Rabu, 26 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Tak Dapat Digambarkan Keadaan Jika Api Merebak Ke Blok Pediatrik" - KP Kesihatan

Posted: 26 Oct 2016 12:26 AM PDT

KP Kesihatan kongsi cerita suka duka di HSA

Hari ini saya diingatkan mengapa kita - rakyat Malaysia - adalah yang terbaik. Seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah menceritakan kembali pengalamannya:

Hari ini adalah detik hitam untuk kita. Kita berdepan tragedi terburuk yang boleh terjadi ke atas sebuah hospital. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang menghubungi dan meninggalkan pesanan untuk saya.

Ingatan anda kepada saya amat dihargai.


Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu kami mengharungi detik ini. Ingatan khusus juga kepada:

* Allah kerana menyelamatkan semua bayi saya. Tak ada kata-kata dapat menggambarkan keadaan jika api merebak ke blok pediatrik

* Rakan sekerja dan pegawai perubatan (MO)

Kepada semua, terutama rakan sekerja wanita di wad saya hari ini. Apabila kebakaran bermula mereka mengetepikan kepentingan sendiri dan memberitahu pegawai perubatan lelaki: "Kamu semua pergi selamatkan pesakit. Lakukan apa yang perlu. Mereka perlukan orang untuk memindahkan pesakit. Kami akan uruskan pesakit bayi".


MO saya hari ini memandang saya ketika lawatan ke wad dan berkata: "Anda tak boleh fokus hari ni, kan Muhaimin? Anda mahu ke sana membantu. Pergilah. Jaga diri."

Dan begitulah bagaimana kami semua membantu di jabatan jecemasan dan bahagian lain hospital.

* PPK (Pembantu perawatan kesihatan), jururawat dan MA (pembantu perubatan)

Kepada semua PPK saya. Anda tidak tahu peranan dimainkan mereka hari ini. Sesetengah mereka membawa tangki oksigen dari satu tempat ke satu tempat tanpa mempedulikan keringat bercucuran semata-mata untuk memastikan semua orang selamat.


Saya tahu sesetengah mereka mengalami osteoathritis namun mereka begitu gagah hari ini. Jururawat dan MA begitu cekap sehinggakan sesetengah arahan dijalankan tanpa perlu disuruh.

Semua orang tahu apa yang perlu mereka lakukan. Sesetengah mereka mengorbankan waktu makan tengah hari semata-mata memastikan tiada pesakit terbiar di wad-wad baru.

* Anggota bomba

Mereka adalah orang paling berani yang meredah api untuk cuba menyelamatkan pesakit kami. Sebahagian mereka kelihatan begitu penat dalam seragam dan peralatan berat. Mereka adalah wira tidak didendang hari ini.


* NGO (pertubuhan bukan kerajaan)

Tzu Chi, Jabatan Amal, ARIF, dan banyak lagi. Terima kasih untuk bekalan air dan makanan. Malah McDonalds datang dan memberikan burger kepada semua orang. Dalam tempoh kurang dari tiga jam bantuan tiba tanpa henti sehingga kami terpaksa mengedarkan semula makanan itu ke jabatan-jabatan lain.


* Pegawai yang tidak bertugas

Ramai rakan pegawai perubatan pelatih dan jururawat, MA dan PPK yang tidak bertugas datang ke hospital dengan pakaian sukan untuk membantu. Anda tahu betapa berharganya hari cuti kepada kami.


Saya dapat berehat seketika untuk minum hari ini selepas seorang rakan saya yang baru selesai bertugas pada syif malam datang dan mengambil alih tempat saya. Sesetengah daripada mereka datang dengan mata merah dan wajah kepenatan (kerana belum cukup rehat). Semoga Allah membalas semua kebaikan kalian.

* Doktor pakar

Saya meletakkan mereka di bahagian akhir kerana rasanya mereka berhak mendapat satu daripada penghargaan terhebat. Dapatkah anda bayangkan bagaimana menguruskan sebuah wad yang dibina untuk pesakit unit rawatan rapi, ortopedik, pembedahan, neuro dan sebagainya dalam tempoh kurang dari 30 minit?


Doktor-doktor pakar adalah petugas paling tenang di dalam wad. Mereka menguruskan pelatih dan pembantu perubatan, memberi arahan lenkap dan meletakkan semua petugas di tempat yang betul supaya semuanya berjalan lancar.

Daripada memberi arahan kepada pelatih perubatan mengambil darah hingga mengarahkan jururawat kanan membuat semakan, mereka berjaya menyempurnakan tugasan itu dan mengubah suasana kelam-kabut kepada keadaan terkawal.

Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami kepimpinan yang baik.

Marilah kita berdoa untuk yang terkorban. Semoga roh mereka bersemadi dengan aman.

* Catatan ini disiarkan di akaun Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah








FEATURED ADS


Siapa Sebenarnya Kaldai & Anjing Gila Itu?

Posted: 25 Oct 2016 07:00 PM PDT

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.


Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu. -MD

ULASAN GB

Biasalah Haji Hadi dengan bahasanya begitu. Nak buat macamanalagi. Naib Ketua Ulama Sedunia katakan. Ada lesen besar untuk berkata sesuka hati agaknya.

Beliau meminta semua ahli PAS khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

Tapi beliau sendiri tidak hadir di parlimen. Akhlak Islamkah yang mengajar seseorang itu untuk ponteng parlimen walaupun ambil gaji dan elaun?



Bukankah menunaikan amanah sebagai ahli parlimen itu WAJIB hukumnya? Jika tak mampu untuk hadir, lebih baik letak jawatan sebelum hukum kebenaran dan keadilan berjalan dimana Presiden PAS akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. Siapa memaksa? Ya hukum kebenaran dan keadilan yang menyatakan: yang tak menjalankan amanah akan tetap menerima hukum yang setimpal dariNya. HukumanNya boleh datang dalam pelbagai bentuk, direntap segala macam kurniaan nikmat seperti nikmat kesihatan dan paling akhir ialah "mati dengan tiba-tiba" tanpa sempat untuk bertaubat. Kita sekadar mengingatkan.

Oh sebelum terlupa, beberapa hari lepas Setiausaha Agung PAS ada membuat kenyataan "PAS memutuskan tidak menyertai BERSIH 5 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal kerana parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta BERSIH 4 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

Tinggi akhlak orang-orang PAS ya? Tak boleh main pijak-pijak. Itu tak berakhlak kononnya!

Tapi cuba tengok yang di bawah ini, siapa agaknya mereka itu? Jangan nanti ditempelak: kaldai dan anjing gila yang kembali kepada penuturnya!




ULAMA TIADA NILAINYA JIKA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN, BAHKAN ALLAH SAMAKAN MEREKA DENGAN ANJING

Firman Allah SWT dalam Surah Al A'raf ayat 175-176 (yang bermaksud);

"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat2 Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya keluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang kepada) ayat2 itu, tetapi dia bermati2 cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia mengeluarkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang2 yg mendustakan ayat2 Kami. Maka ceritakanlah kisah2 itu supaya mereka berfikir."






FEATURED ADS


Tiada ulasan: