Isnin, 31 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


RUU 355 Dijangka Tidak Dibentang, PAS Rela Dikencing Berkali-kali

Posted: 31 Oct 2016 01:31 AM PDT

Pas tak rugi apa-apa jika dikencing lagi, kata naib presiden

Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.

Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.

"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.


Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.

Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.

Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.

Pas kini memberikan sepenuh tumpuannya untuk mempastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.

Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti. -MD

ULASAN GB

Selepas RUU 355 dijangka tidak dibentangkan di parlimen sessi kali ini, maka berkatalah PAS bahawa mereka tak kisah dikencing berapa kali pun oleh UMNO.

Bukankah kenyataan itu menjelaskan kebebalan PAS?

Kemudian Idris berhujjah.. "Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu."

Orang lain kecuali PAS menyedari telah dikencing berkali-kali di dalam sistem pilihanraya, itu sebab mengapa kita bangkit melalui perhimpunan BERSIH, menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Kita menentang skandal 1MDB, PAS tidak.

Lain sangat perangai PAS ini. Tak mahu sertai BERSIH seolah-olah amat akur dengan penipuan UMNO itu... rela dikencing lagi. Kenyataan Idris itu sebenarnya hanyalah untuk menutup malu dan bebalnya yang kini terdedah.

Orang bebal yang rela dikencing berkali-kali tidak layak memimpin. Kerana syarat menjadi pemimpin mesti menpunyai ciri-ciri "bijaksana" - salah satu sifat rasul - iaitu "fatanah".

Di dalam satu hadith sahih Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali." Riwayat Bukhari & Muslim.

Ini dah berpuluh kali jatuh di lubang yang sama, bererti dah terkeluar dari kategori "mukmin" (orang beriman) jika berpandukan kepada hadith di atas.

Allahyarham TG Nik Aziz dah berpesan yang PAS nampakya telah mengaiabaikan pesannnya itu: jangan sekali-kali percaya kepada UMNO


Kerana tak mendengar nasihat TGNA, maka sebab itulah PAS kini dikencingkan berkali-kali oleh UMNO dan semuga PAS bahagia lantarannya.



FEATURED ADS


Tiada ulasan: