Khamis, 3 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Penafian Nik Abduh kerana 'Malu Alah'

Posted: 03 Nov 2016 04:00 PM PDT

PAS tidak akan berunding dengan DAP dalam usaha mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PU14) akan datang, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Kita dah jawab dahulu bahawa tak ada rundingan dengan DAP," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. 

Beliau mendakwa kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti telah ditokok tambah.

Semalam (Rabu), Abdul Hadi dilapor sebagai berkata PAS tiada masalah berbincang dengan mana-mana parti blok pembangkang termasuk DAP berhubung calon pilihanraya bagi mengelak pertandingan tiga penjuru tetapi DAP tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat PAS.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin sebelum ini dilapor sebagai berkata bahawaparti itu bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti diharapkan rakan pembangkang lain untuk menghadapi BN.

Terdahulu, dalam sidang media di Parlimen, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan niat PAS yang mahu memperbaiki hubungan dengan rakan pembangkang lain dalam rundingan berhubung agihan kerusi.

Beliau berkata partinya sentiasa membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang bagi memastikan wujud pertandingan satu lawan satu pada PRU14. - Bernama

Komen al-Husseyn :

Tiba-tiba Nik Abduh menafikan kenyataan Presidennya, Hj Hadi bahawa PAS sedia bekerjasama dengan semua parti Pakatan Harapan selagi hal dalaman parti Islam itu tidak diganggu.

Nik Abduh menegaskan, "Kita dah jawab dahulu bahawa tak ada rundingan dengan DAP," katanya.

Menurut Nik Abduh, kenyataan Hj Hadi itu telah ditokok tambah oleh pihak media.

Apakah semua media yang melaporkan perkara yang sama itu semuanya telah berpakat? 

Walau bagaimana pun penafian Nik Abduh itu jauh berjanggah dengan ulasan Subky Latif mengenai kenyataan Hj Hadi tersebut. 

Subky Latif menerusi kolumnya di sini telah turut mengalu-alukan pintu kerjasama semula dengan DAP terbuka. Antara apa yang di tulisnya :
Sebelum ini pintu untuk bersama semula dengan DAP bukan sekadar tertutup, bahkan terkunci. Dengan formula TG Hashim Jasin itu, pintu tertutup juga tapi tidak berkunci. Daun pintu boleh dibuka bila-bila masa.
Pas telah lama membuka pintu (kerjasama).
Kami tidak pernah menutup pintu (di sini)
Sepatutnya, tentulah Hj Hadi sendiri yang layak membuat penafian jika

Mungkin Nik Abduh cuba menghalang presiden partinya dari membuat U-turn sebagaimana  dimasa-masa yang lalu? Ha! Ha! Ha! Ini hanyalah penafian malu alah, kata orang...

Sia-sialah kalau cuba menghalang Hj Hadi dari melakukan tabiat buruknya itu... U-turn tetap U-turn! Biarlah Hj Hadi pusintg-pusing all about di round about.... Jiwanya terasa tenteram dan bahagia begitu...

Yang bagusnya adalah komen dari polikus veteran DAP, Lim Kit Siang yang mempersoalkan perubahan secara tiba-tiba pendirian PAS tersebut. Beliau curiga dengan kenyataan Hj Hadi yang mungkin hanya helah untuk menggesa Putrajaya supaya menyokong matlamatnya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355.

"Kami telah digambarkan sebagai syaitan, iblis dan musuh Islam. Oleh itu, kita perlu meneliti kenyataan ini dan kami berharap tiada ada niat lain yang terselindung" kata Lim. Harap Wan Azizah turut fikirkan sama...

Tiada ulasan: