Isnin, 14 November 2016

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Zuraidah Beri Jamal 48 Jam Untuk Mohon Maaf

Posted: 14 Nov 2016 01:23 AM PST



Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberi masa 48 jam kepada Datuk Seri Jamal Yunos untuk menarik balik dakwaan yang mengaitkan ketua wanita PKR dengan serangan terhadapnya.

Dalam surat tuntutan itu, Zuraida menggesa agar Jamal, ketua kumpulan Baju Merah, membuat permohonan maaf dalam masa ditetapkan.

Jika Jamal tidak berbuat demikian, beliau mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Zuraida.

"Pada 13 November dia buat dakwaan yang tak benar dan berunsur fitnah. Dan dalam video jelas saya tidak ada di situ kerana itu insiden pergelutan antara Baju Merah dan polis.

"Dia juga memalukan saya dengan tuduhan saya pukul dia. Dia memalukan saya sebagai anggota parlimen dan menjejaskan reputasi saya.

"Dengan itu maka saya minta dia dalam masa 48 jam untuk buat penarikan kata-kata dan mohon maaf pada saya dan bayar apa-apa kos kerugian sewajarnya kerana kerosakan yang dilakukan semalam," kata Zuraida.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Zuraida lagi, pihak peguamnya telah menghantar surat tuntutan tersebut ke melalui faksimili ke pejabat Jamal tengah hari tadi.

'Dia ancam nak cincang'

Sementara itu, pada esok pula, Zuraida akan membuat laporan polis ekoran ancaman keselamatan oleh Jamal.

"Dia ancam kita nak cincang, ambil darah. Jadi kita akan buat laporan polis esok pukul 10 pagi di Ampang dan di seluruh negara.

"Sudah tiba masanya ketua polis negara bertindak mengurung Jamal yang sangat buas dan berbahaya ini dengan pelbagai siri ugutan," katanya lagi.


Video: Jamal Melalak Ditumbuk Zuraidah..

Posted: 13 Nov 2016 08:44 PM PST




Kejadian berlaku ketika Jamal yang juga ketua kumpulan berkenaan mengekori Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempromoasikan perhimpunan Bersih 5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Kumpulan baju merah muncul di luar Ampang Point sekitar pukul 3 petang untuk sekali lagi mengganggu penyokong Bersih apabila Jamal dilihat menolak seorang lelaki yang memakai baju Bersih sebelum polis campur tangan.

Tidak lama selepas itu, kumpulan baju merah dan Jamal meluru masuk ke dalam pusat membeli-belah sebelum pihak polis menyekat mereka.

Pergelutan akhirnya berlaku antara kumpulan Jamal dan anggota polis. Lihat vdo berikut; kedengaran dengan jelas : "Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! berulang kali.

Tak terduga sama sekali bahawa itu adalah suara Jamal yang katanya samseng Sekinchan....

Jamal dengan hidung berdarah melalak melolong mengadu kena tumbuk.... ingatkan bapok manalah bila dengar suaranya...

Tetapi kemudian, Jamal mendakwa ditumbuk oleh salah seorang pengikut Zuraida walaupun ketika kejadian penyokong Bersih telah meninggalkan lokasi berkenaan.

Jamal kemudiannya membuat laporan polis bahawa dia ditumbuk oleh budak-budak suruhan Zuraidah di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal Yunos kerana menuduh pengikutnya menumbuk beliau di muka.

Beliau juga berkata ia adalah satu kesalahan untuk membuat laporan polis palsu selepas Jamal berbuat demikian semalam, mendakwa bahawa seseorang memakai Bersih T-shirt telah menumbuknya di hidung berikutan pergelutan di pusat membeli-belah Ampang Point.


Jadi Jutawan Kerana Muntah Paus

Posted: 13 Nov 2016 05:22 PM PST



Seorang nelayan Oman bakal menjadi jutawan selepas dia menaikkan longgokan besar ambergris atau muntah ikan paus ketika menangkap ikan di pesisir pantai negara itu.

Bahan berwarna kelabu seperti lilin itu ialah hasil sampingan sistem penghadaman paus sperma yang digelar 'emas terapung.'

Harganya amat mahal dan menjadi buruan syarikat pengeluar minyak wangi kerana ia menyebabkan reaksi kimia yang menjadikan wangian kekal lama.

Khalid Al Sinani menemui longgokan muntah paus seberat 60 kilo itu ketika memeriksa jalanya di luar pantai Qurayat.

Pakar berkata, muntah ikan boleh dijual dengan harga lebih RM11 juta.

Bercakap kepada media tempatan, Khalid berkata: "Saya dalam pelayaran pulang apabila terhidu bau sangat busuk tidak jauh dari bot saya. Apabila memeriksanya, saya nampak selonggok besar bahan terapung di air. Saya menggunakan tali untuk menariknya. Beratnya lebih 60 kilogram sedangkan bot saya hanya enam meter panjang."

Menurut media tempatan, Khalid yang berusia 30-an merancang berhenti menjadi nelayan dan mahu hidup mewah.

Dia sudahpun menolak tawaran sebuah syarikat pembuat minyak wangi tempatan yang mahu membeli muntah paus itu pada harga RM61,100 sekilo.

Dia memberitahu akhbar Shabiba: "Impian saya menjadi kenyataan. Saya menanti saat ini sejak 20 tahun lalu apabila mula menjadi nelayan bersama bapa."

Ambergris terbentuk dalam usus paus sperma untuk melindungi sistem penghadamannya daripada objek tajam seperti muncung sotong yang ditelannya ketika makan.

Ia sama ada dimuntahkan atau dikeluarkan menerusi sistem penghadaman dan akan terapung di laut atau dibawa ombak ke pantai.

- Agensi


Jamal Jamban: Polis Tumbuk Saya..

Posted: 13 Nov 2016 01:59 PM PST



PETALING JAYA: Datuk Jamal Md Yunos berjanji akan membayar setiap titisan darahnya yang tertumpah hari ini kerana ditumbuk dalam satu pergelutan pada konvoi Bersih di Ampang.

Ketua gerakan Baju Merah itu mendakwa beliau ditumbuk di mukanya ketika mengetuai penyokong Baju Merah untuk mencari Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di Pusat Beli-belah Ampang Point.

Ketika kejadian, Zuraida dan sekumpulan ahli PKR sedang melakukan publisiti untuk perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada 19 November ini.

"Tiba-tiba seorang lelaki berbaju kuning menumbuk saya. Hidung saya berdarah sebab itu.

"Apabila saya pergi ke sebuah klinik di Ampang selepas itu, doktor memberitahu saya untuk pergi ke hospital melakukan pemeriksaan lanjut, termasuk x-ray.

"Saya okey buat masa ini, tetapi saya berjanji setiap titisan darah saya yang mengalir hari ini, akan dibayar balik dengan darah," kata Jamal kepada FMT.

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan Jamal melaungkan "Polis tumbuk saya" dan memetik seorang ahli PKR Ampang yang mendakwa seorang anggota polis berpakaian biasa yang mengawal di pintu keluar pusat beli-belah itu, bergelut dengan Jamal.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau sudah membuat laporan polis dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Laporan polis yang dilihat oleh FMT itu dibuat di Balai Polis Daerah Ampang kira-kira 5 petang tadi.

Jamal menyatakan berlaku pertembungan antara 150 pengikutnya dengan sekumpulan penyokong berbaju Bersih.

Beliau mendakwa mereka yang berbaju kuning itu bertindak ganas dan mengganggu ketenteraman awam.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah ketika dihubungi, terkejut dengan insiden terbaru hari ini apabila sekumpulan penyokong Baju Merah yang tidak terkawal mengganggu konvoi di Bangi dan Hulu Selangor.

Maria berkata, sekumpulan penyokong Baju Merah menendang dan menumbuk seorang sukarelawan keselamatan Bersih dan cuba mengugut pemandu-pemandu berbaju kuning dalam konvoi itu.

"Mereka mengganggu konvoi itu seperti samseng ganas. Ia mengejutkan mereka sanggup bertindak sampai ke tahap ini.

"Apa yang ketua polis negara, perdana menteri dan menteri-menteri persekutuan lain seperti Khairy Jamaluddin buat? Kenapa pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa?" katanya kepada FMT.

Beliau mengaitkan insiden lain membabitkan Jamal dan menyifatkan "Dia (Jamal) tidak berperikemanusiaan" kerana didakwa mengheret seorang penyokong Bersih keluar dari keretanya di hadapan anak-anak lelaki itu.

"Bagaimana seorang individu boleh berkelakuan seperti itu di hadapan kanak-kanak?" soalnya.

Bersih dijadual mengadakan perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu depan bagi menuntut pembaharuan politik dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jamal berjanji akan mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.

- FMT

Perangai Jamal Dan Baju Merah Makin Jijik Dan Jelik

Posted: 13 Nov 2016 12:55 AM PST



Usaha PKR untuk melonjakkan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH pada Sabtu depan telah bertembung dengan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan Gerakan Baju Merah pimpinannya.

Program bertemakan BERSIH yang diketuai oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua sayap wanita PKR bermula pada awal pagi dengan konvoinya melawat beberapa kawasan perumahan.

Pada dua hentian - rumah pangsa PKNS Tasek Permai dan Tasek Tambahan - Zuraida dilihat memberikan beberapa barangan seperti beras kepada para penduduk sementara menyeru untuk menyertai perhimpunan 19 November ini.

Bagaimanapun, keadaan menjadi tegang di Tasek Tambahan apabila Jamal dan bersama kumpulan Baju Merahnya tiba.

Kedua-dua kumpulan dipisahkan oleh polis dan 'perang mulut' mula tercetus.

Jamal mendesak untuk berjumpa Zuraida dengan menuduhnya membayar untuk mendapatkan kira-kira 40 khidmat 'sukarelawan' yang berada berada di rombongan beliau.

"Kenapa bagi RM20 saja? Bagi la RM200 atau RM300 baru berbaloi," ujar Jamal.

Para peserta Baju Merah menjerit-jerit "Zuraida penipu" antara lainnya.

Zuraida, bagaimanapun, mengabaikan mereka dan terus menyerahkan barangan tersebut sebelum bertindak meninggalkan Tasek Tambahan untuk pergi ke Dewan Orang Ramai Sri Tanjung.

Jamal membuat kenyataan berunsur LGBT

Jamal dan kumpulan Baju Merah cuba untuk menjejaki mereka di sana tetapi dihalang oleh polis rusuhan.

Namun begitu, beliau enggan menyerah kalah. Dia menghampiri dewan melalui bangunan pra-sekolah yang terletak bersebelahan. Walaupun terpisah oleh dinding, Jamal mula mengejek kumpulan PKR yang berpakaian kuning.

Antara kata-kata yang dilemparkan, Jamal dan orang-orangnya menuduh pengikut Zuraida sebagai tidak heteroseksual.

"Banyak yang jambu-jambu di kalangan mereka," tambahnya sebelum mengetuai peserta Baju Merah melaungkan 'LGBT'.

Kini Nama Anwar Terpahat Di Dada Mahathir

Posted: 12 Nov 2016 08:01 AM PST



SHAH ALAM - Pelbagai momen menarik yang dapat dicoretkan sempena konvensyen Pakatan Harapan 2016 hari ini.

Antaranya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memakai lencana 'bebas Anwar sekarang' di bahagian  poket kirinya.‎

Mahathir yang ditemani isterinya Tun Hasmah Mohd Ali dilihat duduk sebelah menyebelah sepanjang konvensyen berlangsung.

Terdahulu, Mahathir dalam ucapannya mengesahkan hasrat parti itu untuk  menjadi sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan. ‎

Menurutnya, tidak ada sebab Bersatu tidak bersetuju dengan perjuangan Pakatan Harapan memandangkan ia berpegang kepada dasar-dasar yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.  ‎

‎"Saya tidak ada masalah untuk menyokong reformasi.  Bersatu akan menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan saya berharap akan diterima untuk bersama-sama menjatuhkan kepimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Mahathir yang sebelum ini merupakan lawan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎dalam dunia politik mengejutkan negara apabila menghulurkan salam perpaduan tatkala menemui Anwar di Mahkamah Tinggi pada beberapa bulan yang lalu.


Di Mana Jho Low Ketika Satu Dunia Sedang Mencarinya?

Posted: 12 Nov 2016 05:44 AM PST



Kedudukan hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - terus menjadi tanda tanya ketika sebuah lagi negara menyatakan minat mereka untuk menyoalnya berhubung skandal 1MDB.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata ketika memberi keterangan di mahkamah Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) negara itu menyatakan Jho Low adalah "orang berkepentingan" dalam siasatan mereka.

"Bagaimanapun setakat ini Jho Low masih belum ditangkap pihak berkuasa tempatan atau polis antarabangsa," kata Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dan pegawai programnya Tarmizi Anuwar.

Mereka turut mempersoalkan sama ada polis Malaysia sudah meminta bantuan Interpol untuk menangkap Jho Low.

"Jika tiada usaha sedemikian oleh polis Malaysia, ia akan kelihatan seolah-olah mereka melindungi Jho Low daripada undang-undang," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Jho Low turut dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dalam usaha mereka mendapatkan kembali aset didakwa diperolehi melalui penyalahgunaan dana 1MDB.

Khamis lalu pegawai penyiasat CAD Singapura menyatakan minat kepada Jho Low ketika memberi keterangan dalam perbicaraan seorang pegawai bank, Yeo Jia Wei, yang dituduh terlibat dalam aktiviti membantu menyalurkan dana 1MDB.

Kata saksi itu CAD juga berminat berhubung dengan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, bekas ketua pegawai eksekutif Aabar Investments PJS.

Mohamed Ahmed sudah ditangkap pihak berkuasa Abu Dhabi sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB yang terlibat dengan syarikat negara itu, International Petroleum Investment Company.

Kata C4, di sebalik perkembangan siasatan di Abu Dhabi, AS, Singapura dan Switzerland, kes 1MDB di negara ini kelihatan tidak menunjukkan sebarang perkembangan.

Pertubuhan itu juga menyatakan penolakan kerajaan terhadap permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) daripada Switzerland untuk membantu siasatan mereka.

"Tidak ada sebab untuk Peguam Negara Malaysia menolak MLA dari Swtizerland atas alasan polis negara ini masih menyiasat 1MDB ketika tiada tindakan konkrit diambil setakat ini," katanya.

C4 juga menggesa supaya laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB didedahkan kepada umum.

Pelancong Bogel Di Gunung Kinabalu Dihalang Tinggalkan Sabah

Posted: 05 Jun 2015 05:23 AM PDT



KOTA KINABALU – Lima pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu bulan lepas akan dihalang daripada meninggalkan Sabah, kata Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut.

"Laporan polis telah dibuat dan kami percaya lima individu ini masih berada di Sabah dan mungkin sedang cuba untuk tinggalkan Sabah.

"Kami telah meminta bantuan Jabatan Imigresen untuk menghalang lima individu ini daripada meninggalkan Sabah agar polis boleh menahan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jalaluddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda sehingga RM400 jika sabit kesalahan.

Lima pelancong dari negara barat itu bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu pada pagi 30 Mei lepas.

Insiden tersebut membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana perlakuan pelancong tersebut yang tidak menghormati adat resam tempatan.

Di KUNDASANG, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ramai yang membuat pelbagai spekulasi mengaitkan insiden bogel itu dengan kejadian gempa bumi di Ranau, kira-kira 108km dari sini, pagi tadi.

"Allah lebih mengetahui jawapannya kerana setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan dan kehendakNya," kata beliau.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku 7.15 pagi ini di Ranau dan gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat di pantai barat Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, pusat gempa itu terletak 16km di barat laut Ranau. – BERNAMA


Tiada ulasan: