Rabu, 9 November 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SIKAP PENGUNDI AMERIKA YANG HARUS KITA CONTOHI KEBERANIANNYA

Posted: 09 Nov 2016 06:17 AM PST

shahbudindotcom


Tidak ramai yang suka dengan Donald Trump. Berwatak keras, suka cakap lepas, ada sejarah buruk terhadap wanita, anti Asia, anti Islam, sudah tua, tidak menarik dan pelbagai  ketidakwajaran lainnya, banyak yang tidak mahukan beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Lebih-lebih lagi pesaingnya, Hillary Clinton bukan calang-calang ketokohannya. Pernah menjadi First Lady ketika suaminya, Bill Clinton menjadi Presiden Amerika dan kemudian menjadi Setiausaha Negara ketika tempoh awal kepresidenan Barack Obama, ramai penganalisis antarabangsa meramalkan beliaulah yang paling layak memimpin Amerika selepas ini.

Namun Trump dari Republikan akhirnya mengejutkan dunia. Beliau diisytiharkan menang dan akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 45 sebaik berjaya mencecah perolehan 279 undi berbanding Hillary, calon Demokrat sebanyak 218 undi pada petang tadi.

Kemenangan Trump hakikatnya tidak banyak mengubah dasar Amerika. Amerika tetap Amerika.  Sikap anti dan curiga kepada orang luar dan Islam tetap ada, cuma barangkali dalam bentuk yang berbeza. 

Trump mungkin terlalu berterus-terang memusuhi orang luar, anti Islam dan mahu membina tembok tinggi di sempadan Mexico bagi menghalang kemasukan pendatang, namun Clinton juga sebenarnya tidak jauh berbeza isi hatinya.

Tetapi ada beberapa aspek yang diharap memberi kebaikan kepada kita dengan kemenangan Trumph ini. Trump sebelum ini mengatakan mahu memansuhkan TPPA dan jika kita selama ini merasakan perjanjian itu banyak merugikan negara, terutamanya dari segi peningkatan harga ubat-ubatan dan ketidakmampuan syarikat tempatan besaing dengan syarikat-syarikat besar Amerika, kemenangan beliau sekurang-kurangnya diharapkan ada kebaikannya dari aspek tersebut.

Selain itu, Trump juga seorang yang praktikal, tegas dan keras. Dengan yang demikian, kita tentunya boleh berharap saman Jabatan Kehakiman Amerika berkaitan 1MDB akan dipercepatkan dan kita sama-sama dapat mengetahui kebenaran tentang wang kita yang didakwa disonglap dan dibelanjakan sesuka hati di sana.

Namun, yang paling penting ialah kemenangan beliau itu menunjukkan bagaimana besarnya kuasa pengundi dalam melakukan perubahan di Amerika. Tanpa memperdulikan pelbagai imej buruk yang cuba digambarkan kepada Trump, rakyat Amerika tidak terpikat untuk terus mengekalkan Demokrat menguasai Rumah Putih, sebaliknya lebih ghairah untuk memilih Republikan atas kepercayaan bahawa penggiliran parti mungkin lebih mampu memberi kebaikan kepada mereka.

Begitulah sejarahnya Amerika, sentiasa mudah bertukar ganti parti menguasai Rumah Putih.

Sebelum Obama, Presiden Amerika ialah George W Bush (Republikan) antara 2001-2009, Bill Clinton (Demokrat)  antara 1993-2001, George H W Bush  (Republikan) antara 1989-1993, Ronald Reagan (Republikan)  antara 1981-1989, Jimmy Carter (Demokrat) antara 1977-1981 dan sebelumnya juga demikianlah penggiliran yang telah berlaku antara Demokrat dengan Republikan.

Setelah Obama menguasai Rumah Putih selama dua penggal dan ingin meneruskan penguasaan melalui Clinton, rakyat Amerika nyata lebih mahukan Republikan mengambil alih.

Sikap dan keberanian pengundi Amerika inilah yang seharusnya menjadi contoh ikutan kepada rakyat Malaysia. Tanpa ada skandal besar seperti 1MDB dan kemasukan berbilion wang ke dalam akaun peribadi sesiapapun, iltizam menukar parti  mereka tetap tinggi.

Tidak malu dan terasa lekehkah kita, di sebalik skandal beribu juta dan menjadi cecehan seantero dunia, tetapi masih mahu juga mengekalkan parti yang sama sejak sekian lama?

Untuk itu, setidak-tidaknya kita boleh tersenyum dengan kemenangan Trump ini walaupun selama ini kita hanya menonton wajahnya di kaca televisyen saja. 


Pembangunan tidak terkawal antara punca banjir kilat di P. Pinang

Posted: 09 Nov 2016 05:42 AM PST

THE MALAYSIAN TIMES


03927-banjir-penang


PUTRAJAYA: Pembangunan pesat yang tidak terkawal merupakan antara punca banjir kilat di Pulau Pinang baru-baru ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pelaksanaan projek-projek tidak terkawal menyebabkan terkumpulnya kelodak dalam sistem perparitan sedia ada dan juga sungai.

"Pihak kerajaan negeri perlu memastikan program pembangunan dilaksanakan secara lestari dengan mengambil kira kebajikan rakyat dan bukannya menuding jari kepada kerajaan persekutuan apabila berlaku banjir kilat," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan dan sambutan Hari Inovasi kementerian di Wisma Sumber Asli di sini hari ini.

Wan Junaidi menegaskan pelaksanaan projek-projek tebatan banjir tidak menjamin kejadian banjir tidak berulang sekiranya pembangunan yang pesat di kawasan tadahan lembangan sungai tidak dikawal di peringkat punca.

Dalam tempoh sebulan, Pulau Pinang dilanda banjir kilat dan tanah runtuh sebanyak lima kali dan terbaru pada Isnin lepas di mana jalan utama menghubungkan pusat bandar dan Teluk Bahang ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah dan jalan raya runtuh di Jalan Ujung Batu, Teluk Bahang.

Wan Junaidi berkata berdasarkan kajian hidraulik juga didapati saiz saluran Sungai Pinang sedia ada tidak dapat menampung aliran puncak ketika hujan lebat di kawasan tadahan.

Beliau berkata ia perlu dinaik taraf dengan mendalam, melebar dan menstabilkan tebing supaya dapat menampung aliran sekurang-kurangnya pada tahap tempoh purata 100 tahun.

"Impak banjir di kawasan lembangan Sungai Pinang akan menjadi lebih buruk sekiranya sistem saliran di sungai utama yang dinaik taraf tanpa mengambil kira penaiktarafan saluran Sungai Pinang," katanya.

Wan Junaidi berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan pusat meluluskan RM150 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pinang dan siling pelan pelaksanaan kedua tahun 2017 adalah sebanyak RM1 juta.

"Kerja-kerja awalan akan dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata laporan siasatan Jabatan Alam Sekitar berhubung pencemaran najis babi di Sungai Giling di Kampung Batu Laut, Sepang, Selangor dijangka siap dalam tiga hari.

Beliau mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan siasatan dan mencari jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan penduduk di kawasan itu.

"Kita tunggu laporan dengan syor agar kita boleh mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat sama ada menempatkan semula (ladang penternakan babi) ke tempat yang sesuai dan lebih jauh dari penempatan manusia.

"Perkara ini perlu mengambil kira kepentingan semua pihak," katanya.

Sebelum itu, Wan Junaidi melancarkan Sistem Online Consent, satu sistem di bawah tanggungjawab Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian yang menyeragamkan borang permohonan yang berbeza bagi memudahkan orang awam berurusan dengan Pentadbiran Tanah dan mempercepatkan proses permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Dengan sistem online itu, borang-borang diseragamkan kepada dua muka surat sahaja dan boleh diakses dalam talian di mana-mana dan bila-bila sahaja.

Tempoh pemprosesan juga disasarkan dikurangkan kepada tiga hari berbanding 14 hari sebelumnya.
Borang permohonan itu juga ditambah baik dengan hanya 42 perkara perlu diisi berbanding 74 perkara pada borang lama, dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan dikurangkan daripada 40 dokumen kepada antara lapan ke 19 dokumen sahaja. — Bernama

SKMM siasat 154 kes penyalahgunaan internet Jan-Sept

Posted: 09 Nov 2016 05:42 AM PST

THE MALAYSIAN TIMES


SKMM1-477x320


KUALA LUMPUR: Sebanyak 154 kes penyalahgunaan Internet dan media baharu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dari Januari hingga September tahun ini mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata bagi tempoh itu juga, SKMM menangani 3,868 kes insiden keselamatan siber yang sebahagian besar daripadanya melibatkan serangan 'web defacement' dan 'malware'.

Menurutnya SKMM turut bergerak untuk memperkasakan pengguna dan komuniti setempat melalui aktiviti di lapangan, bengkel, taklimat khas, program perkhemahan dan kempen kesedaran.

"Sebanyak 450 program advokasi telah dilaksanakan antara Januari hingga September lepas dengan menjangkaui 680,000 peserta," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang mahukan penjelasan mengenai langkah-langkah kerajaan mengawal ancaman siber daripada pihak yang semakin berani melemparkan fitnah kepada kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara.— Bernama

Jangan bincang siapa bakal PM dalam Konvensyen Pakatan Harapan

Posted: 09 Nov 2016 05:36 AM PST

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mohd Sayuti OmarMohd Sayuti Omar

Konvensyen Pakatan Harapan yang akan berlangsung pada 12 November ini harus mengenepikan persoalan siapa bakal perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Penulis buku politik, Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO, Pakatan Harapan - Amanah, PKR dan DAP  serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  harus bersetuju menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seperti dipersetujui sewaktu penubuhan Pakatan harapan tahun lalu.

"Jangan ada mana-mana parti cuba meletak atau menamakan sesiapa dari kalangan mereka sebagai bakal PM, kerana tindakan itu sudah tentu ia akan menimbulkan persoalan sesama sendiri dan akhirnya isu siapa PM itu akan dijadikan isu oleh Umno BN. Berbalahlah dan carilah siapa untuk jadi PM selepas menang, bukan sebelum pertarungan," tulisnya dalam blognya Merah Tinta MSO hari ini.

Pemerhati politik itu juga menegaskan, konvensyen itu juga harus membuat persetujuan untuk menggunakan satu lambang sahaja dalam PRU akan datang bagi menghadapi BN secara satu lawan satu.

"Jika timbul masalah untuk mendapat kelulusan ROS, parti-parti pembangkang perlu bersetuju menerima pakai salah satu lambang dari parti gabungan itu sebagai lambang bersama," katanya.

Selain itu beliau mencadangkan konvensyen agar mengambil persetujuan untuk merangka satu manifesto bersama antara parti-parti pembangkang, tidak ada manifesto lampiran atau khusus untuk mana-mana puak atau golongan.

Beliau juga mengingatkan keempat-empat parti agar mencari formula pembahagian kerusi di antara parti-parti pembangkang dan mengelakkan perebutan calon agar tidak bertembung sesama sendiri.

"Mengenai kerusi ini ia perlu dimuktamadkan awal. Selepas dimuktamadkan semua pihak kena akur dan bekerjasama dan menganggap yang bertandingkan itu adalah parti mereka," katanya lagi.

Beliau juga berkata, konvensyen harus dengan jelas menyatakan sikap menolak terhadap Pas agar ia tidak menjadi persoalan menyerabutkan dalam kalangan ahli parti pembangkang.

"Cara itu juga ia akan menutupkan percakapan dan dolak dalih Pas yang berbagai-bagainya itu," ujarnya.
Konvensyen Pakatan Harapan buat pertama kali ini akan diadakan di Shah Alam pada Sabtu ini.


5 parti bergabung pertahan hak dan keistimewaan MP

Posted: 09 Nov 2016 05:30 AM PST

BORHAN AHMAD


Datuk Mahfuz Omar, MP Pas turut berucap dalam sidang bersama itu tetapi bukan mewakili partinya, Pas.Datuk Mahfuz Omar, MP Pas turut berucap dalam sidang bersama itu tetapi bukan mewakili partinya, Pas.


Lima parti iaitu PKR, DAP dan Amanah bersama dengan Bersatu dan Warisan Sabah bergabung tenaga hari ini bagi mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen.

Pemimpin utama kelima-lima parti itu duduk di atas satu pentas di bangunan Parlimen bagi menyatakan sokongan itu.

Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yasin dan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafei Apdal duduk bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Antara yang hadir bagi memberikan sokongan mempertahankan hak dan keistimewaan MP.Antara yang hadir bagi memberikan sokongan mempertahankan hak dan keistimewaan MP.Turut hadir adalah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tetapi dipercayai mewakili dirinya sahaja bukannya Pas.

Kedatangan Mahathir ke parlimen hari ini adalah buat pertama kalinya selepas 13 tahun melepaskan jawatan dalam kerajaan dan kini menyertai pembangkang.

"Persetujuan kami hari ini adalah lambang kesepakatan bersama untuk mempertahankan hak dan keistimewaan ahli parlimen untuk bertanya sebarang soalan," kata Datuk Dr Mujahid yang mewakili Amanah dalam majlis ini kepada Malaysia Dateline.

Beliau menegaskan, langkah Menteri Kewangan Kedua yang menjawab semua soalan mengenai 1MDB ketika penggulungan semalam membayangkan ia tidak salah sebagaimana yang diputuskan speaker sebelum ini.

Ketika ditanya kenapa Pas tidak hadir, Mujahid berkata, inilah kerugian besar Pas apabila tidak menganggap agenda sebegini adalah agenda bersama mereka.

"Ia menyebabkan parti itu terketepi dari arus politik utama negara," kata bekas AJK Pas Pusat itu.

Sidang hari ini diadakan ekoran tindakan speaker menyifatkan tindakan tiga bekas menteri kabinet membangkitkan isu 1MDB dan beberapa isu lain dalam parlimen adalah satu tindakan yang melanggar sumpah mereka sebagai menteri kabinet.

Ekoran itu, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan ada juga disiadat di bawah Akta Hasutan.

Mengapa projek ECRL lebih penting dari bina universiti & hospital?

Posted: 09 Nov 2016 05:30 AM PST

MALAYSIA DATELINE
Projek ECRL akan dilaksanakan dengan tiga fasa.Projek ECRL akan dilaksanakan dengan tiga fasa.


Mengapa projek landasan keretapi Pantai Timur (ECRL) lebih diutamakan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak berbanding pembinaan universiti, hospital dan subsidi minyak masak?

Soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahalan dalam satu kenyataan media yang dkeluarkan hari ini.

Rafizi mengulas kenyataan yang dibuat Abdul Rahman ketika ditemubual SinarTV berhubung projek ECRL.
Naib Presiden PKR itu melahirkan kebimbangan sama ada projek mega itu dilaksanakan bagi kerajaan menyelesaikan tanggungan hutang 1MDB atau mengumpul dana pilihan raya umum yang dijangkakan pada tahun hadapan.
"Saya bimbang ia berkaitan dua peristiwa besar yang boleh berlaku dalam tahun 2017: pembayaran hutang-hutang 1MDB termasuk satu bayaran berjumlah RM14 bilion (atau USD3.5 bilion) kepada IPIC jika 1MDB kalah dalam proses timbangtara dan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kedua-dua ini menelan belanja yang besar dan wang segera diperlukan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Rahman menjelaskan secara terbuka sama ada wujud perjanjian-perjanjian lain di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Kerajaan China membabitkan penyaluran dana kepada pihak-pihak lain yang akhirnya boleh membantu menanggung perbelanjaan membayar hutang 1MDB atau perbelanjaan PRU14.

"Jika ini bukan sebabnya, berikan 5 sebab kenapa projek keretapi Tumpat ke Pelabuhan Kelang ini adalah projek paling penting dan paling diutamakan?

"Kenapa ia lebih penting dari membina universiti? Kenapa ia lebih penting dari membina hospital? Kenapa ia lebih penting berbanding harga minyak masak rakyat?" soal beliau.

Menurut beliau, jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan ini mampu mengurangkan syak wasangka rakyat terhadap projek ECRL dan tujuan ianya dimeterai secara terburu-buru oleh pentadbiran Najib.

Syarikat projek landasan bukan milik kerajaan, Rafizi dakwa menteri bohong

Posted: 09 Nov 2016 05:23 AM PST

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Projek Landasan Keretapi Pantai TimurProjek Landasan Keretapi Pantai Timur


Syarikat yang didakwa mewakili kerajaan Malaysia dalam projek pembinaan landasan keretapi Pantai Timur tidak dimiliki Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) tetapi dimiliki dua kakitangan Kementerian Kewangan, dedah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Menurut Naib Presiden PKR itu, jika MRL Sdn Bhd dimiliki oleh MOF Inc, maka dua saham bernilai RM1 setiap satu itu akan didaftarkan di atas nama MOF Inc dan bukannya dua individu terbabit.

Sehubungan itu, Rafizi menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan melakukan pembohongan apabila mendakwa  MRL Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh MOF Inc.

Beliau merujuk wawancara Abdul Rahman Dahlan dengan SinarTV yang mendakwa Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dimiliki Kementerian Kewangan.

Malah tambah Rafizi, jika dua pemilik saham tersebut iaitu Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail bersetuju memindahkan saham mereka kepada MOF Inc, beliau mempersoalkan proses kelulusan yang akan diguna pakai untuk membenarkan MOF Inc yang dimiliki rakyat mewarisi hutang bernilai RM46 bilion yang ditandatangani oleh sebuah syarikat yang pada masa kontrak ditandatangani tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Malaysia?

"Kenyataan Dato' Rahman Dahlan semalam mengesahkan bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak berhasrat untuk menggunakan muslihat yang sama yang digunapakai semasa memindahkan hutang 1MDB melalui SRC International kepada rakyat: SRC berhutang RM4 bilion semasa ia masih anak syarikat penuh 1MDB, selepas wang sudah diambil maka MOF Inc bersetuju menerima pemindahan saham dari 1MDB kepada MOF Inc.

"Akhirnya, hutang RM4 bilion yang sebenarnya diambil oleh 1MDB melalui SRC telah dimiliknegarakan dan dibebankan kepada rakyat.

"Perkara yang sama juga akan berlaku dengan MRL yang mengendalikan ECRL ini," ujarnya.

Rafizi turut mempersoalkan kenyataan Abdul Rahman bahawa kontrak yang dianugerahkan kepada CCCC (syarikat milik kerajaan China) sememangnya berjumlah RM46 bilion dan bukannya RM55 bilion kerana ia hanya melibatkan pembinaan sistem keretapi dari Tumpat ke Gombak sepanjang 600 km dan tidak termasuk sistem dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km.

Sebelum ini, nilai projek landasan keretapi Pantai Timur itu menjadi persoalan apabila laman web CCCC menyatakan projek itu bernilai RM46 bilion sedangkan Perdana Menteri menyebut ianya bernilai RM55 bilion.

Menurutnya, jawapan yang diberikan Abdul Rahman itu boleh dipatahkan dengan laporan-laporan lain yang menyebut pelbagai angka.

Walaupun angka sebenar projek tersebut terus menjadi persoalan, Rafizi melontarkan soalan yang lebih penting iaitu mengapa Perdana Menteri secara terburu-buru menandatangani kontrak bernilai RM46 bilion itu.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Najib tidak boleh menunggu rundingan pakej pembinaan keseluruhan dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang dimuktamadkan.

"Bukankah jika kontrak pembinaan EPCC dirundingkan secara bersekali dan dalam satu pakej iaitu dari Tumpat ke Pelabuhan Kelang, secara logiknya ia lebih murah kerana kontraktor tidak perlu membuat kerja dua kali, tidak perlu membayar kos mobilization dan de-mobilisation dua kali dan kontraktor boleh mendapatkan harga material yang lebih murah kerana membeli secara pukal," soal beliau.

Abdul Rahman dalam wawancara dengan SinarTV menjelaskan, nilai projek sistem keretapi dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sepanjang 88 km adalah RM9 bilion.

Jumlah ini, ujarnya bertepatan dengan kos keseluruhan projek landasan keretapi Pantai Timur berjumlah RM55 bilion seperti diumum Najib.

Singapura mungkin dapat Presiden Melayu tahun depan

Posted: 09 Nov 2016 05:23 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SINGAPURA: Presiden Si­ngapura, Tony Tan Keny Yam  mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya, se­kali gus memberi peluang kepada calon berketurunan Melayu untuk menerajui republik ini.

"Saya mahu melihat Presiden daripada orang Melayu selepas 46 tahun," kata beliau yang juga Presiden Ketujuh Singapura selepas mengangkat sumpah pada 1 September 2011.

Mengukuhkan lagi Singapura bakal ditadbir Presiden Me­layu, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong berkata, jawatan itu akan dikhaskan untuk calon dari kaum tersebut.

"Saya akan mencadangkan pindaan dilakukan dalam peruntukan kaum Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan dan Akta Pilihan Raya Presiden pada Januari ini," katanya di Parlimen.

Hsien Loong menjelaskan, sistem yang akan dipinda itu merupakan satu model yang membuka pencalonan kepada semua kaum, namun jika tiada Presiden dari etnik tertentu selama lima penggal berturut-turut, maka penggal akan datang dikhaskan kepada satu kaum sahaja.

Jelas beliau, jika ada calon Melayu yang berkelayakan bertanding dalam Pilihan Raya Presi­den Singapura pada Ogos tahun depan, negara ini akan memiliki Presiden Melayu sekali lagi.

"Memetik kata-kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Yaacob Ibrahim semalam, Presiden seterusnya akan menjadi orang Melayu kedua menerajui Singapura dalam tempoh 46 tahun sejak Presiden pertama, Yusof Ishak," katanya.


Siapa 'tetamu khas' hadir Konvensyen PH?

Posted: 09 Nov 2016 04:30 AM PST

MALAYSIA GAZETTE


Saifudin Abdullah
Saifudin Abdullah


Seorang 'tetamu khas' akan dijemput menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada 12 November ini.

Bagaimanapun siapa tetamu istimewa yang dimaksudkan itu tidak diberitahu oleh Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifudin Abdullah.

"Ada seorang tetamu khas akan hadir tetapi saya tidak akan umum sekarang," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengesahkan kehadiran Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke konvensyen yang sama.

Menurutnya, kira-kira 1,000 pemimpin dan ahli parti-parti mewakili PH akan hadir dalam konvensyen yang diadakan di Ideal Convention Centre Shah Alam itu.

PH setakat ini dianggotai parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara dan merupakan pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan ekoran keluarnya Pas daripada kumpulan mereka.

Sebelum itu, Saifuddin ada menyatakan kemungkinan siapa yang akan dipilih menjadi Perdana Menteri sekiranya PH memenangi pilihan raya umum akan terjawab dalam konvensyen yang sama.--MalaysiaGazette


Ahmad Bashah malukan saya, kata pengasas D' Herbs

Posted: 09 Nov 2016 04:26 AM PST

 
 
Pengasas Kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menunjukkan antara surat-surat perjanjian diantara pihaknya bersama KFA pada sidang media berkenaan isu penajaan beliau dengan Persatuan Bola Sepak Kedah, di Wisma D'Herbs, Kota Damansara. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 06 MEI 2016
Pengasas Kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menunjukkan antara surat-surat perjanjian diantara pihaknya bersama KFA pada sidang media berkenaan isu penajaan beliau dengan Persatuan Bola Sepak Kedah, di Wisma D'Herbs, Kota Damansara. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM



Pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kecewa terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mengeluarkan kenyataan tanah rakyat Kedah tidak tergadai selepas menolak tajaan syarikatnya.

Aliff berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah itu amat memalukan dirinya seolah-olah beliau ingin mendapat tanah di negeri itu secara percuma hasil tajaan bernilai RM30 juta.

Katanya, Ahmad Bashah sudah sedia maklum segala butiran perbincangan yang berjalan selama hampir tiga bulan dan beliau boleh berterus-terang jika ada terma perjanjian tajaan yang tidak dipersetujuinya.

"Saya cabar siapa yang boleh buktikan yang saya minta tanah percuma di Kedah dan saya boleh beri RM100 juta dan bukannya RM30 juta.

"Semua terma perjanjian syarikat saya hanya menyebut pemohonan untuk membangunkan Bandar D'Herb dengan usahasama anak syarikat kerajaan negeri.

"Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) yang menawarkan sendiri tanah di Bandar Sejahtera di Pokok Sena yang terbengkalai sejak tahun 2008.

"Saya yang akan mengeluarkan wang untuk projek pembangunan itu dan hasil keuntungan akan diberikan kepada kerajaan negeri mengikut perjanjian bersama.

"Jadi di mana logiknya saya hendak rampas tanah dan menyebabkan tanah di Kedah tergadai?" katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjawab pelbagai tuduhan selepas KFA menolak tajaan D'herb Holding (M) Sdn. Bhd. sebanyak RM30 juta pada Selasa lalu.

Ahmad Bashah dalam laman sosial Facebook sempat mengeluarkan kenyataan sejurus penolakan tajaan itu dengan berkata tanah rakyat Kedah akan dipertahankan dan tidak akan digadaikan. -- MalaysiaGazette


Bimbang Trump menang, saham Asia jatuh

Posted: 09 Nov 2016 04:21 AM PST

 
 


Saham Asia jatuh hari ini dalam dagangan tidak menentu berikutan pelabur menantikan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat dengan pasaran sedang bersedia sekiranya calon Republican, Donald Trump berjaya mengalahkan calon Democrat, Hillary Clinton.

Indeks MSCI Asia Pacific jatuh 1.7 peratus kepada 135.58 setakat jam 12.30 tengahari di Tokyo selepas meningkat sebanyak 0.8 peratus sebelumnya.

Para pelabur terpaksa berdepan dengan dagangan tidak menentu pada hari ini dengan keputusan awal menyaksikan Trump mendahului sekali gus menjadikan pilihan raya tersebut semakin sengit berbanding jangkaan.

"Dengan semakin banyak undi yang dikira dan Trump dilihat mempunyai potensi besar untuk menang, pasaran kini sedang merudum jatuh.

"Ini menyebabkan orang ramai hilang kawalan. Kami semua terkejut," kata, pengurus kekayaan swasta, Shaw and Partners Ltd di Sydney, Karl Good.

Sejak semalam, Indeks MSCI Asia Pasifik telah jatuh sebanyak 3.1 peratus daripada kemuncaknya yang direkodkan pada September kerana para pelabur sedang memerhatikan pilihan raya yang meletakkan kepimpinan ekonomi terbesar dunia berada di persimpangan berhubung isu imigrasi, perdagangan dan peranan Amerika di dalam dunia yang lebih luas.

Spekulasi mengenai peluang Clinton telah menambahkan jangkaan yang Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar kepada 8.4 peratus bulan depan, demikian menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg.

Indeks Topix Jepun hilang 4.7 peratus dengan yen didagangkan pada 101.56 berbanding dolar selepas ia semakin lemah sejak tiga hari lalu. Indeks Kospi, Korea Selatan, jatuh 3.3 peratus manakala Indeks Straits Times Singapura, rugi dua peratus.- Bloomberg


Risiko guna minyak masak kitar semula

Posted: 09 Nov 2016 04:19 AM PST

Oleh Bernama
 
 
 
 
Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti keradangan hati, kanser dan serangan jantung.
 
Anggota Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan.
 
"Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya terutamanya serangan jantung.
 
"Minyak masak kitar semula juga tidak terjamin dari segi keselamatan dan kebersihannya kerana ia diperoleh daripada sisa minyak terpakai di restoran atau hotel," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
 
Dr Zubaidi berkata, walaupun telah dikitar semula termasuk melalui proses pelunturan warna dan penapisan, ia masih tidak mampu menyamai kualiti minyak masak baharu malah tidak selamat untuk digunakan.
 
Menurutnya, minyak masak berkualiti dan kitar semula agak sukar dibezakan kerana pada asasnya ia kelihatan seperti sama namun pemeriksaan lebih teliti di makmal dapat memastikan kualiti minyak tersebut.
 
Beliau berkata, pengguna boleh membuat pemeriksaan sendiri bagi memastikan minyak masak baharu dan kitar semula, dengan cara meletakkan minyak masak dalam peti sejuk lebih kurang dua jam dan jika minyak kelihatan berbuih, ia merupakan minyak kitar semula.
 
Selain itu, katanya, minyak masak yang dikitar semula akan menghasilkan haba yang lebih tinggi ketika dipanaskan untuk memasak kerana struktur kimia dalam minyak masak itu telah berubah.
 
Dalam pada itu, Dr Zubaidi mencadangkan orang ramai membeli minyak masak yang mempunyai cap Sirim serta memastikan syarikat pengeluar minyak itu mempunyai lesen yang sah beroperasi bagi mengelakkan ia menjalankan aktiviti mengutip minyak kitar semula.
 
"Pengguna jangan mengambil sikap membeli barangan yang murah sahaja tanpa melihat kualitinya yang akhirnya akan memudaratkan kesihatan sendiri. Selain itu pihak berkuasa juga perlu sentiasa memantau operasi syarikat pengeluar minyak masak agar mereka tidak mengambil sisa minyak terpakai di restoran atau hotel dan memproses semula minyak tersebut untuk dijual kepada pengguna," katanya.
 
Sebelum ini dilaporkan wujudnya syarikat pengeluar minyak yang mengumpul minyak buangan dari restoran dan melakukan penapisan serta pelunturan warna bagi menjadikan ia kelihatan seperti minyak baharu

Isu lebihan RM9 bilion kos projek ECRL

Posted: 09 Nov 2016 04:16 AM PST

BNBBC, 
abdul-rahman-dahlan 


Kerajaan menafikan dakwaan kononnya RM9 bilion 'disonglap' daripada projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) apabila kos pembinaan asal RM46 bilion meningkat kepada RM55 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan, perbezaan atau peningkatan kos RM9 bilion itu adalah bagi laluan tambahan dari Gombak ke Pelabuhan Klang.

Katanya, memang harga asal projek ECRL bernilai RM46 bilion tetapi ianya untuk jajaran dari Tumpat ke Kuantan dan berhenti di zon Pantai Barat iaitu Gombak.

Ianya membabitkan pembinaan sepanjang 600 km.

"Itu cadangan awal tetapi apabila SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) dan agensi kerajaan lain bawa cadangan baru, ia dari Gombak ke Pelabuhan Klang sepanjang 88 km," katanya.

Abdul Rahman menjelaskan perkara itu ketika menggulung perbahasan Bajet 2017 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Selasa.

Tegas beliau, apa yang dimaklum dalam laman web China Communications Construction Company (CCCC) yang menyebut kos ECRL sebanyak RM46 bilion adalah betul bagi jajaran Tumpat ke Gombak.

"Cuma tidak disebut dari Gombak ke Pelabukan Klang yang bernilai RM9 bilion. Sebab itu jadi RM55 bilion untuk laluan sepanjang 688 km," jelasnya.

Beliau menyelar pihak tertentu termasuk pembangkang yang cuba mengabui rakyat dengan menuduh RM9 bilion sudah disonglap oleh Barisan Nasional (BN).

Dakwaan pembangkang itu katanya jelas tidak menghormati Presiden dan Perdana Menteri China yang hadir pada majlis menandatangani perjanjian projek itu bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"(..Ini) seolah-olah cuba kaitkan Perdana Menteri dan dua pemimpin besar negara China itu berkonspirasi untuk menipu rakyat negara ini,".

"Pembangkang ini tak hormati pemimpin negara China. Mereka (cuba) kaitkan kononnya RM9 bilion hilang masuk poket. Kenyataan ini tidak bertanggungjawab," bidas Abdul Rahman.

Beliau turut menyifatkan pembangkang sebagai tidak tahu mengira apabila menuduh RM9 bilion itu hilang.

Mengenai dakwaan bahawa CCCC adalah syarikat yang disenarai hitam oleh Bank Dunia, beliau menjelaskan bahawa yang disenarai hitam adalah salah satu anak syarikat CCCC.

Katanya, ia kes lama dan senarai hitam itu akan ditarik balik pada tahun depan.

"Presiden dan PM China ada di sana, kalau CCCC dianggap syarikat bankrap tidak mungkin kedua-dua mereka akan hadir menyaksikan perjanjian tersebut," katanya.

Ini wajah pegawai SPRM mabuk pukul isteri

Posted: 09 Nov 2016 04:09 AM PST

nazrin-abdullah-sprm 


Wajah individu yang dikatakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memukul isterinya menjadi viral di laman media sosial, rata-rata orang ramai melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penderaan fizikal yang dilakukan oleh pegawai tersebut.

Shahilda Fadhil, 22, menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila dipukul suamminya, Mohammad Nazrin Abdullah yang juga seorang kaki mabuk, seperti yang dilaporkan dalam laporan polis pada 20 September 2016 oleh mangsa.

Mangsa yang menetap di Tangkak, Johor dipukul selepas berlaku satu pertengkaran dengan suaminya dan keadaan menjadi lebih teruk pada 18 September seperti dalam laporannya apabila suaminya pulang dalam keadaan mabuk membawa parang panjang dan membuat ugutan terhadapnya.

SPRM semalam mengatakan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa memukul isterinya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan pada Khamis berkata ia bersedia memberi kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan wanita itu.

Shahilda, seorang suri rumah juga membuat luahan rasa hatinya di akaun Facebook dengan mesej seperti berikut :
"Bismillahirrahmanirrahim.
Selama ni aku diam membisu seribu bahasa kau hina, fitnah, herdik, cerca keluarga aku. Hina aku. Pukul aku separuh nyawa.
Kau ambil parang ketak kat leher aku. Nak sembelih aku. Tapi hari ini Allah swt beri aku kekuatan untuk bongkarkan kebenaran.
Setahun perkahwinan kita. Dalam tempoh itu aku di pukul bagaikan binatang berkali2 tanpa belas kasihan langsung sehingga anak sekecil adam yg baru 2 tahun merayu melutut kat kaki kau untuk berhenti pukul aku.
Sampai pecah gusi anak aku kau tendang wahai suami dayus. Kau pukul aku guna besi buai. Kau campak aku dari ruang tamu ke dapur.
Kau hempas kepala aku dgn laptop. Kau pijak perut aku masa aku dalam pantang anak kedua.
Kau paksa aku layan nafsu binatang kau. Sampai aku terpaksa buat opret sebab luka pd faraj aku. Masa mengandunh kau duduk atas perut aku yg dh 7 bulan lepas tu cekik aku.
Yang lebih kejam kau main dgn betina kat luar siap rakam fan balik tunjuk pada aku. Betapa kejamnya kau wahai suami tak guna.
Nafkah kau bagi rm200 lepas tu kau minta balik. Kau paksa aku hisap KON*K anak aku Adam depan kau. Paksa aku jilat tapak kaki kau lepas aku dibelasah seperti anjing.
Kau main aku macam pelacur. Allahuakbar. Terlalu banyak penderitaan yang kau beri pada aku selama setahun aku jadi isteri kau yg bodoh.
Kau kunci aku dan anak dlm rumah bila kau pergi kerja tanpa sebarang makanan. Terlalu byk peluang aku bagi pada jantan macam kau! Sampaikan skrg ni kau tuduh bapak aku culik aku & anak2.
Kau cakap aku sekeluarga berajaran sesat. Kau sedar x baru 3 tahun kau masuk islam? Mengucap pun x pandai. Ngaji pun kau x tahu.
Kononnya belajar agama tapi wayang di fb semata2. Main betina. Hisap batu. Pukul bini & anak.
Islam mana kau ikut? Suka2 kau kafirkan bapak aku. Bapak aku pun kau panggil padil pukimak. Mak aku pun kau panggil sampah?
Apa jenis menantu kau ni? 3x kau lafaz cerai tp bila di mahkamah kau siap angkat sumpah xnak ngaku. Aku silap & benar2 silap pilih kau sebagai pelindung aku.
Rupanya kau manusia paling zalim & kejam di muka bumi ni. Kau pegawai #SPRM tp tatatertib kau mana? Hisap batu. Mabuk. Allah menjadi saksi segala yang engkai lafaz & lakukan.
Demi anak2 tak sesekali aku kembali pada kau & aku tak kan maafkan kau. Dh sebulan buat report tapi x ada apa2 tindakan diambil. Aku serah pada Allah shj."

PAS enggan hadir konvensyen pembangkang

Posted: 09 Nov 2016 03:51 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  PAS bertegas tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan yang akan diadakan di Shah Alam, Sabtu ini.
 
Demikian dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada akhbar Sin Chew Jit Poh.
 
Menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak akan berganjak daripada keputusan asalnya untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Oleh itu tidak ada sebab wakil Pas perlu menghadiri konvensyen tersebut yang turut disertai kedua-dua parti itu.
 
Selain DAP dan Amanah, PKR turut berada dalam Pakatan Harapan. Beberapa pemimpin PPBM turut dijangka muncul di konvensyen berkenaan.
 
Difahamkan, kemuncak konvensyen Pakatan Harapan itu adalah perjanjian antara Pakatan Harapan dan PPBM bagi mewujudkan satu bentuk kerjasama untuk mencapai strategi satu lawan satu dengan BN pada PRU akan datang.
 
Menurut akhbar itu, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini menyatakan, konvensyen kali pertama dianjurkan Pakatan Harapan itu akan jemput PAS dan PPBM.
 
Mengenai strategi satu lawan satu dengan BN, Tuan Ibrahim berkata, PAS memang setuju dengan perancangan tersebut kerana ia mampu meningkatkan peluang untuk parti pembangkang mengalahkan BN.
 
"PAS tiada sebarang masalah mengenai isu 'satu lawan satu' ini. Namun, PAS perlu memastikan tidak ada parti pembangkang lain yang datang menjejaskan kawasan yang kami ingin tandingi," kata Timbalan Presiden PAS itu.
 
 

Siling klinik KK Taiping runtuh selepas hujan lebat

Posted: 09 Nov 2016 03:51 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TAIPING: Klinik Kesihatan Taiping (KK Taiping) di Jalan Tupai terpaksa ditutup petang ini selepas beberapa bahagian siling di aras satu runtuh akibat hujan lebat.
 
Video yang tersebar di media sosial menunjukkan air hujan mengalir keluar daripada siling dan sebahagian besar siling aras utama runtuh.
 
Menurut catatan di media sosial, hujan lebat turun hampir 2 jam apabila tanda-tanda kebocoran siling dikesan.
 
KK Taiping itu yang terbesar daripada 5 klinik kerajaan di bandar Taiping, Perak. 
 
Dibuka pada 2007, perkhidmatan pesakit luar Hospital Taiping dipindahkan ke klinik itu bagi memenuhi pertambahan pesakit luar.
 
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kira-kira 1,000 pesakit mengunjungi KK Taiping setiap hari seraya menjadikan KK Taiping antara klinik kerajaan paling sibuk di negara ini.
 
Pesakit di klinik itu dilencongkan ke Hospital Taiping dan klinik kerajaan lain, termasuk di Pokok Assam, Simpang dan Kamunting.
 
Kakitangan perubatan di KK Taiping juga ditugaskan di klinik lain.
 
 

BN Selangor mahu Azmin dedah kaedah nilai pampasan pada SPLASH

Posted: 09 Nov 2016 03:47 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali membentangkan kaedah penilaian yang digunapakai kerajaan negeri untuk membayar pampasan RM2.7 bilion kepada SPLASH.
 
ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata Azmin perlu bersikap telus dalam isu tersebut memandangkan ia melibatkan peningkatan 10 kali ganda daripada tawaran asal, bernilai RM250 juta.
 
"Dari segi ekuiti ini Menteri Besar kena terangkan daripada mana dapat jumlah 10 kali ganda ini? Seperti yang disebut ADUN Perlabuhan Klang (Tan Sri Khalid Ibrahim) kerana ada dua jumlah yang berbeza. Kalau perbezaan itu satu peratus saya ingat kita boleh terima, ini bukan satu peratus tapi 10 kali ganda dan nilai itu cukup besar
 
"Kita rasa amat sangsi dan kita mengharapkan kerajaan negeri supaya bawa dalam Dewan, kalau boleh keluarkan kertas putih atau penilaian semula suapaya kita boleh bahas dan kita boleh tengok. 
 
"Saya tidak tahu sejauh mana Menteri Besar mahu bentangkan perkara ini supaya ADUN boleh sama berbahas dan kita tengok seajuh mana pengiraan itu dibuat," kata Sulaiman pada sidang medianya hari ini.
 
Khalid sebelum ini mempersoalkan kepimpinan Azmin yang dilaporkan hampir bersetuju untuk membayar pampasan kepada SPLASH atau Syarikat Pengeluar Air Selangor dengan nilai RM2.7 bilion.
 
Peningkatan itu adalah 10 kali ganda daripada tawaran asal kerajaan negeri Selangor sewaktu Khalid menerajui Selangor.
 
Azmin ketika berbahas dalam DUN Selangor melemparkan tuduhan bahawa Khalid yang memulakan tawaran RM2.9 bilion kepada SLASH selain gagal memaklumkan kepada dewan bersabit perkembangan proses mengambil alih empat syarikat konsesi air termasuk SPLASH.
 
Khalid bingkas mengeluarkan kenyataan media dan menepis tohmahan Azmin seraya membidas ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai sengan mengalihkan isu demi menutup keputusannya yang bersedia membayar SPLASH dengan harga yang tinggi.
 
Azmin juga mencabar Khalid menjawab dakwaannya di DUN Selangor.
 
Khalid bingkas membuat permohonan di pejabat DUN Selangor, namun seperti dijangka Speaker Dewan, Hanna Yeoh menolak permintaan itu.
 
Sulaiman dalam pada itu berkata, jika BN Selangor menjumpai sesuatu yang curiga mengenai pengambil laihan aset SPLASH, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
"Saya yakin kalau kita ada temui apa-apa bukti dan fakta yang menunjuk kepada penyelewengan dan unsur bersifat kepentingan peribadi pasti kita akan buat laporan kepada SPRM. Itu wajar untuk kita buat," katanya dalam sidang media di DUN hari ini.
 
Menurut Khalid menuduh kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan hampir bersetuju untuk membayar sejumlah RM2.7 bilion kepada SPLASH walaupun tawaran asal kepada syarikat itu adalah berjumlah RM250 juta sahaja.
 
Malah tuduhan sama turut dilemparkan Azmin apabila menuduh Khalid menawarkan SPLASH atau Syarikat Pengeluar Air Selangor, nilai pampasan sehingga RM2.9 bilion selain gagal memaklumkan perkembangan pengambil alihan aset kepada DUN Selangor, sewaktu menjadi menteri besar.
 
Difahamkan proses pemgambilalihan syarikat air terahkir di Selangor itu meningkat sebanyak 10 kali ganda apabila hanya ditawarkan sebanyak RM250 juta berbanding RM2.9 bilion kini.
 
BN menerusi ADUN Sungai Burong Datuk Shamsuddin Lias semalam mengusulkan kepada kerajaan negeri agar pendengaran awam bagi meleraikan tuduh-menuduh berhubung isu pengambilalihan aset SPLASH antara Khalid Ibrahim dengan Azmin atas platform Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan Selangor (SELCAT).
 
Namun usul berkenaan tidak diterima Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.
 
"Kita mengharapkan apabila kita kemukakan usul dalam SELCAT sebagai ADUN BN kita kena ikut peraturan dan prosedur yang ada dalam Dewan. 
 
"Kita mewujudkan jawatankuasa SELCAT sudah tentulah tujuannya untuk menambahbaik kepada sistem, dan kita cadangkan kepada SELCAT bagaimana ADUN Sungai Burong cadangkan tapi ini ditolak. Jadi saya fikir dalam Dewan pun Menteri Besar hanya menyebut perkara-perkara tertentu secara seimbas lalu dan tidak secara jelas pun," jelas Sulaiman lagi.
 
 

Pampasan SPLASH: Azmin pertahan tuduhan pada Khalid Ibrahim

Posted: 08 Nov 2016 07:04 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa bekas penyandangnya, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah menawarkan RM2.9 bilion kepada SPLASH untuk mengambil alih aset syarikat konsesi air itu.

Azmin juga mempersoalkan tindakan Khalid yang padanya terus menipu rakyat apabila tetap bertegas bahawa tawaran yang dibuat kepada SPLASH atau Syarikat Pengeluar Air Selangor ketika menjadi menteri besar adalah RM250 juta sahaja. 
 
"Kenapa anda (Khalid Ibrahim) berbohong kepada rakyat, dia sebut RM250 juta tapi saya ada bukti yang saya kemukakan kepada Dewan yang jelas menyatakan bahawa tawaran kepada SPLASH adalah RM2.9 bilion dan SPLASH telah bersetuju dengan tawaran tersebut. 
 
"SPLASH juga telah menulis surat kepada KETTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) memaklumkan bahawa Khalid dengan SPLASH bersetuju dengan harga tersebut," kata Azmin kepada pemberita di lobi DUN Selangor, hari ini.
 
Khalid hari ini memberitahu sudah menghubungi pejabat DUN Selangor untuk menetapkan tarikh bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan Azmin terhadapnya.
 
Bagaimanapun, permohonannya ditolak speaker dewan, Hannah Yeoh.
 
ADUN Perlabuhan Klang itu sebelum ini mempersoalkan kepimpinan Azmin yang dilaporkan hampir bersetuju untuk membayar RM2.7 bilion kepada SPLASH, peningkatan 10 kali ganda daripada tawaran asal. 
 
Azmin kemudiannya menempelak Khalid ketika berbahas pada sidang DUN dengan berkata Khalid hipokrit.
 
"Yang saya dedahkan dalam Dewan kerana hipokrasi (Tan Sri) Khalid Ibrahim, di luar dia sebut RM250 juta tetapi dia sendiri yang telah tulis surat kepada SPLASH menawarkan RM2.9 bilion, jadi dia mesti bertanggungjawab dengan apa yang telah diputuskan semasa memegang pemerintahan Selangor. Itu kenyataan saya," jawab Azmin terhadap tuduhan Khalid.
 
Azmin juga mempersoal tindakan Khalid yang tidak hadir ke sidang DUN namun hanya membangkitkan persoalan itu di luar dewan.
 
"Jadi menjadi tanggungjawab dia untuk respon kepada rakyat mengapa dia menawarkan RM2.9 bilion. Ia tiada kaitan dengan kepimpinan saya sebab saya (kerajaan negeri) masih berunding dan sebab itu kedua-dua pihak melantik penilai bebas untuk menentukan harga yang adil dan terbaik untuk kesemua pihak. 
 
"Perlu ke saya jemput dia (Khalid) untuk hadir sesi DUN, nak saya kemukakan surat jemputan peribadi untuk dia hadir ke sidang Dewan. Ini tanggungjawab beliau untuk hadir. Dia telah tidak hadir selama seminggu," katanya lagi.
 
Mengulas mengenai proses ambil alih SPLASH, jelas Azmin kerajaan Persekutuan memohon penangguhan selama enam bulan lagi bagi pihak kerajaan melantik badan penilai bebas antarabangsa ke arah memuktamadkan proses berkenaan.
 
"Dimana yang menyatakan kita telah putuskan, belum lagi. Masih berbincang. Sebab itu Kabinet sendiri meminta supaya kita setuju dibuat lanjutan selama 6 bulan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan melantik satu penilai antarangsa bagi membuat penilaian. 
 
"Jadi proses perbincangan masih berjalan dengan kerajaan Persekutuan. Mereka yang memutuskan untuk lanjutan enam bulan, mereka yang menentukan untuk melantik penilai bebas," katanya.
 
 

Rahman Dahlan nafi projek ECRL termahal di dunia

Posted: 08 Nov 2016 07:04 AM PST


Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion adalah termahal di dunia.

Kata beliau, laporan yang disiarkan sebuah akhbar ekonomi berbahasa Inggeris tempatan itu didakwa tidak benar.

Malah ujarnya, walaupun kos RM55 bilion dilihat mahal ia tidak bermakna projek termahal yang mana pembinaan projek ECRL berjarak 688 kilometer bukan hanya untuk pembinaan landasan semata-mata malah meningkat disebabkan penambahan jarak.

"Ikutkan pelan asal, RM46 bilion melibatkan Rangkaian dari Gombak ke Tumpat, Kelantan berjarak 600 kilometer, tetapi pertambahan rangkaian dari Gombak ke Pelabuhan Klang punca tambahan RM9 bilion bagi projek tersebut.

"Selain itu, projek bersifat hijau itu juga menelan kos bagi kajian kejuruteran untuk rekabentuk kelajuan, topografi, keadaan geologi tanah yang sangat diwajibkan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Justeru katanya, perlu mengambil tahu bahawa pemilikan, pengurusan dan operasi ECRL akan dikuasai oleh Malaysia sepenuhnya.

"Setiap projek keretapi mempunyai keunikan struktur kos sendiri disebabkan keadaan geografi dan keperluan infrastruktur.

"Contohnya Projek Rail Brammer Switzerland bernilai (AS$11.9 bilion untuk 57 kilometer - AS$209juta setiap kilometer), begitu juga dengan projek rel di Barcelona dengan kos AS$8.12 bilion untuk 48 kilometer atau USD170juta setiap kilometer.

"Bagi ECRL, USD19 juta-RM80juta untuk setiap kilometer.  Kos keseluruhan projek bernilai RM55 bilion juga meibatkan pembinaan terowong sepanjang 50 kilometer merentasi banjaran Titiwangsa dan jambatan keseluruhan pada jarak 110 kilometer," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman menjelaskan Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRLS) syarikat RM2 yang bertanggungjawab ke atas projek ECRL ialah dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan projek berskala besar.

"Ya, ia (MRLS) mempunyai modal RM2 tetapi dimiliki oleh Kementerian Kewangan seperti mana dilakukan untuk Projek Keretapi laju KL-Singapura dan ia bukan satu masalah," tegasnya.

Projek ECRL tidak dibentang di Parlimen berikutan bukan satu keperluan dan hanya dirujuk ke Kabinet dan Majlis Ekonomi Negara menjadi pembuat keputusan dalam hal ini.

Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli semalam mempertikaikan pengendalian projek oleh syarikat MRLS dengan modal RM2 itu. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: