Khamis, 27 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tolak RUU 355 Tak Jadi Kafir, Tapi Ahli PAS Dah Biasa Melabel Sana Sini....

Posted: 27 Oct 2016 01:36 AM PDT

PAS tak pernah kafirkan siapa tak sokong RUU Hadi

PAS hari ini berkata parti itu tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat, Mei lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU itu hanya sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.


"PAS tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang PAS yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili PAS.

"PAS memang tidak pernah bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan pihak yang suka melabelkan macam-macam," katanya sewaktu ditemui pemberita di Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai pertemuan pimpinan parti itu bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Pertemuan itu turut dihadiri peguam yang juga ahli DAP Pahang Zulhazmi Shariff, bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya dan penceramah PKR Wan Ji Wan Hussein.

Takiyuddin bagaimanapun enggan mendedahkan bila pertemuan itu berlangsung, sebaliknya hanya berkata ia diadakan di ibu kota.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata pertemuan itu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan terhadap PAS yang dilakukan netizen di laman sosial.

"Perjumpaan ini tidak tertutup, memang terbuka. Ia dilakukan pengguna Facebook, tetapi saya bukan seorang pengguna laman sosial itu, jadi saya tidak tahu apa berlaku.

"Kita tidak pernah kata, kalau tolak adalah kafir. Ini proses demokrasi, siapa yang nak sokong, sokong. Yang tidak mahu sokong, tidak perlu sokong," katanya.

RUU 355 antara lain ingin memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 2A yang menyebut:"Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen disebutkan di atas selain hukuman mati". -FMT

ULASAN GB

Benarkan PAS tidak pernah mengkafirkan mereka yang menolak RUU 255?

Jika benar mengapakah tiada lansung tindakan diambil terhadap Yang Dipertua PAS Padang Serai yang terkenal dengan isu "tanam jirat jika tak sokong RUU 355"?


PAS tidak boleh berdalih itu sekadar pendapat peribadi, kerana menyuarakan itu ialah seorang pimpinan PAS Kawasan.

Itu tak termasuk lagi suara-suara ahli PAS yang berterabur di media sosial mengkapiaqkan dengan sesuka hati dengan alunan bahasa yang kasar seperti seolah-olah hanya mereka yang Islam orang lain yang menolak RUU 355 sebagai kafir.

Kata Takiyuddin lagi "PAS tidak terlibat dalam label melabel."

Kenyataan Setiausaha Agung PAS itu ternyata tidak benar kerana ini label-melaberl menjadi darah-daging pemimpin dan ahli-ahli PAS. Ia sudah menjadi budaya PAS semenjak "AMANAT Hadi 1981" lagi. Label-melabel ini telah sebati dengan ahli-ahli PAS.

Selain dari label kafir, banyak label-label lain dikenakan terhadap golongan yang tidak bersetuju dengan PAS seperti agen zionis, agen yahudi, balaci DAP, Pandap, pengkhianat, khadam, tolol, barua dan sebagainya.

Malah sehingga kini label-label itu masih digunakan oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Baru-baru ini pemimpin PAS sendiri menggelar kaldai dan anjing gila terhadap orang lain.

Teruskanlah melabel, kerana hukum kebenaran dan keadilan akan menterbalikkan segala label itu kepada si penutur dan penuduhnya nya.




FEATURED ADS


Lelaki Bunuh Diri Akibat Tekanan Hidup, Minta Presiden PAS Jangan Tertipu Dengan UMNO

Posted: 26 Oct 2016 09:49 PM PDT

Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan mendakwa Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.

Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri.


Di dua perenggan akhir tulisannya beliau ada menulis meminta Presiden PAS agar tidak tertipu dengan UMNO

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.
Baca tulisan Shukri di FB nya dibawah:

Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang naik makamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.

Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM 4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya, aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.

Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.

Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.

Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak (Makteh Bibah)

Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.

Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang, tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.

Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.

Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.

Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.

Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.

Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.

Maafkan aku.









ULASAN GB

Kita tidak bersetuju dengan mana-mana umta Islam mengambil langkah "membunuh diri" walau apa pun alasannya kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan oleh agama.

Membaca tulisannya, kita amat memahami tekana hidup dan penderitaan yang dilaluinya.

Ditangkap menjual rokok murah. Dia didenda dan berhutang untuk membayar denda itu. Dan kini kena lagi dan beliau merasakan tidak mampu untuk membayar denda lagi dan merasakan dirinya bakal dipenjarakan.

Beliau mempertikaikan kesalahan menjual rokok murah yang nilainya tak sampai RM200 dia bakal dipenjarakan, sedangkan  menurutnya "aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Ia menyangkut persoalan KEADILAN di dalam sistem perundangan negara. Terdapat banyak kes yang berlaku dimana hukuman tidak seimbang dan setimpal. Contohnya seorang pemuda di Terengganu dihukum penjara 36bulan (3 tahun) kerana menyamun RM20 untuk membeli susu anaknya berlainan pula dengan kes Khir Toyo yang hanya dipenjara 12 bulan (1 tahun ) kerana berjuta-juta ringgit.


Itu belum lagi kes RM2.6 bilion yang sehingga kini tiada sebarang tindakan pun diambil dan perompaknya masih lepas bebas!

Sementara itu, beliau sempat meminta Presiden PAS jangan tertipu dengan UMNO yang dikatanya hanyalah bermain wayang untuk menyokong rang undang-undang yang hendak dibawanya, sedangkan tujuan UMNO hanyalah untuk memecah-belahkan pembangkang.

Beliau meminta supaya pembangkang kembali bersatu dan dapat memerintah negara supaya nasib orang-orang sepertinya terbela.

Jadi kepada pembaca budiman, GB serahkan kepada tuan-tuan untuk membuat tafsiran dan ulasan masing-masing.





FEATURED ADS


Tiada ulasan: