Nuffnang

Pengikut

ALHUSSEYN

sumber :-

ALHUSSEYN


Pakatan Harapan bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal?

Posted: 02 Nov 2016 03:44 PM PDT

Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu
sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan.
Apabila Presiden Pas Hj Hadi dan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pakat-pakat membuat kenyataan mengumumkan yang kononnya PAS sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu, ternyata bahawa mereka berdua ini langsung tidak ada sifat rasa malu cuba untuk membohongi rakyat Malaysia.

 Hj Hadi dan Hashim Jasin memang berbohong bila menyatakan PAS sudah lama membuka pintu kepada konsep satu lawan satu.

Apakah Hj Hadi dan Hashim ingat kita semua sudah lupa yang PAS sebelum ini telah menolak sebarang rundingan dengan mana-mana pihak di dua pilihan raya kecil iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu?

Apakah Hj Hadi ingat kita semua lupa yang kamu telah istiharkan perjuangan parti Islam kamu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan semata-mata mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara.
"Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa," Baca di sini di sini
Apakah Hashim Jasin ingat kita semua lupa sewaktu ucapan pertamanya selaku mursyidul am dengan jelas tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang mahu menjatuhkan perdana menteri.

PAS menolak sebarang kerjasama semata-mata untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri.
"Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi," katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi. Baca di sini 
Kalau Pas sudah tidak mahu bekerjasama untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri, apa perlunya Pas menyertai PRU yang akan datang?

Apakah perubahan sikap mereka kerana mahu bertarik tali dengan Umno setelah hajat untuk bawa RUU 355 gagal?

Pas amat kecewa apabila janji Umno untuk memberi laluan Hj Hadi menjadi hero RUU 355 tidak tercapai sebagaimana yang dijanjikan.

Bayangkanlah, betapa kecewanya Hj Hadi setelah beliau bersunggoh-sunggoh menggerakkan seluruh jentera partinya melancarkan kempen 'Sokong RUU 355' sejak sekian lama…

Kekecewaan Hj Hadi dan seluruh ahli Pas hanya mampu digambarkan melalui ucapan Naib Presidennya, Idris Ahmad yang berkata, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.

Nak kata apa lagi?? "Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris di sini.

Pas kena kencing Umno sebab tak ikut cakap almarhum TGNA yang pernah peringatkan kita semua dulu : Jangan percayakan Umno!

Kalau dah kena kencing berkali-kali dan masih tidak serik, itu namanya bebal!

Tak ada sebarang (usaha) untuk bersama (dalam)
Pakatan Harapan. Tak mungkin berlaku - atTakiri
Mungkin juga ini adalah merupakan misi terbaru Pas sebagai Trojan Horse Umno untuk memecah belahkan Pakatan Harapan sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada Pakatan Rakyat dulu?

Pas tentunya bertujuan mahu menyisihkan Amanah daripada Pakatan Harapan.

Keengganan PAS mengadakan sebarang kerjasama dengan PH sebelum ini adalah kerana ia turut dianggotai parti AMANAH yang dilabel sebagai pengkianat oleh Hj Hadi.

Pas sudah tentu mahu status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini mahu dikekalkan.  Kemana mahu letaknya Amanah ?

Pas yang telah banyak pengalaman kena kencing Umno berkali-kali kini cuba nak kencing Pakatan Harapan pula??

Amat bebal jika Pakatan Harapan turut bersedia untuk kena kencing oleh sang bebal!

Kes Liwat Anwar : Tiada Kaitan dengan RUU355

Posted: 01 Nov 2016 04:19 PM PDT

  Ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 27 Oktober lalu menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya, Marwan Shukrimun, seorang penyokong totok Hj Hadi telah menulis di fesbuknya:
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan Qazaf Anwar Ibrahim pagi tadi. Alasannya kerana ia diluar bidang kuasa mahkamah. Semua mahkamah syariah adalah tertakluk di bawah akta 355.Takziah buat DSAI, keluarga dan semua pengikutnya. Saya harap mereka jadikan ini pengajaran untuk memahami betapa pentingnya bidangkuasa mahkamah syariah diperluaskan, bukan sahaja dalam bidang hukuman.

 Perjalanan memerdekakan mahkamah syariah dari belenggu aturan penjajah masih jauh. Namun langkah pertama harus dimulakan. Caranya ialah, sokong usul RUU pindaan akta 355 yang bakal dibawa oleh MP Marang nanti.
 Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan sedemikian selepas mendapati mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.

 Komen al-Husseyn :

Inilah perangai penyokong Hj Hadi yang tidak ketahuan hala.Kalau pasal isu skandal PM Najib songlap dana 1MDB, cepat-cepat mereka minta mahukan saksi empat mata.... walaupun Najib sendiri telah mengakui telah menerima RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi apabila Mahkamah Tinggi Syariah menolak untuk mendengar permohonan prosiding qazaf Anwar, ada pula yang mengaitkannya dengan akta 355!

Persoalan kes tersebut bukan persoalan menjatuhkan hukuman sebagaimana yang terkandung dalam Akta 355 tetapi ia bersangkutan dengan pentafsiran Seksyen 36 dan 41 yang tidak menyebutkan liwat secara literal dalam kesalahan Qazaf.

Namun ini tidak bermakna ia boleh menghalang untuk Mahkamah Syariah membuat tafsiran secara konstruktif.

Peruntukan ini boleh ditafsirkan dengan makna yang lebih luas sesuai dengan hukum syarak dan pandangan fuqaha muktabar termasuk ulama mazhab Shafii. Umumnya, kesalahan Qazaf bukan sahaja merujuk kepada zina, malahan perkataan zina boleh sahaja ditafsirkan dengan makna yang lebih luas.

Seiring dengan pandangan jumhur termasuk pandangan kuat Mazhab Shafii, zina dalam kes Qazaf juga merujuk kepada pertuduhan liwat ke atas seseorang.

Che Ibrahim Mohamed :  Qazaf adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 36, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yg boleh dihukum dgn denda RM5000 atau penjara 3 thn. Hanya Pendakwa Syarei yang ada kuasa untuk mengarahkan siasatan dan mendakwa kesalahan ini di mahkamah syariah berdasarkan maklumat atau aduan yg diterimanya.

 Mengikut undang-undang Islam, qazaf termasuklah tuduhan zina atau liwat atau menafikan nasab sesaorang tanpa ada 4 orang saksi, malangnya Enakmen Jenayah Syariah Selangor menyempitkan tafsiran qazaf setakat tuduhan zina shj.

 Bidangkuasa mahkamah syariah disebut satu persatu dlm Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan Perlembagan Persekutuan, bukannya dalam Akta 355, Akta Mahkamah Syariah ( Bidangkuasa Jenayah ) 1965.

 Akta 355 hanya berkaitan kuasa hukuman yg boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah. Apa apa pindaan kepada Akta ini termasuk RUU 355 yg dikemukakan oleh MP Marang tidak mengubah bidangkuasa jenayah di mahkamah syariah walaupun sedikit.

 Di Kelantan, Qazaf tidak diperuntukkan sebagai satu kesalahan dlm Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985. Walaupun kesalahan qazaf disebut dlm Kanun Jenayah Syariah ( II ) ( 1993 )2015, namun Enakmen ini masih belum dikuatkuasa, oleh itu qazaf tidak dianggap satu kesalahan jenayah syariah di Kelantan.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT