Isnin, 7 November 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ANCAMAN KITA BUKAN DAP, TAPI "PPP"....

Posted: 07 Nov 2016 04:06 AM PST

shahbudindotcom

Mereka yang berpijak di bumi nyata dan berpaksi kepada realiti, tentunya bersimpati dengan gaya politik usang Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa ini. 

Lagi-lagi yang dilihatnya sebagai masalah dan ancaman kepada negara dan orang Melayu ialah DAP.

Semalam, beliau berteori bahawa DAP sedang menyusup ke dalam parti-parti pembangkang lain untuk menjadi dominan dengan kuasa di sebaliknya kerananya akan terus menyebabkan orang-orang Melayu berpecah sesama sendiri.

Kenapa DAP perlu dibimbang dan ditakuti?

Sudah berapa banyak duit negara disonglap dan tanah rizab Melayu dijual oleh DAP?

Apakah hutang negara, beban 1MDB, penyeluk saku GST, penarikan subsidi dan segala-galanya yang menyusahkan rakyat selama ini diakibatkan oleh DAP?
 
 
 
 
Sejak DAP memerintah Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan Pakatan Harapan di Selangor, sudah berapa ramai Melayu menderita, tiada makan minum, tanah dan rumah kena rampasan serta bunuh diri kerana menanggung derita dalam kehidupan?

Selain itu, apakah parti-parti lain tidak ada kekuatan dan jumlah pemimpinnya sendiri untuk menjadi calon dalam piliharaya akan datang sehingga terpaksa bergantung kepada "wakil-wakil" DAP yang didakwanya menyusup itu?

Gaya politik usang Annuar ini tidak lain ialah untuk menimbulkan kesangsian kepada kekuatan parti-parti pembangkang yang terus menerus semakin menyerlah di hati rakyat sekarang ini.

Malangnya, Annuar seperti terlupa dengan hakikat bahawa kini adalah zaman millenium, bukan lagi era 70an atau 80an.

Politik perkauman dan percubaan menimbulkan kesangsian kerana warna kulit sudah semakin lupus dan tidak lagi diterima. Jika DAP dilihat sebagai ancaman, Annuar seharusnya lebih bimbang dengan sikap lunak Najib terhadap negara China dengan pergantungan yang tiba-tiba dan keterlaluan kerana walaupun negara tersebut sudah mengamalkan dasar ekonomi bebas, fahaman politiknya masih lagi komunis.

Jika DAP dianggap merbahaya, apakah Jho Low yang merupakan rakan karib Najib tidak lebih lagi bahayanya kepada rakyat dan negara?

Kiranya Annuar masih meletakkan otaknya dalam kepompong era 70an atau 80an, harus diingatkan kepadanya bahawa masalah sebenar yang dihadapi Malaysia sekarang bukanlah DAP atau penyusupan yang mungkin dilakukannya.

Rakyat tidak bodoh untuk menilai wajah sebenar DAP, sejarahnya serta berapa banyak kerusi yang akan ditandinginya.

Masalah seluruh rakyat, seperti kata Lim Kit Siang, ialah  "PPP" iaitu "pencuri, perompak dan penyamun" sehingga hala tuju negara sudah bertukar dan dikenali di seluruh dunia sebagai negara kleptokrasi.

Ancaman "PPP" ini pula tidak mengenal bangsa dan warna kulit. Membujur lalu dan melintang patah, semua disapunya. Adakah ia diakibatkan oleh DAP?  Apakah "PPP"  serta kleptokrasi akan lebih meluas jika penyususan DAP itu berlaku?

Bagi majoriti rakyat, kecuali golongan pendedak, inilah yang mereka rasakan sebagai  ancaman berterusan dan merupakan ketakutan sebenar kepada semua rakyat negara ini. Jika terus diberi kuasa, "PPP" ini dilihat mempunyai kecenderungan untuk semakin bermaharajalela secara lebih berleluasa tanpa ada hadnya.

Ketika Annuar berada di atas sejadah dan kopiah putih di atas kepalanya,  adakah DAP atau "PPP" yang disedarinya sebagai ancaman yang lebih bahaya kepada rakyat dan negara? 


'Saya tahu batas, hak dalam perbahasan'

Posted: 07 Nov 2016 12:34 AM PST

Shafie Apdal
Presiden Parti Warisan Sabah,Datuk Seri Shafie Apdal keluar dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas memberikan keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan sebagai ahli Parlimen beliau sedia maklum mengenai hak dan batasan dalam membahaskan sesuatu isu di Parlimen.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Samporna berkata, beliau berhak berbahas mengenai isu-isu demi kepentingan rakyat.

"Kami tahu ianya hasutan atau tidak, namun kami tidak dibenarkan untuk berbahas mengenai isu kepentingan rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Shafie diminta memberi keterangan berhubung tindakan beliau membahaskan mengenai isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

Shafie memberitahu, ketika memberi keterangan di hadapan seorang pegawai penyiasat berpangkat Asistant Superitendan Polis (ASP), beliau hanya mempertahankan beberapa kenyataan yang dibuatnya di Parlimen.

Namun begitu katanya beliau kesal kerana tindakannya membahaskan isu berkepentingan awam menyebabkan beliau di panggil untuk soal siasat.

Tegasnya, proses soal siasat itu tidak sepatutnya berlaku di kalangan Ahli Parlimen yang berhak untuk berucap di Dewan Rakyat.

"Saya beranggapan ini proses intimidasi terhadap Ahli Parlimen yang sepatutnya berhak berucap di parlimen termaktub dalam Perlembagaan Artikel 63 (2) Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Bekas naib presiden Umno itu tiba di pekarangan Bukit Aman pada pukul 9.53 pagi dan selesai diambil keterangan selepas kira-kira satu jam.

Turut kelihatan, bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan beberapa pemimpin pembangkang, Teresa Kok, dan Lim Lip Eng yang hadir untuk memberi sokongan

Azalina: Audit 1MDB khusus untuk PAC

Posted: 07 Nov 2016 12:29 AM PST

MALAYSIAKINI
 
 
Pembangkang terus mendesak supaya Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB diubah status sulitnya.

Bagaimanapun pihak kerajaan pula terus menegaskan ia khusus untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Untuk maklumat ahli yang berhormat, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC.

"Laporan tersebut telah dibincangkan oleh PAC sebelum dimuktamadkan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di parlimen.

Jawapan itu sebagai menjawab permintaan R Sivarasa (PKR-Subang) supaya perdana menteri menyatakan bila kerajaan akan mengubah status laporan itu.

Sementara itu, Azalina juga berkata laporan PAC berkenaan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB telah pun dibentangkan di parlimen pada 7 April 2016.


Terlalu banyak punca 2 IPG jadi kolej vokasional

Posted: 07 Nov 2016 12:14 AM PST

Anne Muhammad


Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata pihaknya mahu menukar dua institut pendidikan guru (IPG) di Sarawak kepada kolej vokasional selepas mendapati bilangan institusi itu terlalu banyak.

Pada masa sama katanya kementerian kewangan menasihati mereka supaya mengoptimumkan kemudahan di IPG sedia ada.

Justeru kata Chong kementeiran pendidikan sedang menilai semula penggunaan IPG supaya selaras dengan keadaan semasa.

Bagaimanapun kata Chong langkah menukar IPG kepada kolej vokasional itu tidak akan mengurangkan nisbah guru di negara ini.

"Tidak, tidak (ia tidak akan kurangkan nisbah guru), kementerian sudah memberi penjelasan.
"Kita mempunyai IPG terlalu banyak.

"Latihan kepada guru-guru baru tidak begitu ramai, maka dengan bilangan (IPG) yang banyak kementerian kewangan memberi nasihat supaya mengoptimumkan kemudahan yang kurang digunakan, kita lihat bagaimana penggunaan IPG itu," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang menolak rancangan kerajaan persekutuan mahu menukar dua IPG menjadi kolej vokasional.

Adenan menyifatkan tindakan itu sebagai "bodoh".

Adenan berkata, bilangan IPG tidak perlu dikurangkan kerana boleh membahayakan matlamat kerajaan untuk mencapai nisbah 9:1 bagi guru-guru dari Sarawak dan bukan Sarawak yang berkhidmat di negeri berkenaan.

Chong turut berkata pihaknya akan berbincang dengan exco pendidikan di setiap negeri mengenai perkara itu.

"Berkenaan dengan respon ketua menteri Sarawak, melalui arahan menteri satu mesyuarat dengan exco pendidikan setiap negeri akan diadakan untuk membincangkan perkara ini," katanya.


Pulangkan aset suapan tak bersihkan pelaku rasuah

Posted: 07 Nov 2016 12:05 AM PST


Tiada peruntukan undang-undang untuk membersihkan seseorang penerima rasuah mengembalikan dana atau harta yang diterimanya kepada pemberi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low memberitahu semasa siasatan dijalankan ke atas sesuatu kes, suapan - dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, saham dan harta mudah alih - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyita mengikut peruntukan Seksyen 33, 37 dan 38 Akta SPRM 2009.

"Sekiranya selepas siasatan diselesaikan SPRM akan mengemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan.

"Sekiranya keterangan diperolehi dapat membuktikan wang atau harta disita adalah daripada amalan rasuah, maka tindakan melucutkan hak harta boleh diambil," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Low menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang dikemukakan Isnin lalu.

Dalam soalannya Idris bertanya kepada perdana menteri sama ada wujud undang-undang digunakan SPRM untuk menganggap seseorang bebas daripada rasuah jika suapan diterima mereka dikembalikan kepada pemberi.

Walaupun soalan itu tidak spesifik, ada kemungkinan ia merujuk kepada dana RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13 pada 2013 lalu,

Menurut Najib wang berkenaan adalah pemberian keluarga bangsawan Arab kepada beliau. Daripada jumlah itu sebahagian besar dana berkenaan didakwa dikembalikan kepada penderma terbabit.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pernah bertemu dengan individu yang memberikan derma terbabit.

Peguam Negara Tan Seri Mohamed Apandi Ali pula berkata berdasarkan bukti yang diterima serta dokumen sokongan daripada SPRM Najib tidak melakukan sebarang salah laku.

Jabatan Kehakiman AS pula dalam saman sivilnya untuk menyita pelbagai aset didakwa diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB menyatakan wang bernilai AS$681 dimasukkan ke akaun persendirian Malaysian Official 1 (MO1) pada 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa MO1 itu adalah Najib.

Low berkata sekiranya tiada keterangan yang dapat membuktikan wang atau harta disita itu diperoleh melalui perlakuan rasuah, ia akan dikembalikan kepada pemiliknya.


Kerana Ramli Kak Lina Pom Pom berkecil hati

Posted: 07 Nov 2016 12:05 AM PST

MALAYSIAKINI



'Gegaran' Elly Mazlein akhirnya terhenti di persaingan Gegar Vaganza 3 malam tadi. Namun status penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pula menjadi perbualan ramai.
Disingkirkan atau menarik diri sebenarnya?

Di penghujung program malam tadi memang tiada lagu diperuntukkan kepada Elly ketika semua penyanyi mendapat 'tugasan' masing-masing.

Tanpa lagu, bermakna seseorang peserta itu akan menamatkan perjalanan mereka pada waktu itu juga.
Nampak wajah Elly berubah seketika apabila namanya tidak disenaraikan untuk membawa sebarang lagu pada pertandingan minggu depan.

Di luar Gegar Vaganza 3, Elly menjelaskan keputusan itu dibuat selepas tidak tertahan menanggung komen pedas dilontarkan oleh juri tetap Datuk Ramli MS.

"Saya berkecil hati dengan komen diberikan Tok Ram (gelaran untuk Ramli), ia buat saya sedih sangat.

"Tidak disangka, dia sanggup memberi komen sedemikian, tambahan pula yang datang menonton adalah bapa saya," katanya.

Dalam persaingan pusingan ketiga malam tadi Elly berduet dengan Acong Sweetchild membawa lagu Jangan Menangis Sayang. Selepas membuat persembahan Ramli MS memberi beberapa teguran kepada Elly.

Selain menyentuh aspek teknikal Ramli MS turut menyatakan "jiwa" Elly menyelamatkannya daripada tersingkir.

"(Isu) teknikal itu, tengoklah atas ihsan kami," kata Ramli.

Komen biar berpada-pada

Minggu lepas juga Elly, 36, mendapat markah rendah melalui lagu yang ditugaskan untuknya - Perawan Atau Janda.

Menurut Elly - atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi - dia menyertai program realiti itu kerana ingin memperbaiki kehidupan, bukan bagi mendapatkan simpati sesiapa.

Katanya dugaan dilalui banyak menambah pilu di hati terutama ketika dirinya masih dihimpit dengan isu perceraian dengan pengarah drama Azmi Hatta.

"Saya sudah tidak lalu berdepan bermacam-macam dugaan seperti sebelum ini lagi.

"Saya ni emak tiada, mengandung sendiri dan kena cerai. Itu yang saya sedih dengan komen Tok Ram," katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Pulangkan aset suapan tak bersihkan pelaku rasuah

Posted: 07 Nov 2016 12:05 AM PST


Tiada peruntukan undang-undang untuk membersihkan seseorang penerima rasuah mengembalikan dana atau harta yang diterimanya kepada pemberi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low memberitahu semasa siasatan dijalankan ke atas sesuatu kes, suapan - dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai, saham dan harta mudah alih - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyita mengikut peruntukan Seksyen 33, 37 dan 38 Akta SPRM 2009.

"Sekiranya selepas siasatan diselesaikan SPRM akan mengemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan.

"Sekiranya keterangan diperolehi dapat membuktikan wang atau harta disita adalah daripada amalan rasuah, maka tindakan melucutkan hak harta boleh diambil," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Low menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang dikemukakan Isnin lalu.

Dalam soalannya Idris bertanya kepada perdana menteri sama ada wujud undang-undang digunakan SPRM untuk menganggap seseorang bebas daripada rasuah jika suapan diterima mereka dikembalikan kepada pemberi.

Walaupun soalan itu tidak spesifik, ada kemungkinan ia merujuk kepada dana RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13 pada 2013 lalu,

Menurut Najib wang berkenaan adalah pemberian keluarga bangsawan Arab kepada beliau. Daripada jumlah itu sebahagian besar dana berkenaan didakwa dikembalikan kepada penderma terbabit.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pernah bertemu dengan individu yang memberikan derma terbabit.

Peguam Negara Tan Seri Mohamed Apandi Ali pula berkata berdasarkan bukti yang diterima serta dokumen sokongan daripada SPRM Najib tidak melakukan sebarang salah laku.

Jabatan Kehakiman AS pula dalam saman sivilnya untuk menyita pelbagai aset didakwa diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB menyatakan wang bernilai AS$681 dimasukkan ke akaun persendirian Malaysian Official 1 (MO1) pada 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa MO1 itu adalah Najib.

Low berkata sekiranya tiada keterangan yang dapat membuktikan wang atau harta disita itu diperoleh melalui perlakuan rasuah, ia akan dikembalikan kepada pemiliknya.


HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b

Posted: 07 Nov 2016 12:05 AM PST

Anne Muhammad  


 
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan bermodalkan RM2 boleh menandatangani projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM 46 bilion.

Ujar beliau, perkara itu menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.

"Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti," katanya.

Rafizi menambah, pada kebiasaannya khususnya 'special purpose vehicle' yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan dari Parlimen bagi mendapatkan modal.

Menurutnya, sebagai contoh semasa kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul di parlimen untuk meluluskan dana syarikat khusus itu sebanyak RM10juta.

"Jelas proses itu tidak berlaku sehingga sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion.

"Malah kami ingin mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak membawa isu ini kepada mesyuarat Jemaah Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Kabinet agar sebuah syarikat yang mewakili kerajaan Malaysia menandatangani sebuah projek bernilai RM46 bilion," soalnya.

Sidang media itu berlangsung di Lobi Parlimen dan turut di hadiri oleh MP Kuala Krai (AMANAH), Dr Hatta Ramli dan MP Serdang (DAP), Ong Kian Ming.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China dengan syarikat Malaysia dan China telah memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.

ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.

Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd difahamkan dikuasai oleh dua individu di Kementerian Kewangan.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu Kementerian Kewangan.

LIHAT VIDEO DI SINI

Himpunan 9 Nov tetap terus di sebalik k’jaan haramkan BERSIH 2.0

Posted: 06 Nov 2016 11:56 PM PST

Hafiz Yatim

 


Himpunan BERSIH 5 akan diteruskan seperti dijadualkan pada 19 November, di sebalik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BERSIH 2.0 bukan badan yang sah kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah berkata tidak ada keperluan untuk gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk didaftarkan dengan ROS.

"Terdapat banyak NGO lain yang tidak berdaftar (tetapi dibenarkan untuk fungsi). Justeru, kami akan teruskan perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November. Ini juga adalah di sebalik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan kita menggunakan Dataran Merdeka dan Jalan Raja.

"Dewan Bandaraya perlu henti memberi alasan bahawa Dataran Merdeka adalah harta swasta, kerana ia adalah milik rakyat dan Perarakan Merdeka tahunan juga diadakan di sana. Ia milik rakyat," katanya.

Maria juga merujuk, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 1 Julai, 2012 yang membatalkan pengharaman BERSIH 2.0 yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, yang ketika itu diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengisytiharkannya sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam keputusannya berkata pengisytiharan Hishammuddin adalah "tercemar dengan tidak rasional" kerana terdapat rundingan berlaku antara BERSIH 2.0 dan kerajaan.

Menurut Maria, memandangkan kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Rohana itu, maka keputusan mahkamah itu masih terpakai.

Tambahan pula, kata timbalan Maria, Shahrul Aman Mohd Saari, BERSIH secara rasmi berjaya menghadap dengan Yang di-Pertuan Agong suatu ketika dahulu, oleh itu bagaimana mungkin gabungan berkenaan diisytiharkan haram.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Khamis lalu berkata BERSIH dan gerakan 'baju merah' tidak didaftarkan di bawah ROS dan oleh itu mereka dilarang mengadakan perhimpunan.

LIHAT  VIDEO DI SINI


Mahasiswa tuntut batal potong bajet IPTA

Posted: 06 Nov 2016 10:38 PM PST

Zulaikha Zulkifli

 


Kesatuan Mahasiswa Malaysia merancang mengadakan protes di depan parlimen Rabu ini sekiranya kerajaan tidak memberi sebarang respon berhubung isu pemotongan belanjawan universiti awam.

Pengerusi kumpulan berkenaan, Anis Syafiqah Md Yusof, berkata mereka mengesa kerajaan mengkaji semula potongan belanjawan terhadap universiti awam serta membatalkannya.

Ini kerana yuran universiti didakwa akan dinaikkan manakala kos pengurusan universiti akan dikurangkan.
Keadaan itu didakwa akan memberi kesan kepada mahasiswa.

"Sedikit demi sedikit kos pengurusan universiti dikurangkan dan menyebabkan impak yang akhirnya memberi kesan kepada mahasiswa.

"Justeru kami menuntut agar pemotongan belanjawan universiti dibatalkan dan dikaji semula.

"Sekiranya tiada respon daripada kerajaan berkenaan isu ini, kami tidak akan teragak-agak untuk mengadakan protes di hadapan parlimen," katanya di ibu negara hari ini.

Dalam pembentangan belanjawan 2016, potongan kedua terbanyak dibuat kerajaan melibatkan kementerian pengajian tinggi apabila belanjawannya dikurangkan RM2.4 bilion kepada RM13.378 bilion.

Penyelidikan terbantut

Untuk menanganinya, dana untuk universiti awam dikurangkan sebanyak RM1.442 bilion.

Bagi tahun 2017 pula, potongan keseluruhan bagi kementerian pengajian tinggi ialah sebanyak 10.27 peratus iaitu daripada RM13.378 bilion kepada RM12.132 bilion.

Peruntukan universiti awam pula telah dikurangkan sebanyak 23.80 peratus dari RM7.573 bilion kepada RM6.117 bilion.

Menurut Anis antara universiti awam yang terjejas teruk akibat pengurangan peruntukan itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) - yang menyaksikan bajet masing-masing berkurangan sebanyak 45 peratus, 42 peratus, 43 peratus dan 33.69 peratus.

Sementara itu Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Malaysia, Asheeq Ali pula memberitahu pengurangan belanjawan yang berlaku menjejaskan penyelidikan yang ingin dibuat pihak universiti

Katanya, tanpa peruntukan untuk projek penyelidikan ia bukan saja memberi impak kepada pihak universiti tetapi rakyat di negara ini secara keseluruhan.

"Sebagai contoh Universiti Malaya (UM) pada tahun lalu mendapat RM100 juta untuk menjalankan penyelidikan tetapi tahun ini hanya RM40 juta.

"Ia memberi impak besar juga kepada rakyat kerana penyelidikan menjadi antara fungsi utama sesebuah universiti.

"Contoh lain ialah pada tahun ini apabila pakar virologi dari UM Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang tidak dapat menjalankan penyelidikan tentang virus Zika kerana tak ada peruntukan daripada kerajaan," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Soal siasat polis ugutan terhadap wakil rakyat, kata Shafie

Posted: 06 Nov 2016 09:45 PM PST

 
Beliau berkata, tidak sepatutnya ahli Parlimen disoal siasat kerana apa yang diucapkan dalam Dewan Rakyat.


shafie


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shafie Apdal melabelkan siasatan polis terhadap ucapannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah proses intimidasi terhadap hak kebebasan ahli Parlimen berucap.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau sedar yang isu tertentu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan membuat kenyataan berunsur hasutan tidak dibenarkan dibawa ke Parlimen.

"Kami tahu apa yang menghasut dan apa tidak," katanya kepada wartawan selepas keterangannya diambil di ibu pejabat polis Bukit Aman, hari ini.

Beliau dipanggil memberi keterangan berhubung ucapannya di dalam Dewan Rakyat dan disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata ia menjadi perkara penting apabila ahli Parlimen tidak dibenarkan membahaskan atau bercakap mengenai isu yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Shafie yang juga bekas menteri persekutuan berkata ahli Parlimen sepatutnya diberikan kebebasan berucap dalam isu seumpama itu.

"Saya kesal dengan proses ini. Menyoal siasat ahli Parlimen tidak sepatutnya berlaku hanya kerana apa yang diucap di Parlimen," katanya, menambah institusi kebebasan bersuara dan bahasa bukan saja untuk undang-undang tetapi menegakkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Shafie yang tiba di Bukit Aman kira-kira 9.45 pagi tadi disoal siasat selama kira-kira sejam oleh seorang pegawai.

Bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang juga pengkritik tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, turut hadir memberi sokongan kepada Shafie. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking dan wakil rakyat DAP termasuk Teresa Kok, Lim Lip Eng dan Teo Kok Seng.

Laporan sebelum ini menyatakan polis menyiasat 3 bekas menteri kerana ucapan mereka, yang menyentuh mengenai 1MDB, ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Selain Shafie, bekas menteri terbabit ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim berkata siasatan polis dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan.

LIHAT VIDEO DI SINI


Shafie pertahan hak MP bahas 1MDB

Posted: 06 Nov 2016 09:18 PM PST

Alyaa Alhadjr




Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal hari ini mempertahankan haknya sebagai anggota parlimen untuk membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat.

Bercakap kepada media di luar Bukit Aman hari ini bekas naib presiden Umno itu berkata anggota parlimen tidak sepatutnya disoal berhubung apa yang mereka perkatakan di Dewan Rakyat.

"Ia (Dewan Rakyat) adalah tempat bebas bercakap dan berdebat untuk mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, apatah lagi jika isu yang diperkatakan itu boleh menjejaskan kehidupan rakyat," katanya.

Shafie sebelum itu menghabiskan masa kira-kira sejam untuk memberi keterangan kepada polis berhubung ucapan ketika membahaskan belanjawan 2017 pada 25 Oktober lalu.

Dalam ucapannya Shafie yang kini berada di blok pembangkang Dewan Rakyat menyentuh pelbagai isu dalam syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Ketika membangkitkan isu itu Shafie mempertikaikan pulangan yang diperolehi negara daripada pelaburan kerajaan ke atas firma berkenaan.

"Apa pulangan pelaburan yang kita dapat daripadanya. Ini yang kita nak tanya.

"Amalan ini perlu dipersoalkan kerana ia memberi kesan kepada perolehan negara," katanya.

Turut menyentuh isu 1MDB dalam ucapan masing-masing ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Muhyiddin kini menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) manakala Ahmad Husni masih mengekalkan keanggotaannya dalam Umno walapun meletak semua jawatan dalam parti berkenaan.

Ekoran ucapan berkenaan Shafie, Muhyiddin dan Ahmad Husni dikehendaki memberi keterangan kepada Bukit Aman mengikut Akta Rahsia Rasmi.

Mereka didakwa mungkin sudah melanggar sumpah kerahsiaan dengan membuat kenyataan di parlimen.

Kata Shafie tindakan polis menyiasat mereka kerana ucapan di Dewan Rakyat boleh disifatkan sebagai ugutan ke atas hak wakil rakyat.

"Memanglah tetap ada syarat tertentu (ke atas anggota parlimen berucap) seperti hal ehwal raja-raja serta hak-hak tertentu," katanya.

Namun katanya beliau sedar mengenai batasan berkenaan dan ia tidak akan disentuh.

"Kita tahu apa yang menghasut, apa yang tidak," katanya.

BERSATU lebih 'mencabar' dari S46, pesan bekas SUA Umno

Posted: 06 Nov 2016 09:14 PM PST

MALAYSIA KINI





Bekas setiausaha agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad memberi amaran kepada parti Melayu itu agar tidak memandang rendah keupayaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang merupakan bekas ahli Parlimen Kangar berkata, Umno hari ini menghadapi cabaran yang lebih sengit berbanding saingan yang diberikan oleh parti serpihan Semangat 46 pada akhir 80-an.

Dari Umno, Radzi yang merupakan seorang peguam pernah menyertai Semangat 46 sebelum meninggalkan parti pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih popular dengan panggilan Ku Li pada Oktober 1990 dan kembali menyertai semula UMNO tiga bulan kemudian.

Pada ketika itu, ujar beliau, lawan Umno hanya Ku Li seorang sahaja tetapi kini parti itu mempunyai ramai bekas pemimpin kanan parti sebagai penentang.

"Parti yang dipimpin oleh Mahathir hanya akan bertanding di kerusi Umno. Ini adalah cabaran besar bagi Umno," pesan Radzi, memetik laporan wawancara beliau bersama Oriental Daily.

Beliau meramalkan jika Umno dan PAS memilih untuk bekerjasama menjelang pilihan raya umum akan datang, mungkin kedua-duanya akan kecundang di tangan Pakatan Harapan dan BERSATU.

Mengenai isu kontroversi 1MDB, Radzi memberi amaran perkara itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 'satu generasi' untuk menjadi memori kerana telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada landskap politik tempatan dan imej Malaysia di mata antarabangsa.

"Anda boleh mengatakan masyarakat luar bandar tidak mengambil berat tentang isu 1MDB, tetapi hutang itu akan dibayar oleh generasi akan datang.

"Mereka mungkin tidak tahu tentang 1MDB tetapi kenaikan kos sara hidup akan memberi kesan kepada kehidupan kerana 1MDB telah memberi kesan kepadanya," tambah Radzi.

Husam jawab Anuar Tan: Menipu rakyat adalah berdosa

Posted: 06 Nov 2016 09:10 PM PST

HUSAM MUSA
 
 
Datuk Anuar TanDatuk Anuar Tan


Saya merujuk kepada kenyataan media YB Dato Haji Anuar Tan pada hari ini, 3 November 2016.

Saya lebih rela menjadi harimau terluka kerana diburu dari dilihat sebagai kerajaan yang sedang melindungi unsur penyalahgunaan kuasa dalam berbagai cara dan berbagai skala.

KPK

1. Transaksi KPK dan Souncern diputuskan oleh Lembaga KPK pada 18 Mac 2014. Hampir setahun selepas Tok Guru tidak lagi menjadi MB. Tok Guru tidak menjadi MB sejak Mei 2013.

Kenapa nak 'jual' nama Tok Guru? Ini lah sebenarnya cubaan memalukan Tok Guru.

Perkara buruk hendak dilindungkan di belakang Tok Guru. Orang lain mendapat manisnya pada masa sekarang.

Tarikh transaksi ini membuktikan tindakan KPK menyerahkan pembalakan kepada Souncern semua kawasannya setiap tahun TIADA KENA MENGENA dengan Tok Guru.

2. Dalam tempoh sesingkat itu, Souncern telah pun mendapat lesen untuk membalak. YB Dato Hj Anuar sendiri mengakui semua senarai lesen membalak yang saya berikan adalah benar.

Kononnya satu proses yang lama diperlukan untuk kelulusan lesen dan dengan itu cuba dikaitkan kelulusan sekarang dengan keputusan Tok Guru adalah usaha yang memalukan.

KPK menandatangani perjanjian pada tahun 2014, 2015 dan 2016 sudah membalak.

3. KPK-Souncern memerlukan ketelusan.

Laporan Audit Dalam SUK sepatutnya menjadi asas rujukan utama jika YB Dato Haji Anuar Tan ingin berhujah atas tajuk ini.

Kenapa sepatah tiada rujukan terhadap Laporan Audit Dalam itu dibuat?

4. Berdasarkan Laporan Audit Dalam SUK ke atas KPK, maklumat berikut dinyatakan dengan jelas:

a. Tiada tender terbuka dilakukan. Hanya Rundingan terus. (muka surat 29 buku Laporan)

b. KPK telah menawarkan HARGA LEBIH RENDAH kepada Souncern berbanding keputusan Lembaga KPK pada 18 Mac 2014. Souncern diberikan harga hanya RM1,450 seekar untuk 2,000 ekar tebangan setiap tahun. (Muka surat 29 Laporan)

Lembaga memutuskan, harga RM1,800 se ekar bagi kawasan sudah kerja dan RM 4,000 se ekar bagi tebangan habis dengan nilaian RM 2.9 juta setahun. (muka surat 29 Laporan)

c. Keputusan Lembaga KPK tidak diikuti.

d. Kerugian setahun bagi KPK atas harga yang KPK sendiri putuskan tetapi tidak diikuti adalah RM5.7 juta. (muka surat 29 Laporan)

e. Harga RM 1,800 se ekar yang diputuskan oleh Lembaga KPK tetapi tetap TIDAK DIIKUTI adalah berdasar RM 300 se tan dengan anggaran keluaran hanya LAPAN TAN seekar bagi semua jenis kayu. (muka surat 29 Laporan)

f. Adakah harga semua kayu yang ditebang bernilai RM300 sahaja setan dan keluaran bagi setiap ekar purata hanya LAPAN TAN SAHAJA seekar?

g. Bolehkah YB Dato' Haji Anuar Tan, seorang Exco yang dikira dulunya sangat jujur dan berintegriti, memaklumkan pada rakyat Kelantan jumlah sebenar pengeluaran kayu-kayu oleh Souncern dari konsensi KPK ini?

h. Dari situ Rakyat Kelantan boleh menilai JUMLAH SEBENAR KERUGIAN.

i. Souncern GAGAL memenuhi perjanjian menyewa kilang KPK dengan RM 300,000 belum berbayar setakat laporan disiapkan.

j. Mesyuarat Lembaga KPK pada 18 Mac 2014 memutuskan KPK mesti memegang 30% saham dalam usaha sama dengan Souncern.

Souncern telah menubuhkan dua anak syarikat usaha sama itu KPK SK Timber dan SK Plantation. Masing-masing 70% saham dimiliki oleh Souncern. Laporan Audit pada muka surat 25 menyebut bahawa semakan Jabatan Audit dengan SSM mendapati 30% baki saham dalam KPK SK

Timber dimiliki oleh En Tan Wei iaitu setiausaha syarikat dan BUKANNYA KPK. Kedua anak syarikat ini, telah dibubarkan/struck out seperti terdapat dalam Laporan Tahunan Sern Kou iaitu syarikat induk Souncern.

k. Kaedah pembahagian keuntungan antara KPK dengan KPK SK Timber hasil USAHA SAMA tidak dapat dikenal pasti oleh Laporan Audit. (Muka surat 25 Laporan)

Laporan itu menyatakan wujud syarikat-syarikat bersama seperti CT Dragon dan DW Timber yang juga dikenali sebagai KPK SK Timber dan Ding Yau Entryang dikenali sebagai Souncern Timber.

Transaksi berlaku di mana KPK membuat bayaran kepada Ding Yau dengan deposit yang diterima dari CT Dragon bagi upah membalak dan kepada DW Timber bagi upah loader. (muka surat 25 Laporan)

Dari pemerhatian Audit ini, ia satu transaksi yang pelik dan meragukan yang memerlukan penjelasan kerajaan atau KPK sendiri atau YB Dato Hj Anuar Tan selaku Exco terbabit.

l. Laporan Audit Dalam seperti ini tidak memerlukan pengesahan.

Sila YB Dato Hj Anuar Tan tunjukkan mana-mana peraturan yang mengatakan Laporan seperti ini memerlukan pengesahan Exco atau mana-mana pihak.

m. KPK boleh memberikan maklum balas berkaitan apa- apa yang dibangkitkan dan memandangkan saya telah mendedahkan kepincangan-kepincangan yang berlaku, adalah menjadi tanggung jawab KPK memberikan penjelasan terbuka kepada Rakyat Kelantan.

n. Meneliti maklumat berkaitan apa yang diatur antara KPK dan rakan kongsinya menunjukkan sesuatu yang berunsur penipuan/fraud, pecah amanah atau penipuan mungkin berlaku.

Paling tidak, ia telah merugikan KPK dengan jumlah yang agak besar dan jika tidak dihentikan, akan berlanjutan agak lama sehingga nanti aset kayu balak KPK sudah tidak ada lagi untuk selama-lamanya.

Saya berharap kerajaan serta merta meneliti isu ini dan memberikan penjelasan kepada Rakyat Kelantan.

Adapun mengenai isu Ladang Rakyat, sungguh pun banyak aspek yang boleh diberikan teguran, untuk kali cukup ini untuk saya katakan, jika kerajaan berpuas hati dengan harga pajakan yang sebegitu rendah dan pihak lain mendapat keuntungan sebegitu besar, apa boleh saya buat.

Teruskan. Namun, janganlah kelemahan pengurusan seperti itu hendak dikaitkan dengan Tok Guru.

Mengenai isu TLC, YB Dato Haji Anuar Tan juga gagal bersikap telus selain mengaitkan nama Tok Guru semata-mata.

Nampaknya beliau terpisah dari realiti yang sedang berlaku di mana ratusan ribu hektar hutan simpan sedang ditebang.

Seingat saya, sekalipun Kerajaan telah meluluskan pada dasarnya satu-satu permohonan namun jika kawasan yang bersesuaian tidak wujud, kelulusan seperti itu boleh dibatalkan kecuali orang politik telah mempunyai 'ikatan' tertentu.

Tidak adil dan tidak bersopan untuk mengaitkan semuanya dengan Tok Guru yang telah meninggal dan tidak lagi mampu menjawab semua 'tuduhan' YB Dato Haji Anuar Tan itu.

Akhirnya, saya yakin, jika Tok Guru hidup semula, beliau akan bersama saya membetulkan apa yang telah saya tegur sekarang.

Kesimpulannya, saya tidak sangka YB Dato Haji Anuar Tan sanggup menggadaikan kredibilitinya selama ini dengan hujah-hujah murahan.

ECRL: Mengarut, puluhan juta ringgit untuk setiap kilometer

Posted: 06 Nov 2016 09:06 PM PST

ARIF ATAN
 
 
 
Projek ECRL sepanjang 600 KM bernilai RM55 bilionProjek ECRL sepanjang 600 KM bernilai RM55 bilion


Projek landasan Kereta Api Pantai Timur atau East Coast Rail Link (ECRL) sepanjang 600 kilometer yang menggunakan dana dari China dengan kos dianggarkan mencecah RM55 bilion dipertikai kerana dilihat tidak masuk akal.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, banyak perkara berkaitan projek menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur itu mengundang persoalan ketika rakyat berada dalam keadaan ekonomi negara yang amat kritikal.

"Adakah rakyat Malaysia tahu apa yang tidak kena dengan perjanjian projek ECRL yang bernilai RM55 bilion ini? Jumlah RM55 bilion ini bukan sedikit, tahu?

"Untuk jarak yang akan terlibat, setiap kilometer jika dicongak-congak ia bakal membabitkan kos puluhan jutaan ringgit! Adakah itu masuk akal?" ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga membidas perjanjian terbabit yang tidak dilakukan secara tender terbuka ketika kerajaan mahu memuktamadkan projek tersebut sebelum akhir tahun ini.

"Bagaimana kerajaan memastikan bahawa nilai yang ditawarkan oleh kerajaan China itu adalah yang terbaik? Atau ada apa disebalik perjanjian ini yang rakyat tidak diberitahu sehinggalah kelak ia sekali lagi terdedah bila sudah agak terlewat?" tegasnya.

Mengulas lanjut, Athirah yang juga Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) menyifatkan Perdana Menteri tergesa-gesa untuk meneruskan projek yang bakal merentasi Banjaran Titiwangsa itu.

"Bagaimanakah prestasi sistem pengangkutan yang lain? Adakah keutamaan Malaysia untuk mempelbagaikan 'produk pengangkutan' berbanding memastikan setiap yang sedia ada dipertingkatkan keberkesanan?

"Mengapa Najib tergesa-gesa meneruskan projek ini walaupun pada masa yang sama ekonomi rakyat dan negara adalah pada tahap yang sangat kritikal?

"Adakah projek ini sebagai mahar Umno-BN kepada rakyat Kelantan agar PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) mereka diberi laluan mengambil alih Kelantan?" bidasnya.

Sehubungan itu, Athirah berpendapat penasihat kepada ekonomi kerajaan pada masa ini adalah lebih memihak kepada ketamakan rakus pemodal sehingga menafikan keadilan kepada rakyat bawahan.

"Saya teramat yakin, siapapun yang menjadi penasihat ekonomi kerajaan ini adalah mereka yang berjiwa kapitalis, pemeras dan penindas rakyat kebanyakan.

"Saya lebih rela Umno-BN tumbang terus dalam PRU14 akan datang sekalipun mereka dan sekutu serta proksi-proksi mereka melaungkan mereka itu masih baik kerana beragama Islam dan berbangsa Melayu.
"Sudah-sudahlah mempolitikkan agama dan bangsa untuk survival elit dan kapitalis. PRU14 adalah untuk kejayaan kuasa rakyat," tegasnya lagi.

Untuk rekod, kontrak pembinaan ECRL diberikan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC), manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM).

ECRL juga dikatakan menjadi pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia setakat ini.

Najib dilaporkan akan menandatangani butiran kontrak dan rangka kerja kewangan berkenaan pada lawatan rasmi Menteri Kewangan itu selama tujuh hari bermula sejak 31 Oktober lalu.

Calon SPM P.Pinang hadapi banjir di beberapa tempat

Posted: 06 Nov 2016 08:24 PM PST

THE MALAYSIAN TIMES


spm-480x384


GEORGE TOWN: Hanya selepas seminggu banjir kilat melanda ibu negeri Pulau Pinang sehingga menjejaskan aktiviti seharian pendudukya, negeri ini masih tidak terlepas daripada bencana alam ini walaupun pada haripertama pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memburukkan lagi keadaan, ialah berlakunya tanah runtuh dan sebahagian jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dengan pusat bandar George Town runtuh, mengakibatkan beratus pengguna lalu lintas terperangkap di kedua-dua arah.

Sebelas pelajar yang mengambil peperiksaan hari ini di Teluk Bahang yang terkandas telah diletakkan di sekolah berhampiran bagi memastikan mereka mengambil peperiksaan mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shaari Osman ketika dihubungi Bernama berkata pada masa ini keadaan adalah terkawal dan mampu dikendalikan jabatan itu.

"Paras air di beberapa tempat di sekitar negeri ini termasuk Sungai Pinang sedang meningkat dan kami mempunyai pelan alternatif untuk dilaksanakan jika keadaan semakin buruk," katanya.

Shaari juga menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus untuk meminta bantuan dan daripada pihak berkuasa lain seperti polis dan bomba.

"Kami bekerja rapat dengan kesemua jabatan bagi kesejahteraan pelajar," katanya.

Menurut satu laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiada yang cedera akibat tanah runtuh di Teluk Bahang dan polis telah menjutup jalan terbabit.

"Kami sedang membersihkan kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan orang ramai," kata jurucakap bomba dalam kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa pelajar yang tinggal di Jalan P.Ramlee diangkut dengan bot ke sekolah untuk mengambil SPM yang bermula hari ini.

Banjir kilat berlaku apabila hujan berterusan di sekitar negeri ini sejak tengah malam tadi dan beberapa kawasan dibanjiri air sehingga di atas paras pinggang dan beberapa tempat termasuk Jalan Masjid Negeri dan Bandar Baru Air Itam, berada di paras lutut. – Bernama


DAP Pulau Pinang akui cabaran getir pada PRU-14

Posted: 06 Nov 2016 08:15 PM PST

BERITA HARIAN ONLINE


Chow Kon Yeow 


GEORGETOWN – DAP Pulau Pinang mengakui senario politik negara semakin mencabar, khususnya bagi parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Chow Kon Yeow, berkata keadaan itu berlaku akibat beberapa faktor yang membabitkan parti politik lain di negara ini.

Katanya, Barisan Nasional (BN) juga seolah-olah berjaya memulihkan kekuatan berikutan keputusan memberangsangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Negara juga dicengkam dengan keresahan akibat ketidaktentuan PAS dalam mendesak pelaksanaan undang-undang hudud di Parlimen, sekali gus menimbulkan banyak ketegangan.

"Selain itu, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga meningkatkan ketegangan politik dalam kalangan masyarakat Melayu," katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 di sini, hari ini.

Konvensyen hambar

SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Georgetown. - Gambar NSTP/Mikail Ong
SEBAHAGIAN perwakilan yang hadir pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Georgetown. – Gambar NSTP/Mikail Ong

Konvensyen DAP Pulau Pinang yang berlangsung hari ini, hambar apabila lebih separuh daripada perwakilan meninggalkan dewan ketika sesi perbahasan usul.

Bermula dengan 287 perwakilan yang mendaftar diri pada sesi pagi, hanya tinggal kira-kira 50 orang dalam dewan ketika sesi perbahasan.

Selain itu, kebanyakan perwakilan dilihat bersembang dan tidur, bukannya memberi tumpuan kepada usul yang dibahaskan.

Kerajaan wajib guna kuasa halang perhimpunan haram

Posted: 06 Nov 2016 08:04 PM PST

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
[ULASAN] Degil akan berdepan kedegilan. Jika kumpulan BERSIH 5 berhimpun 19 November ini di ibu kota, Kumpulan Baju Merah juga akan turut turun padang bagi menghalang perhimpunan berkenaan.
 
Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, jika BERSIH 5 ingkar arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya tidak teragak-agak bertindak demikian. 
 
"Kami setuju dengan arahan Timbalan Perdana Menteri kerana Baju Merah adalah kumpulan yang pertahankan sistem demokrasi berperlembagaan.
 
"Namun, jika BERSIH 5 masih meneruskan niat mereka, kami akan turun pada waktu, tarikh dan masa sama," katanya.
 
Meskipun tidak dibenarkan memasuki Dataran Merdeka, perhimpunan  BERSIH 5 nampaknya tetap diteruskan pada 19 November ini. 
 
Pengerusinya,  Maria Chin Abdullah berkata, hasil pertemuannya dengan pihak polis, mereka akan meneruskan perhimpunan BERSIH 5 mengikut perancangan asal.
 
"Polis tak kata boleh berhimpun atau tidak, tapi kami akan teruskan (berhimpun) seperti diumum sebelum ini.
 
"Peserta akan mula berkumpul di Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
 
"Kami tidak akan masuk ke padang di Dataran Merdeka, sebaliknya hanya berada berhampiran kawasan itu," katanya.
 
Pertemuan itu dibuat bagi menyampaikan notis kepada pihak berkuasa sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan mengikut peraturan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
 
BERSIH akur permintaan DBKL
 
BERSIH sebelum ini mengumumkan dua lokasi berkumpul iaitu Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara.
 
Menurut Maria, larangan dikeluarkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membabitkan Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut.
 
"Justeru kita tidak akan masuk dua kawasan ini bagi  menghormati DBKL," katanya.
 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak membenarkan penganjur BERSIH 5 dan Baju Merah mengadakan perhimpunan dan mereka berdepan tindakan undang-undang jika ingkar.
 
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, keputusan itu diambil kerana kerajaan tidak mahu pertembungan di antara kedua-dua kumpulan berlaku.
 
Sementara itu Timbalan Pengerusi BERSIH, Shahrul Aman Mohd Razali berkata, beliau berharap peserta perhimpunan akur sepenuhnya arahan kerajaan. 
 
"Rakyat Malaysia yang akan turut serta bersama berhimpun nanti perlu memberi kerjasama sebagai tanda solidariti terhadap lima tuntutan Bersih sebagai mercu tanda ke arah pilihan raya bersih dan adil," katanya.
 
Johor tegas haramkan demonstrasi
 
Namun yang sudah muktamad ialah, perhimpunan jalanan diharamkan di Johor. Sultan Ibrahim Iskandar mengharamkan sebarang demonstrasi jalanan berhubung situasi politik negara di Johor.
 
Menurut baginda, demonstrasi berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan mampu menjurus kepada perpecahan kaum di dalam negara.
 
"Kelakuan seperti menghina pemimpin dan individu tertentu dalam demonstrasi adalah begitu tidak bertanggungjawab dan bukan daripada tabiat orang kita.
 
"Jadi ingin saya menegaskan bahawa saya tidak akan membenarkan sebarang aktiviti demonstrasi jalanan diadakan di negeri ini.
 
"Ini adalah kerana demonstrasi seperti itu hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkam kekecohan di kalangan masyarakat," titah Baginda pada Majlis Himpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
 
Sultan Ibrahim juga mahu semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat Johor tidak membabitkan diri dalam aktiviti berkenaan.
 
"Jika ada sebarang bantahan dan perasaan tidak puas hati adalah lebih elok jika disalurkan ke jalan yang betul iaitu menerusi wakil rakyat atau sebagainya.
 
"Dan jika wakil-wakil rakyat yang telah dipilih gagal membawa suara hati rakyat pilihlah pemimpin yang betul ketika pilihanraya nanti," katanya.
 
BERSIH, Baju Merah tidak berdaftar dengan ROS
 
Yang pasti ialah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sudah mengesahkan bahawa baik BERSIH mahupun kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1996.
 
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memandangkan BERSIH dan Kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, maka aktiviti anjuran mereka adalah haram.
 
"Ini adalah arahan rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan penguatkuasaan akan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.
 
Ahmad Zahid berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengeluarkan surat rasmi tidak mengizinkan kedua-dua kumpulan itu menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan.
 
"Keputusan DBKL adalah muktamad. Oleh yang demikian, keputusan pihak polis adalah selari dengan DBKL dan segala arahan hendaklah dipatuhi sepenuhnya," tegas beliau.
 
Apa jua sensitiviti politik membabitkan perhimpunan ini, ia tetap sah haram di segi undang-undang. Kerajaan kini wajib menggunakan kuasa yang ada agar provokasi pada wibawa demokrasi di negara ini dapat dihentikan. 


Shafie Apdal hadir di Bukit Aman beri keterangan

Posted: 06 Nov 2016 08:01 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi ini bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan 1MDB di Parlimen baru-baru ini.
 
Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) tiba di ibu pejabat polis itu kira-kira jam 9.45 pagi. 
 
Beliau diiringi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
 
Shafie akan memberi keterangan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) berhubung dakwaan membocorkan rahsia rasmi kerajaan.
 
Keterangan Shafie itu bagi membantu siasatan polis mengenai dakwaan membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat, minggu lalu.
 
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja keterangannya selesai diambil sebentar lagi.
 
 

Tiada ulasan: