Ahad, 13 November 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


KENALI PERJUANGAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Posted: 13 Nov 2016 06:57 AM PST



KENALI PERJUANGAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Alhamdulillah atas segalanya. Mengikut satu fakta sejarah, Parti Islam Se-Malaysia - ڤرتي اسلام سمليسيا (PAS) telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Ogos 1951. Walaubagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu, 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS bersetuju bahawa fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh sebenar PAS ditubuhkan.

Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31 Mei 1955 dengan nombor pendaftaran 733 (Pulau Pinang). PAS yang kemudiannya ditukar namanya kepada Parti Islam Se-Malaysia adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka selepas Hizbul Muslimin diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

Berikut merupakan senarai Yang Dipertua Agung yang kemudiannya dikenali sebagai Presiden PAS sejak penubuhannya:

▶ 1951-1953: Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan
▶ 1953-1956: Dr. Haji Abbas Haji Ilias
▶ 1956-1969: Prof. Dr. Burhanuddin Al-Helmy
▶ 1969-1982: Datuk Mohd Asri Muda
▶ 1982-1989: Tuan Guru Haji Yusof Rawa
▶ 1989-2002: Dato' Tuan Guru Haji Fadzil Mohd Noor
▶ 2002-Kini: Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

MISI, DASAR, SERUAN DAN TUJUAN
PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)

Dasar PAS ialah ISLAM.

Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR!

TUJUAN PAS ialah:

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

2. Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

USAHA-USAHA PAS:

1. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

2. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qur'an.

8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

HUKUM DAN KEKUASAAN:

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata.

(Petikan dari Fasal 3, 4, 5, 6 &7 Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)).

#TarbiyahDakwahSiayah
#InilahPenyelesaianKita
#BertekadMelebarMuafakat
#MempersiapGenerasiKemenangan
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Dipetik dari FB Mukhtar Suhaili

Isu Nama Damia. Bahagian JAKIM Beri Pemerangan

Posted: 13 Nov 2016 04:54 AM PST



Nama Damia boleh digunakan cuma tukar sahaja dengan sebutan yang betul dan ejaan arabnya iaitu دامياء / Damia' / Damiyak maknanya baik dan berkat.

Sebutan yang sebenarnya perlu diperbetulkan kerana tulisan atau ejaan bahasa ini berlainan tafsirannya jika dieja dengan sistem bahasa yang lain; bahasa Arab, Cina atau Jepun, tidakkah berlainan tafsirannya? Bayangkan pula, mereka yang sama nama pada hakikatnya tapi berbeza ejaan sahaja. Contohnya Muhammad, Mohamed, Mohamad, Mehmech.

Begitu juga ejaan dalam bahasa melayu ada yang dibuang huruf hamzah diakhir kalimah. Contohnya Aulia - Aulia'/Auliyak,
Humaira - Humaira'/Humairak, Zahra - Zahra'/Zahrak, Ulama - Ulama'/Ulamak, Hana - Hana'/Hanak, Damia - Damia'/Damiyak.

#ViralNamaDamia
#IkutSebutanNamaYangBetulBukanEjaannya
#BetulkanYangBiasaBiasakanYangBetul
#BahagianDakwahJakim

Dituduh Terima Dedak, Ini Penjelasan Mursyidul Am

Posted: 13 Nov 2016 02:33 AM PST



13 NOV : Selepas dituduh menjadi pemakan dedak, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tampil menjelaskan mengapa parti Islam tersebut tidak hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan semalam yang menjadi punca Tun Dr Mahathir Mohamad membuat tuduhan sedemikian.

pas-lasakHashim berkata itu sekadar pandangan Dr Mahathir tapi PAS juga ada pendirian sendiri yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Itu pandangan dia (Dr Mahathir), saya ada pandangan saya sendiri. Tidak semestinya PAS kena ikut apa Dr Mahathir kata sebab saya sendiri ada jalan yang tersendiri,"

"Kalau mahu lihat perkara sebenarnya, kita lihat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang media selepas Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) di Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad.

Semalam, Dr Mahathir berkata mana-mana pihak yang memusuhi gabungan pembangkang itu boleh dianggap sebagai penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya sikap berkenaan juga mungkin menjadi petanda bahawa pihak terbabit sudah mendapat "dedak" daripada Najib.

"Dedak" adalah istilah dipopularkan Dr Mahathir dan penyokongnya yang merujuk kepada pemberian didakwa diberi Perdana Menteri untuk mendapatkan sokongan.

Sementara itu, Hashim juga menegaskan pendirian mereka untuk berbincang dengan mana-mana pihak – termasuk UMNO – kerana ia dibenarkan Islam.

Bagaimanapun menurut Hashim tidak ada mana-mana boleh menuduh mereka ingin menyertai parti itu.

"Dalam Islam walaupun dia itu musuh, agama tak larang (kita) berjumpa dan berbincang.

"Jadi, sekarang ini dia (UMNO) nak bincang dengan kita. Apa-apa persoalan kita sedia dengar dan dia (Umno) juga patut sedia dengar apa yang kita nak kata dan (kemudian) kita pertimbanglah.

"Tapi jangan tuduh PAS masuk BN (Barisan Nasional), yang itu kami dah buat keputusan," katanya.

Tiada ulasan: