DIALOG RAKYAT |
- TANDA2 UMNO SEMAKIN PARAH
- SSP BSN: Pesara Terkejut RM150 'Bertukar' Jadi Kereta Mercedes
- Hukuman Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan -Peguam Negara
- PAU 2016: Puteri Bukan 'Pencari Tumpuan', Tapi Ada Gaya Tersendiri
- Mursyidul Am: 'Pas bukan gila kuasa'
- Kos tunaikan haji kekal RM9,980 seorang
- Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut
- 'Kamu tak kacau Akta 355, kami tak tentang Akta 164'
- Kos naik taraf parlimen naik kepada RM600 juta
- RUU 355: Pendirian Presiden MCA dialu-alukan
- Khalid: Azmin kerja untuk rakyat atau konsesi air Selangor?
- Muktamar syor amal konsep syura dalam pemilihan parti
- BNM menyokong RM atau mengumpul rizab?
- Tanah runtuh: Selangor tawar PPR percuma
- Luluskan segera akta basmi politik wang, budaya rasuah
- Apa langkah kerajaan tangani kejatuhan ringgit?
Posted: 28 Nov 2016 04:13 AM PST shahbudindotcomUMNO bukan tidak biasa menghadapi serangan dan hentaman musuh-musuhnya. Tetapi, pernahkah dahulu berlaku seperti apa yang seolah-olah menjadi kelaziman sekarang? Siapa yang mengepalai serangan terhadap kartunis Zunar yang sedang mengadakan pameran kartunnya di Pulau Pinang? Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim... Siapa yang cuba dipertahankan dan dipercayai berada di belakang sekumpulan penyerang yang bagaikan "naik angin" mahu menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad? Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani... Siapa yang mengetuai Kumpulan Baju Merah yang bukan saja cuba melakukan gangguan kepada pihak lain yang mahu berhimpun secara aman, bahkan juga dilaporkan berkelakuan tidak senonoh di sebalik gerakan mereka langsung tidak mendapat sambutan? Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Mohd Yunus... Masihkah mahu dikata UMNO tidak terlibat dalam semua kejadian itu? Kenapa perlakuan ahli dan pemimpin UMNO semakin pelik dan di luar kebiasaan sejak kebelakangan ini? Adakah ini tanda-tanda mereka sedar bahawa mereka akan kalah pilihanraya? | ||||
SSP BSN: Pesara Terkejut RM150 'Bertukar' Jadi Kereta Mercedes Posted: 28 Nov 2016 04:04 AM PST Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN Wan Nazri Ishak, 45, yang berasal dari Pulau Pinang telah memenangi kereta mewah Mercedes Benz C200 melalui pelaburannya dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN), untuk Cabutan Bulanan Oktober. "Untuk makluman, saya baru menyimpan selama dua tahun dan hanya ada RM150 sahaja dalam SSP BSN. "RM150 itu pun adalah saguhati pemberian bekas majikan saya kepada pesara ATM dalam bentuk SSP," katanya kepada pemberita pada Majlis Cabutan SSP BSN November di Wisma BSN di sini, Sabtu. Penyerahan replika hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan dan Ketua Perbendaharaan dan Pelaburan BSN Asaraf Aboo Bakar. Naib Presiden Kanan dan Ketua Perbendaharaan dan Pelaburan BSN Asaraf Aboo Bakar (dua, kiri) menyampaikan replika hadiah kepada pemenang Cabutan Remaja Kategori Khas Oktober, Dhipan Raj (tengah). Pemenang hadiah Cabutan Istimewa Oktober dengan ganjaran RM1 juta bagaimanapun tidak dapat hadir pada majlis ini. Wan Nazri berkata, beliau pada mulanya tidak percaya apabila kakitangan BSN datang ke rumahnya di Taiping, Perak, untuk memaklumkan tentang kemenangannya. "Dari luar pagar beliau beritahu saya menang kereta, saya kata 'mana ada saya menang apa-apa'. Kemudian saya disuruh bercakap dengan seorang pegawai bank, pun saya masih tak percaya. "Bila saya periksa di internet, ada nama saya, masa itu isteri dan anak-anak saya 'ternganga' sekejap, dan hari ini saya di pentas ambil hadiah barulah saya percaya," katanya. Wan Nazri yang hadir bersama isterinya, Shamsiah Mat Saad, 45 dan dua anaknya turut menyifatkan kemenangannya sebagai rezeki berkhidmat dengan ATM. Beliau menasihatkan orang ramai yang belum membuat simpanan SSP BSN supaya segera berbuat demikian memandangkan skim ini begitu unik dan menawarkan ganjaran istimewa. "Kepada yang sudah menyimpan, bersabar, mungkin ada rezeki anda selepas ini. "Saya sendiri akan menambah simpanan, manalah tahu rezeki saya menang RM1 juta untuk Cabutan Istimewa pula," katanya. Sementara itu, Dhipan yang merupakan pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Seri Serdang berkata RM10,000 yang dimenanginya amat berguna untuk beliau menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Katanya, beliau amat berterima kasih kepada ibunya yang menyimpan melalui SSP BSN secara konsisten setiap bulan sebagai persediaan untuk beliau melanjutkan pengajian selepas tamat sekolah menengah. "Ia adalah satu skim yang bagus dan sangat berguna untuk remaja yang mahu belajar di peringkat lebih tinggi," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor. BSN menyediakan Cabutan Istimewa, Cabutan Bulanan dan Cabutan Remaja (Kategori Khas dan Kategori Biasa) setiap bulan kepada mereka yang melabur dalam SSP BSN. Simpanan minimum RM3,000 layak untuk Cabutan Istimewa yang menawarkan ganjaran RM1 juta setiap bulan, manakala Cabutan Remaja dibuat untuk penyimpan berusia 12 hingga 17 tahun. Mereka yang bertuah dalam Cabutan Bulanan akan menerima hadiah kereta BMW atau Mercedes Benz. | ||||
Hukuman Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan -Peguam Negara Posted: 28 Nov 2016 03:53 AM PST
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ini kerana ia berpandangan hukuman ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan. Rayuan terhadap hukuman itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat lalu, katanya dalam kenyataan pada Jumaat. "Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya. Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang. Perbuatan sedemikian, katanya, merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu. Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. -Bernama | ||||
PAU 2016: Puteri Bukan 'Pencari Tumpuan', Tapi Ada Gaya Tersendiri Posted: 28 Nov 2016 03:13 AM PST Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN PETALING JAYA: Pergerakan Puteri Umno ada 'gaya tersendiri' dan tidak turun berbahas di pentas Perhimpunan Agung Umno (PAU) hanya untuk mendapat tepukan atau sorakan gemuruh seisi dewan, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Ketua Puteri itu berkata, pembahas-pembahas Puteri tidak semestinya perlu berhujah dengan 'berapi-api' untuk mencuri tumpuan, sedangkan isi kandungannya tidak seberapa atau sekadar retorik semata-mata. "Kadang-kadang berapi-api itu retorik semata-mata. Kita lihat apa yang telah Puteri perjuangkan, kita tidak terikut-ikut dengan cara orang lain, tak perlu. "Kita ada 'style', ada cara dan ikut rentak yang kita perjuangkan, yang penting apa yang ingin kita bawa dan isi kandungannya," katanya dalam temubual khas bersama mStar Online sempena PAU 2016, baru-baru ini. Pemimpin sayap paling muda dalam Umno ini berkata, beliau sedar setiap kali menjelangnya perhimpunan terbesar parti, ada pihak yang memandang Puteri 'sebelah mata', selain melihat perbahasan atau usul yang dibawa sebagai membosankan. "Kenapa perlu dilihat pada bosan? Bosan itu apa maksudnya, kerana terlalu kering idea, atau adakah kerana mereka tak bercakap sesuatu yang berkobar-kobar atau dengan semangat membara," katanya. Beliau turut memberi beberapa contoh pemimpin, seperti Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin yang sering menyampaikan ucapan dengan gaya dan nada sederhana tetapi memberi kesan kepada audiens. Dalam perhimpunan kali ini, Mas Ermieyati berkata, beliau menekankan mengenai 'politik realiti' kepada ahli-ahli, khususnya pembahas, sambil mengharapkan persidangan kali ini akan menimbulkan suasana serius menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Beliau menambah, seperti tahun-tahun terdahulu, walaupun pembahas bebas berucap tanpa sekatan atau kekangan, mereka tetap perlu menghadiri bengkel dan diberi garis panduan supaya tidak 'melencong' daripada isu pokok. "Kita beri contoh apa yang suara akar umbi patut dan tak patut bawa supaya pembahas tak melalut. "Kadang-kadang kita tengok yang mereka kejarkan adalah untuk mendapat tepukan, sepatutnya kandungan itu yang utama, suara akar umbi yang patut diberi perhatian, bukan hanya menjadi 'pencari tumpuan'," katanya. Mengulas lanjut mengenai peranan dan perkembangan Puteri selaku sayap paling muda dalam parti, timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan ini berkata, dari segi keahlian Puteri telah menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan 390,000 ahli. Selain itu katanya, akses dan penerimaan Puteri di peringkat akar umbi juga jauh lebih baik berbanding awal penubuhannya, begitu juga hubungan antara Puteri dengan sayap Wanita. "Pastinya Puteri turut sama membantu Umno dalam usaha-usaha untuk memperkasakan parti dan ini bukan tugas satu hari tapi ia memerlukan komitmen dan iltizam yang cukup kuat serta pemahaman kepada sejarah perjuangan terdahulu," katanya. Namun, beliau mengakui masih belum berpuas hati dengan apa yang dimiliki Puteri hari ini yang disifatkan berdepan banyak cabaran serta memerlukan ilmu politik dan kepimpinan yang secukupnya. Katanya, walau apa pun tanggapan atau kata-kata dilemparkan terhadap Puteri, sayap ini tetap menjadi platform terbaik untuk wanita muda mengasah bakat, potensi diri dan belajar ilmu kepimpinan serta politik. | ||||
Mursyidul Am: 'Pas bukan gila kuasa' Posted: 28 Nov 2016 03:13 AM PST MIRSYIDUL Am Pas, Hashim Jasin baru-baru ini menyatakan parti itu sudah sedia untuk berbincang mengenai konsep satu lawan satu pada PRU14. Sudah pasti apa yang disebutnya itu segera mendapat perhatian kerana umum mengetahui bahawa hubungan Pas dengan parti-parti pembangkang lain selama ini sememangnya diselubungi berbagai isu yang menjadi penghalang untuk pertandingan dua penjuru direalisasikan. Mengikut logik politik, jika berlaku satu lawan satu, kedudukan BN mungkin tergugat.Namun jika sebaliknya, BN dipercayai akan kekal berkuasa berikutan perpecahan undi pembangkang. Bagaimanapun, untuk mencapai tujuan itu, Pas tetap meletak syarat yang sekali gus menghadapkan realiti bahawa usaha ke arah itu masih perlu menempuh laluan yang berliku. Ikuti penjelasan Hashim kepada Editor Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim. Bagaimana boleh timbul kenyataan satu lawan satu? Kalau ambil kira dari segi akal, satu lawan satu, tinggi harapan kita untuk menang. Kalau dua penjuru, kurang sikit. Kalau tiga, lagilah kurang. Atas dasar itu, saya lontarkan idea, Pas bersedia untuk satu lawan satu tetapi ia bukanlah setakat itu, ada syarat. Kita letak syarat sebab kita tak mahu kalau kita menang, timbul masalah lain, jadi konflik, perebutan (jawatan dan kuasa). Itu kita nak elak. Tetapi pada dasarnya konsep satu lawan satu memang baik. Itu kita akui. Saya lontarkan pandangan itu kerana ia tidak bercanggah dengan sistem demokrasi kita dan tidak bercanggah dengan pemikiran kita bahawa satu lawan satu lebih mudah untuk kita menang. Apakah syarat-syarat itu? Apabila kita capai kemenangan, kepimpinan mesti diterajui oleh Islam. Ini merangkumi sebarang sudut yang ada dalam kepimpinan. Landasan dari segi pentadbiran, pengurusan dan sebagainya adalah mesti mengikut apa yang ditakrif sebagai prinsip dan nilai Islam. Apa lagi prasyarat sebelum persetujuan dicapai? Perlu difahami untuk mencapai sesuatu kerjasama mengikut Islam, ada tiga gagasan pendekatan yang perlu iaitu tahaluf, ta'awun dan isti'anah. Tahaluf ialah kerjasama yang lebih menjurus kepada politik. Ta'awun ialah bersama dalam satu ikatan atau pakatan. Konsep ta'awun adalah lebih luas daripada politik, turut merangkumi urusan sosial dan kemasyarakatan. Isti'anah pula dalam situasi yang memerlukan kita minta tolong daripada pihak lain untuk mencapai sesuatu tujuan. Ketiga-tiga konsep ini ada dalam pakatan yang Nabi pernah buat. Nabi malah pernah minta tolong daripada orang Yahudi. Semasa PR, ketiga-tiga elemen itu kita buat, ada dalam pendekatan kita (Pas). Isti'anah misalnya apabila kita bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina, DAP datang tolong. Dalam Islam, pendekatan ini diharuskan. Atas dasar itu, kita tidak menolak untuk bekerjasama dengan sesiapa pun. Syaratnya, mesti Islam yang memimpin. Kita sudah terlibat dengan berbagai bentuk kerjasama. BN pun Pas pernah masuk tapi tidak sampai ke mana. Jadi sekarang, kita kena letak syarat sebelum apa-apa kerjasama kita buat. Satu lawan satu memang baik tetapi kita mesti letak Islam yang memimpin. Kita sudah ada pengalaman kalau letak matlamat yang lain, ia tidak akan menguntungkan Islam. Jika kerjasama itu menjadi, adakah mesti Pas yang jadi ketua? Kita tidak bermaksud begitu. Tidak semestinya Pas. Siapa pun boleh jadi ketua. Apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja. Presiden sebut Pas (yang memimpin), bukan bermakna kenyataannya itu menyalahi apa yang saya sebut. Itu pandangan dia (Presiden Pas) atas pengalamannya bersama pakatan sebelum ini. Bagi Tok Guru Haji Hadi, sebelum ini apabila diberi kepada pihak lain (selain Pas) untuk memimpin, pakatan kita boleh dikatakan hanyut, tidak sampai tujuan. Jadi kali ini, biar Pas yang memimpin. Itu bukan makna kita minta. Dan Pas itu bukan mesti Haji Hadi. Pas adalah organisasi. Bukan kita minta untuk diri kita. Kita bukan rebut atau gila nak jadi perdana menteri. Itu kita sebut lama dah, sejak awal lagi tetapi mereka sendiri, belum apa-apa lagi sudah sebut orang itu perdana menteri, orang ini perdana menteri. Itu yang dimaksudkan oleh Tok Guru. Dan saya apabila saya kata Islam, sebenarnya sama sahaja tetapi saya sebagai orang yang lebih tua, lembut sikitlah kata-kata saya (tertawa)! Saya ulang, apabila disebut Islam, boleh sesiapa sahaja asalkan kita yakini kerjasama ini boleh dibawa mengikut acuan Islam, mengikut cara, kaedah dan pendekatan Islam. Tok Guru Nik Aziz pernah kata, kita nak buat (tegak pemerintahan) Islam, kalau Umno nak buat Islam yang sama, kita sanggup bubar Pas. Jadi maknanya, sesiapa saja yang nak buat Islam, kita akan sokong. Sampai sekarang, prinsip itu kita pegang. Bukan mesti Pas. Kalau ada orang lain yang betul-betul kita boleh percaya untuk melaksanakan Islam, kita sokong. Nabi dulu pun, apabila ada raja di sesebuah negara yang sedia terima Islam, Nabi benarkan untuk dia memerintah. Ini bukan soal kita nak jadi ketua, tetapi kita nak letak Islam di tempatnya, sebagai landasan dalam kepimpinan. Islam tidak ada kaitan dengan soal tamak kuasa tetapi Islam bawa mesej selamat dunia dan akhirat. Aslim taslam, masuk Islam, kamu selamat dunia akhirat. Inilah pendekatan kita, nak usaha untuk semua orang faham dan terima Islam yang sebenar-benarnya. Kalau tidak letak syarat seperti itu? Kalau kita tidak letak syarat itu, mungkin akan timbul masalah. Mutakhir ini, ada kempen besar-besaran untuk guling Najib. Saya nak tanya, katakanlah kempen mereka berjaya, selepas Najib jatuh, apa akan jadi? Bolehkah kita pastikan bahawa tidak akan ada masalah lagi jika Najib dijatuhkan? Pada pandangan saya, kalau sistem yang sama masih dipakai, samalah juga. Dengan itu, jatuhnya Najib tidak ada makna pun untuk kita. Lebih baik kita biar dan lawan dia dalam pilihan raya. Kalau boleh kata dalam keadaan dia banyak 'dosa' , banyak perkara yang dia buat orang marah, masa itulah kita tumbangkan dia. Itu lebih baik daripada kita usaha jatuhkan dia sekarang. Kalau Najib jatuh sekarang, nanti naik orang baru ganti dia, orang itu akan bawa BN jadi lebih kuat seperti semasa Pak Lah ambil alih daripada Mahathir dulu. Bukankah pada pilihan raya 2004, BN memang besar? BN akan lebih kuat dalam tangan orang baru. Najib sekarang dalam keadaan lemah, jadi kita sebagai pembangkang tak perlulah nak kempen (beri kekuatan baharu kepada BN). Dia lemah, biarlah. Maknanya Pas tetap tidak akan setuju dengan kempen jatuhkan Najib? Keutamaan kita adalah menentang kezaliman. Kalau setakat Najib, nanti Najib jatuh, apa pula? Tetapi kalau kezaliman yang kita tentang, tidak kira siapa. Kalau Najib, Najiblah kita tentang, malah kalau Tok Guru Haji Hadi pun, katakanlah dia zalim, kita akan tentang juga. Dalam menentang kezaliman, tidak bolehlah kita benarkan setelah jatuhnya sesuatu kezaliman, nanti naik kezaliman yang lain pula. Itu yang kita tak mahu berlaku. Saya percaya dalam hal ini, tidak timbul masalah bercanggah dengan kehendak rakyat. Soal nak jatuhkan Najib, ikut syarak ke tidak? Ikut cara Islam, kita kena kira sampai begitu. Kalau dalam al-Quran, ALLAH kata tak boleh, tak bolehlah walaupun 100 peratus rakyat nak seseorang pemimpin itu dijatuhkan. Dalam ucapan di Konvensyen PH, Nurul Izzah ada menyindir Presiden Pas ... Orang yang tak pernah bersama Pas, kalau mereka tak faham, kita boleh terima sebab kita lontarkan perkara ini pun baru saja. Jadi memang dia tak fahamlah. Tetapi yang saya pelik apabila mereka yang pernah bersama Pas, pernah sertai usrah kita, mereka bagi saya bukan tak faham tetapi buat-buat tak faham. Setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, kita usrah dulu. Kita ambil satu ayat (al-Quran) dan hurai. Sesiapa saja boleh beri idea atau pendapat mengikut situasi atau isu-isu semasa. Akhir sekali, kita buat kesimpulan. Itu yang saya berasa pelik apabila yang sudah lalui proses ini, pernah duduk lama dalam Pas dan ikuti usrah kita, pun masih tunjuk tidak faham. Apa pun, kami ambil sikap untuk terima bahawa kerja kita ini sememangnya berat dan tidak mudah. Dan kita pun memang letak dalam jangkaan bahawa kita akan hadapi ujian semacam ini. Kerana itu, kita tidak panik dan anggap ini ujian dalam usaha kita menegakkan agama ALLAH. Sudah bincang antara pimpinan parti? Peringkat pimpinan, secara rasmi belum tetapi secara tidak rasmi, mungkin ada. Kita sebenarnya belum ada keputusan pun nak bersatu dengan siapa, Majlis Syura pun belum mesyuarat tetapi untuk menjawab persoalan tentang ini, akan dibuat satu kertas yang akan dibentang pada mesyuarat (Majlis Syura Ulamak) 17 Disember. Sekarang, kami nak biar orang bincang, bagi 'hadam' dulu… lepas itu baru kita mesyuarat. Jadi apa yang dibincangkan sekarang kita akan ambil kira untuk kita bawa ke dalam mesyuarat. Sebelum lontarkan pandangan ini, Ustaz ada bincang dengan sesiapa dalam pimpinan Pas? Ya, kita bincang sudah lama tetapi tidaklah secara langsung dan tidaklah diminitkan untuk kita ambil langkah susulan. Dalam usrah pun selalu disebut. Apa yang saya boleh kata, kita tidak pernah terima bantahan mengenai idea satu lawan satu daripada mana-mana pihak dalam Pas. Penerimaan ahli di bawah pula macam mana? Ini termasuk soal pembahagian kerusi yang mungkin ada tidak bersetuju... Apa yang kita cakap sekarang adalah soal dasar. Apa yang disebut dasar adalah persoalan mengenai kalau kita nak bercakap soal kerjasama, sejauh mana kerjasama itu yang boleh kita persetujui, misalnya. Itu dasar. Katakanlah, kita bersetuju hendak bertahaluf dengan mana-mana parti, soal pembahagian kerusi adalah perkara kedua, ketiga, keempat atau yang kelima. Itu bukan persoalan dasar. Dasarnya ialah kita bersetuju dulu. Dalam Pas, apabila kita bersetuju dengan sesuatu perkara, wajib kita penuhi apa yang telah dipersetujui. Apabila kita sudah letak syarat, walaupun nampak seperti tersalah langkah, kita masih perlu ikut kerana kita telah bersetuju. Itu yang ALLAH suruh. Persoalan mengenai kerusi nak diambil, itu biasa. Pada peringkat ini, kita nak beri tumpuan pada urusan dasar dahulu. Itu pun belum selesai lagi. Dalam parti pembangkang lain, ada keyakinan bahawa Pas tidak mungkin menang tanpa kerjasama DAP... Akan jadi masalah apabila kerja orang kita nak buat tetapi kerja sendiri, kita tak buat. Adakah kita faham, apa tugas kita sebenarnya? Sebagai contoh, kita tanam benih pokok. Tugas kita, tanam, siram, baja dan jaga jangan kena penyakit. Itu tugas kita. Ada pun yang nak hidupkan benih itu jadi pokok sampai keluar pucuk dan keluar buah, itu bukan kerja kita. Mengapa kita sibuk nak bincang pasal urusan nak keluar pucuk, keluar buah sedangkan kerja kita sendiri kita tak buat? Soal menang pilihan raya bukan urusan kita. Sesiapa yang kata kita tak boleh menang pilihan raya, itu maknanya dia masuk campur kerja orang sedangkan kerja dia sendiri, dia tak buat. Suatu ketika, ada seorang datang mengadu kepada Nabi mengenai keadaan di negerinya yang tidak aman, sering berlaku jenayah dan kacau bilau. Nabi berkata kepada Saidina Adi bin Hatim, kalau umurmu panjang, kamu akan dapat lihat suatu masa nanti, seorang wanita akan datang ke Makkah dalam keadaan tiada apa yang ditakutinya melainkan serigala. Dan kata Nabi lagi, kamu juga akan dapat lihat, kunci istana kisra (raja) dipegang oleh orang Islam. Walaupun pada masa itu Islam belum berkembang luas tetapi Nabi yakin, ajaran yang dibawanya sedang menuju ke arah itu, ke arah kemenangan, kejayaan, keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran hidup untuk semua manusia. Kalau Rasulullah sendiri yakin, mengapa kita pula tidak yakin? Ini tanggungjawab kita untuk usahakan. Memang lumrah kita akan hadapi masalah tetapi saya yakin, orang yang telah mendapat tarbiah Pas, walaupun mungkin ada perkara dia tidak bersetuju tetapi dia tidak akan bangkang. Kalau yang bangkang, itu saya boleh katakan mereka sudah out! Ketua Pemuda Pas ada buat kenyataan bahawa Pas tidak mungkin akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam isu satu lawan satu sedangkan Majlis Syura Ulamak belum pun buat apa-apa keputusan... Itu tafsiran dia saja dan kita tak anggap itu perkara besar apabila dia buat tafsiran yang pergi ke peringkat itu. Kita kena ambil kira juga perasaan dia. Orang tidak tahu apa yang DAP buat pada dia, apa yang Amanah buat pada dia hingga dia melonjak pergi sampai ke peringkat itu. Dia orang muda. Tok Guru Haji Hadi pun ada cerita pada saya mengenai macam-macam perkara yang mereka buat pada dia, apa yang tidak sepatutnya dibuat kepada seseorang apa lagi dia seorang pemimpin. Itu dia tak pernah cerita pun kepada orang ramai. Itulah kita kena belajar cara berpolitik matang dan sejahtera. Nabi sendiri pun tak cerita semua perkara kepada kita tetapi di sebalik sesuatu perkara itu, baginda beritahu kita hukum, itu jangan buat, ini jangan buat. Kita jangan pula tanya sebab apa sesuatu perkara itu Nabi larang. Sebab itu dalam berpolitik kita diajar mengenai wala', kepatuhan kepada pemimpin. Haram kita derhakai pemimpin. Kita mesti memuliakan pemimpin, kasihkan mereka dan sedia membantu mereka. Apabila wujud tiga elemen ini, barulah dipanggil wala'. Soal memuliakan pemimpin, Rasulullah S.A.W. dalam banyak sirah memuliakan pemimpin walaupun bukan Islam. Ada pandangan, sebagai parti Islam, Pas tidak boleh berubah dari segi prinsip atau dasar. Dalam siyasah, keadaan akan menentukan perubahan pendekatan yang mungkin berlaku mengikut keperluan dan kesesuaian semasa. Pendekatan boleh berubah. Untuk satu lawan satu, pada dasarnya kita setuju tetapi bagi Pas, persetujuan kita tidaklah secara mutlak hanya kerana kita nak pastikan satu lawan satu. Itulah ketegasannya. Syarat itu mungkin PKR tak senang, Amanah pun tak senang tetapi bagi kita, kita tegas. Apa nasihat Ustaz kepada ahli dan penyokong Pas yang mungkin masih tidak faham satu lawan satu? Saya nak minta ahli-ahli Pas berilah kepercayaan kepada pimpinan yang saya yakin mereka tidak akan sekali-kali mengkhianati penyokong. Keputusan yang dibuat tidak akan mengkhianati ahli dan penyokong Pas yang sudah sekian lama berjuang untuk Islam melalui parti ini. Selama bersama dengan Pas, sudah banyak saya perhatikan apabila berlaku kesilapan, pimpinan Pas akan berpatah balik dan mengaku kesilapan lalu memperbaiki keadaan. Jadi jangan risau. Pada hemat saya, Pas sekarang lebih kemas berbanding dulu. Banyak berlaku apa yang saya sendiri tidak sangka. Contohnya, dalam perjumpaan yang kita buat, penganjur pun hairan sebab terlalu ramai, melebihi jangkaan. Itu tanda-tanda bahawa kita semakin mendapat sambutan akar umbi. Golongan profesional pun semakin ramai mendekati Pas. | ||||
Kos tunaikan haji kekal RM9,980 seorang Posted: 28 Nov 2016 03:06 AM PST SINAR HARIAN KUALA NERUS - Kos bagi mengerjakan haji pada musim haji akan datang kekal seperti sembilan tahun lepas iaitu RM9,980 bagi seorang jemaah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan bayaran tersebut walaupun jumlah kos sebenar bagi seorang jemaah muassasah kini ialah RM19,550 berbanding RM18,890 seorang pada tahun lepas. "Ini menjadikan jumlah subsidi yang ditanggung oleh pihak TH berjumlah RM9,570 setiap seorang manakala jumlah subsidi keseluruhan adalah berjumlah lebih RM200 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-33 di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib. Jamil Khir dalam pada itu berkata, surat tawaran kepada 22,320 bakal jemaah haji telah dikeluarkan bermula 2 November lepas dan kini ada di antara mereka mula menghadiri kursus mengerjakan ibadah haji. "Pada musim haji akan datang, penerbangan pertama jemaah haji dari negara ini adalah pada 24 Julai 2017 manakala penerbangan terakhir pula adalah pada 25 Ogos 2017. "Hari wukuf pula dijangkakan pada 31 Ogos 2017. Bagi penerbangan pertama pulang ke tanah air selepas selesai ibadat haji ialah pada 7 September 2017 dan penerbangan terakhir pula ialah pada 4 Oktober 2017," katanya. Sementara itu, muzakarah yang berlangsung selama empat hari bermula 25 November lepas dan berakhir hari ini itu memberi peluang kepada lebih 300 para ilmuan agama dan pembimbing ibadah haji berkongsi ilmu serta menetapkan keseragaman hukum-hakam berkaitan ibadah haji, umrah dan ziarah demi kepentingan jemaah haji di negara ini. - Bernama | ||||
Khalid sahkan Maria bebas, enggan ulas lanjut Posted: 28 Nov 2016 03:00 AM PST KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini selepas ditahan sejak 18 Nov lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara itu. "Maria dibebaskan kira-kira 4.30 petang tadi," katanya kepada Sinar Online. [ARTIKEL BERKAITAN: Maria Chin bebas selepas 10 hari] Sebentar tadi, pembebasan Maria turut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitternya. "Maria dah bebas! Ini gambar beliau bersama Ambiga. Tetapi, dia tidak sepatutnya ditahan mengikut Sosma pada mulanya," kata Saifuddin. Pada 23 November lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, penahanan Maria tiada kena mengena dengan perhimpunan Bersih yang diadakan tetapi dibuat di bawah SOSMA kerana boleh menggugat keselamatan negara. Maria Chin ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 November lalu, shari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas. | ||||
'Kamu tak kacau Akta 355, kami tak tentang Akta 164' Posted: 28 Nov 2016 12:20 AM PST MALAYSIAKINI Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata jika usaha itu diganggu, mungkin berlaku akan menyebabkan perkara sama berlaku terhadap undang-undang melibatkan bukan Islam. "Saya bagi contoh Akta 164 – Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian). Itu satu undang-undang yang ada kaitan dengan orang bukan Islam dari segi perkahwinan, penceraian dan hak penjagaan. "Jadi kalau RUU355 diganggu, kita bimbang orang Islam tidak akan bersetuju dengan pembaharuan undang-undang, yang juga ada kaitan dengan orang Islam, terutamanya apabila pasangan itu masuk Islam dan sebagainya. "Jadi kita minta, we must play a fair game. Jangan ganggu hak orang Islam dan kita harap orang Islam tidak akan menyusahkan orang bukan Islam. "Kalau nak main macam itu kita pun boleh tentang pindaan terhadap Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian)," katanya. Takiyuddin justeru meminta golongan bukan Islam tidak mengganggu usaha mereka meminda Akta Mahkamah Syariah dan mereka juga akan berkompromi dalam isu-isu bukan Islam. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu mengusulkan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah, yang mahu menambah jumlah hukuman kepada maksimum penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan sebat 100 kali. Cadangan itu akan dihuraikan dalam sesi parlimen tahun depan | ||||
Kos naik taraf parlimen naik kepada RM600 juta Posted: 27 Nov 2016 11:56 PM PST MALAYSIAKINI Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof, peningkatan itu tidak dapat dielakkan kerana kos tambahan terpaksa diserap dalam rancangan asal, lapor The Sun Daily. Kos kini meningkat kepada RM600 juta. "Peningkata ini susulan pengukuran semua dan kerja-kerja teknikal tambahan. Sebagai contoh, parlimen kini ada ruang kedua. "Ia tidak ada ada reka bentuk asal," beliau dipetik sebagai berkata. Beliau juga berkata projek itu juga dijangka siap pada 2012 walaupun pada mulanya dijangka dua tahun lebih awal. Bangunan yang dibina pada 1962 itu mengalami beberapa kali masalah pendawaian elektrik dan kebocoran atap. | ||||
RUU 355: Pendirian Presiden MCA dialu-alukan Posted: 27 Nov 2016 11:56 PM PST 1. Saya mengalu-alukan kenyataan Presiden MCA dalam satu laporan yang menyatakan bahawa MCA tidak menentang RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang. Tetapi mahukan ia dilaksanakan menurut kerangka perlembagaan. 2. Menurut Malaymailonline; "MCA president Datuk Seri Liow Tiong Lai today said that the party did not oppose the PAS' private bill seeking to empower the Syariah courts. He said there had been a misunderstanding on MCA's stand on the matter. "I think there have been a lot of misunderstandings, saying that we oppose the bill. We just want it to be implemented according to the constitution." - See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/mca-not-against-act-355-says-liow#sthash.0roMdkRU.dpuf AKTA 355 (1965) ADALAH BERPERLEMBAGAAN 1. Suka saya jelaskan bahawa "Akta 355 Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah" telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1965 bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan kadar hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini. 2. Ia adalah selaras dengan perlembagaan Malaysia dengan mengambil punca kuasa daripada Butiran 1, Senarai II - Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu: "...keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan;..." PINDAAN AKTA 355 (1984) ADALAH BERPERLEMBAGAAN 1. Akta 355 (1965) kemudian dipinda pada 1984 dengan ditingkatkan kadar hukuman daripada 6 bulan penjara kepada 3 tahun penjara, daripada 1000 ringgit denda kepada 5 ribu ringgit denda dan ditambah pula 6 kali sebatan. 2. Ia telah berkuatkuasa dengan mengikut perlembagaan sehingga ke saat ini di Mahkamah Syariah menerusi Enakmen Kesalahan Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia. RUU 355 (2016) ADALAH BERPERLEMBAGAAN 1. Selama tempoh 51 tahun, Akta 355 bermula 1965 sehingga pindaan 1984 sehingga hari ini adalah selaras dengan perlembagaan Malaysia. 2. Begitulah juga RUU 355 yang bertujuan mengusulkan peningkatan kadar hukuman, sama seperti tujuan pindaan 1984 adalah selaras dengan perlembagaan 3. RUU 355 yang diusulkan oleh YB Marang kali ini pada 24hb November 2016 adalah bagi meningkatkan kadar hukuman dalam Akta 355 pindaan 1984 (semakan 1988) yang terpakai sekarang daripada: i. daripada penjara 3 tahun kepada penjara 30 tahun. ii. daripada 5 ribu ringgit denda kepada 100 ribu ringgit denda iii. daripada 6 kali sebatan kepada 100 kali sebatan menurut tatacara sebatan Syariah. 4. Sebagaimana peningkatan kadar hukuman pada pindaan 1984 adalah mengikut perlembagaan demikianlah RUU 355 yang bertujuan meningkatkan kadar hukuman juga adalah berperlembagaan. IMPLIKASI 1. Untuk makluman, dengan cadangan pindaan ini, 3 kesalahan Syariah yang telah sedia disenaraikan sebagai kesalahan jenayah Syariah dalam Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri sekarang dapat ditingkatkan selaras menurut undang-undang Syariah yang sebenar iaitu: i. 100 sebatan Syariah bagi kesalahan persetubuhan luar nikah bagi yang belum berkahwin. ii. 80 sebatan Syariah bagi kesalahan Qazaf dan iii. 40 hingga 80 sebatan Syariah bagi kesalahan minum minuman memabukkan. 2. Sebatan Syariah pula jauh lebih ringan berbanding sebatan sivil. Roh pada pelaksanaannya ialah menimbulkan keinsafan dan pengajaran. Sebatan Syariah tidak melukakan kulit apatah lagi daging, berbeza dengan sebatan sivil yang menyakitkan serta mencederakan. 3. RUU 355 pula adalah melibatkan pindaan bagi undang-undang di peringkat Parlimen bagi kegunaan Mahkamah Syariah yang bidangkuasanya adalah melibatkan orang Islam sahaja. Semoga kenyataan Presiden MCA yang tidak menentang RUU 355 membuka jalan untuk ahli-ahli politik bukan Islam berusaha untuk memahami bahawa RUU 355 yang dibawa oleh YB Marang adalah dalam kerangka perlembagaan Malaysia. Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat | ||||
Khalid: Azmin kerja untuk rakyat atau konsesi air Selangor? Posted: 27 Nov 2016 11:52 PM PST Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan Menteri Besar Selangor jika beliau mengutamakan kepentingan syarikat konsesi air lebih daripada hak rakyat, beliau akan dilihat 'bekerja' untuk syarikat berkenaan. "Kita hendak perjuangkan rakyat Selangor. Jika kita beria-ia mempertahankan (syarikat) konsesi kena dapat duit lebih, bermakna kita bekerja dengan konsesi, bukan rakyat Selangor. "Adakah itu yang hendak digambarkan? Janji kita adalah untuk jaga rakyat," ujar mantan Menteri Besar yang juga ADUN Pelabuhan Klang itu. Dalam wawancara eksklusif dengan Antarapos, Abdul Khalid mengakui beliau sangat sensitif apabila membicarakan penyusunan semula industri air di Selangor yang masih belum selesai. 'Rasa terkilan' itu semakin memuncak apabila Datuk Seri Mohamed Azmin masih gagal memuktamadkan rundingan dengan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) dengan tawaran yang munasabah. "Oleh kerana itu, saya sangat sensitif tentang perkembangan industri air. Ini adalah usaha reformasi yang sangat penting, (untuk) kita pulangkan hak kepentingan rakyat kepada mereka. "Dahulu kepentingan rakyat seperti air dan tenaga (elektrik) diswastakan. Hasilnya menampakkan rakyat tidak mendapat pulangan yang baik, sebab yang untung banyak adalah syarikat konsesi. Rakyat dibebankan harga tarif yang tinggi," katanya. Khalid juga terkilan dengan tawaran tinggi yang mahu dibayar oleh kerajaan negeri kepada SPLASH iaitu sebanyak RM2.7 bilion. Mantan menteri besar itu tegas dengan pendiriannya bahawa SPLASH hanya layak ditawarkan sebanyak RM250.6 juta, dan menyifatkan sebarang tawaran yang melebihi jumlah itu 'akan menindas hak rakyat'. Ketika menjadi Menteri Besar, Khalid memulakan penyusunan semula industri air di Selangor melalui pendekatan yang holistik bertujuan 'mengembalikan saham air kepada rakyat negeri ini'. "Sebab itu saya nak kerajaan Selangor buktikan bahawa usaha yang dijalankan kepada rakyat negeri ini adalah usaha yang terbaik. Maknanya, dengan harga yang lebih murah. "Jika kerajaan negeri dapat tawaran kurang RM9.65 bilion (jumlah keseluruhan pengambilalihan) atau harga yang kita tawarkan kepada SPLASH mengikut tatacara yang kita lakukan, saya sangat menyokong. "Namun jika saya tahu ura-ura mereka hendak naikkan, saya tak akan sokong. Sebab saya bekerja untuk rakyat Selangor, bukan untuk pihak konsesi kerana mereka sudah mendapat gaji yang tinggi," tegas Khalid lagi. Khalid sewaktu memimpin Selangor menawarkan pengambilalihan ekuiti dan liabiliti keempat-empat syarikat konsesi berkenaan berjumlah RM9.65 bilion. Sebelum Khalid meletak jawatan beliau berjaya mengambil alih tiga syarikat berkenaan kecuali SPLASH yang dikatakan tidak bersetuju dengan tawarannya. Pada 12 September 2014, Khalid membuat tawaran terakhir dengan meletakkan RM 250.6 juta untuk mengambil alih ekuiti SPLASH. Nilai itu ditentukan menerusi kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12% setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar (12% ROE) selepas kerajaan negeri meneliti terma yang dinyatakan dalam Perjanjian Penswastaan air, yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk SPLASH. Namun Azmin mendakwa Khalid 'menyembunyikan nilai tawaran sebenar berjumlah RM2.975 bilion' yang dibuatnya kepada SPLASH. Khalid menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa tawaran berjumlah RM2.975 bilion kepada SPLASH itu dibuat pada 25 Jun 2009 yang merangkumi ekuiti berjumlah RM1.579 bilion dan liabiliti RM1.396 bilion. Tawaran berkenaan, kata Khalid, dibuat berdasarkan prinsip 'all or nothing', bermakna ia hanya disempurnakan jika keempat-empat pemegang konsesi menerima tawaran tersebut. Ia terbatal selepas dua daripada syarikat konsesi iaitu SYABAS dan Puncak Niaga menolak tawaran kerajaan negeri pada ketika itu. | ||||
Muktamar syor amal konsep syura dalam pemilihan parti Posted: 27 Nov 2016 11:45 PM PST HARI INI DALAM SEJARAH PAS: MUKTAMAR SYOR PAS AMALKAN KONSEP SYURA DALAM PEMILIHAN PARTI (27 NOVEMBER 1978) PADA hari ini dalam tahun 1978, Muktamar Tahunan PAS Ke-24 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur telah memutuskan satu syor supaya PAS mengamalkan konsep syura yang lebih kolektif dalam pemilihan parti. Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung antara 25-27 November 1978 ini adalah yang pertama diadakan selepas PAS mengalami krisis politik sehingga dipecat dari BN, yang antara lain kerana faktor kepemimpinan yang dilihat mulai mengamalkan politik perpuakan selepas PAS menyertai Kerajaan Campuran pada 1 Januari 1973. Muktamar Tahunan PAS Ke-24 ini telah memberikan perhatian terhadap isu-isu dalaman parti termasuk kegagalan PAS menyediakan rancangan jangka panjang, strategi politik yang berkesan dan tidak mempunyai garis pergerakan politik yang jelas. Politik dalaman PAS telah bergolak sejak 1974 selepas Pilihan Raya Umum Keempat di mana berlaku campur tangan dalam Umno perlantikan Menteri Besar Kelantan. Isu Menteri Besar Kelantan ini berpanjang sehingga Dato' Mohamad Nasir dipecat dari PAS pada 10 Oktober 1977 dan diikuti oleh usul undi tidak percaya terhadap beliau di DUN Kelantan pada 15 Oktober 1977. Pada 13 Disember 1977, PAS telah dipecat dari BN. Atas sokongan Umno, Dato' Mohamad Nasir telah menubuhkan parti Berjasa untuk menyaingi PAS dalam Pilihan Raya Negeri Kelantan pada 11 Mac 1978 di mana PAS telah kehilangan kerajaan negeri. Isu yang besar berlaku ketika ini ialah masalah politik perpuakan yang membentuk persepsi hasil manipulasi media, yang kemudiannya turut melibatkan isu kronisme dan nepotisme. Yang Dipertua Agung PAS, Dato' Mohd Asri Haji Muda menerima kritikan paling keras kerana kedudukan beliau sebagai pemimpin utama PAS, di mana sebahagian pemimpin utama PAS dikatakan 'kroni' beliau. Antaranya Wan Ismail Ibrahim, Haji Zahari Awang, Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim, Wan Manan, Haji Hassan Mohamad dan lain-lain. Manakala tokoh yang dikaitkan dengan keluarga Dato' Mohd Asri Haji Muda termasuklah Ustaz Salahuddin Abdullah (Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan), Ustazah Datin Sakinah Junid (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Ustaz Dato' Ishak Lotfi Omar (Pesuruhjaya PAS Kelantan) dan Ustaz Mohamad Junid (Exco Kerajaan Perak). Manipulasi media yang dilakukan oleh musuh-musuh politik beliau, dengan mendakwa PAS sebagai "Parti Asri Sekeluarga." Apabila Dato' Mohd Asri Haji Muda berkrisis dengan Ustaz Abu Bakar Hamzah, Dato' Mohamad Nasir, Cikgu Mustafa Ali, Ustaz Amaluddin Darus dan lain-lain, isu 'demokrasi terpimpin' dan 'pemimpin buat al-Quran' telah dijadikan senjata untuk menyerang pemimpin utama PAS itu. Bertolak daripada isu-isu kepemimpinan yang dimanipulasikan oleh media ini, Muktamar Tahunan PAS Ke-24 telah meluluskan satu usul pada 27 November 1978 supaya PAS mengamalkan konsep kepemimpinan yang kolektif dan pemilihan parti yang berasaskan konsep syura, supaya isu-isu seperti ini dapat diatasi. Jawatankuasa Kerja Agung PAS kemudiannya membentuk sebuah Jawatankuasa Kecil yang diketuai oleh Naib Yang Dipertua Agung PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok untuk mengkaji semula amalan pemilihan parti dalam PAS supaya ia mengikuti amalan syura. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Kecil ini dalam laporannya merumuskan bahawa tatacara pemilihan PAS tidak bertentangan dengan Islam, di samping mengesyorkan supaya beberapa amalan tidak sihat seperti melobi dan kempen-mengempen dielakkan. Bertolak daripada itu juga, Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat pada 7 September 1979 telah memulakan amalan syura di mana sebuah Jawatankuasa Menapis Calon yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dibentuk untuk menapis calon-calon yang layak bertanding bagi kepemimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 1979-1981. Mohd Fadli Ghani Head, House of Resources Pusat Penyelidikan PAS | ||||
BNM menyokong RM atau mengumpul rizab? Posted: 27 Nov 2016 11:36 PM PST HARAKAH DAILY Tidak mungkin Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan serentak dua operasi yang bersifat "mutually exclusive" di dalam pasaran pertukaran asing? Operasi yang dimaksudkan ialah, pertama, membeli atau menyerap Ringgit Malaysia (RM) dari pasaran bertujuan menaikkan nilai pertukaran RM berbanding lain-lain mata wang. Kedua, menambahkan rizab antarabangsa dengan membeli atau menyerap mata wang asing dari pasaran. Pada satu-satu ketika, BNM memasuki pasaran sama ada untuk membeli RM (menjual mata wang asing) atau menjual RM (membeli mata wang asing), bukan kedua-duanya sekali gus. Seperti yang dilaporkan (NST Online, 18 November 2016), BNM memang ada memasuki pasaran untuk menghentikan kejatuhan nilai RM berikut kemenangan mengejut Donald Trump dalam pemilihan Presiden Amerika pada 8 Novmber lalu. Bermakna, ia membeli RM. Bagaimana pun, seorang penganalisis pasaran, Leslie Shafler, di dalam artikel bertajuk "Malaysia Central Bank Shows Higher Forex Reserves Despite Ringgit Support" (CNBC, 23 November 2016) mendakwa bahawa dalam dua minggu sejak 8 November 2016, BNM telah memasuki pasaran untuk menyokong RM dan pada masa yang sama mengumpulkan rizab mata wang asing. Menurut beliau, kalaulah BNM memasuki pasaran bertujuan menyokong RM, operasi itu sepatutnya membawa kepada pengurangan rizab pertukaran asingnya kerana di dalam operasi seperti ini, BNM menjual mata wang asing. Bila rizabnya bertambah, itu bermakna ia membeli mata wang asing dan ini, hakikatnya, tidak menyokong RM. Beliau menzahirkan kehairanan mengenai perkara ini dan menyoal: "Bagaimanakah bank pusat Malaysia boleh campur tangan dalam pasaran dengan secara serentak menyokong Ringgit sambil menambah rizab mata wang asingnya." ("How did Malaysia's central bank manage to simultaneously meddle in markets to support its currency and increase its foreign exchange reserve"). Dalam respons pada 25 November 2016 terhadap persoalan yang ditimbulkan BNM berkata: "As clearly indicated in the statement released on 22 November 2016, the international reserves position of Bank Negara Malaysia as at 15 November 2016 reflects transactions that transpired throughout the first half of the month." Respons ini mengelak dari menjawab soalan. Kalau tujuan BNM memasuki di pasaran untuk menyokong RM, tentulah rizabnya dibelanjakan tetapi dalam tempoh tersebut rizab BNM bertambah, bermakna, ia telah membeli mata wang asing. Pada 22 November BNM mengumumkan bahawa setakat 15 November 2016, rizab antarabangsa berjumlah USD98.3 bilion (RM407.8 bilion) berbanding USD97.8 bilion (RM405.5 bilion) pada 30 Oktober 2016, menunjukkan kenaikan sebanyak USD500 juta atau 0.5%. Dalam tempoh 9-25 November 2016 nilai RM terus menurun. Kalau anda membeli satu dolar Amerika di kaunter Maybank pada 8 November anda membayar RM4.287 tetapi pada 25 November, harganya naik ke RM4.53, bermakna nilai RM telah jatuh sebanyak RM0.243 atau 5.7%. Oleh itu, jelas, apa yang dilaksanakan BNM adalah menjurus kepada operasi membina rizab, bukan menyokong RM. Ini menimbulkan persoalan - betulkah BNM memasuki pasaran untuk menyokong RM? Kalau betul, kenapa nilai RM terus jatuh? Ada dua jawapan. Pertama, sebenarnya, BNM memasuki pasaran untuk membeli mata wang asing (untuk menambahkan rizab), bukan menyokong atau membeli RM seperti yang didakwa. Sebab itu nilai RM terus jatuh. Kedua, mungkin peningkatan aliran keluar dana dari Malaysia berikutan kemenangan Trump (dikenali sebagai "Trump Tantrum effect") dan faktor-faktor lain seperti skandal 1MDB dan harga minyak yang kekal rendah lebih dominan, menumpulkan sepenuhnya kesan operasi menyokong RM yang dilaksanakan BNM, bermakna, operasi itu langsung tidak berkesan. Sebab itu, nilai RM terus beraliran menurun. Kepada dua jawapan ini ditambah bahawa defisit keyakinan yang teruk terhadap kepimpinan politik dan ekonomi Malaysia juga menekan RM menyebabkan langkah menyokong RM oleh BNM menjadi tumpul, tidak berbekas langsung. Apapun, yang jelas ialah BNM kini berdepan dengan dua pilihan sukar. Pertama, apakah ia harus membelanjakan rizab pertukaran asing yang berbaki untuk menyokong RM dengan harapan aliran menurun RM dapat dihentikan atau ditukar kepada menaik? Jika jalan ini dipilih, maka BNM harus akur melihat rizabnya mengecil. Atau, pilihan kedua, iaitu, BNM berbelanja membeli mata wang asing supaya rizabnya bertambah. Jika jalan ini dipilih, maka BNM terpaksa memerhatikan sahaja kuasa permintaan dan penawaran menentukan aras nilai RM. Di antara dua pilihan ini, kebarangkaliannya adalah tinggi bahawa sekurang-kurangnya dalam jangka terdekat ini, BNM berkecenderungan memilih jalan membina rizab pertukaran asing dan membiarkan sahaja RM mencari arasnya sendiri. Kenapa? Dalam penilaian Kumpulan Dana Antarabangsa (IMF) seperti yang terkandung di dalam laporan "IMF Article IV Consultation – Malaysia 2016," ada disebut mengenai nilai pertukaran RM seperti berikut: "Facing sizeable capital outflows and a sharp fall in oil and commodity prices, the exchange rate depreciated substantially and BNM deployed reserves and there were only modest effects on domestic interest rates. Going forward, exchange rate flexibility should be the first line of defense to global financial volatility and external shocks. Reserves should be gradually rebuilt." Kenyataan ini membawa dua nasihat penting untuk BNM. Pertama, supaya mengekalkan regim kadar pertukaran terapung yang diamalkan sekarang kerana ianya adalah perisai ampuh untuk mempertahankan ekonomi Malaysia dari ketidaktentuan kewangan global dan kejutan luaran. Dalam ketiadaan tanda-tanda jelas bahawa Malaysia mahu kembali ke regim kawalan modal dan pertukaran asing dikekang, timbul persepsi bahawa BNM akan terus membiarkan nilai RM ditentukan oleh kuasa pasaran. Regim kadar pertukaran terapong sekarang akan kekal. Kedua, supaya membina semula rizab antarabangsanya. Diperhatikan bahawa dalam tempoh sejak penghujung tahun 2015 hinggalah sekarang rizab BNM terus bertambah. Pada 31 Disember 2015, rizab BNM berjumlah USD95.3 bilion. Ini telah meningkat kepada USD97.0 bilion pada 31 Mac 2016 dan USD97.5 bilion pada 30 September 2016. Yang terkini, rizab BNM telah meningkat kepada RM97.8 bilion (15 November 2016). Ini menunjukkan operasi membina semula rizab diutamakan selaras dengan nasihat IMF. BNM memang ada menjalankan operasi menyokong RM dari masa ke semasa tetapi dalam dua tahun kebelakangan ini keberkesanannya menjadi tanda tanya. Nilai RM terus menurun menunjukkan bahawa sokongan pembelian RM ditumpulkan oleh faktor-faktor lain yang lebih dominan. Dalam tempoh dua bulan (Oktober – November 2016) terakhir ini, nilai RM jatuh dengan ketara. Pada 3 Oktober 2016, dolar Amerika boleh dibeli di kaunter Maybank pada kadar USD1.00 = RM4.211 tetapi pada 25 November 2016 kadarnya ialah USD1.00 = RM4.570, jatuh sebanyak RM0.359 atau 8.5%. Rizab dibelanjakan tetapi nilai RM gagal dipertahankan. Dalam keadaan ini untuk BNM terus mengorbankan rizabnya adalah kaunterproduktif. Pergerakan RM sudah terlepas dari kawalan. Ini diakui sendiri oleh MO1 semasa persidangan APEC di Lima, Peru baru-baru ini. Juga, nilai RM diurusniagakan di bawah kadar yang konsisten dengan fundamental ekonomi semasa. Ini diakui BNM. Tambahan pula, keutamaan BNM ialah membina rizab antarabangsanya. Ini nasihat IMF. Dalam keadaan ini, wujud keperluan mendesak untuk BNM mumulihkan RM dan dalam masa yang sama membina semula rizab. Untuk mencapai ini pilihan yang logikal walaupun getir ialah kembali semula ke regim kawalan modal dan kadar pertukaran terkekang. Juga, dalam skala yang lebih meluas, defisit keyakinan perlu ditangani segera. - HARAKAHDAILY | ||||
Tanah runtuh: Selangor tawar PPR percuma Posted: 27 Nov 2016 11:36 PM PST KERAJAAN Negeri Selangor menawarkan penempatan sementara untuk mangsa-mangsa tanah runtuh Serendah di PPR Serendah secara percuma. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri memerlukan sedikit masa untuk memastikan unit-unit PPR itu sesuai didiami. Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) akan menguruskan penempatan tersebut. PPR tersebut adalah di bawah pengurusan PHSSB. DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar | ||||
Luluskan segera akta basmi politik wang, budaya rasuah Posted: 27 Nov 2016 11:32 PM PST KUALA LUMPUR: Gagasan Sejahtera mendesak supaya penggubalan dan kelulusan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik disegerakan pada sesi parlimen akan datang, Mac 2017. Pengerusi Gagasan Sejahtera Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, melihat usaha yang dirintis kerajaan Malaysia merupakan satu langkah penyelesaian akar umbi untuk membasmi amalan politik wang dan budaya rasuah yang menjadi barah pada hari ini. Sebelum ini, Gagasan Sejahtera menyokong usaha ini yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan pada 30 September lalu. Gagasan sebenarnya telah membentuk sebuah Jawatankuasa Bertindak Mengenai Amalan Politik Wang dan Budaya Rasuah pada Julai 2016, dua bulan sebelum draf Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik diumumkan oleh Paul Low baru-baru ini. Jawatankuasa bertindak itu telah menyediakan sebuah memorandum mengenai kawalan urus selia dan politik serta amalan politik wang. Di dalam memorandum tesebut, Gagasan telah mencadangkan beberapa langkah penting urus selia dana politik dan membasmi politik wang termasuklah menggubal satu akta yang berkaitan . Bagaimanapun memorandum itu akan meliputi beberapa langkah yang proaktif iaitu membenarkan sesebuah parti politik menubuhkan syarikat bagi membiayai kegiatan politik mereka secara telus dan menyarankan kerajaan memberi geran tahunan kepada parti-parti politik dalam melaksanakan kegiatan mereka bersama masyarakat. Memorandum Gagasan turut mencadangkan beberapa aspek penting yang tidak begitu disentuh oleh deraf cadangan Paul Low seperti penglibatan industri haram dalam membiayai ahli dan parti politik serta beberapa perkara penting yang lain. Namun, menurut Timbalan Presiden PAS itu, pihaknya tidak dapat menerima beberapa perkara yang telah diusulkan dalam draf cadangan yang diisytiharkan oleh Paul Low. "Ada beberapa cadangan jika diterima maka bukan sahaja pengawalan urus selia dana politik tidak akan berjaya malah akan memburukan lagi rasuah yang sudah menular di dalam sistem kerajaan hari ini. "Antara yang dibantah, cadangan buang terus segala had terhadap perbelanjaan politik khsusnya pada waktu musim pilihan raya dan cadangan tidak dikenakan had untuk sebarang sumbangan politik atau penerimaan dalam kalangan pihak-pihak berkenaan," katanya di dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini. Tegasnya, cadangan ini bukan sahaja akan menggagalkan tujuan murni dalam draf cadangan bagi menggubal akta tersebut sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Justeru jelas Tuan Ibrahim, pihaknya akan berusaha bertemu dengan Paul Low, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Hasil Dalam Negeri dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan bagi mengemukukan memorandum tersebut. "Kita berharap di dalam pertemuan itu Gagasan akan turut dilibatkan secara lebih aktif dalam usaha membasmi politik wang terutama yang berkaitan dengan cadangan yang dikemukakan Gagasan," ujarnya. Turut bersama di dalam sidang media itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohamad Zuhdi Marzuki, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, Naib Presiden Ikatan Tunku Muinudin Putra Ahli Dewan Tertinggi Ikatan Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman dan Nik Marhalim Datuk Mohd Bakri. – HARAKAHDAILY | ||||
Apa langkah kerajaan tangani kejatuhan ringgit? Posted: 27 Nov 2016 11:29 PM PST PADA 12 April 2016, ketika nilai Ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata: "Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar." (http://www.barisannasional.org.my/news/ringgit-mata-wang-terbaik-di-asia-pm-najib) Melihat nilai Ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda - apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu? Kini, para penganalisis ekonomi menjangkakan nilai Ringgit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5. Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu. Ketika nilai Ringgit meningkat di awal tahun ini, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai Ringgit. Apa pula reaksi Najib sebagai Menteri Kewangan terhadap nilai Ringgit hari ini? Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini? Jika peningkatan nilai Ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai Ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan? Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan segala penarikan balik subsidi? PAS juga mengikuti rapat langkah-langkah yang diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai Ringgit dengan gesaan menghentikan dagangan ringgit di luar pesisir terutamanya perdagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF). Rizab BNM berada pada AS$140 bilion pada suku pertama 2013 sebelum turun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai. Pada 14 Ogos 2015, rizab antarabangsa BNM jatuh di bawah AS$100 bilion kepada AS$94.5 bilion kerana aktiviti menyokong nilai Ringgit di pasaran dengan membeli unit tempatan itu. Setakat 15 Nov 2016, rizab antarabangsa BNM masih di bawah AS$100 bilion iaitu pada AS$98.3 bilion. Melihat pada data-data ini, PAS khuatir sekiranya langkah-langkah yang diambil BNM ini tidak berkesan, apakah rizab antarabangsa yang ada hari ini dapat menampung nilai Ringgit sekiranya ia terus menyusut seperti yang dijangkakan para penganalisa ekonomi? BNM dan kerajaan perlu jujur dalam mencari sebab mengapa nilai ringgit paling terjejas di rantau Asia. Jangan pendamkan sebab sebenar hanya kerana menjaga maruah seseorang sementara rakyat terus dimiskinkan melalui susutan nilai Ringgit. * TUAN IBRAHIM TUAN MAN, Timbalan Presiden PAS |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan