Khamis, 17 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Skandal lombong bijih mangan: Presiden Pas mesti tampil beri penjelasan

Posted: 17 Nov 2016 05:00 AM PST

Anggaran jumlah sumbangan Vigorous Global Sdn Bhd
kepada Pejabat Presiden Pas yang viral di media sosial.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta menjelaskan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam perjanjian melombong bijih mangan di Gua Musang, Kelantan.

 Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang dirinya memegang jawatan berkenaan, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang adanya agihan daripada projek tersebut kepada parti.

 "Sejak saya menjadi Ketua Penerangan Pas Pusat juga saya tidak pernah mendengar adanya pembahagian hasil galian milik kerajaan negeri kepada parti.

 "Tak tahulah selepas saya tidak lagi berada dalam kedua-dua jawatan itu, hal sebegini berlaku pula. Jadi, elok kiranya Presiden segera buat kenyataan rasmi.

 "Kalau tidak betul apa yang sedang viral sekarang boleh nafikan," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

 Dokumen surat akujanji antara syarikat Vigorous Global Sdn Bhd dengan Pejabat Presiden Pas beralamat di Taman Melewar, Gombak, Selangor yang berlaku pada 10 Oktober 2013 menjadi viral di media sosial.


Turut tersebar beberapa foto menyerupai Abdul Hadi sedang melihat pelan lokasi serta dikatakan melakukan solat hajat ketika lawatan ke tapak projek.

 "Pihak syarikat bersetuju dan berjanji memberi sumbangan kepada Pejabat Presiden Pas sebanyak RM10 per metrik tan jika syarikat mendapat kelulusan dari kerajaan negeri," dipetik daripada dokumen tersebut.

 Dokumen itu juga menyenaraikan anggaran jumlah sumbangan syarikat terbabit kepada Pejabat Presiden Pas yang mencecah RM200,000 sebulan dengan anggaran jumlah sebanyak RM10 juta bagi tempoh 50 bulan.

 Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Abdul Hadi tentu sekali perlu memberitahu apa yang sebenarnya berlaku agar pendedahan perjanjian itu tidak mencalarkan imej parti.

 "Saya tidak fikir tandatangan bagi 'Pemegang Amanah Pejabat Presiden Pas' lengkap dengan saksi dibuat tanpa pengetahuannya.

 "Jika sekarang baru tahu, Presiden harus ambil tindakan terhadap nama-nama yang memperakui mewakili dirinya.

Surat Akujanji antara Vigorous Global Sdn Bhd dengan
Pejabat Presiden Pas
"Ini juga berkait dengan imej, maruah dan integriti Pas itu sendiri. Sudah tentu rakyat Kelantan khasnya akan marah bagaimana hasil bumi negeri boleh diagih kepada pejabat presiden," tegasnya.

Pada masa sama, ujarnya, pihak kerajaan negeri Kelantan juga tidak harus berdiam diri terhadap projek melombong mineral itu yang terletak di Lot PT6728 Mukim Relai di Daerah Chiku dengan anggaran kawasan diluluskan seluas 600 hingga 800 ekar itu.

 "Ini dalam negeri Kelantan. Agihan kepada kerajaan negeri yang hanya RM5 per metrik tan yang lebih rendah berbanding untuk parti politik akan dilihat ramai pihak sebagai tidak adil.

 "Tentu rakyat Kelantan akan marah. Sepatutnya, kerajaan negeri yang mendapat hasil yang lebih bukan pihak lain.

 "Bahkan, rakyat melihat ada unsur-unsur rasuah apabila seolah-olah pihak Pas yang menolong mendapatkan projek melombong itu dengan syarat beri RM10 per tan metrik kepada parti. Jangan nanti orang kata oh inilah budaya politik matang dan sejahtera," tambahnya lagi. ~ sumber

Jom Solat Hajat di Lombong....ha! Ha! ha!

Posted: 17 Nov 2016 02:44 AM PST

 Kewujudan Surat 'perjanjian Manganese' yang turut ditandatangani oleh Zuraidin secara tidak langsung telah disahkan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan, Akhi Ustaz Ahmad Fadhli Shaari melalui tulisannya :

Tidak dapat habuan yang dipinta, dedahkan perjanjian yang dibuat sebelum ini semata-mata untuk wujudkan persepsi jahat. Padahal perjanjian tidak valid pun. Orang macam ini tidak boleh dipercayai lagi untuk mana-mana urusan di masa akan datang. Pakat-pakat beringat adik kakak..
 Menurut aktivis Syam Ghaz, Ustaz Fadhli adalah orang PASIR MAS dan  individu yang bernama Zuraidin (nama dalam perjanjian) adalah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Mas.

 Syam Ghas turut menimbulkan persoalan kenapa seorang Presiden Parti Politik berada di kawasan lombong manganese, tengok peta kawasan lombong, mohon guna proksi?

 Beliau berkata isu dapat tak dapat projek itu adalah soal kedua, yang jadi isu ialah:

 1. Presiden sebuah parti politik di kawasan lombong manganese utk solat hajat? 

 2. Dengan Setiausaha Politik pulak tu? buat apa, jika bukan urusan dalaman parti. 

 3. Dengan tauke dan syarikat yang nak bagi komisyen pula tu? 

 4. Ada satu salinan surat sampai kepada saya, siap ada sign MB yang juga Persuruhjaya negeri berkenaan? 

 5. Paling teruk, dibuat lepas TGNA tidak jadi MB, iaitu bulan Disember 2013. 

Barangkali sebelum ni, masa ada arwah TGNA tak boleh berlaku adegan solat hajat di kawasan lombong manganese siap lihat peta lombong tu.

 p/s: Sy tak sebut parti mana dan negeri mana ya, fikir la sendiri.

AJK UMNO Gua Musang dedah sebab sebenar di pecat dari FELDA

Posted: 16 Nov 2016 05:03 PM PST

Assalamualaikum wbt.

 Bermula pada 11.11.2016 . Saya tidak lagi bertugas di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Saya telah ditamatkan kontrak 2 bulan lebih awal oleh pihak Pengurusan FELDA atas alasan penjimatan kos operasi sbg pegawai kontrak. Selama di FELDA, saya diamanahkan di  Jabatan Komuniti dan bertanggungjawab kepada Unit isu dan aduan peneroka . 

 Namun begitu , saya melihat, penamatan kontrak saya adalah lebih berpunca daripada tindakan dan perbentangan serta laporan2 saya berkaitan isu2 dan masalah dalam Pengurusan FELDA terutama berkaitan kepentingan warga Felda dan Generasi baru serta kepentingan kakitangan FELDA (secara detail tidak dpt saya dedahkan secara terbuka). 

Namun begitu, 3 isu besar adalah isu Pengurusan ladang, isu Penyata Hutang, isu urustadbir dan isu Perumahan Generasi baru FELDA. Pendedahan dan laporan tersebut dibuat Bersama PEMANDU Jabatan Perdana Menteri yg ditugaskan ke FELDA pada pertengahan Oktober 2016. 

 Selain bertanggungjawab kepada tugas ,sebagai ANAK PENEROKA FELDA, saya berasa sangat bertanggungjawab untuk mempertahankan kepentingan warga FELDA dan generasi baru. Lebih dari itu bertanggungjawab kepada kerajaan yg saya dukungi perjuangannya.

 Pada awal nya saya memilih untuk tidak membuat kenyataan terbuka. Namun akibat pelbagai tuduhan negatif terhadap saya dan keluarga. Saya memilih bertindak untuk bersuara. Saya tegaskan di sini, saya bukan pembangkang, atau menjadi penyalur maklumat kepada pembangkang. 

Saya masih Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Gua Musang, manakala isteri saya Fadzlete Aryani adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Gua Musang merangkap Naib Ketua Puteri Negeri Kelantan. Tuduhan yg amat berat kepada saya adalah satu tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan turut memberi Kan kesan kepada tugas dan tanggungjawab isteri saya.

 Sebagai sebahagian kepemimpin kecil dalam UMNO dan sebagai anak peneroka FELDA, menjadi tanggungjawab saya menegur kesilapan dan kesalahan2 jelas yg merugikan serta memberikan cadangan2 untuk kepentingan warga FELDA disamping menguatkan sokongan warga FELDA khususnya kepada Kerajaan. Tiada  istilah "tidak dpt dedak " kerana saya menegur mengikut saluran yg sepatutnya. Saya Boleh memilih untuk mengikut, atau berdiam diri jika ingin terus kekal dan menjaga kepentingan diri.

 Diharapkan, jawapan ringkas ini dapat menjawab semua persoalan berkaitan saya. Saya tidak mengharapkan pujian, atau penghargaan. Namun saya memilih untuk terus memperjuangkan Hak dan kepentingan FELDA dan warganya, sbg anak FELDA saya bertanggungjawab melaksanakan amanah tersebut. 

Semoga Allah mengampuni dosa2 Kita dan terus me letakkan diri Kita dikalangan sebahagian mereka yg masih diberi Peluang memperjuangkan kepentingan orang ramai. Pasti banyak cabaran dan rintangan, inshallah jika kita tabah,  perjuangan ini akan dipermudahkan.

Salam perjuangan 
 #feldadihatiku 
#janganmalumengakuanakfelda 
#549214 ~ sumber 

Tiada ulasan: