Jumaat, 11 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Ahmad Awang : Istiqamah dengan islam, bukan dengan parti

Posted: 11 Nov 2016 03:57 PM PST


Jangan istiqamah kepada parti sebaliknya istiqamah kepada Islam, kata Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH), Ahmad Awang.

 Beliau berkata demikian bagi menyindir parti PAS yang sering menggunakan kalimah itu untuk menghalang ahlinya keluar parti bagi menyertai Parti Amanah.

 "Kita dalam parti AMANAH golongan yang istiqamah dengan islam. Istiqamah dengan parti tidak dituntut," katanya dalam satu ceramah baru-baru ini.

 Ahmad menegaskan, AMANAH ditubuhkan berdasarkan fahaman sesebuah parti politik cuma salah satu daripada jemaah Islam.

 Beliau memberi contoh, ramai ahli gerakan tersohor umat Islam, Ikhwanul Muslimin pernah meninggalkan gerakan itu.

 Bagaimanapun, kata beliau, bekas ahli Ikhwanul Muslimin terbabit tidak dituduh pengkhianat Islam oleh gerakan berkenaan.

 Malah, katanya, mereka yang keluar Ikhwanul Muslimin itu juga tidak dituduh berdarah kafir.

Sementara itu, blogger dan fesbuker Abdul Rahman Abdul Talib @ Tulang Besi mendedahkan mengenai ajaran sesat yang sedang berlaku dalam Pas.

 Beliau kesal kerana perkataan 'Istiqamah' telah dimanupulasi oleh Pas bagi kepentingan politik sendiri.

Himpunan Fastaqeem anjuran Pas, mempunyai kata asal yg sama dengan perkataan Istiqamah dlm Quran. Sedangkan AL Quran tak ajar Istiqamah kepada parti Politik. Istiqamah adalah untuk Allah semata-maka, tulis Abdul Rahman.

 Menurutnya, Al Quran mengajar kita bahwa Istiqamah adalah hanya kepada Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Al Ahqaaf :13)
Beliau menyifatkan ulama-ulama PAS sebagai jahat kerana menggunakan perkataan-perkataan dalam Quran utk menisbahkan kepada mereka dan bukannya kepada Allah.

 Menurutnya, ramai ahli2 PAS tertipu dengan wayang ulama-ulama PAS ini dan tidak dapat membezakan antara parti politik dengan Islam. 

Mereka terus menerus ditipu oleh ulama-ulama mereka kerana mereka nampak parti politik dengan Islam adalah sama.

HUTANG LANDASAN KERETAPI ISTANBUL-VIENNA TELAH MENGGADAI EMPAYAR ISLAM OTTOMAN SAMPAI TERBINA NEGARA HARAM ISRAEL.

Posted: 11 Nov 2016 02:00 AM PST

Najib sedang mengulangi sejarah kejatuhan khalifah Ottoman?
Kita sudah pada tahun 2016. Sudah 92 tahun lamanya empayar Islam telah musnah dan tiada lagi kesinambungan baiah khalifah dari zaman Rasulullah S.A.W sehingga ke hari ini. Sekalipun sebahagian penguasa negara semenanjung Arab menggelarkan mereka sebagai Khalifah namun hanya sekadar gelaran lain selain sultan.

 Mari lihat perkara ini bukan atas dasar politik. Tapi anggaplah ia dari sudut seorang warga negara yang sayangkan negaranya. Bukan mahu menentang namun yang terang mungkin boleh diterangkan lagi dengan penjelasan begini.

 1854, selepas Perang Kremia, khalifah Ottoman ketika itu telah membuat pinjaman dari pada Eropah dengan bank dari British dan Perancis yang memberikan pinjaman. Pinjaman ini dibuat bagi menyambung landasan keretapi sedia ada hingga ke Vienna Austria melalui negara-negara milik wilayah kerajaan Ottoman ketika itu. Untuk yang tidak tahu, Islam Ottoman telah sampai ke Hungary dan sebahagian Austria pada zaman itu. Membina jalan keretapi hingga ke Austria itu sama seperti membina jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan Kelantan.

 Pinjaman itu juga adalah untuk mendanai gayahidup khalifah yang korup pada ketika itu dengan perbelanjaan istana yang sudah tidak lagi masuk akal dan tidak tertampung dengan perbendaharaan empayar. Maka hutang perlu dilakukan pada tahun 1854.

 Seperti hari ini kita buat pinjaman di bank kita lihat semua salesman salesgirl mereka muka secantik Neelofa tapi bila kita tak bayar hutang, Neelofa tak Neelofa semua kita nampak dah macam Norlia Ghani atau Rosnah Mat Aris semasa marah.

 Begitu juga setelah 21 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1875, hutang yang diambil oleh kerajaan Ottoman telah meningkat menjadi 200 Juta British Pounds dengan bunga tahunan dibayar ialah 12 juta Pounds yang pada ketika itu MELEBIHI SEPARUH DARI PENDAPATAN NEGARA.

 Maka terpaksa khalifah membenarkan satu pencabulan negara dari jalan depan melalui OPDA (Ottoman Public Debt Administration). Apa itu OPDA?

 OPDA ialah apabila Eropah mula masuk ke Ottoman untuk mengutip cukai terus kepada rakyat tanpa melalui kerajaan Ottoman. Inilah satu pencabulan dan penjajahan paling biadab yang berlaku akibat kesilapan khalifah terjebak dengan perangkap riba' anak Roth dan sekutunya. Pada satu ketika biasa ada lebih 5000 sehingga 9000 orang kakitangan pengutip cukai yang jumlahnya melebihi dari semua pekerja Empayar Ottoman dalam kementerian kewangannya.

 Jika sukar nak dibayangkan, cuba fikir begini. Ayah awak pinjam dari saya duit. Dan bila dia tak boleh bayar, saya masuk rumah awak dengan OPDA tadi dan ambil dari setiap apa yang mak ayah dan anak-anak dapat semua akan bayar kepada saya dahulu.

 Sehinggalah hutang ini berkurang menjadi 106 JUTA POUND pada 1881. Masih lagi belum berakhir walaupun kesucian empayar telah dirobek dengan penjajahan kewangan dan percukaian untuk membayar hutang kerajaan. Panjang lagi ceritanya selepas itu namun akhirnya pada tahun 1954 iaitu 100 tahun selepas hutang yang dibuat oleh kerajaan Ottoman oleh khalifah yang korup ketika itu barulah seluruh hutang ini terbayar.

 Saya tidak melihat 100 tahun ia berjaya dibayar. Tetapi saya melihat apakah yang hilang dalam 100 tahun itu termasuk kedaulatan Turkey Ottoman yang ranap. Atas dasar nasionalisme teritorial Ottoman di Eropah dan sebahagian di Arab juga melepas diri mencipta kemerdekaan dari khalifah yang korup dan menindas.

 Memang kekhalifahan itu sistem Islam tetapi semakin ke arah kejatuhan, kekhalifahan yang dulu didasari Islam juga semakin lama semakin korup dengan pelbagai anasir negatif dan juga aqidah yang semakin melonggar dalam perlaksanaan Sunnah & Kitabullah.

Israel juga adalah salah satu kesan dari perangkap riba' ini. Jika tidak besar dosa riba' sehingga boleh memusnahkan sebuah empayar, maka tidaklah nabi berpesan khusus dalam khutbah terakhir baginda untuk kita jauhi dari riba'.

 Sejarah mungkin berulang cuma di tempat yang lain, oleh orang yang lain tetapi KONTEKSNYA masih sama. Saya tak boleh cerita panjang nanti orang malas nak baca. Jika terkesan, sila study lagi...jangan percaya apa saya cakap kerana saya juga mungkin salah. Sila study sendiri supaya kita sendiri yakin dan tahu di mana kita hari ini?

 Bila melihat apa yang berlaku semalam, ia sangat menyedihkan sehingga filem viral Sunk into the Womb tidak langsung buat air mata saya menitik.

 Dari memaki hamun, elok kita doa agar tangan-tangan di atas diberi petunjuk dan hidayah agar mampu memimpin kita dengan sangat adil dan baik. Doa juga agar negara yang bakal anak cucu kita warisi ini kekal berdaulat dan tidak akan dilacurkan pada masa akan datang atas kesilapan yang kita tidak mampu sesali kerana ketika itu kita sudah tertanam di dalam lahad.

 Ini bukan artikel politik, tetapi satu jentikan fikiran untuk kita sama-sama faham. Sebelum berhutang, kentut pun wangi...

Ahlong yang bertatoo yakuza satu badan dan sudah sembelih orang pun boleh senyum manis sampai semua nak buat menantu. Selepas berhutang dan tidak bayar, yang senyum manis memikat menantu semua bertukar menjadi hantu. Segala jenis hantu.

 Semoga bermanafaat dan dikongsikan manafaat ini. ~ Saiful Nang.

Media putar belit kenyataan Dr Siti Mariah Mahmud?

Posted: 10 Nov 2016 10:00 PM PST


KENYATAAN DR SITI MARIAH MAHMUD , AHLI PARLIMEN KOTA RAJA PERBAHASAN DIPERINGKAT JAWATANKUASA KEMENTERIAN KEWANGAN PADA 9HB NOV 2016

Saya mengucapkan terima kasih kepada FreeMalaysiaToday.com dan Mynewshub kerana SPIN ucapan saya kelmarin. Saya kesal perbahasan saya di ambil luar konteks dan di beri perspektif yang negatif.

 MYNEWSHUB buat tajuk PAN KESAL CUKAI ARAK NAIK BAKAL BEBAN PEMINUM FREEMALAYSIATODAY buat tajuk JANGAN BEBANI BUKAN ISLAM DENGAN CUKAI TINGGI JUALAN ARAK

 Mungkin ada lagi portal lain yang melaporkan secara negatif dan berniat jahat untuk memburukkan Parti AMANAH Negara

 Perbahasan saya diperingkat jawatankuasa Kementerian Kewangan sebenarnya 

1)bertanya berapa jumlah cukai dosa (arak, judi, rokok) yang dikutip oleh kerajaan 

2) mencadangkan supaya hasil kutipan cukai-cukai dosa diasingkan daripada dana wang yang disatukan dan digunakan untuk bayaran faedah pinjaman kerajaan. Ini akan membersihkan dana ini dari unsur haram. Cadangan dibuat kerana gaji kakitangan kerajaan dan elaun ahli Parlimen dibuat dari dana wang disatukan ini. Ia adalah satu langkah perbersihan sumber pendapatan dan menepati kehendak syariat 

3) mencadangkan supaya semua perkara yang dianggap haram dan berdosa (arak, rokok) ni dijual dalam premis yang dilesenkan. Tujuannya ialah memudahkan penguatkuasaan penjualan arak dan rokok hanya kepada yang dibenarkan. Masakini penjualannya meluas dan tidak dapat dikuatkuasakan dengan berkesan. Akta kastam dan eksais hanya mewajibkan perlesenan untuk menjual "distilled alcoholic" drinks dan tidak bir. Bir dijual dengan meluas tanpa memerlukan perlesenan. Menteri Kewangan 2 dalam jawapan beliau juga tidak sedar yang penjualan bir tidak memerlukan lesen.

 Semasa saya berbahas, YB Pengkalan Chepa bangun untuk mencadangkan cukai rokok dan arak dinaikkan. Saya menjawab dalam satu ayat cukai rokok memang sudah dinaikkan (dari masa kesemasa) tapi saya tidak bersetuju untuk menaikkan cukai arak kerana ia mungkin membebankan orang bukan Islam.

 Jawapan yang sepatutnya saya beri pada ketika itu ialah rakyat sudah bayar cukai GST untuk segala pembeliaan dan penggunaan. Arak sudah ada duti import dan GST. Pada dasarnya saya tak bersetuju sebarang peningkatan cukai terhadap rakyat.

 Saya menafikan yang saya mencadangkan cukai arak diturunkan.

 Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Kedua, Dato Johari Abdul kerana di dalam jawapannya menerima cadangan saya dengan positif. ~ sumber

Tiada ulasan: