Ahad, 6 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Projek ECRL: Pakatan Penyamun 1World

Posted: 05 Nov 2016 04:42 PM PDT


 Puak-puak UMNO dan parti Lebai begitu marahkan DAP kononnya DAP parti cina yang beridiologi komunis.Tapi akhirnya presiden UMNO sendiri pergi ke negara komunis melutut menawarkan pelbagai projek mega disamping meminjam duit RM55bilion untuk menampung hutang yang kian membusung.

60% eset negara sebelum ini juga sudah digadai kepada cina komunis ini, sedangkan anjing anjing gila parti Lebai dan UMNO siang malam menyalak "Hidup Melayu" " Ketuanan Melayu" .... Akhirnya pemimpin tertinggi kamu yang jadi pengkhianat kepada bangsa Melayu dengan berkerja sama dengan komunis.....

Satu ketika dahulu komunis dianggap musuh negara tapi sekarang komunis disanjung dijulang.... UMNO pengkhianat dan parti Lebai turut sama bersubahat.

Mujurlah masih ada seorang manusia yang waras seperi Dato Mahfuz Omar dalam parti Lebai yang menulis :

 Projek baru Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang telah diumumkan pembinaannya oleh PM Najib semasa membentang Bajet 2017, adalah projek Pakatan Penyamun 1World.Pencuri Malaysia menganugerahkan projek ECRL kepada penyamun dari negara China. Mereka sama-sama menyamun wang rakyat Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar , Ahli Parlimen Pokok Sena melalui tulisannya di fesbuk.

RM30 bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion

 Projek yang bermula dari pelabuhan Klang dan berakhir di Tumpat akan melalui Kuantan dan Terangganu, memang perlu untuk kemudahan masyarakat Pantai Timur bagi menyeimbangi pembinaan landasan berkembar di Pantai Barat. Tetapi malangnya wujudnya amalan curi dan korupsi keatas wang rakyat.

YB Mahfuz telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai projek yang diberikan kepada  China Communication Construction Company Ltd (CCCC) kontraktor dari negara China tanpa melalui tender terbuka bagi mendapatkan harga yang terbaik.

Menurut Mahfuz, Kos projek sepanjang 600km yang awal dan sepatutnya berharga RM30 bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion bersamaan RM92 juta untuk 1km.

Adakah CCCC lebih awal 'membeli' penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1) untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion dari harga awal RM30 billion.

Maka secara tidak langsung kos curi dan korupsi kerajaan Malaysia terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Pinjaman dari negara China dan kontraktor juga dari negara China.. Kenapa?

Menurut YB Mahfuz, pinjaman RM55 bilion untuk pembinaan projek tersebut diperolehi dari Export-Import Bank of China (EXIM) manakala kontrak pembinaan dianugerahkan kepada China Communication Construction Company Ltd (CCCC) kontraktor dari negara China.

Beliau hairan kenapa pinjaman dari negara China dan kontraktor juga dari negara China?

Apakah ini merupakan syarat yang ditetapkan oleh Bank pemberi pinjaman untuk projek ini? Soalnya.

CCCC disenaraihitam oleh Bank Dunia

Menurutnya lagi, beliau berasa kesal kerana berlaku campurtangan asing dalam menentukan pemilihan kontraktor; tambahan pula syarikat  tersebut adalah syarikat yang telah disenaraihitam oleh Bank Dunia kerana menipu dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk memperolehi dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang menganugerahkan projek kepada mereka.

Syarikat CCCC juga terlibat dalam skandal merasuah penjawat awam di negara lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya.

Pakatan Penyamun 1World

Menurut Mahfuz, Projek ECRL adalah projek Pakatan Penyamun 1World. Pencuri Malaysia menganugerahkan projek ECRL kepada penyamun dari negara China. Mereka sama-sama menyamun wang rakyat Malaysia.

"Adakah CCCC lebih awal 'membeli' penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1) untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion?" Soal Mahfuz.

Dari harga awal RM30 billion kini menjadi RM55 billion (lebihan RM25 bilion), maka tidak salah jika rakyat Malaysia mengesyaki lebihan tersebut adalah untung untuk menampung pembayaran hutang 1MDB yang dicuri, tulisnya lagi.


Alamat buruk untuk rakyat Malaysia

Syarikat yang memperolehi projek ECRL adalah syarikat yang nama singkatannya terdiri daripada 4 CCCC! Apakah kedatangan mereka ke Malaysia akan membawa 'alamat buruk' untuk rakyat Malaysia?

"Orang Cina tidak suka no 4 (Si) kerana kefahaman mereka apabila disebut 'C' baca dalam sebutan Si, membawa makna buruk sama ada mati atau miskin. Bagi mereka ini lambang kematian," tulisnya.

"Rakyat Malaysia sedang berdepan dengan 'keburukan dan kematian politik' dan ekonomi serta malang yang berpanjangan akibat dari amalan salahguna kuasa, rasuah, keborosan dan penyelewengan serta kerakusan kerajaan UMNO/BN.

"Kecuali jika rakyat mampu bangkit menebus maruah harga diri membebaskan kehidupan dari pemerentahan dan menamatkan kuasa politik UMNO/BN." Kata Mahfuz.  ~ sumber

Tiada ulasan: