Rabu, 2 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sertai BERSIH Jika Benar Mahu SATU LAWAN SATU!

Posted: 02 Nov 2016 01:40 AM PDT

Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5

IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.


"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan satu yang dikemukakan pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355," katanya.

ULASAN GB

Apakah kerana setelah dikencing oleh UMNO (seperti yang diakui sebelum ini oleh Naib Presidennya, Idris Ahmad), PAS kini membuat kenyataan bersetuju untuk SATU LAWAN SATU?

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyataan PAS sedia untuk satu lawan satu.

Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.
-Sinar Harian


Dan hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sudah lama membuka pintu perbincangan untuk mewujudkan pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"PAS dah lama buka pintu (perbincangan), cuma bila masuk pintu jangan kacau dalam rumah.

"Jangan kacau dalam rumah kami," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan PAS berbincang dengan DAP.
-malaysiakini


GB bersetuju dengan saranan AJK AMANAH Nasional, DS Nizar Jamaluddin bahawa PAS menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Ini kerana kesemua parti pembangkang (komponen Pakatan Harapan dan BERSATU) telah membuat keputusan menyertai BERSIH 5.0 bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Justeru itu ini masanya PAS membuktikan kejujuran dan keikhlasannya menyertai blok pembangkang jika benar mereka berhasrat untuk menumbangkan UMNO BN yang telah mengencingkan mereka selama ini.

Jika tidak, bersedialah untuk dikencing lagi dan lagi oleh UMNO BN...



FEATURED ADS


[VIDEO] Rafizi Persoalkan Kenapa Anak Tiri Najib Ikut Sama Rombongan ke China?

Posted: 01 Nov 2016 11:27 PM PDT

Anak tiri Najib dalam jet lawatan kerajaan ke China cetus persoalan

Satu gambar menyerupai anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang tiba di China dalam lawatan rasmi Perdana Menteri semalam mencetuskan persoalan orang ramai.

Bahkan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga mempersoal kehadiran Riza yang namanya disebut dalam dokumen saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebelum ini.


"Kenapa anak tiri Perdana Menteri berada atas kapal terbang bersama Perdana Menteri?" soalnya yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu.

Riza yang pernah mendakwa dana 1MDB mencecah AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun yang boleh diaksesnya adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI itu dilihat antara salah seorang dalam rombongan ke China selama seminggu itu.

Gambar tersebut yang turut disiarkan dalam akhbar perdana hari ini menunjukan kelibat menyerupai Riza bersama Rosmah Mansor yang juga penaung Permata sedang menuruni tangga pesawat.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semalam disambut Duta Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan isteri, Datin Fairos Ishak serta Naib Menteri Luar China, Liu Zhen Min.

Gambar kelibat Riza yang viral di media sosial itu turut mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.

Antaranya, mereka mempersoalkan jawatan penerbit filem Hollywood, _The Wolf of Wall Street_ yang dianggap banyak pihak sebagai filem lucah itu dalam kerajaan sehingga membolehkannya turut serta dalam lawatan rasmi kerajaan. -MD



ULASAN GB

Lawatan ke China lawatan keluargakah atau lawatan rasmi kerajaan? Macamana pula boleh Reza (anak tiri Najib) boleh ada sama?

Beliau kini sedang diburu di peringkat antarabangsa. Beliau tidak mungkin boleh bergerak bebas seperti dulu.

Oleh itu, ada kemungkinan beliau terpaksa mendapat "belas ikhsan" ibunya Rosmah dan Najib tumpang menaiki jet ke sana ke mari dengan menggunakan pass VVIP yang tidak ada gangguan siasatan apabila masuk dan keluar ke dalam mana-mana negara yang dilawatinya.

Satu hal lagi, Ketua Polis Negara sebelum ini menyatakan sukar untuk mengesan saksi-saksi 1MDB yang tentunya termasuk Reza sendiri. Kini Reza terpampang di media. Sukarkah untuk menahannya atau sengaja beliau dibiarkan bebas? Mengapa ada pilih kasih di dalam menjalankan tugas mendaulatkan undang-undang dan melaksanakan keadilan?





FEATURED ADS


Tiada ulasan: