Jumaat, 25 November 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Polis Tangkap Anak Tajuddin Dan Konco Yang Merusuh Di Parlimen

Posted: 25 Nov 2016 12:27 AM PST



Sepuluh individu, termasuk anak ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dicari polis susulan kejadian merusuh di lobi bangunan Parlimen, semalam sudah ditangkap manakala seorang lagi wanita menyerah diri, hari ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sehingga jam 10.15 pagi tadi, semua suspek yang jumlah keseluruhannya kini 11 orang berjaya ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kita minta orang ramai yang mempunyai bukti atau maklumat lain berkaitan kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat.

"Mereka boleh berhubung dengan pegawai kita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada sidang akhbar yang diadakan sebelum ini di Bukit Aman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan membuat keputusan jika mereka mahu bertindak ke atas ahli parlimen yang membawa kumpulan itu ke dalam kawasan Parlimen.

Ini, katanya bergantung kepada niat anggota parlimen itu.

Semalam, sekumpulan individu cuba menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di kawasan Parlimen.

Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada "Kok".

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu.



Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Di Penjara 14 Hari

Posted: 24 Nov 2016 10:24 PM PST



Pasangan suami isteri dalam video viral yang mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari.

Portal Berita Harian Onlinemelaporkan majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan suami isteri berkenaan, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Sarulatha turut memerintahkan mereka membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam video 2 minit itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan kemudiannya tercetus.

Lelaki itu dirakamkan menengking mangsa, selain mengugut mahu mencederakannya manakala isterinya pula terus menarik belakang baju mangsa yang cuba beredar.

- mkini





UPDATE: Biadap, Kurang Ajar- Lebih 28k Shares Di Facebook, Tindakan Pasangan Terhadap Pegawai Wanita Ini Buat Netizen Naik Angin

Posted: 24 Nov 2016 05:47 PM PST



SUNGAI BULOH - Padah menghalang penjawat awam menjalankan tugas, lelaki dan wanita yang terlibat dalam insiden pagi semalam telah ditahan polis. 

Menurut sumber, pasangan berkenaan telah ditahan beberapa jam selepas video insiden itu viral di media sosial. 

Berdasarkan keterangan mangsa, Nurul Ain Isa, berkata, pasangan terbabit berang dengan tindakannya mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tidak mempamerkan kupon meletak kereta. 

Mangsa telah menjelaskan bahawa saman yang telah dikeluarkan tidak boleh dibatalkan. Penjelasan itu membuatkan pasangan itu bertambah berang dan bertindak menghalang dan merakam gambarnya dengan tujuan menghalang mangsa menjalankan tugas.

Orang ramai dinasihatkan berhenti memuat naik komen-komen berunsur perkauman kerana insiden tersebut bukan melibatkan bangsa, sebaliknya sikap pasangan berkenaan yang tidak menghormati penjawat awam yang menjalankan tugas dan enggan mengaku kesalahan diri. - The Reporter

----------------------------



Semalam viral di Facebook apabila penjawat awam wanita dikepung oleh satu pasangan dan mereka seolah 'membuli' penjawat awam tersebut. Seorang menarik baju dan seorang lagi merakam video dari jarak dekat dan menghalang pegawai wanita itu untuk keluar.

Video tersebut telah mendapat lebih 27k perkongsian di Facebook. Walaupun ramai yang tak tahu perkara sebenar kejadian, tapi jelas di video tu menunjukkan pegawai wanita itu seperti dibuli. Ada lagi seorang pegawai wanita disitu tapi rakannya tu pun tak boleh buat apa-apa.

Biadap, kurang ajar


Tindakan kurang ajar seperti yang anda lihat di video itu telah mengundang kemarahan ramai orang.


Sudahpun ditahan

Beberapa jam selepas kejadian, akhirnya pasangan ni ditahan polis.


Sumber: ohbulan


Serang Khalid: Polis Gesa Anak Tajuddin MP Pasir Salak Serah Diri

Posted: 24 Nov 2016 04:22 AM PST



Polis meminta 10 individu, termasuk anak timbalan menteri Umno Firdaus Tajuddin menyerah diri bagi membantu siasatan kes merusuh di kawasan parlimen hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata siasatan dibuat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Selain Firdaus, 34, sembilan lagi yang diminta menyerah diri, termasuk:

Mohd Rizal Shafie, 37
Ariffin Mohamed Ali, 32
Hasnah Md Razali, 48
Sapiah Aini Sulaiman, 48
Norfirdaus Ahmad Zanian, 30
Azmir Ahmad, 41
Mohd Saffek Mohd Saleh, 28
Mohd Faizal Saidina Omar, 34

Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mengesahkan anaknya antara yang 'menyerang' anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad di hadapan lobi parlimen pagi ini.

Bagaimanapun, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.

Tajuddin juga berkata "mereka melindungi rakyat Pasir Salak".

Sebelum ini, parlimen hangat selepas Tajuddin berkata anggota parlimen Seputeh Teresa Kok satu-satunya perempuan yang ada "Kok".

Khalid kemudian menyelar tindakan itu dan memakinya kembali sebagai "sial".

Sementara itu, Amar dalam kenyataannya menjelaskan tiada kecederaan dalam insiden itu.

Beliau bagaimanapun merayu orang ramai, terutama penyokong atau ahli politik tidak membelakangkan undang-undang.

"Institusi dan integriti parlimen hendaklah sentiasa dipelihara dan dihormati semua pihak.

"Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan," katanya.


Tiada ulasan: