Jumaat, 18 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selamat Turun Ke BERSIH 5

Posted: 18 Nov 2016 02:18 AM PST

Turun Bersih 5 semarakkan Malaysia Baru

Semarakkan semangat nasionalisme untuk pembentukan Malaysia baru yang merdeka daripada korupsi, salahguna kuasa, kezaliman dan penindasan dengan menyertai himpunan Bersih 5 esok, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

Menurutnya, semangat nasionalisme iaitu cintakan negara yang terbukti mampu menggerakkan massa mengusir imperialisme perlu disemarakkan dalam diri setiap warganegara Malaysia.

"Terbukti kerana cintakan negara, jutaan rakyat Turki keluar ke jalan raya mematahkan kudeta. Semangat sebegini mampu menggerakkan jutaan rakyat Malaysia pula untuk turun ke Dataran Merdeka Sabtu ini sebagai tanda protes terhadap kebobrokan Umno-BN.


"Negara ini milik kita semua melangkaui sempadan agama dan bangsa. Ambillah semangat pejuang-pejuang nasionalis pada era kemerdekaan seperti Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman dan ramai lagi sebagai inspirasi semangat juang serta cintakan negara sebagai pemangkin jiwa dan raga kita untuk melakukan perubahan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rakyat masih tidak dapat menikmati erti kemerdekaan sebenar apabila kepincangan politik, krisis kepimpinan, kegawatan ekonomi, salah urus tadbir, pencabulan hak asasi dan sistem demokrasi semakin meruncing dan genting di bawah pemerintahan Umno-BN.

"Skandal 1MDB yang menjadi perhatian dunia adalah kemuncak korupsi dan penyelewengan sang pemerintah Umno-BN. Hutang lebih RM50 bilion 1MDB ditanggung rakyat jelata sedangkan tiada faedah dapat dinikmati daripada syarikat milik rakyat ini.

"Tuduhan-tuduhan terhadap penyelewengan oleh MO1 yang juga Perdana Menteri walaupun disokong dengan bukti yang konkrit, gagal dinafikan. 'Machai' dan 'pemakan dedak' Perdana Menteri kini diam seribu bahasa kerana tidak mampu lagi membodohkan diri bagi menyelamatkan nama baik MO1 yang teruk tercedera," ujarnya.

Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat tiada pilihan selain menuntut satu sistem dan amalan pilihan raya yang bersih, adil dan saksama kerana rakyat berkuasa untuk mengubah sistem pemerintahan yang korup dan zalim sedia ada.

"Anak muda harus bangkit mempertahankan hak dan kedaulatan negara ini daripada terus dicabuli dan diancam akibat salah urus pentadbiran kleptokrasi. Tegakkan keadilan demokrasi. Tolak pemerintah korupsi. Ayuh! Turun demontrasi," tegasnya lagi.


10 tips keselamatan sempena himpunan Bersih 5

Sempena perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung di ibu negara esok, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2 telah mengeluarkan 10 tips keselamatan bagi panduan orang ramai.

Tips keselamatan itu dikeluarkan sebagai panduan kepada peserta perhimpunan untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar dan selamat.

Berikut adalah tips keselamatan perhimpunan Bersih 5:

1. Jauhkan diri daripada provokasi (walaupun mereka memakai baju-T kuning) dan biar aasukan keselamatan Bersih mengendalikan keadaan. Elakkan konfrontasi secara langsung. Mereka akan diserahkan kepada pihak polis. Bentuk satu bulatan di sekeliling mereka dan merakamkan tindakan mereka menggunakan video dan/atau kamera.

2. Kita berada di sana untuk perhimpunan aman. Tiada senjata harus dibawa dan jangan merosakkan harta benda. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.

3. Sentiasa ikuti arahan sukarelawan keselamatan yang diberi kuasa oleh pihak Bersih. Mereka akan memakai baju-T keselamatan berwarna unggu dengan tag. Jika ragu-ragu, hubungi sukarelawan keselamatan yang lain untuk mengesahkan identiti mereka.

4. Sekiranya pihak polis menembak pelet semburan lada terhadap peserta, berpaling ke belakang dan bergerak ke tempat lain. Jangan panik dan ikut arahan Pasukan Keselamatan Bersih.

5. Kita juga mempunyai plakad (placard) yang jelas yang bertulis "Undur", "Senyap" dan lain-lain. Plakad ini akan digunakan oleh Pihak Keselamatan Bersih untuk komunikasi.

6. Masa perhimpunan pada 19 November adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Berkumpul di tempat yang ditetapkan pada jam 10 pagi atau di mana-mana yang terdapat ramai penyokong Bersih. Sila bersurai secara teratur selepas jam 6 petang. Tempat perhimpunan adalah LRT Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara.

7. Dalam situasi kecemasan, pasukan keselamatan kita akan menggerakkan anda ke KLCC, KL Sentral dan LRT Bangsar.

8. Peserta dinasihati jangan mengambil apa-apa minuman atau makanan yang ditinggal di tepi jalan. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku situasi-situasi keracunan makanan/minuman oleh pihak yang berniat jahat.

9. Kita juga mempunyai pemerhati bebas tempatan dan antarabangsa yang akan memantau perhimpunan Bersih 5. Pasukan pegawai perubatan dengan 140 profesional perubatan dan 6 ambulan juga bersedia untuk membantu dalam kecemasan. Dalam kes tangkapan, SMS nama penuh dan nombor IC anda kepada Pasukan Penangkapan Segera kami di 011-21376814 atau 011-39376684.

10. Muat turun aplikasi Prime, aplikasi rasmi kami di telefon anda untuk mendapatkan informasi terkini dan arahan rasmi. Ia boleh dimuat turun secara percuma bagi Android dan iOS. Ikuti kami di Facebook (www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL), Twitter (www.twitter.com/bersih2) dan Instagram (www.instagram.com/bersih2). Jangan mempeduli berita yang bukan daripada saluran rasmi kami.

Sebagai penganjur perhimpunan, Bersih 2.0 akan sentiasa berusaha untuk bekerjasama rapat dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan berjalan secara teratur dan aman.

Kami telah membentuk pasukan keselamatan Bersih yang mempunyai 1,400 petugas untuk membantu dalam kawalan trafik, kawalan orang ramai, menghentikan provokasi dan mencegah perbuatan jenayah. Mereka akan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan tugas-tugas ini.

SATUKAN TENAGA, MALAYSIA BARU.

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0


VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS



[BONGKAR] Skandal Lombong Bijih Mangan, Presiden PAS Terima RM10 Juta?

Posted: 17 Nov 2016 07:35 PM PST

Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

"Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.


"Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

"Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.


Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.

Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.


"Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.


Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

"Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

"Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

"Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

"Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

"Bahkan,
rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi.

ULASAN GB

Ya, GB bersetuju dengan ayat-ayat di tiga perenggan terakhir itu.

Jika benar laporan yang diviralkan itu, PAS nampaknya sudah mula menggantikan perangai UMNO. Makan duit rakyat Kelantan tanpa rakyat Kelantan mengetahuinya!



FEATURED ADS



Tiada ulasan: