Selasa, 22 November 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


‘Yang kotor itu Jamal. Bau busuk dari jauh’

Posted: 22 Nov 2016 07:19 AM PST

Geraldine Tong




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sepatutnya membersihkan dirinya 15 kali sehari kerana keadaannya yang "kotor".
"BERSIH dah cukup bersih.

"Yang kotor itu Jamal. Dia patut mandi sehari 15 kali. Bau busuk dari jauh," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai pembebasan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu yang hari ini dilepaskan daripada tahanan reman polis dan berikrar akan melancarkan kempen baru "Bersih7" untuk "menyelamatkan Selangor".

Jamal pada sidang akhbarnya mendakwa bahawa tidak mandi selama empat hari ketika berada dalam tahanan.

Mahathir juga mengulas beberapa kenyataan menteri Umno yang mendakwa bahawa penglibatan Mahathir dalam perhimpunan BERSIH5 Sabtu lalu adalah punca mengapa peratusan keluar jauh lebih rendah berbanding dengan BERSIH4.

"Kerana kemampuan menteri-menteri kita sekarang untuk mengira sehingga 1000 adalah terhad, jadi apabila angka melebihi 1,000 mereka tidak dapat mengira," katanya.

Mendakwa terdapat 100,000 peserta yang hadir pada perhimpunan BERSIH5, beliau berkata menteri-menteri itu boleh melihat gambar dan membesarkannya lalu mengira.

Malaysiakini menganggarkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 40,000 orang pada perhimpunan itu pada kemuncaknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kehadiran Mahathir adalah sebab utama kejatugan para peserta sehingga hampir 97 peratus.

Menteri Belia dan Sukan Khairul Jamaluddin Abu Bakar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Mahathir kerana berjaya merampas perhimpunan tersebut.

DEMO BERSIH 7 DI 700 LOKASI, JAMAL BAKAL CATAT REKOD DUNIA...

Posted: 22 Nov 2016 07:08 AM PST

shahbudindotcom


Selepas bebas dari tahanan polis selama empat hari dan mengaku tidak mandi dalam  tempoh itu, Jamal Mohd Yunus yang merupakan Ketua Kumpulan Baju Merah lantas mengumumkan kempen baru Bersih 7 yang akan dimulakannya esok.

Tidak seperti gerakan mereka sebelum ini yang hanya bertujuan mengganggu demonstrasi aman baju kuning  anjuran Bersih 2.0, sebaliknya kali ini ia bertujuan untuk membantu UMNO dan BN menawan kembali Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan.
 
 
 
 
Katanya, rakyat Selangor perlu diselamatkan daripada kerajaan negeri sekarang yang mendustai rakyat berikutan banyak janji dalam manifesto PRU 13 dan PRU 13 yang belum ditunaikan lagi.

Jamal turut mengumumkan, demonstrasi Bersih 7 akan dimulakan di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pada jam 3.00 petang esok dan kemudian akan diadakan di 700 lokasi di seluruh negeri itu.

Perghhh...700 lokasi untuk berdemo? Biar betul? 

Oleh kerana Selangor mempunyai 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri, pastinya 700 lokasi untuk demonstrasi Bersih 7 itu akan merebak hingga ke bandar-bandar kecil dan juga ceruk-ceruk kampung di seluruh negeri itu.

Sudah tentu juga ini adalah demonstrasi paling besar jumlahnya dan suatu kejayaan gemilang bagi sesebuah NGO  seperti Baju Merah dan tidak diragui lagi merupakan satu rekod dunia serta layak disenaraikan dalam "Rekod Dunia Guinness".

Dengan kejayaan menganjurkan 700 demonstrasi itu, Jamal secara automatik layak diisytiharkan sebagai satu lagi keajaiban baru di dunia ini.

Tidak ada mana-mana NGO di dunia ini, dulu, kini dan selamanya - pernah mengadakan demonsrasi sehingga di 700 lokasi banyaknya. Hanya Baju Merah mampu melakukannya.

Juga, dulu, kini dan selamanya - tidak ada mana-mana manusia mampu menggerakkan demonstrasi sebanyak 700 lokasi  melainkan hanya Jamal.

Kata orang Indonesia, hebat bener Jamal ini....

Itu baru ilham yang diperolehinya kerana tidak mandi selama empat hari. Bayangkan jika beliau tidak mandi selama seminggu atau lebih daripada itu. 

Jawatan menteri  apa agaknya sesuai untuk Jamal?


PAS berkecuali di DUN Perak pula, hanya Pakatan Harapan bersungguh lawan BN

Posted: 22 Nov 2016 06:57 AM PST

img-20161122-wa0002

Roketkini.com


IPOH,: Sudah terang lagi bersuluh – PAS hanya berminat untuk menjadi 'penasihat' kepada UMNO berbanding bersama-sama blok pembangkang untuk merubah pentadbiran negara yang sejak sekian lama dikuasai Barisan Nasional (BN).

Pakatan Harapan Perak menyuarakan perkara itu dalam satu kenyataan bersama pemimpin ketiga-tiga parti komponen, DAP, PKR dan Amanah susulan tindakan tiga Adun PAS yang memilih untuk berkecuali semasa proses undi belah bahagi belanjawan negeri hari ini.

"Perkara yang sama berlaku di Parlimen. Setelah berdebat sepanjang sembilan hari, PAS juga memilih tidak mengundi semasa proses pengundian dikira untuk Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak. 

"Malahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal hadir di dewan rakyat bila proses undi belah bahagian yang begitu penting diadakan," kata kenyataan itu.

Sikap cenderung PAS terhadap UMNO juga dapat dilihat dengan kegagalan parti Islam itu menyertai BERSIH 5 pada Sabtu lepas walaupun ia pernah menyertai perhimpunan aman itu dalam siri pertama hingga ketiga.

Justeru, pemimpin Pakatan Harapan menyeru agar ahli PAS untuk melihat dan menilai sendiri "perubahan sikap dan pendirian pemimpin parti itu sekarang" yang dilihat seolah-olah memihak kepada parti pemerintah.

"Tingkahlaku parti PAS di DUN Perak dan Parlimen memberi mesej yang cukup jelas bahawa mereka tidak lagi bersama blok pembangkang yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

"Demi rakyat, Pakatan Harapan akan terus berjuang melawan kemungkaran dan kezaliman BN. Terpulang kepada rakyat menilai PAS. Kami percaya hanya Harapan bersama PPBM mampu untuk menggantikan BN dalam misi kita untuk menyelamatkan negara," ujar kenyataan itu.

Kenyataan bersama Pakatan Harapan itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Senator Dr Mohd Manuty dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Alwi. – Roketkini.com


Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan

Posted: 22 Nov 2016 06:53 AM PST

ASTRO AWANI


Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
Maria turut memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta-merta dan tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasannya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
 
 
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), hari ini memfailkan permohonan habeas corpus supaya beliau dibebaskan serta-merta.

Permohonan habeas corpus itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam mewakilinya Datuk S. Ambiga menerusi Tetuan Daim & Gamany.

Maria, 60, selaku pemohon menamakan Ketua Unit Siasatan Jabatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Superintenden Tham Lai Kuan, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

BACA: Ahli Parlimen pembangkang desak pembebasan Maria Chin

BACA: Bersih 5 tetap berlangsung tanpa kehadiran Maria

BACA:  Polis serbu pejabat Bersih sehari sebelum Bersih 5

Beliau memohon perintah agar dirinya dibawa ke mahkamah sepanjang perbicaraan permohonan itu dan supaya beliau dibebaskan serta-merta dan tidak ditangkap atau ditahan semula selepas pembebasannya.

Maria juga memohon perintah agar tidak dikenakan sebarang sekatan di bawah SOSMA atau perintah lain.

Anak sulung Maria, Azumin Mohamad Yunus, 23, dalam afidavit sokongannya, berkata penahanan ibunya di bawah SOSMA adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide atas alasan responden tidak menyatakan sebab pemohon ditahan di bawah akta berkenaan.

Azumin berkata ibunya ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 Nov, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas.
Beliau yang hadir di mahkamah berkata ibunya tidak mengetahui lokasi sebenar tempat tahanannya kerana matanya ditutup setiap kali dibawa keluar dari tempat tahanan itu.

Katanya beliau ada melawat ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Ahad lepas.

Maria masih ditahan sehingga hari ini berhubung penganjuran perhimpunan Bersih 5 di sini pada Sabtu lalu. -- Bernama
 
 

Rizab antarabangsa BNM RM407.8b pada 15 November

Posted: 22 Nov 2016 06:48 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM407.8 bilion (bersamaan AS$98.3 bilion) pada 15 November 2016 berbanding RM405.5 bilion (bersamaan AS$97.8 bilion) pada 31 Oktober 2016.
 
Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab mencukupi untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$90.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.9 bilion).
 
Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM407.839 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM1.765 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.2 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.845 bilion), tanah dan bangunan (RM2.114 bilion) dan aset lain (RM6.121 bilion).
 
Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM123 bilion), mata wang dalam edaran (RM91.348 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM177.277 bilion), deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM8.47 bilion), deposit lain (RM804.769 juta), kertas Bank Negara (RM6.631 bilion), peruntukan SDR (RM7.759 bilion) dan liabiliti lain (RM11.522 bilion).
 
 

Cadangan mansuh UPSR akan diputuskan tahun depan

Posted: 22 Nov 2016 06:43 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Cadangan sama ada untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau tidak, hanya akan dimuktamadkan pada tahun hadapan.
 
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, buat masa ini cadangan tersebut masih dibincangkan di peringkat kementerian.
 
"Kami masih membuat analisis berasaskan pandangan yang dikemukakan pihak-pihak berkepentingan termasuk ahli akademik dan pengurusan sekolah di luar negara.
 
"Kita masih mengkaji perkara ini kerana penilaian institusi pendidikan di negara membangun lebih bersandarkan pentaksiran berasaskan sekolah," katanya di Lobi Parlimen di sini hari ini.
 
 

Mahfuz sedia terima hukuman parti kerana hadiri BERSIH 5

Posted: 22 Nov 2016 06:42 AM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersedia dengan apa juga tindakan yang bakal dikenakan oleh PAS berikutan kehadirannya di perhimpunan BERSIH 5 Sabtu lalu.
 
Tambahnya, beliau bersedia menerima tindakan daripada Jawatankuasa Disiplin parti kerana kehadirannya pada himpunan tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.
 
"Apa saya lalukan hanya untuk rakyat Malaysia. Saya tak fikir himpunan BERSIH gugat orang ramai.
 
"Demi rakyat dan untuk rakyat, saya bersedia segala-galanya. Saya bersedia masuk lokap, ISA, dan penjara.
 
"Tapi saya masih tidak tahu apa yang bakal dikenakan (oleh parti) terhadap saya dan rakan-rakan," katanya di lobi parlimen hari ini.
 
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parti itu yang menyertai perhimpunan BERSIH 5.
 
Menurut Hadi, pelaku tersebut akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin jika terdapat aduan dan terbukti melakukannya.
 
Selain Mahfuz, antara yang hadir pada perhimpunan Sabtu lalu, termasuk bekas ketua pengarang organ rasmi PAS Harakah Ahmad Lutfi Othman dan artis Abby Abadi.
 
Sebelum ini, anggota Majlis Syura PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun tidak menyokong secara rasmi BERSIH 5, parti itu tidak menghalang anggotanya menyertai himpunan berkenaan.
 
 

ADUN Umno bertindak keluar DUN Pulau Pinang

Posted: 22 Nov 2016 06:36 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
  
 
GEORGE TOWN: Beberapa ADUN Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan keluar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini selepas Speaker Datuk Law Choo Kiang mengusir Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal).
 
Law mengarahkan Roslan untuk meninggalkan Dewan tersebut apabila beliau enggan duduk selepas tercetus perang mulut antaranya dengan dan beberapa ADUN Pakatan Harapan.
 
Ia berlaku semasa pembentangan resolusi mengutuk penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
 
Maria ditahan sehari sebelum berlangsungnya himpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu dan kini ditahan untuk tempoh selama 28 hari.
 
 
Memetik laporan Malaysiakini, pertelagahan itu tercetus apabila Roslan memberitahu Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya), yang ketika itu sedang berbahas agar tidak lupa bahawa bapanya adalah ahli Umno.
 
Afif yang terkilan dengan kata-kata Roslan menuntut beliau menarik balik kenyataannya itu dan memberitahu agar 'tidak mengheret bapa saya' ke dalam perkara ini.
 
Bahang pertelagahan semakin memuncak dengan para ADUN dari kedua-dua pihak saling menuding jari antara satu sama lain selepas RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dan Soon Lip Chee (DAP-Jawi) berdiri menyokong Afif dan menuntut Roslan menarik balik kenyataannya.
 
Roslan enggan berbuat demikian, sebaliknya, sentiasa mengingatkan Afif agar tidak melupakan asal-usulnya.
 
Pada ketika itu, Law meminta semua ADUN agar berhenti menjerit dan kembali duduk di tempat masing-masing. Namun, perang mulut antara keduanya tetap berterusan.
 
 

39GwAQ7PeH7fJTFa4DXguurfn7GULq2pTs

Posted: 22 Nov 2016 06:31 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Wakil rakyat mewakili kerajaan negeri terus mempertikaikan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) Pulau Pinang bagi pelaksanaan projek terowong dasar laut.
 
Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) berkata, wujud jawapan bercanggah pada halaman berbeza mengenai perkara tertentu yang dinyatakan dalam laporan PAC negeri.
 
Sehubungan itu, katanya, pakar yang menyediakan laporan itu diminta memperincikan status bayaran RM305 juta yang digunakan kerajaan negeri ketika menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan (EIA) projek itu.
 
"Bagaimana status bayaran kajian itu, sama ada dalam bentuk pampasan tanah, konsensus atau wang tunai berjumlah jutaan ringgit yang digunakan bagi tujuan EIA, sekiranya Kerajaan Pusat menolak projek terowong ini? "Adakah semua bayaran ini akan dikembalikan kepada kerajaan negeri" katanya ketika membahaskan Bajet Pulau Pinang 2017 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.
 
Tee Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) turut membangkitkan isu pampasan tanah oleh kerajaan negeri bagi membiayai EIA projek berkenaan.
 
Selain itu, Yee Cheu turut mempersoalkan  status projek pembangunan di tanah diberi sebagai pampasan bagi EIA projek terowong itu di Tanjung Pinang, di sini. "Bagaimana dengan pembangunan di atas tanah itu sekiranya projek terowong laut tidak diluluskan Kerajaan Pusat," katanya.
 
 

RUU Hadi dibentang bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini

Posted: 22 Nov 2016 06:31 AM PST

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rang undang-undang persendirian (RUU) bagi memperkasakan mahkamah Syariah yang diusul oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dibentangkan bagi bacaan kedua di Dewan Rakyat minggu ini.
 
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di bangunan sementara parlimen hari ini selepas mempengerusikan taklimat khas RUU berkenaan yang juga dikenali sebagai Akta 355 bagi ahli-ahli parlimen beragama Islam.
 
"Usul persendirian yang akan dibuat kali kedua Marang bagi menjelaskan meminda kepada apa diusulkan pada bacaan bill persendirian sebelum ini.
 
"Akan dibentangkan minggu ini," katanya kepada pemberita.
 
Zahid berkata, beliau sendiri akan membawa cadangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri sebelum dibawa masuk ke Parlimen minggu ini.
 
Menurut Zahid lagi, taklimat yang berlangsung selama lebih sejam petang ini menghurai segala pertembungan pendapat berhubung RUU 355 tersebut di kalangan Ahli-ahli Parlimen beragama Islam.
 
"Dan saya akan bawa cadangan ini kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan di mesyuarat jemaah menteri bagi mendapat persertujuan kabinet supaya perkara ini dapat diterima pakai kerana cadangan-cadangan yang disebut Ahli Parlimen pelbagai parti adalah pertama kali, satu permulaan baik dan kita hormati sensitiviti agama lain. 
 
"Dan tidak tujuan kerajaan bermaksud demikian dan tidak tujuan marang mempolimik keadaan atau mengekuruhkan suasana pelbagaian agama di negara.
 
RUU bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Hukuman Jenayah) 1965 dibentang oleh Hadi pada 26 Mei lalu.
 
RUU yang juga dikenali sebagai 'undang-undang hudud' bertujuan bagi memperkasa mahkamah Syariah dari segi penguatkuasaan hukuman, kecuali hukuman mati, yang terdapat dalam undang-undang Syariah bagi kesalahan agama yang disenaraikan di bawah bidang kuasa negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan.
 
Hukuman dibenarkan bagi mahkamah Syariah sekarang terhadap kepada hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, rotan tidak lebih enam sebatan, atau denda tidak lebih RM5,000.
 
Terdapat 136 ahli Parlimen Islam di Dewan Rakyat.
 
 

Malaysia Tidak Lagi Anjur F1 Pada 2018 - Nazri

Posted: 22 Nov 2016 06:28 AM PST

MSTAR ONLINE


 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) selepas kontraknya berakhir pada 2018.

Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini kerana kos penganjuran perlumbaan F1 semakin mahal dan tidak lagi menarik.

"Di seluruh dunia, malah di Singapura, kehadiran (F1) mencatatkan penurunan.

"Saya tidak fikir di mana-mana sahaja di dunia, jumlah penonton F1 meningkat.

"Jadi saya fikir untuk kepentingan jangka masa panjang, ia perkara yang betul untuk dilakukan," kata Nazri kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata Malaysia membelanjakan RM300 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan tersebut tetapi pulangannya tidak memuaskan.

Tambahnya, Malaysia tidak melahirkan pemandu F1 yang mencukupi sepanjang tempoh penganjurannya.
Namun, Nazri berkata perlumbaan Grand Prix MotoGP menunjukkan peningkatan yang ketara.

Projek Ternakan Ikan, Felda Rugi RM45 Juta

Posted: 22 Nov 2016 06:26 AM PST

Oleh: RASHVINJEET S. BEDI
 
 
 
 
PETALING JAYA:  Laporan Ketua Audit Negara 2015 (Siri 2) mendedahkan Felda mengalami kerugian lebih RM45 juta dalam usahasama penternakan ikan dengan salah sebuah anak syarikatnya.

Laporan tersebut turut berkata Felda mengalami kerugian sebanyak RM28 juta membabitkan empat anak syarikat dan syarikat dibawah kumpulannya yang ditubuhkan tanpa kelulusan Menteri Kewangan.

Syarikat tersebut ditubuhkan untuk melaksanakan Projek Pertanian Sturgeon, restoran Savaro dan Projek Pastri Schneeballen.

Menurut laporan itu, Felda Caviartive Sdn Bhd (FCSB) membelanjakan RM47.61mil dalam projek ternakan ikan tetapi pulangannya termasuk dari penternakan sturgeon dan pemindahan teknologi tidak disedari susulan penggantungan projek tersebut.

FCSB menandatangani kontrak bernilai AS$45 juta (RM146.25 juta) dengan dua syarikat I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd yang melebihi had RM110 juta yang diluluskan lembaga pengarah Felda.

"Syarat perjanjian perkhidmatan pemindahan teknologi dan perjanjian kontrak reka bentuk binaan yang ditandatangani antara FCSB dan syarikat yang dilantik tidak melindungi kepentingan FCSB," kata Ketua Audit Negara.

Global Settlers Sdn Bhd (GSSB) pula membelanjakan RM8.4 juta untuk membuka lima restoran Savaro tetapi kesemuanya ditutup selepas dua atau tiga tahun beroperasi.

Sementara itu, bagi Projek Pastri Schneeballen, GSSB membuat bayaran berjumlah RM2.29 juta kepada sebuah syarikat yang tidak berkaitan.

"Bayaran itu juga dibuat tanpa dokumen sokongan yang mencukupi dan penglibatan syarikat tidak berkaitan ini tidak dinyatakan dalam kontrak," katanya.

Laporan itu turut mendedahkan Projek Pastri Schneeballen ditamatkan pada Oktober tahun lalu dan RM6.39 juta dibayar untuk kontrak dan mesin pastri.

Tiada ulasan: