Rabu, 16 November 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Adam eksport perabot ke luar negara, kata timbalannya

Posted: 16 Nov 2016 07:05 AM PST

Geraldine Tong

 


Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly pernah menghuni di sebuah flat di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dikhususkan bagi golongan berpendapatan rendah, beberapa tahun lalu.

Perkara itu didedahkan oleh timbalannya, Harris Idaham yang bagaimanapun menjelaskan Adam, 28, bukannnya berpindah dari flat PPR terus ke banglo yang beliau menetap sekarang.

"Ia bukan satu perubahan mendadak kerana dia (Adam) bukannya berpindah ke rumah sekarang terus dari flat PPR.
"Dari flat PPR, dia berpindah ke rumah yang lebih kecil dan kemudiannya baru dia dapat rumah sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PPR adalah program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menawarkan rumah pada paras harga antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia atau disewakan pada kadar RM124 sebulan.

Menurut Harris, Adam (atas, bertali leher) berkecimpung dalam dunia perniagaan dan terbabit dalam mengeskport perabot ke luar negara.

"Daripada apa yang saya faham, dia berjaya mendapat pesanan dalam jumlah yang besar daripada beberapa negara tertentu," katanya.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga mengesahkan bahawa Adam menceburi perniagaan perabot.

"Anggapnya seperti mana-mana ahli perniagaan," katanya dalam mesej WhatsApp kepada Malaysiakini.
Ketua Wanita PKR itu juga menafikan bahawa Adam adalah pegawai khasnya dan menjelaskan bahawa beliau adalah pemimpin belia yang dipilih parti itu di Ampang.

Adam mencuri tumpuan selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mempersoalkan kekayaannya.

Jamal yang juga pemimpin Baju Merah, semalam membawa wartawan menaiki helikopter untuk melihat pemandangan banglo Adam di Ampang dari udara yang didakwanya bernilai RM7 juta.

Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau membeli banglo itu pada harga RM1 juta melalui lelongan.

Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata pihaknya akan memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, untuk menyiasat kekayaan Adam.

Awal hari ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menggesa Adam mengisytiharkan hartanya bagi menamatkan kontroversi mengenai kekayaannya.

Mengulas gesaan itu, Harris menegaskan bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana agensi kerajaan yang mahu menyiasat 'kekayaan' Adam.

"Jika diminta mengisytiharkan aset, saya pasti dia akan melakukannya tanpa sebarang rasa takut," katanya.

Walau bagaimanapun, Zuraida berkata, memandangkan Adam bukan seorang penjawat awam, tidak perlu baginya untuk berbuat demikian.

Usaha Malaysiakini untuk menghubungi Adam tidak berhasiil apabila semua panggilan telefon tidak dijawab manakala mesej pula tidak berbalas.

Tiada babak sentuhan bukan muhrim dalam BoBoiBoy

Posted: 16 Nov 2016 05:35 AM PST

Nadia Azam


Pihak produksi animasi popular BoBoiBoy, Animonsta Studios Sdn Bhd memberi penekanan terhadap babak bersentuhan bukan muhrim dalam siri terbaru bagi mengelak sensitiviti.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam berkata, BoBoiBoy Galaxy tampil lebih peka agar dapat menjadi teladan kepada kanak-kanak yang menjadi penonton utama.

"Perbuatan itu dikhuatiri akan menjadi ikutan penonton cilik maka kami memastikan tiada langsung babak sebegitu dipamerkan," katanya.

Mohd Nizam ditemui pada sidang media pengumuman BoBoiBoy Galaxy di Kuala Lumpur hari ini.

Animasi Boboiboy Galaxy diterajui oleh lima karakter iaitu BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang dan Ying.
Boboiboy Galaxy dijadual tayangan pada 25 November depan di TV3.

Penggunaan bahasa

Menurutnya, selain itu Animonsta atau kini lebih dikenali sebagai Monsta turut menitikberatkan penggunaan bahasa dalam siri animasi musim terbaru itu.

Katanya, pihaknya belajar dari kesilapan terdahulu apabila terlepas pandang menggunakan perkataan "tak guna" dalam rancangan musim terdahulu.

"Saya akan memastikan pemeriksaan terhadap sesebuah naskhah sekurang-kurang dilakukan sebanyak 10 kali sebelum disiarkan.

"Walaupun perkataan 'tak guna' yang digunakan mungkin tidak memudaratkan, bagi kami perkataan itu kurang sesuai.

"Atas inisiatif mendidik, kami tidak mahu mengulangi kesilapan sama terutama apabila ada teguran dari ibu bapa," katanya.

Pada sidang itu juga, rancangan kesinambungan kepada siri program animasi 3D BoBoiBoy turut diumumkan membuat pembaharuan jenama.

"Perkataan Galaxy (digunakan) bermaksud pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawan diperluaskan hingga ke ruang angkasa lepas.

"Bentuk fizikal karakter juga diperbesarkan tiap kali mereka berlawan menentang musuh supaya dilihat bersesuaian dengan umur," katanya yang bakal memasarkan rancangan itu ke seluruh Asia.


KETAWA PANJANG BUAT NAJIB....

Posted: 16 Nov 2016 04:57 AM PST

 shahbudindotcom


Kehkehkeh....macam nak ketawa panjang rasanya kali ini...

Ketika berada di Jepun, Najib dilaporkan memberitahu media di sana bahawa beliaulah orang pertama yang mengarahkan siasatan dijalankan terhadap 1MDB.

Katanya, selain mengarahkan beberapa agensi kerajaan menjalankan penyiasatan, beliau juga secara konsisten mahu tindakan undang-undang diambil jika sebarang kesalahan dapat dibuktikan.

Kahkahkah...susah pulak nak berhenti ketawa ini, terasa luar biasa gelihatinya!

Sedapnya Najib bercakap di luar negara seolah-olah beliaulah satu-satunya manusia suci dan benar-benar mahukan kebenaran berkaitan kemelut 1MDB, sedangkan di negara sendiri, beliau seringkali melarikan diri dan tidak membenarkan ditanyakan soalan waima di Parlimen sekali pun.
 
 
 
 
Benarkah Najib orang pertama mahukan siasatan dijalankan?

Jika tiada desakan kuat daripada pihak pembangkang, media bebas dan rakyat yang saban hari bercakap dan mempersoalkan mengenai 1MDB, apakah mungkin Najib sendiri sedia membuka ruang ke arah itu?

Setelah siasatan dijalankan pula, apa hasilnya?

Kenapa begitu banyak pemecatan dan kacau ganggu berlaku semasa siasatan berkaitan 1MDB sedang berjalan?

Kenapa Najib hanya berani mengatakan tentang penyiasatan 1MDB saja, tetapi tidak hasilnya? 

Bukankah yang lebih penting ialah hasil penyiasatan itu?

Siapa yang sudah didakwa dan dibawa ke mahkamah dan siapa pula yang seolah-olah diberi perlindungan?

Kenapa di Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland sudah ternampak kemajuan dalam penyiasatan 1MDB, malah sudah ada yang didakwa, dibicara dan dihukum, tetapi di Malaysia masih belum ternampak tanda-tanda positifnya lagi?

Mengapa Peguam Negara Malaysia yang baru dilantik enggan memberi kerjasama MLA kepada pihak berkuasa Switzerland dan menolak dua kali permohonan SPRM di bawah kepimpinan lama untuk mendapatkan maklumat dan dokumen di luar negara?

Lebih dari itu, kenapa bukan saja laporan audit 1MDB itu kekal diOSAkan, bahkan yang bercakap tentang kebenaran pula yang dihukum dan dipenjarakan?

Soalnya, kenapa Najib hanya berani menceceh di luar negara, tetapi sering lari dan berselindung di ruang yang sah di negara sendiri?

Najib, Najib...rakyat makin ramai yang tertawa dengan kelakuanmu!!


Peruntukan kementerian lain dipotong, peruntukan Jabatan Perdana Menteri pula ‘melampau’

Posted: 16 Nov 2016 04:51 AM PST

chin tong

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menerima peruntukan yang 'melampau' dalam Belanjawan 2017 di saat kementerian-kementerian lain harus memotong perbelanjaan mereka.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata walaupun hanya 18 peratus (RM48 bilion) dari keseluruhan belanjawan diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, JPM mengambil sebanyak 23 peratus daripada jumlah tersebut.

"Hal ini akan mengakibatkan projek-projek menaik taraf jalan raya, hospital dan sebagainya mungkin berdepan kesukaran.

"Ia memberi gambaran bahawa JPM telah mengambil sejumlah peruntukan yang tidak wajar, yang sepatutnya diberikan kepada kementerian-kementerian lain untuk disalur manfaatnya kepada rakyat," tegasnya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Kluang itu baru-baru ini menerima jawapan bertulis dari Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung jumlah peruntukan yang diterima agensi kerajaan tersebut. Perbelanjaan pengurusan dan pembangunan masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.01 bilion.

Menteri itu kemudiannya menyatakan jumlah RM11.01 bilion yang diperuntukkan kepada perbelanjaan pembangunan akan disalurkan menerusi 31 bahagian, serta terdapat 92 unit dalam JPM.

"Menjadikan jumlah 92 unit ini sebagai hujah untuk 'menghalalkan' peruntukan besar kepada JPM, bagi saya, amat dangkal.

"Sejak awal, saya berpendapat kerajaan tidak perlu mewujudkan terlalu banyak agensi di bawah seliaan JPM. Secara tak langsung, ia menghakis peranan kementerian-kementerian sedia ada," ujar Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP.

Beliau menjelaskan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai contoh, tidak wajar berada di bawah JPM sedangkan hal pengangkutan tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

"Biarpun jumlah peruntukan untuk JPM sebanyak RM15.94 bilion bagi tahun 2017 lebih kecil berbanding RM20 bilion pada tahun 2016, ia masih perlu dibendung.

"Hakikatnya, JPM telah mengambil sejumlah 6.1 peratus daripada keseluruhan jumlah Belanjawan 2017 berbanding 3.4 peratus pada 2008," katanya. – Roketkini.com


Bekalan minyak masak paket mencukupi

Posted: 16 Nov 2016 04:36 AM PST

SINAR HARIAN
Datuk Hamzah Zainudin
Hamzah Zainudin
 
 
PUTRAJAYA - Pengeluaran 60 juta paket minyak masak bagi paket satu kilogram secara berperingkat sepanjang November dijangka cukup untuk menampung keperluan pengguna di seluruh negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, pada 10 hari pertama November sebanyak 20 juta paket minyak masak satu kilogram dikeluarkan, 20 juta paket lagi pada 10 hari kedua dan bakinya pada 10 hari terakhir.

"Isu kekurangan minyak masak di pasaran sudah mulai reda berbanding minggu pertama November. Aduan yang diterima KPDNKK (mengenai isu minyak masak) juga sudah berkurangan iaitu 400 aduan sekarang berbanding hampir 1,000 aduan pada minggu pertama," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan KPDNKK di sini, hari ini.

Bermula 1 November lepas, harga minyak masak di dalam botol dijual mengikut harga ditetapkan pengeluar manakala harga bagi satu paket satu kilogram bahan itu kekal pada RM2.50.

Jelas Hamzah, masalah kekurangan minyak masak di pasaran timbul kerana kekeliruan antara pengilang dan syarikat pembungkusan semula, pembelian panik pengguna dan tindakan kumpulan tertentu yang menyorok minyak masak.

Ditanya mengenai cadangan menjual minyak masak paket satu kilogram di dalam botol, beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan secara terperinci.

Mengulas dakwaan harga gas petroleum cecair (LPG) yang akan naik RM7 setong mulai tahun depan yang menjadi viral di media sosial, Hamzah berkata, pegawai KPDNKK membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung perkara itu, semalam.

"KPDNKK mahu polis menyiasat pihak yang memulakan viral itu di media sosial," katanya.

KPDNKK dalam kenyataan sebelum ini memberi jaminan harga LPG masih kekal pada harga sedia ada.

Laporan media sebelum ini menyebut sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan rakyat sekali lagi akan terbeban apabila harga LPG turut naik tahun depan selepas kenaikan harga minyak masak 1 November lepas. - Bernama


Bekas Pengerusi SPR sedia bertanding PRU14

Posted: 16 Nov 2016 04:22 AM PST

Abdul Rashid Rahman
Tan Sri Abdul Rashid Rahman – Foto Sinar Harian SHARIFUDDIN ABD RAHIM


KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Rahman bersedia bertanding dalam PRU14 akan datang sekiranya diberi peluang oleh parti Bersatu.

Menurutnya, ini kerana beliau telah menceburi arena politik tanah air.

"Iya. Sudah tentu," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Bersatu berkata akan memilih kerusi yang berpotensi memberi kemenangan kepadanya sekaligus kepada parti.

"Jika boleh menang di kawasan tertentu, mengapa tidak? Saya akan pilih kerusi yang boleh menang," katanya.


Jamal Yunos cabul semangat perpaduan BN, kata Wanita MCA pada 16-11-2016 06:11 Post Pic SHAH ALAM: Tindakan agresif Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap penganjur serta penyokong BERSIH 5, menjejaskan nama Barisan Nasional (BN), kata Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie. Sebagai pemimpin Umno, kata Heng, Jamal mencabuli semangat BN yang menyokong keamanan, keharmonian dan perpaduan. Ujarnya, sikap Jamal juga yang sering mencetuskan suasana tegang akhir-akhir ini tidak ubah seperti pembangkang yang memberi kesan pada BN dan imej negara. "Beliau bertindak seperti pembangkang atau kumpulan pro-pembangkang yang tidak melakukan sesuatu yang konstruktif tetapi sebaliknya mewujudkan huru-hara serta menjejaskan imej BN dan negara," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini. Heng juga menganggap insiden Jamal yang mendakwa dikasari peserta BERSIH 5 senagai lucu. "Adalah lucu melihat seseorang seperti Jamal, yang mahu 'berperang dan pertumpahan darah' sepanjang masa, akhirnya ditumbuk di hidung. "Kami hanya boleh kata, padan muka dia,” katanya. Heng juga mahu pihak berwajib mengawasi Jamal yang padanya tidak mustahil akan bertindak lebih agresif selepas ini. Jamal sebelum ini memberi amaran Gerakan Baju Merah akan turut mengadakan himpunan jika BERSIH 5 tetap meneruskan agenda mereka membanjiri ibu kota Kuala Lumpur, Sabtu ini. Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menjangkakan peserta himpunan Baju Merah mencecah 300,000 orang. Polis dalam pada itu, memberi amaran akan bertindak ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara. BERSIH 5 dijangka berkumpul di enam lokasi seperti Dataran Maybank Jalan Tun Perak; Dataran Maybank Jalan Maarof, Bangsa; Jalan Sultan; Dataran DBKL; SOGO dan KL Sentral. Sementara Gerakan Baju Merah akan berkumpul di Masjid Jamek; Masjid Negara; PWTC; SOGO; Cahaya Suria (Depan Dataran Maybank; Maybank Bangsar dan Padang Merbok.

Posted: 16 Nov 2016 04:19 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan agresif Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap penganjur serta penyokong BERSIH 5, menjejaskan nama Barisan Nasional (BN), kata Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.
 
Sebagai pemimpin Umno, kata Heng, Jamal mencabuli semangat BN yang menyokong keamanan, keharmonian dan perpaduan.
 
Ujarnya, sikap Jamal juga yang sering mencetuskan suasana tegang akhir-akhir ini tidak ubah seperti pembangkang yang memberi kesan pada BN dan imej negara.
 
"Beliau bertindak seperti pembangkang atau kumpulan pro-pembangkang yang tidak melakukan sesuatu yang konstruktif tetapi sebaliknya mewujudkan huru-hara serta menjejaskan imej BN dan negara," katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.
 
Heng juga menganggap insiden Jamal yang mendakwa dikasari peserta BERSIH 5 senagai lucu.
 
"Adalah lucu melihat seseorang seperti Jamal, yang mahu 'berperang dan pertumpahan darah' sepanjang masa, akhirnya ditumbuk di hidung.
 
"Kami hanya boleh kata, padan muka dia," katanya.
 
Heng juga mahu pihak berwajib mengawasi Jamal yang padanya tidak mustahil akan bertindak lebih agresif selepas ini. 
 
Jamal sebelum ini memberi amaran Gerakan Baju Merah akan turut mengadakan himpunan jika BERSIH 5 tetap meneruskan agenda mereka membanjiri ibu kota Kuala Lumpur, Sabtu ini.
 
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menjangkakan peserta himpunan Baju Merah mencecah 300,000 orang. 
 
Polis dalam pada itu, memberi amaran akan bertindak ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang negara.
 
BERSIH 5 dijangka berkumpul di enam lokasi seperti Dataran Maybank Jalan Tun Perak; Dataran Maybank Jalan Maarof, Bangsa; Jalan Sultan; Dataran DBKL; SOGO dan KL Sentral.
 
Sementara Gerakan Baju Merah akan berkumpul di Masjid Jamek; Masjid Negara; PWTC; SOGO; Cahaya Suria (Depan Dataran Maybank; Maybank Bangsar dan Padang Merbok. 
 
 

PKR kecam tindakan terhadap Muhyiddin

Posted: 16 Nov 2016 04:10 AM PST

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali


SHAH ALAM – PKR mengecam tindakan tekanan politik ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perbahasan beliau mengenai 1MDB di Parlimen, baru-baru ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua ahli parlimen tanpa mengira parti seharusnya bersatu menentang tindakan zalim dan langkah terdesak yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Tekanan politik yang sama dilakukan terhadap Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas perbahasan mereka di Parlimen.

"PKR tegas mengingatkan perdana menteri bahawa rakyat menolak segala bentuk salah guna kuasa dan percubaan terdesak mengekalkan kuasa kleptokrasi," katanya.

Menurut beliau, sekiranya Parlimen mahu menjadi kelas pertama di dunia, maka ahli parlimen wajar diberi kebebasan berucap dan berbahas seperti dijamin Perlembagaan.

"Muhyiddin berusaha dari dalam kerajaan untuk membanteras jenayah dalam isu 1MDB iaitu skandal kleptokrasi terbesar di dunia demi menyelamatkan negara dan menjaga kepentingan rakyat," katanya.


Suami, isteri ditahan cuba culik bayi baru lahir

Posted: 16 Nov 2016 04:07 AM PST

Suami, isteri ditahan cuba culik bayi baru lahir
Bayi yang hilang di wad kanak-kanak berjaya dijumpai semula.


TANAH MERAH - Tindakan pantas polis berjaya menahan suami isteri disyaki terbabit dalam kes penculikan bayi perempuan di Hospital Tanah Merah (HTM), semalam, kira-kira sejam selepas menerima laporan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, suspek lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Alor Hijau, Bukit Tanah, dekat Selising, Pasir Puteh kira-kira jam 11.30 malam.

"Polis terima maklumat daripada HTM pada jam 10.28 malam yang memaklumkan seorang bayi berusia empat hari hilang di Wad Kanak-Kanak hospital berkenaan.

"Hasil siasatan awal, kita dapat kesan alamat rumah ini melalui nombor MyKad suspek lelaki yang ditulis pada buku rekod keluar masuk wad kanak-kanak itu ketika bawa keluar bayi terbabit," katanya, hari ini.

Suzaimi berkata, susulan maklumat tersebut, beliau meminta bantuan Ketua Balai Polis Selising untuk ke lokasi itu dan menemui seorang lelaki bersama seorang wanita sedang mendukung bayi di hadapan sebuah rumah.

"Suspek wanita berkeras bayi itu anak dia dan mendakwa bersalin pada 8 November di HTM tetapi hasil semakan, tidak ada nama suspek dalam rekod bersalin di HTM pada tarikh tersebut.

"Pasangan terbabit kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah bersama bayi terbabit," katanya.

Tambahnya, susulan penahanan itu, polis merampas satu beg bayi dan beberapa barangan termasuk Buku Rekod Kesihatan Ibu atas nama suspek wanita, Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak atas nama ibu bayi terbabit serta pakaian bayi.

"Siasatan awal mendapati, suspek wanita ini pernah bersalin pada Jun lalu tetapi bayinya gagal diselamatkan (keguguran), namun kita tidak tahu dan masih menyiasat motif sebenar.

"Kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik," katanya.


Mahathir gesa rakyat sertai himpunan BERSIH5

Posted: 16 Nov 2016 03:58 AM PST

DETIK DAILY
 



Sambil menyarung kemeja-T BERSIH5, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad muncul dalam apa yang percayai sebagai video promosi kempen perhimpunan BERSIH pada Sabtu ini.


Dalam mesej video sepanjang 1 minit 37 saat itu, Mahathir menggesa rakyat supaya turun ke jalanan beramai-ramai.

"Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan negeri.

"Sebab itu kita mesti menunjukkan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan dalam demonstrasi BERSIH di Dataran Merdeka dan juga tempat-tempat lain," kata Mahathir.

"Saya harap semua rakyat Malaysia akan menyertai demonstrasi BERSIH ini kerana mereka bertujuan untuk mecari jalan memulihkan semula negara kita ini dengan menukar kerajaan supaya dapat kerajaan yang tidak dipimpin oleh seseorang yang telah melesapkan wang begitu banyak, yang telah dituduh oleh seluruh dunia.

"Inilah harapan saya dan saya harap rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh dan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan BERSIH," katanya dalam video yang dikongsi oleh ADUN Teja Chang Lih Kang di Facebook beliau.

Mahathir membuat penampilan ringkas semasa perhimpunan BERSIH4 pada Ogos tahun lalu. Ketika itu beliau masih bersama Umno tetapi sudah dilabelkan sebagai pengkritik paling lantang berhubung skandal 1MDB dan kepemimpinan Najib.

Himpunan ketika itu diadakan bagi mendesak Najib disingkirkan atas dakwaan terpalit dengan 1MDB.-mkini

Putrajaya tarik balik pemotongan RM380 juta peruntukan perubatan

Posted: 16 Nov 2016 03:52 AM PST

DETIK DAILY
 



KUALA LUMPUR: Pemotongan peruntukan RM380 juta untuk perolehan perubatan bagi 2016 ditarik balik bagi memastikan bekalan perubatan di hospital kerajaan sentiasa mencukupi.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata arahan penarikan balik pemotongan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas pihaknya membuat rayuan.
"Penarikan ini sekali gus tidak menimbulkan persoalan kekurangan bekalan perubatan selain usaha kementerian mengoptimumkan penggunaan ubat-ubatan bagi mengelakkan pembaziran," katanya menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Baihaki ingin tahu mengenai langkah kementerian itu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan.

Dr Hilmi berkata pihaknya mengeluarkan garis panduan bagi mengelak pembaziran ubat dengan memperketat pengeluaran dan mengehadkan pemberian ubat berdasarkan keperluan pesakit.-BERNAMA

Zuraida pertahan ketua Pemuda PKR, tak perlu isytihar harta

Posted: 15 Nov 2016 06:02 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin PKR dilihat bercanggah pendapat apabila diminta untuk memberi reaksi terhadap kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly.
 
Ada pimpinan PKR bersetuju supaya Adam mengisytihar semua hartanya sebagaimana saranan Naib Presiden, Rafizi Ramli tetapi ada juga pemimpin yang tidak setuju.
 
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata gesaan Rafizi itu tidak logik.
 
"Jawatan Adam hanya sebagai Ketua Pemuda PKR Ampang yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.
 
"Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?" katanya kepada FMT.
 
Nada yang sama juga disuarakan Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin.
 
Beliau tidak melihat wujudnya keperluan bagi Adam berbuat demikian kerana bukan penjawat awam.
 
Bagaimanapun, Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata bersedia memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menyiasat Adam.
 
"Adam pun sudah menyatakan pendiriannya. Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau nak periksa dengan saya pun tak apa," katanya.
 
Semalam, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar membawa beberapa wartawan menaiki helikopter untuk menunjukkan banglo mewah milik Adam di Ampang.
 
Jamal mendakwa pemuda berusia 28 tahun itu turut memiliki pelbagai kereta mewah, walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.
 
Adam bagaimanapun berkata, memiliki harta kekayaan dan gelaran "Datuk" pada usia muda bukanlah sesuatu yang aneh dan mencabar Jamal membuat laporan kepada SPRM.
 
Pada masa sama, Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo memaklumkan semalam yang beliau sudah membuat laporan kepada SPRM.
 
 

Trump dan kematian TPP

Posted: 15 Nov 2016 06:02 AM PST

DETIK DAILY
 

 
Oleh Haris Zalkapli


Parti Republikan, berdasarkan sejarah lebih menyokong perdagangan bebas berbanding Demokrat yang lebih mesra buruh. Pendirian Trump menolak dengan keras TPP boleh dilihat melalui perembangan beberapa tahun kebelakangan ini, apabila Republikan sendiri semakin menunjukkan sikap kritikal terhadap rejim perdagangan bebas, sehingga melebihi sikap kritikal dalam kalangan Demokrat.

Selain gelombang populisme dan penentangan terhadap Obama, realiti ekonomi dalaman Amerika Syarikat semakin mendorong sikap kritikal Trump dan Republikan terhadap perdagangan bebas.

Dalam kempen pilihan raya presiden sejak musim primary, kedua-dua Trump dan Clinton menunjukkan sikap kritikl terhadap TPP. Trump malah mengkritik Nafta dan mempersalahkan Demokrat. Undi yang diperlukan di kawasan Rust Belt menjelaskan sikap kritikal kedua-dua Trump dan Clinton terhadap perdagangan bebas ini, yang biasa dilihat pada calon-calon presiden semasa kempen.

Nafta sebenarnya dirundingkan dan dipersetujui semasa pentadbiran Bush, dan ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Bill Clinton. TPP disebut sebagai "gold standard" perjanjian perdagangan bebas oleh Hillary Clinton, yang kemudian menolaknya semasa kempen. TPP dari sudut geopolitiknya muncul daripada agenda "Pacific pivot" yang diangkat semasa Clinton menjadi setiausaha negara dalam pentadbiran Obama.

Clinton dijangka melupakan janji menolak TPP dan menerimanya sekiranya berjaya menjadi presiden. TPP boleh menjadi satu legasinya, seperti Nafta kepada Bill Clinton.

Kemenangan Trump belum lagi membunuh TPP, sekiranya ini yang mahu dilakukan. Jelas Trump mengambil sikap menolak TPP, dan Obama telah menghentikan usaha untuk membawanya bagi proses ratifikasi di Kongres. Tetapi, tahun depan, semua akan menyaksikan adakah retorik akan diterjemahkan kepada realiti. Peranan presiden sememangnya besar, tapi tidak boleh diabaikan peranan Kongres dan kepentingan-kepentingan yang akan menjadi kuasa pendesak

Tiada ulasan: