Rabu, 16 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kelantan bayar royalti kepada Pejabat Presiden PAS?

Posted: 16 Nov 2016 06:11 AM PST


Netizen bertanya:

 Apa kaitan kedaulatan hasil bumi Kelantan, perlu bayar royalti kepada Pejabat Presiden PAS? Semua jenis royalti hasil bumi Kelantan perlu masuk akaun kerajaan negeri Kelantan. Bentang penyata belanja dalam dewan.


Teknik bumi hanguskah? Mana rakyat Kelantan? Dayuskah? Bangkit! Siasat! Bongkar jika benar! Lawan ulama kapitalis ini. Sistem ini dibuat secara legal dalam sistem kapitalisme.

Ketua Polis Negara digesa bertindak segera ke atas Jamal, jangan berrethorik!

Posted: 16 Nov 2016 02:34 AM PST


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar digesa supaya bertindak segera keatas ketua gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus kerana jelas telah membuat laporan polis palsu mengenai kejadian hidungnya berdarah.

KPN patut menahan Jamal untuk soalsiasat kerana membuat aduan polis palsu.

Sejak beberapa hari lalu, telah viral di media sosial rakaman video memaparkan detik kejadian yang berlaku di pusat beli belah Ampang Point Ahad lalu.

Jamal, Ketua Umno Sungai Besar itu dirakamkan menjerit "polis tumbuk saya" tetapi kemudian memberitahu pemberita 'budak' ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin yang menyerangnya.

Rakaman dari  vdo menunjukan detik yg dikatakan Jamal
kena tumbuk di hidungnya ketika bergelut dgn polis.
 Walau bagaimanapun, dalam laporan polisnya, Jamal mendakwa individu memakai t-shirt BERSIH menumbuk muka dan hidungnya .

KPN dilihat sebagai berrethorik bila beliau mengumumkan akan mengambil tindakan keatas pemimpin gerakan Baju Merah, Jamal Md Yunus, jika siasatan mendapati dia membuat laporan palsu.

"Polis sedang menyiasat kejadian itu, jika didapati Jamal sengaja menyalahkan orang lain, maka dia boleh dikenakan tindakan," katanya di sini.

Mengapa sehingga kini PDRM dilihat begitu lembab sangat untuk menyiasatnya dan menentukan apa sebenarnya berlaku? 

Tiada ulasan: