada di sana banyak lagi maklumat dan aktiviti yang tidak didedahkan telah pun dilakukan bagi mengukuhkan perjuangan hak asasi, kebebasan dan demokrasi di Malaysia.

P/s: Kena selebriti bercakap dahulu, baru rakyat sedar. Hmm..

http://myfaisalonline.blogspot.my/2016/11/farah-adeeba-tv-al-hijrah-terkejut-apa.html

Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada

Posted: 08 Nov 2016 02:03 AM PST



~Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada~

" Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius kejadian murid yang diasingkan dan duduk di atas jalan tar. Pihak KPM meminta JPN membuat siasatan dengan segera". - Metro.

Aku tak faham dah. Sungguh. Betul-betul tak faham. Dah murid lewat, guru asingkan dari murid yang awal. Biasa la tu. Nanti habis perhimpunan, murid yang lewat mungkin diberi taklimat (kena marah la) supaya sedar atas kesalahan dan datang awal lain kali.

Tapi itu pun tak boleh ke? Eh, awal tahun dahulu, kawan aku guru disiplin sekolah menengah rotan murid lewat. Kau tahu apa jadi? Dia didakwa di mahkamah, ibubapa yang tak boleh terima anaknya di rotan buat report polis.

Banyak kali jugalah turun naik mahkamah, mujur dia menang kes tu. Dah memang patut murid tu dirotan, bukan sekali dua datang lewat. Dia anggap sekolah tu atuk dia yang punya ke apa? Suka suki nak langgar peraturan.

Kes ni lagi pelik. Bingung aku memikirkannya. Guru tak sentuh, tak rotan, tak maki hamun. HANYA asingkan sahaja, masih mendengar taklimat di perhimpunan seperti murid lain. Eh, murid lain pun duduk atas tar juga lah. Apa ada hal?

Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru Nasianal, Datuk Dr Mohamad Ali Hassan pun satu hal juga. Patut dia pengerusi PIBGN tolong la back up cikgu. Sebab itu persatuan Ibubapa dan Guru, bukan Ibubapa dan Murid.

Ini tidak, katanya tindakan itu agak keras dan tidak wajar dilakukan.

Yang manja dimanjakan lagi. Yang remeh dibesar-besarkan. Diberi keutamaan pada si manja, sedang yang kental adalah majoriti.

Malah, murid yang dihukum tidak bersungut pun, ibubapa yang lebih-lebih. Mengada-ngada dan manja sungguh ibubapa zaman la ni (khas ibubapa yang up isu ni kat Metro). Menyampah pula aku. Macam dia tak pernah sekolah dahulu.

Eh, kau buat sekolah sendiri la. Sekolah kerajaan ke, swasta ke, memang ada peraturan perlu dipatuhi. Dah pelajar langgar peraturan, mereka akan dihukum la. Kalau yang langgar peraturan dipeluk cium, diberi pujian, sedaplah. Semua orang nak langgar peraturan.

Peraturan dibuat untuk dipatuhi, bukan untuk dilanggar. Kau paham tak?

Amboi, murid kena duduk atas tar sikit terus suruh buat siasatan segera dibuat. Kereta cikgu disimbah cat, tayar dipancitkan, dicalar-calar, dimaki hamun murid, tidak bersegera pula. Cikgu hanya memendam airmata. Memendam rasa penuh hiba.

Letih jadi cikgu akhir-akhir ini. Jadi mangsa segenap pihak. Diperah pun kami, dipersalahkan pun kami. Muktahir ini, guru yang perlu menghormati pelajar.

Sampai bila budaya 'Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada' akan diteruskan? Sampai bila? Sampai bila?

#MFS

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1274300442591548&id=100000348124684

USTAZAH PENCERAMAH BEBAS” MENGAKU IBU IMAM MAHDI MEMFITNAH KONONNYA DIPUKUL

Posted: 07 Nov 2016 11:12 PM PST



"USTAZAH PENCERAMAH BEBAS" MENGAKU IBU IMAM MAHDI MEMFITNAH KONONNYA DIPUKUL

Seorang wanita yang dikenali sebagai "Sakinah" mengaku sebagai bakal ibu kepada Imam Mahdi membuat dakwaan kononnya dirinya dipukul oleh seorang bekas peserta Pencetus Ummah musim ke-2. Sakinah yang ingin dikenali sebagai seorang Ustazah Fardhu Ain selain mendakwa dirinya seorang penceramah bebas telah diceraikan oleh bekas suami dengan Talak 2.

Setelah dirinya ditalak 2, dia menawarkan hubungan seks kepada beberapa individu melalui media sosial agar kelak "Imam Mahdi" yang bakal dilahirkannya mempunyai bapa tiri. Antara yang terkena tempias fitnahnya ini ialah peserta Pencetus Ummah musim ke-2 seperti yang telah diviral. "Ustazah" Sakinah telah menghantar mesej tidak senonoh kepada bekas peserta Pencetus Ummah dan isterinya bagi mengganggu rumah tangga mereka.

"Ustazah" Sakinah yang telah ditalak 2 oleh bekas suaminya di Besut, Terengganu bertindak untuk datang bertemu bekas peserta Pencetus Ummah ini untuk tujuan mencari bakal bapa tiri Imam Mahdi di sebuah Pondok Moden di Damansara. Menurut ramai saksi kejadian, "Ustazah" Sakinah yang berpakaian tidak senonoh menceroboh Asrama Pelajar Lelaki di Pondok milik bekas peserta Pencetus Ummah ini cuba untuk merapatkan diri (memeluk) bekas peserta Pencetus Ummah tersebut.

Dalam kekalutan tersebut, bekas peserta Pencetus Ummah mengelak dari dirinya terkena fitnah. Namun, "Ustazah" Sakinah telah terjatuh dengan sendirinya lalu tercedera. "Ustazah" Sakinah terus membuat laporan dan dakwaan kononnya dirinya dicederakan sedangkan dia yang menceroboh ke premis tertuduh.

Tertuduh iaitu bekas peserta Pencetus Ummah juga akan mendakwa "Ustazah" Sakinah di mahkamah atas sebab menceroboh dan mengganggu ketenteraman di Pondok yang terletak di Damansara tersebut. Hal ini juga telah memberi pandangan buruk terhadap institusi Pondok miliknya selain memberi aib kepada tertuduh serta isterinya.

Oleh kerana aib telah disebar dengan cara fitnah, maka pendedahan dari pihak tertuduh bagi mempertahankan diri perlu diperjelaskan kepada umum. Ini adalah supaya masyarakat dapat mendengar hujah dari kedua belah pihak dan dapat menilainya dengan waras. Penggunaan Media alternatif ini dalah bagi meluruskan semula kekeliruan yang ditimbulkan oleh Media Arus perdana yang kehabisan isu berkualiti dan hanya membuat ulasan berdasarkan penjelasan sebelah pihak sahaja.

Tajuk-tajuk di dada akhbar serta stesyen berita arus perdana begitu mngecewakan apabila membuat putar belit dan menimbulkan kekeliruan semata-mata untuk mengejar sensasi. Jika beginilah kualiti kewartawanan Berita Harian, TV 9 dan sebagainya, maka jangan hairanlah mengapa mereka tidak mampu menandingi pengaruh media alternatif seperti MalaysiaKini dan sebagainya.

Tiada ulasan: