Isnin, 14 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Ilmu Kebal Jamal Makan Diri..

Posted: 14 Nov 2016 12:33 AM PST

Darah Jamal 'tumpah' di Ampang

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.


Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan cincang mereka," katanya.

Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.

Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.

Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.

Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.

"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.

Pengarah Pilihan Raya PKR Ampang Nallan Dhanabalan pula mendakwa melihat kejadian itu dan sebenarnya seorang lelaki berpakaian biasa - didakwa anggota polis - menumbuk Jamal.

"Jamal menarik rantai leher seorang polis berpakaian biasa, dan ia terputus. Kemudian pegawai lain datang dan memukulnya," kata Nallan.


Kejadian itu katanya berlaku ketika kumpulan PKR bergerak meninggalkan Ampang Point dan polis berusaha memisahkan kedua-dua kumpulan berkenaan.

Sementara itu Jamal membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Dalam aduannya Jamal, 46, berkata Gerakan Baju Merah bertembung dengan kumpulan penyokong BERSIH diketuai Zuraidah yang mengedarkan risalah "menghasut orang ramai membenci kerajaan" serta "berhimpun secara haram" pada Sabtu ini.

Dalam pertembungan tersebut, kata Jamal dalam laporan polisnya, berlaku perang mulut dan tolak menolak.

"Tiba-tiba saya dipukul, ditumbuk oleh seseorang yang memakai baju BERSIH dari sebelah kanan tepat di muka dan hidung saya.

"Akibat pukulan itu saya mengalami kecederaan berdarah dan bengkak pada hidung," kata Jamal. -mk





ULASAN GB

Mula-mula belajar ilmu kebal. Lepas tu takbur dan riak. Menunjuk-nunjuk kononnya akulah yang hebat. Dipukul kayu, kayu pun patah.

Itulah istidraj namanya iaitu satu kelebihan atau keluarbiaasan yang diberikan oleh Allah kepada mereka yang fasik.

Selepas itu menggunakan ilmu untuk mmenimbulkan huru-hara, mengacau perhimpunan aman pihak lain. Maka dengan segera, hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Mula-mula terjerit kata "polis pukul saya", lepas tu tiba-tiba ubah kenyataan "pegawai Zuraida pukul saya".

Mengapa tak kata kumpulan geng merah sendiri pukul kamu sepertimana kamu menuduh geng Bersih memukul anggota Bersih sendiri tempohari?

Semua orang dapat melihat dan mebaca berita-berita bahawa alangkah jijiknya perbuatan geng merah yang saban hari menganggu dan mengacau orang lain.. malah sehingga menghidupkan api perkauman yang melampau...

Ingatlah bahawa "Allah tidak suka orang yang melampaui batas..." (Al-Maidah : 87)

Hamba Allah yang sebenar dia tidak mencari ilmu kebal, tetapi sentiasa beramal untuk mendapatkan iman yang kebal.



FEATURED ADS



Tiada ulasan: