Selasa, 15 November 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malaysia perlu keluar dari TPPA sekarang

Posted: 15 Nov 2016 06:46 AM PST

MOHD AZMI ABDUL HAMID 



 

KAMI mengesa supaya kerajaan Malaysia keluar dari perjanjian TPPA sekarang. Ketidaktentuan status TPPA akibat Presiden US Donald Trump menyatakan beliau berpendirian menolak TPPA dalam kempennya, menyebabkan perjanjian itu kini mungkin terkubur.

Kami berpendapat bila PM Datuk Seri Najib berkata TPPA tidak boleh dilaksanakan tanpa US kerana US menguasai 60% dari perdagangan negara-negara TPPA, jelas menunjukkan bahawa TPPA benar-benar dibawah telunjuk US.

Setelah Malaysia menandatangani TPPA dikala rakyat menolaknya, dan kini dalam tahap melaksanakan ratifikasi undang-undang negara, adalah lebih selamat Malaysia mengisytihar keluar dari TPPA sekarang.

Tidak guna Malaysia masih menunggu keputusan Presiden US sedangkan jelas US bertujuan mengukuhkan ekonominya yang bermasalah dan TPPA tidak dilihat membantu US keluar dari kelembapan ekonomi yang sedang dialaminya.

Langkah yang paling tepat dan bijak ialah Malaysia tidak perlu menunggu keputusan US. Segala proses menyesuaikan undang-undang negara agar diselarikan dengan TPPA sepatutnya dihentikan.

Malaysia tidak wajar diikat dengan sebuah perjanjian yang tidak menentu kesannya dan tidak menentu sejauh mana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara.

Menggadai negara dengan menundukkan kedaulatan kepada sebuah perjanjian yang tidak tentu membawa manfaat, malah mendedahkan negara kepada risiko diheret ke mahkamah tribunal perdagangan dunia, bakal membawa petaka kepada ekonomi Malaysia.

Kami berpendapat tidak terlambat untuk Malaysia mengisytihar keluar dari perjanjian TPP itu dan memberi fokus mengukuhkan perdagangan yang tidak melibatkan negara terikat kepada syarat-syarat yang boleh menghilangkan kedaulatannya. – HARAKAHDAILY

Ibu muda harungi banjir bersama bayi berusia 24 hari

Posted: 15 Nov 2016 06:27 AM PST

THE MALAYSIAN  TIMES


BANJIR_KELANTAN


BERUAS: Seorang ibu muda yang dalam berpantang terpaksa mengharungi banjir membawa bayi lelakinya berusia 24 hari untuk berpindah ekoran rumah mereka di Kampung Kilang, di sini dinaiki air malam tadi ekoran fenomena air pasang besar.

Nur Munirah Othman, 26, bersama bayinya Muhammad Raikal Mohd Rizal kemudian diangkat oleh sepasukan anggota penyelamat, meninggalkan rumah kayu setingkat mereka.

Turut berpindah bersama mereka ialah emak ibu tersebut Saadiah Lan, 54, dan neneknya yang terlantar kerana strok.

"Belum sebulan anak kedua saya lahir tetapi saya terpaksa gagahkan diri biarpun air banjir sejuk terasa sampai ke tulang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Inderawati di sini hari ini.

Tujuh kampung di mukim Beruas dilanda banjir kilat sedalam satu meter berikutan fenomena air pasang besar yang menyusuli hujan lebat sejak pukul 2 petang semalam.

Suri rumah itu berkata beliau dan keluarga terpaksa mengharungi air untuk menaiki kenderaan Bomba dan Penyelamat dan mereka dibawa ke pusat pemindahan banjir.

Menurut Nur Munirah, kawasan rumah emaknya itu memang selalu dinaiki air dan ini merupakan pengalaman kali pertama beliau berpantang di pusat penempatan banjir.

"Memang saya rasa tidak selesa kerana tidak dapat berehat dan bertungku seperti di rumah, namun saya tidak ada pilihan lain melainkan berpindah," katanya.

Saadiah pula berkata air Sungai Beruas yang terletak kira-kira 50 meter di belakang rumahnya masuk mendadak kira-kira 7.30 malam ketika mereka sekeluarga sedang berehat.

"Mak cik hanya sempat menyelamatkan beberapa barang termasuk dokumen peribadi yang penting kerana perlu menumpu perhatian kepada emak yang lumpuh selain anak dan cucu saya," katanya.

"Lain-lain barang seperti perabot dan perkakas elektrik banyak ditenggelami air," katanya. Bernama


Guru terbabit Bersih akan dikenakan tindakan

Posted: 15 Nov 2016 06:02 AM PST

THE MALAYSIAN TIMES


mahdzir-khalid


KUALA LUMPUR: Guru yang didapati menyertai perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan berhadapan tindakan disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata tindakan tatatertib yang akan dikenakan termasuk digantung tugas.

"Selain guru, sekiranya ada pegawai dan kakitangan kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah yang didapati menyertai perhimpunan, juga akan dikenakan tindakan yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kepimpinan Bett Asia 2016 yang akan berlangsung selama dua hari di sini, mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mahdzir turut mengingatkan supaya tidak melibatkan pelajar untuk menyertai perhimpunan itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa wujud sindiket menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, beliau berkata kementerian menyerahkan perkara itu kepada  polis untuk melakukan siasatan.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata setakat ini di bawah inisiatif transformasi pendidikan, sejumlah 839,921 kanak-kanak berumur empat dan lima tahun telah didaftar masuk dalam prasekolah.

"Usaha untuk meningkatkan enrolmen prasekolah akan diteruskan termasuk penyediaan bantuan yuran kepada kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dan di bawah geran pelancaran prasekolah swasta, prasekolah swasta digalakkan berdaftar dengan kementerian.

"Pendidikan prasekolah berkualiti disediakan kepada kanak-kanak menerusi usaha peningkatan kemahiran guru prasekolah yang sekurang-kurangnya perlu memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, pelancaran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan pengenalan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan," katanya.

Mahdzir berkata Malaysia berdepan cabaran sama sepertimana di negara lain iaitu isu keberkesanan dan prestasi guru di dalam bilik darjah.

"Saya mengakui bahawa pendidikan Malaysia terlalu berorientasikan peperiksaan, dengan itu menerusi pelan transformasii, kementerian kini dalam peringkat pelaksanaan penilaian berasaskan sekolah.

"Untuk memastikan keberkesanan penyampaian efektif dalam bilik darjah, kualiti guru akan dipertingkatkan menerusi pelbagai langkah, termasuk meningkatkan standard kelayakan guru ke program pendidikan guru, melakukan rombakan terhadap Institut Pendidikan Guru dan meningkatkan profesionalisme guru menerusi pelbagai modaliti" katanya.

Mahdzir berkata sistem pendidikan Malaysia perlu menggabungkan teknologi, inovasi dan kreativiti untuk kekal relevan selaras dengan perubahan di dunia.

Sidang Kemuncak Kepimpinan Bett Asia 2016 ialah persidangan yang menghimpunkan pembuat keputusan penting dan kalangan pembeli dalam ruang lingkup teknologi pendidikan dari Asia dan sekitarnya.— Bernama


LEBIH BAIK JAMAL TINJAU SAMA RUMAH DAN KERETA MENTERI2 UMNO

Posted: 15 Nov 2016 06:02 AM PST

 shahbudindotcom




Selepas pulih daripada insiden hidung berdarah semalam,  esok pemimpin Baju Merah, Jamal Md Yunus dilaporkan akan membawa sekumpulan wartawan menaiki helikopter untuk meninjau rumah banglo seorang pemimpin PKR di Ampang, Selangor.

Dakwanya, pemimpin Angkatan Muda PKR itu memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.

Terbongkar kisah bagaimana seorang yang baru berusia 28 tahun dan baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR, namun memiliki kekayaan yang luar biasa...banglo, kereta berbelas biji yang bernilai berjuta-juta ringgit, katanya lagi.

Makin kacau nampaknya Jamal ini...apa masalahnya jika seseorang yang kaya dan banyak duit memegang jawatan dalam parti politik?
Jika pemimpin muda tersebut tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, GLC atau sebagainya, salahkah dia kaya dan memiliki wang yang banyak dan di mana boleh dikaitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa?

Mungkin dia pandai berniaga, berasal dari keluarga berharta, ada bapa mertua kaya atau menang loteri dan sebagainya?

Berbeza dengan apa yang berlaku dalam UMNO dan BN selama ini, mereka yang dipersoalkan itu selalunya ada jawatan penting dalam kerajaan. 

Tidaklah rahsia bahawa bukan saja menteri dan timbalan menteri yang diketahui ramai yang kaya dengan memiliki rumah besar, banyak kereta, isteri bergaya dengan perhiasan mahal-mahal,  bahkan setiausaha sulit, setiausaha akhbar dan pegawai khas pun tidak sedikit yang berubah gaya hidupnya secara mengejut.

Mereka ini memang wajar dipersoalkan kerana ada jawatan dalam kerajaan serta terlibat menguruskan dana yang berkaitan rakyat. Maka, ia wajar dipersoalkan.

Untuk itu, terlanjur Jamal sudah membawa wartawan dengan helikopter esok, eloklah jika beliau meninjau sekali kekayaan dan besar mana rumah serta berapa banyak kereta yang dimiliki oleh sebahagian besar pemimpin kerajaan itu.

Antara  kawasan perumahan yang boleh ditinjaunya ialah Taman TAR di Ampang, Bukit Damansara, Taman Duta, Mont Kiara, Tropicana serta Country Height di Kajang di mana disitulah bersemayamnya sebahagian besar pemimpin kerajaan yang kaya-raya itu.

Dikhabarkan sesetengah menteri, timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha itu bukan sekadar memiliki lebih daripada satu rumah, malah orang rumah juga lebih daripada satu bilangannya.

Ambillah gambar serta video tentang rumah dan kereta-kereta yang mereka miliki dan dedahkan kepada umum, barulah Jamal akan dikenali sebagai  "Hero Rakyat"  bagi orangramai.

Sekadar mendedahkan kekayaan pemimpin muda PKR yang tiada jawatan dalam kerajaan, kata orang bendang padi Sungai Besar, ia hanya "menghabiskan beras" saja.


Kerajaan perlu tunggu suku pertama tahun depan jika mahu ubah Bajet 2017

Posted: 15 Nov 2016 06:02 AM PST

 
 
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani


Kerajaan perlu tunggu sehingga suku pertama tahun depan jika ada berlaku perubahan dalam Bajet 2017.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, buat masa ini Bajet 2017 masih mengekalkan harga minyak dunia AS$45 setong.

"Kita akan berpegang kepada harga minyak AS$45 setong, jika terdapat apa-apa perubahan (pada Bajet 2017), kita perlu tunggu sehingga suku pertama tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang kedudukan harga niaga hadapan Brent yang jatuh sekitar AS$44 setong semalam.

Mengulas mengenai kenaikan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang kira-kira 50 peratus dipegang oleh pelabur asing, Johari berkata, pelabur MGS terdiri daripada dana pencen antarabangsa dengan kepentingan jangka panjang.

Jelasnya, pelabur-pelabur itu bukan dalam kalangan pelabur jangka pendek atau spekulatif.

"Sebahagian daripada mereka telah melabur dalam MGS selama lebih 30 tahun dan mereka terus melabur di negara ini kerana mempunyai keyakinan terhadap kita.

"Sesiapa yang berfikir sudah tiba masanya untuk keluar daripada pasaran MGS, Bank Negara Malaysia akan memudahkan mereka," katanya.

Semalam, hasil 10 tahun bagi MGS meningkat sebanyak 29 mata asas kepada 4.135 peratus berbanding dengan 16 mata asas pada Jumaat lalu. - MalaysiaGazette


Ada kumpulan rancang provokasi dalam BERSIH - Abdul Kadir Primary tabs View(active tab) Track Politik di Kuala Lumpur - 15 Nov 2016 (4 hours ago) 1 of 1 Abdul Kadir Sheikh Fadzir Abdul Kadir Sheikh Fadzir Peserta Perhimpunan BERSIH biasanya terdorong mencetuskan keganasan kerana ada kumpulan dalaman yang merancang melakukan provokasi dengan pihak keselamatan. Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, perancangan itu bertujuan bagi mendapat liputan media antarabangsa dan memburukan kerajaan Malaysia. "Saya sendiri pernah mengambil bahagian dalam dua siri BERSIH yang diadakan pada tahun-tahun dahulu. "Dalam setiap demonstrasi tersebut memang terdapat perancangan yang rapi oleh kumpulan dalaman untuk memprovokasi polis dan pihak-pihak lain dan menimbulkan rusuhan besar-besaran," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini. Justeru, bekas Menteri Pelancongan itu mahu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia supaya menghentikan himpunan yang bakal diadakan 19 November ini. Himpunan BERSIH 5, katanya, bakal mengundang provokasi terutama selepas Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos didakwa ditumbuk baru-baru ini. Jamal pula mendakwa kumpulan Baju Kuning bertanggungjawab. Menurut Abdul Kadir, langkah membendung perlu dilakukan segera oleh pihak berkuasa bagi mengelak berlaku kemalangan jiwa dan pertumpahan darah antara kedua-dua kumpulan itu.--MalaysiaGazette

Posted: 15 Nov 2016 05:26 AM PST

MALAYSIA GAZETTE
 

Abdul Kadir Sheikh Fadzir
Abdul Kadir Sheikh Fadzir
 
 
Peserta Perhimpunan BERSIH biasanya terdorong mencetuskan keganasan kerana ada kumpulan dalaman yang merancang melakukan provokasi dengan pihak keselamatan.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, perancangan itu bertujuan bagi mendapat liputan media antarabangsa dan memburukan kerajaan Malaysia.

"Saya sendiri pernah mengambil bahagian dalam dua siri BERSIH yang diadakan pada tahun-tahun dahulu.

"Dalam setiap demonstrasi tersebut memang terdapat perancangan yang rapi oleh kumpulan dalaman untuk memprovokasi polis dan pihak-pihak lain dan menimbulkan rusuhan besar-besaran," ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, bekas Menteri Pelancongan itu mahu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia supaya menghentikan himpunan yang bakal diadakan 19 November ini.

Himpunan BERSIH 5, katanya, bakal mengundang provokasi terutama selepas Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md. Yunos didakwa ditumbuk baru-baru ini.

Jamal pula mendakwa kumpulan Baju Kuning bertanggungjawab.

Menurut Abdul Kadir, langkah membendung perlu dilakukan segera oleh pihak berkuasa bagi mengelak berlaku kemalangan jiwa dan pertumpahan darah antara kedua-dua kumpulan itu.--MalaysiaGazette


Ustaz Ishak Din meninggal dunia

Posted: 15 Nov 2016 05:14 AM PST

MalaysiaGazette
 
 
Ustaz Ishak Din (tengah)
Ustaz Ishak Din (tengah)


Abang kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Ustaz Ishak Din menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 6.05 petang tadi ( 14 Nov ).

Kematian Allahyarham Ishak itu disahkan melalui satu status yang dimuat naik di laman Facebook, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official).

"Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang kekanda kepada Allahyarham Tuan Guru Haron Din iaitu Ustaz Ishak Din (Pak Ngah) telah kembali ke Rahmatullah sekejap tadi.

"Satu kehilangan besar berganda bagi seluruh keluarga dan masyarakat. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengurniakan keampunan buat Allahyarham yang dikasihi. Amin," katanya. - MalaysiaGazette

LEBIH BAIK JAMAL TINJAU SAMA RUMAH DAN KERETA MENTERI2 UMNO

Posted: 15 Nov 2016 05:14 AM PST

 shahbudindotcom

Selepas pulih daripada insiden hidung berdarah semalam,  esok pemimpin Baju Merah, Jamal Md Yunus dilaporkan akan membawa sekumpulan wartawan menaiki helikopter untuk meninjau rumah banglo seorang pemimpin PKR di Ampang, Selangor.

Dakwanya, pemimpin Angkatan Muda PKR itu memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti berkenaan.

Terbongkar kisah bagaimana seorang yang baru berusia 28 tahun dan baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR, namun memiliki kekayaan yang luar biasa...banglo, kereta berbelas biji yang bernilai berjuta-juta ringgit, katanya lagi.

Makin kacau nampaknya Jamal ini...apa masalahnya jika seseorang yang kaya dan banyak duit memegang jawatan dalam parti politik?
 
 
 
 
Jika pemimpin muda tersebut tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, GLC atau sebagainya, salahkah dia kaya dan memiliki wang yang banyak dan di mana boleh dikaitkan dengan rasuah atau salah guna kuasa?

Mungkin dia pandai berniaga, berasal dari keluarga berharta, ada bapa mertua kaya atau menang loteri dan sebagainya?

Berbeza dengan apa yang berlaku dalam UMNO dan BN selama ini, mereka yang dipersoalkan itu selalunya ada jawatan penting dalam kerajaan. 

Tidaklah rahsia bahawa bukan saja menteri dan timbalan menteri yang diketahui ramai yang kaya dengan memiliki rumah besar, banyak kereta, isteri bergaya dengan perhiasan mahal-mahal,  bahkan setiausaha sulit, setiausaha akhbar dan pegawai khas pun tidak sedikit yang berubah gaya hidupnya secara mengejut.

Mereka ini memang wajar dipersoalkan kerana ada jawatan dalam kerajaan serta terlibat menguruskan dana yang berkaitan rakyat. Maka, ia wajar dipersoalkan.

Untuk itu, terlanjur Jamal sudah membawa wartawan dengan helikopter esok, eloklah jika beliau meninjau sekali kekayaan dan besar mana rumah serta berapa banyak kereta yang dimiliki oleh sebahagian besar pemimpin kerajaan itu.

Antara  kawasan perumahan yang boleh ditinjaunya ialah Taman TAR di Ampang, Bukit Damansara, Taman Duta, Mont Kiara, Tropicana serta Country Height di Kajang di mana disitulah bersemayamnya sebahagian besar pemimpin kerajaan yang kaya-raya itu.

Dikhabarkan sesetengah menteri, timbalan menteri dan setiausaha-setiausaha itu bukan sekadar memiliki lebih daripada satu rumah, malah orang rumah juga lebih daripada satu bilangannya.

Ambillah gambar serta video tentang rumah dan kereta-kereta yang mereka miliki dan dedahkan kepada umum, barulah Jamal akan dikenali sebagai  "Hero Rakyat"  bagi orangramai.

Sekadar mendedahkan kekayaan pemimpin muda PKR yang tiada jawatan dalam kerajaan, kata orang bendang padi Sungai Besar, ia hanya "menghabiskan beras" saja.


China Nampak Keterdesakan Najib Akibat 1MDB

Posted: 15 Nov 2016 05:14 AM PST

ADA penyokong kerajaan, khususnya yang taasub kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, mengherdik saya kerana meminta kerajaan membuktikan bahawa China akan benar-benar melabur di Malaysia dengan membawa masuk modal dari negara mereka.

Hatta laskar siber yang tidak dikenali sebagai penganalisis ekonomi, korporat dan perbankan pun menulis membelasah saya. Kita tahulah yang mereka menyiarkan bahan-bahan yang kilang oleh penulis-penulis hantu pemerintah.

Apa yang saya rasa kita semua perlu khuatir ialah kemungkinan syarikat-syarikat milik kerajaan China tidak akan membawa masuk modal sebaliknya meminjam dari pasaran tempatan bagi membiayai projek-projek mereka.

Bukti sudah ada. Banyak syarikat dari negara China telah mengutip modal dari pasaran tempatan dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia.

Ada kira-kira 10 buah syarikat macam itu dan sebahagiannya telah mungkir janji sehingga menyebabkan pelabur tempatan rugi besar.

Baru-baru ini pula, agensi berita ekonomi Bloomberg melaporkan yang China General Nuclear Power Corporation (CGN) bercadang membuat IPO bernilai AS$400 juta (kira-kira RM1.8 bilion) di Malaysia seawal tahun depan. Bila sesebuah IPO dibuat di Malaysia, logiknya majoriti yang akan membeli sahamnya adalah pelabur tempatan.

Kita tentu masih ingat macam mana awal tahun ini, CGN telah membeli kilang-kilang penjana elektrik milik Edra Global Energy Bhd dengan harga AS$2.3 bilion. Edra adalah anak syarikat 1MDB.

1MDB terpaksa menjual Edra dengan harga murah kerana kesuntukan wang untuk membayar faedah hutangnya yang kini dianggarkan RM53 bilion. Dengan pembelian Edra, CGN kini menjadi pembekal elektrik kedua terbesar di Malaysia selepas Malakoff Berhad.

Jadi adalah tidak mustahil syarikat-syarikat negara China lain yang mendapat kontrak raksasa seperti Bandar Malaysia (tapak TUDM Sungai Besi) dan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur akan juga meminjam modal di Malaysia.

Jadi pelaburan asing yang digembar-gemburkan itu sebenarnya tidak wujud atau kalau wujud pun kecil dan bersifat sementara. Apabila sampai masa, mereka akan pindahkan beban hutang mereka kepada pelabur tepatan melalui IPO.

Natijahnya, syarikat-syarikat milik Kerajaan China membeli aset-aset strategik di negara kita dengan dibiayai oleh kita sendiri melalai pemberian pinjaman dan pembelian saham IPO. Kita mungkin memiliki sedikit saham tetapi kawalan dan pengurusan adalah di tangan mereka.

Hutang Mudah Bayar Susah

Sekarang Mohd Najib membebankan kita dengan RM55 bilion hutang tambahan dari China untuk projek kereta api Pantai Timur. Nilai dolarnya ialah AS$13.73 bilion.

Pinjaman mudah, kata beliau. Semudah mana pun beban tetap ada dan akan ditanggung oleh rakyat jelata dan pembayar cukai hingga tahun 2036.

Yang pasti syarikat-syarikat China itu akan membawa masuk kelengkapan, pekerja serta bahan binaan. Mereka juga akan memaksa kita membeli enjin dan gerabak kereta api dari mereka.

Adalah menjadi amalan syarikat-syarikat milik kerajaan China membawa pekerja dari negara mereka untuk melaksanakan projek di luar asing. Itulah yang berlaku di Afrika.

Kajian Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat mengenai kegiatan ekonomi China di Afrika menganggarkan ada kira-kira 250,000 pekerja China di Afrika pada 2014. Angka itu pernah mencapai 300,000 pada 2011.

Pekerja China di Ghana
Tidak kurang penting adalah kesan pergantungan kepada China ke atas keselamatan dan kedaulatan negara serta potensi untuk mencetuskan ketegangan.

Sudah ada kelompok dalam masyarakat kita yang menganggap China sebagai penyelamat dan berasa kita perlu berterima kasih kepadanya.


Akhbar The Star milik Persatuan China Malaysia (MCA) dalam rencana 10 September lalu yang bertajuk "The China Factor in Malaysia's Growth" antara lain, berkata:

"In times of trouble, who is it that comes to support Malaysia?  (Dalam kesempitan siapa yang datang membantu Malaysia?) dan dengan bangga akhbar itu menjawab: It is the Chinese. (Ia adalah China.)

Kita bukan anti-pelaburan asing atau anti-China. Negara kita membangun hasil pinjaman luar dan pelaburan asing. Kita tidak mengamalkan dasar ekonomi anti-modal dan isolationist.

Tetapi apa yang kita khuatir sekarang ialah keutamaan yang diberikan kepada China seolah-olah tanpa China, negara kita akan hancur berkecai dan tidak ada negara lain yang bersedia melabur di negara kita kecuali China.

Bukan itu saja, kita seolah-olah memperjudikan maruah, kedaulatan dan kebebasan kita semata-mata kerana mahukan duit China. Nampak seakan-akan kita ini pengemis.

Secara tidak langsung kerajaan Mohd Najib mengakui bahawa akibat wabak 1MDB, pelabur asing tawar hati melabur di negara kita atau mereka tidak bersedia melakukan apa yang sedang dilakukan oleh negeri China.

Di pihak lain pula, China sedar keterdesakan (desperation) Mohd Najib akibat skandal 1MDB dan mengambil peluang untuk memainkan peranan penyelamat (seperti yang dilaungkan oleh The Star) maka dengan itu mendapat layanan istimewa dan sekali gus menjadikan negara kita boneka dalam mainan geopolitiknya.

Wallahuaklam.

Mokhzani masih ahli UMNO, tak ikut jejak Tun M, Mukhriz

Posted: 15 Nov 2016 05:10 AM PST

 
 
Ahmad Bashah Md. Hanipah
Ahmad Bashah Md. Hanipah
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kini menjadi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kedua-duanya sudah keluar daripada UMNO tetapi bagaimana dengan seorang lagi anak Tun M iaitu Tan Sri Mokhzani?

Dalam kemelut bapa dan abangnya dalam pentas politik pembangkang, Mokhzani hanya meletakkan jawatan Pengerusi Sepang International Circuit selepas 13 tahun memegang jawatan itu.

Sebenarnya punca Mokhzani tidak kelihatan bersama Tun M dan Mukhriz dalam aktiviti PPBM kerana beliau masih ahli UMNO di Kedah.

Mengulas mengenainya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang juga Ketua Perhubungan UMNO Negeri mengakui Mokhzani masih ahli parti di Merbok.

"Dia (Mokhzani) masih ahli UMNO. Dia pun tidak ada permintaan nak keluar parti dan dia juga tidak terlibat dalam pentas politik pembangkang bersama Tun M dan Mukhriz. Jadi tidak ada sebab kita hendak buang dia.UMNO Merbok pun tidak ada komplen apa-apa," ujarnya kepada Malaysia Gazette di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Mokhzani dahulu ada jawatan dalam bahagian UMNO Merbok tetapi kini hanya ahli biasa sahaja.

Menurut Ahmad Bashah, pucuk pimpinan parti juga tidak perlu meminta penjelasan daripada Mokhzani kerana sebarang tindakan memerlukan laporan daripada UMNO Merbok dan bukannya atas kapasitinya secara peribadi.--MalaysiaGazette


Umno mahu adukan 'kekayaan' Adam ke SPRM, LHDN

Posted: 15 Nov 2016 04:37 AM PST

MALAYSIAKINI


Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dan Datuk Seri Jamal Md Yunos akan membuat laporan berhubung kekayaan Datuk Adam Rosly kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN).

Menurut Ismail laporan itu dibuat memandangkan Adam yang juga ketua pemuda PKR Ampang itu seakan-akan mencabarnya untuk bertindak sedemikian.

"Dia cabar kononnya (kami perlu) lapor kepada SPRM.

"Lepas ini kita akan pergi ke Putrajaya, lepas ini jam 3 petang kita akan buat laporan pada SPRM suruh mereka siasat dari mana Adam mendapat (sumber) kewangan.

"Ada atau tidak dia (Adam) bayar cukai? Kita (juga) nak LHDN siasat dan kalau perlu, (kalau) dia tak bayar cukai tindakan mestilah diambil," katanya kepada pemberita di luar kediaman Adam di Ampang hari ini.

Sebelum itu Jamal - pemimpin kumpulan Baju Merah - membawa wakil media menaiki helikopter untuk meninjau "kekayaan" di rumah Adam (gambar) di Ampang.

Dakwa Jamal, Adam memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.

Jamal menaiki helikopter kira-kira jam 12 tengah hari dan meninjau rumah Adam dari udara sekitar 15 minit.

Helikopter itu mendarat semula di Tasik Titiwangsa dan Jamal tiba di rumah Adam kira-kira jam 1.20 petang.

Sultan yang sama

Adam dalam sidang media berasingan hari ini menjelaskan beliau membeli kediaman di Ampang itu dengan harga RM1juta selepas membida dalam lelongan.

Tinjauan Malaysiakini di rumah itu mendapati pagarnya berkunci tetapi dapat dilihat ada tiga kereta - Audi, Volvo dan Range Rover - di pekarangan kediaman berkenaan.

Sementara itu Jamal turut mendakwa Adam dengan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kekayaan yang dimiliki tersebut sungguh luar biasa.

"Kelulusannya SPM sahaja tapi saya bangga anak Melayu yang berjaya berbanding anak muda lain di Ampang.

"Saya bukan nak menuduh tapi nak tanya pada Adam - dari mana hasil kekayaan luar biasa (itu diperolehi)?" soalnya.

Dalam pada itu Jamal menggesa supaya Adam memberikan penjelasan kepada masyarakat berhubung kekayaan luar biasa tersebut.

"Kita lihat Adam seorang yang berjaya di umur 28. Tapi kita mempersoalkan sebelum dia memegang AMK Ampang dan selepas memegang jawatan. Sebelum itu kita tak tahu identiti dia kerja apa.

"Dia perlu jelaskan pada pengundi Ampang mengenai kekayaan itu," katanya.

Bagaimanapun dalam kenyataan kepada media Adam mendakwa tidak pelik untuknya memiliki kekayaan dan gelaran walaupun masih muda.

Malah kata Adam beliau mendapat gelaran itu serentak dengan Jamal dan daripada sultan yang sama.

"Saya nak maklumkan saya dapat Datuk sebaris dengan Datuk Jamal. Saya sebaris dengan dia di depan Tuanku," katanya.


Pandikar tolak usul pembangkang minta polis henti siasat Muhyiddin, Shafie, Husni

Posted: 15 Nov 2016 04:37 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar & Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul Ahli Parlimen pembangkang yang mahu polis menghentikan siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Husni Hanadzlah bersabit Akta Rahsia Rasmi Negara.
 
Terdahulu Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Pandikar menulis surat kepada Ketua Polis Negara (KPN) untuk tidak meneruskan siasatan terhadap tiga bekas menteri berkenaan.
 
"Saya juga menyuruh Speaker menulis surat kepada IGP supaya berhenti meminta ahli-ahli parlimen supaya dipanggi untuk diambil keterangan.
 
"Kata Speaker, dia tidak boleh buat demikian, sedangkan kita tahu semua senario ini dimulakan oleh beliau," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.
 
Tambah Hanipa, tindakan polis memanggil ketiga-tiga Ahli Parlimen Pagoh, Ahli Parlimen Semporna, dan Ahli Parlimen Tambun, adalah berpunca daripada tindakan Pandikar yang mengeluarkan kenyataan tentang rahsia rasmi tersebut.
  
"Saya percaya kalau sekiranya beliau tidak buat sebarang kenyataan, polis tidak mungkin memanggil ahli-ahli parlimen itu (untuk siasatan).
 
"Apa yang saya bangkitkan itu menyentuh semua ahli parlimen tanpa mengira sama ada pembangkang atau kerajaan. Sebab kita menyentuh isu imuniti Ahli Parlimen," tambahnya.
 
Hanipa mendakwa sekiranya seseorang ahli parlimen berbahas dan membuat kenyataan mengenai rahsia-rahsia rasmi negara di dalam Dewan Rakyat, mereka tidak boleh diambil tindakan bawah Akta Rahsia Rasmi Negara.
 
"Ucapan dari Pagoh, tiada langsung unsur hasutan. Dan sekiranya apa yg dikatakan beliau itu adalah menyentuh rahsia rasmi dalam standing order, apa2 perkaya berkait rasmi, tidak boleh didakwa  bawah akta rahsia rasmi."
 
Dewan Rakyat pada 2 November lepas menjadi kecoh apabila ahli Parlimen mempersoalkan siasatan polis terhadap tiga bekas menteri Umno yang membangkitkan perkara berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Ketiga-tiga ahli parlimen tersebut masing-masing dipanggil berikutan ucapan mereka di dalam Dewan Rakyat yang dikatakan menyentuh berkenaan rahsia rasmi negara.
 
 

SPRM digesa campurtangan isu ambilalih SPLASH

Posted: 15 Nov 2016 04:35 AM PST

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat proses pengambialihan aset Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) oleh kerajaan negeri Selangor, yang didakwa mereka sebagai 'meragukan'.
 
Tiga berkenaan mahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin ali dan mantannya, Tan Sri Khalid Ibrahim dipanggil bagi meleraikan isu pampasan untuk syarikat konsesi air berkenaan, yang dikatakan meningkat 10 kali ganda berbanding tawaran asal.
 
Tiga NGO berkenaan adalah Suara Rakyat Marhean (SUARA), Gerakan Penegak Suara Selangor (GAPENAS) dan Badan Amal Tarbiyah Sejagat (BATAS Malaysia).
 
"Kita ingin ingin minta desak pihak SPRM agar memanggil bekas Menteri Besar dan juga Menteri Besar kerana nak meleraikan. Kita sebagai rakyat kita ingin tahu siapa yang cakap betul. Adakah Tan Sri Khalid cakap betul ataupun (Datuk Seri) Azmin menjawab jawapan yang betul. 
 
"Sebab bila kita tengok angka ni berbeza 10 kali dan kita difahamkan punca (Tan Sri) Khalid disingkir jawatan Menteri Besar berpunca daripada isu ini...setelah pertemuan yang telah diatur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 2013. 
 
"Jadi kita ingin minta Khalid mendedahkan apa isi kandungan pertemuan sulit tersebut," kata jurucakap tiga NGO itu, Zamil Ibrahim yang juga Penasihat Suara Rakyat Marhean (SUARA), selepas menyerahkan laporan kepada SPRM, hari ini.
 
Kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin kini menerima tekanan apabila dipersoal banyak pihak bersabit isu pembayaran pampasan kepada SPLASH yang meningkat 10 kali ganda.
 
Ketika dibawah teraju Khalid, kerajaan negeri hanya menawarkan SPLASH pampasan bernilai RM250 juta.
 
Namun SPLASH menolak berikutan nilai pampasan itu terlalu sedikit tanpa mengambil kira liabiliti yang ditanggung mereka berjumlah RM1.584 bilion.
 
Selepas Khalid dipaksa melepaskan jawatannya menerusi Langkah Kajang, Azmin yang dilantik menjadi menteri besar dikatakan hampir bersetuju untuk membayar tuntutan pampasan SPLASH bernilai RM2.7 bilion.
 
Memburukkan keadaan Azmin pada sidang DUN Selangor menuduh Khalid sebagai hipokrit kerana kerap berkata tawaran yang dibuat kepada SPLASH ketika beliau menjadi menteri besar adalah RM250 juta, walhal ADUN Perlabuhan Klang itu pernah menawarkan syarikat itu sehingga RM2.9 bilion.
 
Azmin berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong tuduhannya kepada Khalid.
 
Khalid pada sidang media di kediamanya pada 9 November berkata Azmin sengaja mengalih isu untuk menutup tindakannya yang dikatakan bersetuju untuk mengikut tuntutan SPLASH.
 
Menurut Khalid tawaran pada 25 Jun 2009 berjumlah RM2.975 bilion kepada SPLASH, adalah nilai merangkumi ekuiti berjumlah RM1.579 bilion dan liabiliti RM1.396 bilion.
 
Selepas ditolak perbelanjaan pengurusan serta liabiliti yang ditanggung, maka Khalid menawarkan SPLASH hanya RM250 juta sebagai pempasan. 
 
Justeru kekeliruan itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) BATAS Malaysia, Hafizam Harum meminta SPRM campur tangan sehingga terlerainya kekusutan bersabit isu itu. 
 
"Saya hari ini meminta penjelasan adakah isu air ini ada kaitan dengan dakwaan komisyen sebanyak RM600 juta. Ini angka besar untuk itu BATAS meminta menyiasat segera kerana ini isu rakyat yang ingin tahu apa yang berlaku mengenai keadaan air di negeri Selangor pada hari ini," ujarnya

UM gantung aktivis pelajar 'TangkapMO1'

Posted: 15 Nov 2016 04:32 AM PST

Alyaa Alhadjri

 

Aktivis pelajar, Asheeq Ali digantung satu semester daripada pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas Lembaga Disiplin hari ini mendapati beliau bersalah kerana menyertai perhimpunan rasmi 'Tangkap Malaysian Official1' pada 1 Ogos lalu.

Asheeq memberitahu Malaysiakini bahawa penggantungannya berkuat-kuasa serta-merta, meskipun beliau dijadual menduduki peperiksaan akhir bulan depan.

"Mesyuarat disiplin bermula pada jam 9 pagi ini dan keputusan dibuat kira-kira jam 10 pagi.

"Mereka (lembaga disiplin) membuat keputusan menggantung saya kerana kata mereka, saya telah langgar undang-undang," kata Asheeq, merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pelajar undang-undang tahun tiga, bagaimanapun, berkata beliau berhujah bahawa dirinya tidak pernah didakwa di mahkamah berhubung sebarang kesalahan di bawah akta tersebut.

"Saya beritahu mereka bahawa saya telah disiasat tetapi tidak pernah didakwa. Mereka kata, ini tidak penting (sama ada didakwa atau sebaliknya)," kata Asheeq yang kini adalah setiausaha agung gabungan pelajar Kesatuan Mahasiswa Malaysia.

Dr Vida serah representasi dalam kes tak bayar GST

Posted: 15 Nov 2016 03:44 AM PST

 
Pada 13 Oktober, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal ke muka penyata GST dan membayar cukai GST membabitkan RM4.2 juta.


vida-gst

IPOH: Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida akan mengemukakan representasi kepada pihak pendakwaan berhubung 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menyediakan representasi bagi pertuduhan itu ketika kes disebut semula di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah pihak pendakwaan sudah bersedia untuk perbicaraan kes terbabit selepas tertuduh kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 13 Oktober lalu, Vida, 45, pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini.

Ahli perniagaan itu didakwa atas 16 pertuduhan gagal membayar cukai GST mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, 16 lagi pertuduhan adalah atas kegagalannya mengemukakan penyata GST dan dia didakwa mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM1.76 juta bagi semua pertuduhan dan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.
Tertuduh diwakili peguam Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

Tambang MRT serendah RM1

Posted: 15 Nov 2016 03:44 AM PST

Fasa pertama bagi perjalanan Sungai Buloh-Kajang, merangkumi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan, dijangka beroperasi bermula 16 Disember.
 
 
mrt-corp


PETALING JAYA: Pengguna pengangkutan awam kini boleh menaiki MRT dengan tambang serendah RM1 menggunakan struktur tambang tanpa tunai, sebaik saja fasa pertama MRT Sungai Buloh- Kajang (MRT SBK) memulakan operasinya bulan depan.

Menurut kenyataan akhbar hari ini, tambang terendah untuk perjalanan untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai ialai RM1.10 antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.

Ia turut mengumumkan Rapid Rail Sdn Bhd akan beroperasi bagi perkhidmatan MRT SBK, yang sepanjang 51km dan mengandungi 31 stesen.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman berkata tambang maksimum RM6.40 berdasarkan kepada struktur tambang tunai dan RM5.50 berdasarkan tambang tanpa tunai, meliputi perjalanan penuh antara Sungai Buloh-Kajang.

Fasa pertama MRT SBK dijangka memulakan operasi dari 16 Disember, meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Fasa 2 akan meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, yang dijadualkan beroperasi bermula Julai depan.

"Seperti diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL, kami memberi diskaun 50% untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan OKU yang menaiki MRT dan bas pengantara MRT.

"Kanak-kanak bawah 7 tahun boleh naik percuma," katanya.

Sementara itu, tambang nominal bagi bas pengantara MRT ialah RM1 satu perjalanan dengan sebanyak 120 bas akan disediakan untuk 26 laluan di semua 12 stesen MRT di bawah fasa pertama

Zuraida tanya, siapa benarkan Jamal naik helikopter

Posted: 15 Nov 2016 03:39 AM PST

 
Ahli Parlimen Ampang itu mempertikaikan bagaimana Datuk Jamal Yunos memperoleh kelulusan menggunakan helikopter dalam tempoh tidak sampai 24 jam.


zuraida-jamal-heli--1


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita PKR berkata beliau hairan Datuk Jamal Md Yunos dapat kemudahan sewenang-wenangnya menggunakan helikopter komersil untuk tujuan yang tidak bermanfaat.

Zuraidah Kamaruddin berkata ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memperoleh kelulusan menggunakan helikopter dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Katanya, beliau percaya ada pihak atasan yang meluluskan permohonan tersebut.

"Bagaimana kewangan dia (Jamal) untuk dapatkan satu perjalanan menaiki helikopter. Kita boleh persoalkan siapa yang menjadi 'funder' helikopter itu.

"Saya juga persoalkan apakah prosedur, tempoh masa dan tujuan menggunakan helikopter untuk tindakan yang tidak bermanfaat itu," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Awal hari ini, Jamal menaiki helikopter untuk meninjau "kekayaan" Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly, 28, yang didakwa memiliki banglo dan kereta mewah.

Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang berkata beliau mengajukan soalan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu sesi perbahasan Dewan Rakyat, namun tidak mendapat jawapan.

"Saya amat kecewa dengan menteri, saya tanya soalan asas apakah prosedur yang perlu untuk mendapatkan helikopter. Soalan asas itu pun tidak dijawab menteri.

"Saya tanya bagaimana Jamal boleh dapat permohonan dan diluluskan dengan segera. Malangnya, menteri kata tidak ada maklumat," katanya.

Malah, Zuraida turut kecewa apabila hasratnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dihalang timbalan speaker Dewan Rakyat.

"Speaker kecewakan saya kerana tidak beri peluang bertanya, speaker halang saya untuk tanya isu asas. Saya hanya tanya prosedur untuk menerbangkan helikopter komersil.

"Tetapi speaker halang dan cuba membantu menteri supaya tidak perlu menjawab. Ini undang-undang yang tidak relevan sebab ia hanya soalan asas, bukan soalan terperinci," katanya.

Zuraida berkata beliau percaya ada prosedur dan tempoh masa tertentu yang harus dipatuhi serta perlu mempunyai tujuan khusus untuk menerbangkan helikopter.

"Adakah dia melalui prosedur betul yang membenarkan dia mendapat kemudahan itu dalam tempoh 24 jam. Saya percaya pasti ada prosedur tertentu.

"Melainkan ada perkara penting saya faham, tetapi kes ini hanya perjalanan yang tidak ada matlamat dan spesifikasi," katanya.

Katanya, beliau sendiri pelik apabila Jamal memperoleh sumber kekayaan luar biasa sewaktu menjalankan kempen menolak perhimpunan Bersih.

"Jika dia terima wang dengan cara haram, hanya Allah saja yang tahu. Dia (Jamal) bawa Vellfire yang dicat warna merah, dia mempunyai pengawal peribadi dan hari ini dia membawa helikopter pula," katanya.

LIHAT  VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: