Rabu, 30 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


HORMATI HAK PERLEMBAGAAN ORANG ASLI DI KELANTAN

Posted: 30 Nov 2016 05:00 AM PST


Pemuda AMANAH menyelar tindakan pihak berkuasa menangkap seramai 47 orang asli Temiar di Gua Musang kerana melakukan halangan (blockade) di pos perkampungan mereka. Tindakan ini adalah satu tindakan yang zalim dan melanggar hak mereka di bawah Perkara 13(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan "Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya mengikut undang-undang".

 Terdapat banyak kes-kes Mahkamah yang diputuskan telah mengiktiraf kawasan hutan yang diduduki orang asli yang merupakan tanah adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sebagai tanah sah mereka walaupun tiada hakmilik dikeluarkan oleh pihak kerajaan termasuk 'landmark case' Adong Bin Kuwau lwn Kerajaan Negeri Johor yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

 Justeru, orang asli Temiar yang mempunyai hak sah ke atas tanah mereka di kawasan hutan simpan kekal di Gua Musang tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah. Kenyataan pihak Jabatan Perhutanan Negeri bahawa tindakan diambil mengikut seksyen 32, 47 dan 81 Akta Perhutanan Negara 1984 adalah tidak berasas kerana mereka adalah penduduk sah hutan tersebut dan bukannya orang luar yang memerlukan permit untuk memasuki kawasan hutan tersebut. Oleh itu, tindakan yang diambil terhadap mereka adalah di luar bidangkuasa dan skop Akta Perhutanan Negara.

 Tindakan mereka membuat halangan adalah bagi mempertahankan pencerobohan terhadap tanah mereka yang didakwa dilakukan oleh pihak syarikat pembalakan. Amat malang, apabila tiada campurtangan pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi membantu mereka yang ditangkap, sebaliknya mereka pula ditahan reman selama 2 hari. Tindakan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan lebih mementingkan kepentingan kapitalis pembalak daripada hak rakyat Kelantan. Hak mereka perlu dipertahankan dan tidak seharusnya didiskriminasikan, apatah lagi mereka adalah rakyat asal negeri Kelantan.

Justeru, Pemuda Amanah menggesa pihak berkuasa untuk membebaskan mereka dengan segera kerana tindakan mereka hanyalah bagi mempertahankan hak mereka dan bukannya satu kesalahan jenayah.

 Tindakan terhadap mereka jelas menunjukkan keluhuran undang-undang dan nilai demokrasi yang semakin terhakis di dalam negara ini. 

 Undang-undang disalahgunakan demi kepentingan pihak-pihak tertentu tanpa mempedulikan hak dan kebebasan rakyat terbanyak yang termaktub di dalam Perlembagaan.

FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH NASIONAL
30 NOVEMBER 2016

Yang melakukan kemungkaran, Islam, yang menentang kemungkaran pula mereka yang bukan Islam!

Posted: 30 Nov 2016 02:00 AM PST


 Apa sudah jadi dengan akhbar Harakah, sebuah akhbar resmi sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam tapi gagal membawa mesej kebenaran Islam itu sendiri.

Wartawan Harakah MUHAMMAD ARIF ISMAIL menulis secara menipu dijadikan tajuk muka hadapan akhbar tersebut : " Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak."

Harakah adalah suara "Ulama PAS". Ulama sejati tidak akan menipu.

Menipu berdosa boleh masuk neraka. Itulah yang selalu dilaungkan oleh mereka sendiri.

Semalam Harakahdaily melaporkan orang asli Gua Musang yang ditangkap kerana pertahan tanah depa kebanyakannya adalah orang luar negeri dari Pahang dan Perak.

 Tapi senarai lengkap yang dikeluarkan hari ni, berdasarkan no ic, mereka adalah rakyat Kelantan. Senarai nama orang asli itu diperolehi daripada Peguam di Mahkamah Gua Musang:
SENARAI PENUH 47 Orang Asli Gua Musang di Tahan.
• 41 - lahir di Kelantan
• 5 - lahir di Perak
• 1 - lahir di Selangor

Temubual saya sendiri dengan seorang wanita Asli Gua Musang, suaminya orang Perak (kod 08) dan menetap di Gua Musang, Kelantan.


Jika ikut kenyataan di Harakahdaily, menyebut HAMPIR SEMUA yang ditahan bukan penduduk tempatan dan berasal dari Perak dan PAHANG.

Sebenarnya dari senarai ahli, TIADA LANGSUNG dari PAHANG dan Hampir Semua dari negeri Kelantan. Tolong sebarkan pada semua. Nafikan tuduhan dan Fitnah mereka. Tq

~ Syam Ghaz
Kesimpulannya: TIADA DARI PAHANG seperti dilapor secara tidak benar oleh Harakahdaily.Harakah mohong macam Utusang. Pas ganti Umno. Integriti pemberitaan Harakahdaily mulai disangsi.

Namun apa pun, pokok persoalannya adalah mengenai pencerobohan hutan simpan, pembalakan tebang habis , ladang hutan yang pernah dibangkitkan oleh Husam tetapi cuba dinafikan oleh kerajaan Pas Kelantan Ahmad Yakob.

Orang Asli kini bangkit kerana menuntut hak mereka dan mahu menentang kemungkaran yang kerajaan Islam Kelantan lakukan keatas kehidupan mereka.

Islam sendiri suruh kita lawan dan cegah kemungkaran. Tetapi sayangnya, yang melakukan kemungkaran adalah kerajaan yang ngaku nak tegakan Islam, yang menentang kemungkaran pula dari mereka yang bukan Islam!

sumber : fesbuk Syam Ghaz / Zul Mohamed

ORANG ASLI TAK SELAMAT DI BAWAH "ISLAM PAS"

Posted: 29 Nov 2016 11:30 PM PST


Dengan apa yang dilakukan oleh kepimpinan Ulama PAS di Kelantan, bolehkah kita mencanang konsep Islam Rahmatun Lil Alamin dengan bangga ?

 Bolehkah kita menyakinkan Islam dan bukan Islam, bahawa Islam adalah Rahmat Seluruh Alam ?


Bolehkah kita menyakinkan Islam dan bukan Islam, bahawa Hudud akan memberi keadilan untuk semua ?

 Yang kita nampak, di negeri Serambi Mekah, orang asli ditindas dan dizalimi.

Yang kita nampak, hutan belantara Kelantan diratah secara rakus demi wang dan kuasa.

Apa lagi yang boleh kita banggakan negeri tinggalan Almarhum Nik Aziz ? 

Kapsion :
 Sedih! Pondok orang Asli yang dibuat untuk hentikan pembalakan di Gua Musang diroboh habis semalam! ~ Zul Mohamed

Jangan rosak hutan kami, Itu tempat kami tinggal

Posted: 29 Nov 2016 08:00 PM PST


Sekumpulan Orang Asli pagi ini berarak dari IPD Gua Musang ke Mahkamah berdekatan. Mereka menunjukan semangat solidariti keatas kawan-kawan mereka yang ditawan dan di bawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

 Sepanjang perjalanan itu, mereka beramai-ramai melaungkan Hidup, hidup orang asli, Bebas, bebas kawan kami, Bebas, bebas hutan kami, Jangan aniaya hutan kami, Jangan rosak hutan kami, Itu tempat kami tinggal ....


 Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 32 (1), Akta Perhutanan Negara 1984 (pemakaian 1985 oleh Negeri Kelantan ) kerana menduduki atau menjalankan apa apa aktiviti dalam kawasan hutan simpan kekal tanpa permit penggunaan.

 Mahkamah membenarkan semua okt direman selama 2 hari untuk membolehkan Pegawai Penyiasat, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan merakamkan siasatan.

 Setakat ni IO mendakwa ramai OKT sebagai bukan orang Kelantan berdasarkan ic mereka bukan 03, belum lagi dipastikan di mana mereka menetap yang sebenar.

 Bantahan Peguam atas kegagalan pegawai penyiasat membuat apa apa siasatan dlm tempoh 24 jam selepas ditahan tidak diterima oleh Mahkamah. 

Peguam juga membantah anak guamnya di bawa ke mahkamah dgn tangan bergari,sedangkan kesalahan yg dilakukan bukan " common criminal".

 Setakat ini 17 orang telah dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman, difahamkan jumlah sebenar ialah 49 orang.

Sumber : Che Ibrahim Mohamad / Syam Ghaz.

Pas terdesak gunakan Harakah putarbelit berita penangkapan Orang Asli Kelantan

Posted: 29 Nov 2016 05:46 PM PST

Akhbar resmi Pas, Harakah membuat fitnah dengan memutarbelitkan berita sebenar mengenai penangkapan Orang Asli Kelantan yang kononnya mereka itu kebanyakannya datang dari luar Kelantan.

GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984.

Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.
 Menurut Che Ibrahim Mohamad di status fesbuknya, setakat ni semua maklumat mengatakan semua yg ditahan adalah orang asli yg tinggal di sekitar Pos Gob, Balar, Bihai,Pasik dan Simpor, semuanya tu dalam Kelantan belaka.

"Mengikut maklumat peguam bagi pihak mereka yg ditahan, Jabatan Perhutanan akan membawa Orang Asli yg ditahan (seramai 41 orang mengikut laporan media dan 38 orang mengikut yg dibilang oleh peguam dlm lokap polis) ke mahkamah pagi ini untuk mendapat perintah reman untuk siasatan lanjut.

 "Mengikut makluman awal, semua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 32, Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menduduki atau menjalankan aktiviti dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tanpa permit yang sah.

 "Mereka disahkan ditahan oleh Jabatan Hutan Negeri Kelantan, bukan oleh Polis."  

Demikian maklumat yang dedahkan oleh Che Ibrahim Mohamad, sebagai menafikan laporan fitnah akhbar Harakah.

Jika benar Orang Asli yang ditangkap itu penduduk tempatan, bagaimana mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 32, sedangkan mereka lahir dan membesar di tempat itu? Bukan setahun dua mereka tinggal di situ!

Semata-mata mahu membela perlakuan zalim pimpinan negeri Kelantan, Pas terdesak menggunakan akhbar Harakah untuk memutarbelitkan berita.

Sama-sama kita tunggu senarai nama tangkapan resmi yang akan dikeluarkan nanti. 

Tiada ulasan: