Selasa, 29 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] PAS & UMNO Masing-Masing Telah Berpecah...

Posted: 29 Nov 2016 02:01 AM PST

Usaha Umno perdaya Pas untuk dapat undi Melayu hancur, dakwa Khalid Samad

Perancangan Umno untuk mendapat sokongan penuh pengundi Melayu dengan cara memperdayakan Pas selepas Cina tidak bersama mereka lagi hancur berkecai, dakwa Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Selepas Cina tak sokong BN lagi, Umno cuba mendapatkan undi Melayu sepenuhnya dengan memperdayakan Pas agar menyokong mereka menggunakan RUU Akta 355.

"Tetapi ia hancur berderai apabila Pas berpecah dua, dengan lahirnya Amanah dan Umno juga pecah dua dengan lahirnya Bersatu.

"Benarlah janji Allah, kamu merancang, Allah pun merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang," kata Khalid sambil membacakan sepotong ayat Al Quran.

Khalid berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam majlis ceramah anjuran PKR Selayang di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi. (Video di bawah adalah sedutan ceramahnya di Alor Gajah pada 25 Nov 2016 mengenai hal yang sama)

Khalid yang menjadi penceramah utama berkata, dengan lahirnya Amanah dan Bersatu, beliau yakin pengundi Melayu tidak lagi bersama dengan Umno dan Barisan Nasional tetapi bersama dengan Pakatan Harapan apabila Bersatu bakal menyertainya tidak lama lagi.

"Apabila pengundi Melayu dan Cina bersatu, kita yakin akan dapat kalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang,"
kata Khalid yang mendapat tepukan dari hadirin dan juga pemimpin Pakatan Harapan yang berada di pentas.

Khalid tidak langsung menyerang Pas dalam ceramahnya melainkan berkata Umno telah berjaya menjinakkan Pas melalui RUU Akta 355 menyebabkan parti itu mesra Umno.

Turut berucap malam itu adalah William Leong,Ahli Parlimen Selayang dan juga L Mankadir Samsi atau lebih dikenali Pak Jabit serta Azman Mokhtar, Ketua Komunikasi PKR Selayang. Turut berucap adalah wakil DAP.

Sebelum berceramah, Khalid mengadakan dialog dengan ahli Amanah tempatan dan bersetuju untuk menubuhkan dua cawangan Amanah di situ tidak lama lagi. -

VIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

Firman Allah Dalam surah Ali-Imran ayat 54:

"Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang"

Itulah keyakinan orang-orang beriman.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap terserlah juga. Bahawa perjuangan Islam itu bukan untuk memenangkan parti Islam atau umat Islam tetapi memenangkan Islam.

Ada beza kedua-duanya. Islam itu berpaksikan kebenaran dan keadilan sedangkan umat Islam dan parti Islam boleh sahaja kesasar dari landasan Islam itu sendiri.

Kita tidak pertahankan umat Islam sekalipun dia mencuri, merompak dan menyamun. Islam adalah satu agama yang benar dan adil. Yang bersalah tetap dihukum di dalam Islam tanpa mengira bangsa dan agama seseorang itu.

Ini tercatat indah di dalam  beberapa hadith sahih yang mafhumnya:

"Hanyasanya yang menyebabkan binasa orang-orang sebelum kalian adalah, ketika orang-orang dari kalngan terhormat mereka mencuri, mereka membiarkannya (tidak menghukum), sementara jika orang-orang bawahan dari mereka mencuri mereka laksanakan hukuman.
Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya. [Riwayat Muslim]

"Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi golongan bukan-muslim ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang kepada sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat". (Riwayat Abu Daud).





FEATURED ADS



[BERGAMBAR] Alhamdulillah, Maria Chin Dibebaskan

Posted: 28 Nov 2016 06:48 PM PST

Maria Chin bebas selepas ditahan 10 hari

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini menjelang permohonan habeas corpus beliau, esok.

Maria, antara 14 suspek ditahan pada 18 November lalu, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur, ditahan selama 10 hari di sebuah lokasi tidak diketahui.

Polis kemudiannya mengumumkan beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), yang biasanya digunakan untuk menangani kesalahan berkaitan keganasan.


Polis mendakwa mereka menemui 1 dokumen yang menyebabkan mereka percaya Maria mungkin terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen di Malaysia, kesalahan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan.

Penyokongnya menghadiri himpunan nyalaan lilin atau "vigil" di Dataran Merdeka bagi mendesak pembebasannya.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen memberitahu FMT, Maria dibebaskan pada jam 4.30 petang tadi dari sebuah kemudahan tahanan rahsia yang dikenali sebagai "pusat tahanan reman polis di Batu", di sini.

Beliau berkata, Maria ditemani peguam yang juga bekas Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan dalam sebuah kereta dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Petaling Jaya.

"Beliau akan menghabiskan masa dengan keluarganya.

"Malam ini, beliau akan berucap di Dataran Merdeka, di aman nyalaan lilin 'vigil' terakhir akan diadakan penyokongnya."

Eric menyifatkan pembebasan Chin sebagai kemenangan besar dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka.

"Kami semua tahu Maria dan Bersih tidak patut disiasat di bawah Sosma. Ini adalah pertuduhan yang diperbesar-besarkan dan saya rasa pihak berkuasa tahu mengenainya selama ini.

"Terima kasih untuk sokongan daripada rakyat Malaysia, NGO tempatan dan antarabangsa kerana menyuarakan kebimbangan mereka."

Eric berkata, Maria dijadual menghadiri permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, esok. -FMT







FEATURED ADS



Tiada ulasan: