Selasa, 8 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ketua Polis Negara jangan buat bodoh....

Posted: 08 Nov 2016 03:00 PM PST

Sanjeevan buat laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara.
Gambar sumber dari di sini
 Kita berharap Ketua Polis Negara jangan buat bodoh tidak mahu menjawab pertanyaan Sanjeevan adakah benar rumah tersebut miliknya dan jika benar, dari mana datangnya sumber pendapatan untuk membina rumah tersebut ?

Buat-buat bodoh.... nanti nampak sangat memang bodoh kan? kan?

Pada 7 Nov 2016, satu laporan SPRM telah dibuat keatas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar :
Pengerusi MyWatch Dato' Sri Sanjeevan telah membuat satu laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengenai pembinaan "Istana Mantin" yang bernilai RM5.5juta di Kampung Gebok, Mantin.

 MyWatch minta KPN menjawab adakah benar rumah ini miliknya dan jika benar, dari mana datangnya sumber pendapatan untuk membina "Istana Mantin" ini?

 Atau adakah ini harta keluarga yang dibina menerusi keuntungan daripada syarikat Nilai Arms & Ammunitions Sdn Bhd milik anak perempuan KPN dan Unggul Shooting Academy Sdn Bhd milik abang KPN? ~ sumber
  KPN Khalid dalam reaksinya berkata semalam, beliau tidak mahu melayan tuduhan Sanjeevan tersebut.

Sebaliknya beliau menuduhnya tuduhan tersebut adalah gara-gara akibat daripada siasatan polis keatas Sanjeevan, ketua NGO itu marah dengan dia.

 "Saya tidak akan bertindak balas terhadap keadaan terdesak beliau. Beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan saya serahkan kepada mereka untuk menyiasat," katanya. 

Sejak dia ditangkap pada Jun kerana didakwa memeras ugut RM25,000 daripada seorang ahli perniagaan.

  Minggu lalu, sepasukan polis merampas siri BMW 6 dan empat motosikal di bawah undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

Apakah tindakan Sanjeevan ini semata-mata kerana marah dan berdendam terhadap tindakan polis keatasnya?

Walau apa pun kita berharap siasatan yang tuntas dapat dilakukan oleh SPRM keatas semua yang terlibat dan di bawa ke muka pengadilan supaya dihukum dengan setimpal.

Jangan hanya siasat Banglo RM2.8 juta Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana dia dari parti pembangkan. Tetapi bila melibatkan banglo RM5.5 juta KPN tidak mahu bertindak.

Buktikan pada rakyat  bahawa SPRM berani menjalankan tugas tak kira siapa sahaja yang kena tudoh. Biar rakyat percaya dan hormat pada pegawai SPRM dan perundangan negara.

Tiada ulasan: