Isnin, 24 Oktober 2016

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Melaka Juara Liga Perdana 2016

Posted: 24 Oct 2016 09:39 AM PDT

Assalamualaikum 

Tahniah diucapkan kepada pasukan Melaka United yang telah berjaya menjuarai Liga Perdana untuk tahun 2016. Tahniah diucapkan kepada pemain dan pihak pengurusan terutama kepada Ketua Jurulatih Melaka United, Coach Mat Zan yang telah bersusah payah berusaha untuk memastikan Melaka United terus unggul dan berjaya ke Liga Super pada tahun 2017. 

Sememangnya ini merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh anak melaka tak kira dimana mereka berada.Kenangan yang akan terpahat disanubari setiap anak melaka yang ingin melihat pasukannya berjaya dengan jayanya. 

Cuma ada beberapa harapan yang rasanya boleh saya coretkan disini khusus buat para pemain Melaka United sebagai bekalan pada masa hadapan : 

1. Amanah pada tanggungjawab yang diberikan. 
Sebagai pemain yang profesional dan dibayar gaji, perlulah sentiasa melaksanakan tugasan atau homework yang diberikan serta melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Walaupun dibayar mahal tetapi persembahan yang diberikan dalam setiap perlawanan perlu setimpal dengan apa yang diberikan. 


2. Kerjasama yang erat dikalangan pemain 
Kadang ada yang tak puas hati dengan prestasi rakan sepasukan tapi benda boleh selesai dengan kerjasama yang diberikan. Tanpa kerjasama yang diberikan sesebuah pasukan atau team itu mungkin sukar untuk mendapat kemenangan. 

3. Niat ikhlas untuk memajukan diri dan menaikkan imej pasukan. 
perkara ini merupakan perkara yang pokok yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Ini kerana jika seseorang itu bermain bukan niat untuk memajukan diri mahupun mengangkat imej pasukan, maka sesebuah pasukan itu pasti akan menemui kegagalan. 

Apa pun, Selamat Maju Jaya untuk Melaka United 

#demikebanggaanku
#gegaumelakagegau
#AmukjebatAmuk 

Sombong Punca Ukhwah Terputus

Posted: 24 Oct 2016 09:22 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua 

Rasanya dah lama sangat tak menulis dalam blog yang rasanya dah dekat 5 tahun nie. Malam nie tergerak hati nak tulis satu tajuk yang mungkin sama-sama kita boleh ambil kesedaran dan manfaat untuk semua khususnya kita yang mengaku beragama islam. 

Bila cakap pasal sombong, memang rata raka dikalangan kita tahu yang sombong nie salah satu daripada sifat mazmumah yang tercela. Sombong juga merupakan salah satu daripada punca atau asbab yang menyebabkan iblis dan syaitan disingkirkan daripada syurga dek kerana merasakan dirinya lebih hebat dan lebih mulia daripada Nabi Adam Alaihissalam. 

Kita juga sebagai anak adam dan hamba Allah yang hidup di akhir zaman ini juga tidak lari daripada sifat tersebut tak kiralah kita ini pemimpin atau orang biasa. Disebabkan kita merasakan yang diri kita ini dah cukup hebat dan cukup bagus jika dibandingkan dengan orang lain yang kurang berbanding kita. 

Sedangkan kita telah ditunjukkan oleh Allah kesan -kesan atau balasan kepada golongan yang sombong terutamanya dalam melaksanakan segala tuntutan yang telah digariskan oleh Islam. Sifat ini sewajarnya kita hindari sebagaimana firman Allah SWT dalam AlQuran surah al-isra' ayat 37-38 

 وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا (37

Maksudnya :  Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Selain itu, sifat mazmumah ini juga mampu memutuskan ukhwah dan silaturrahim yang terjalin antara kita dengan sahabat kita. Sahabat yang sama-sama bersusah payah dengan kita untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan bila kita susah dia bantu kita tapi bila kita senang kita lupakan dan pinggirkan dia seumpama simpulan bahasa melayu " Ibarat kacang lupakan kulit" Ibarat melepaskan anjing yang tersepit dan sebagainya. 

Jadi kita sama-sama muhasabah diri kita, siapa kita sebenarnya dan layakkah kita memiliki sifat sombong, angkuh, bangga diri dan rasa hebat ini hanya Allah sahaja yang layak memilikinya dan bukan kita sebagai makhluk.Marilah kita sama-sama mengubah mentaliti dan sikap kita kerana ianya boleh membawa kepada kesan yang buruk terutamanya kepada diri kita, keluarga kita dan masyarakat. 

Sama-sama kita lakukan perubahan. Setiap yang baik yang diusahakan dengan baik, hasilnya juga akan dapat yang baik. Wassalam 

Tiada ulasan: