Khamis, 27 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kerajaan buat bodoh skandal 1MDB, Husni Hanadzlah pula diserang persoal kebenaran?

Posted: 27 Oct 2016 05:24 AM PDT

husni 1mdb

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Reaksi terhadap ucapan perbahasan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Parlimen Selasa lalu yang membangkitkan beberapa persoalan kritis terhadap skandal mega 1MDB tidak memeranjatkan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula membakulsampahkan ucapan Husni dengan berkata bahawa tiada apa-apa yang baru diutarakan bekas menteri itu dalam siri persoalannya berkenaan skandal 1MDB.

"Saya terkejut dengan komen Annuar, memandangkan saya mengikuti dengan rapat kisah memilukan skandal 1MDB ini sepanjang tujuh tahun lalu.

"Setahu saya inilah kali pertama Husni menyuarakan keresahannya mengenai skandal mega global 1MDB kepada khalayak umum," kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengulas perbahasan terbabit.

Dalam ucapan tersebut, buat kali pertama Husni memberi amaran bahawa skandal 1MDB akan menghantui kerajaan Malaysia. 

Ini termasuklah persoalan kehilangan dana berjumlah US4 bilion syarikat Aabar BVI, saman arbitrasi US$6.5 bilion IPIC berpangkalan di Abu Dhabi dan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencek (KWAP) kepada anak syarikat 1MDB, SRC International.

"Apa yang lebih memeranjatkan dalam pendedahan Husni di Parlimen itu ialah, meskipun beliau merupakan menteri paling setia dan profesional dengan KPI terbaik di kalangan menteri-menteri, beliau difitnah oleh cybertrooper UMNO di media sosial selepas meninggalkan Kabinet," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.

Dalam ucapannya Husni berkata, "…the social media, dua hari selepas saya berhenti, dia punya attacking kepada saya for no reason and I know who the "A", "B", "C" yang attack saya. Why play this game? Let us love the rakyat. Kita bekerjalah untuk rakyat."

Semalam, blogger terbuang Raja Petra Kamaruddin juga melancarkan serangan peribadi terhadap Husni, dengan memetik tuduhan-tuduhan salahlaku seks, malah menuduh Ahli Parlimen Tambun itu tidur dengan isteri orang.

Parlimen Malaysia dilihat sedang bersandiwara dengan berlagak seolah-olah masalah melibatkan kleptokrasi dalam negara tidak wujud sama sekali.

Kit Siang justeru mengingatkan seluruh Ahli Parlimen bahawa mereka bertanggungjawab untuk bersatu dan membersihkan negara daripada gelaran kleptokrasi global gara-gara saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) untuk menyita harta terkait wang curi melibatkan 1MDB.

"Kecualilah jika kerajaan UMNO telah memutuskan bahawa tidak mungkin untuk Malaysia membersihkan diri daripada tuduhan tersebut, sehingga pilihan yang ada cumalah untuk berlakon seolah-olah ia langsung tidak terjadi.

"Adakah negara telah mencapai tahap yang begitu menyedihkan ini?" soal Kit Siang. 

Sejak Dewan Rakyat bersidang awal minggu lalu, Kit Siang telah memboikot sesi pertanyaan menteri apabila Speaker memutuskan untuk menghalang perbahasan berkait saman sivil DOJ dengan alasan ia adalah sub judis dan boleh mempengaruhi kes di Amerika Syarikat. – Roketkini.com

KENAPA 1MDB PAYAH SANGAT NAK CARI JURUAUDIT?

Posted: 27 Oct 2016 05:16 AM PDT


Pernahkah kita mendengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan sebelum ini yang juruauditnya bertukar ganti sampai tiga kali?

Kemudian, pernahkah juga kita dengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan yang begitu sukar untuk mendapatkan juruaudit baru sebagai pengganti?

Kenapa hanya 1MDB yang ditimpa masalah begitu?
 
 
 
 
Masihkah lagi kita mahu percaya bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan yang tidak bermasalah dan semuanya selama ini diurus dengan baik?

Jika tidak bermasalah dan semuanya okay, mengapa sehingga ini seolah-olah tiada juruaudit yang sanggup melakukan audit untuk 1MDB?

Selama 22 tahun Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri, pernahkah kita dengar ada syarikat milik kerajaan yang bukan saja tidak diaudit lebih daripada setahun, bahkan untuk melantik juruaudit baru pun banyak kesukarannya?

Dalam hal ini, apa kata Kementerian Kewangan dan 1MDB meminta bantuan Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan atau Annuar Musa untuk mendapatkan juruaudit baru bagi syarikat pelaburan kerajaan paling bermasalah sejak merdeka itu?

Manalah tahu kalau-kalau ada syarikat audit di Kota Belud atau Ketereh yang sanggup menjalankan "tugas murni"  untuk 1MDB itu!! 


KPDNKK rampas minyak masak yang disorok di rumah kosong

Posted: 27 Oct 2016 05:09 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


KPDNKK


JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Muar merampas minyak masak seberat 3,585 kilogram yang dianggarkan bernilai hampir RM10,000 di sebuah rumah tidak berpenghuni di Rawang, Tangkak semalam.

Ketua Cawangan KPDNKK Muar Nor Azmi Lamisza berkata pada serbuan pukul 3.30 petang itu, pihaknya menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan  sebagai tempat menyorok bekalan minyak masak sejak beberapa hari lepas.

"Semasa serbuan, kita mendapati rumah tidak berpenghuni dan tidak ada  sebarang perabot atau perhiasan yang kita percaya dijadikan sebagai satu tempat penyimpanan.

"Kita percaya minyak tersebut akan dijual untuk pasaran tempatan berikutan jangkaan kenaikan harga barang menjelang perayaan Deepavali. Jadi, ia mungkin dilakukan oleh peniaga yang mahu mengaut keuntungan dengan menaikkan harga barangan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek.

"Pihak kami juga meminta kepada mana-mana orang yang mempunyai maklumat kes ini supaya tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," kata beliau.

Nor Azmi berkata mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyorok barang kawalan dan di bawah Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 22 Akta yang sama dan boleh didenda sebanyak RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi individu.

Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM2 juta. Dari Jan tahun ini sehingga semalam, cawangan itu telah merekodkan  sebanyak 110 kes dengan nilai rampasan bernilai RM41,442.54 dan jumlah kompaun sebanyak RM19,100.

Sepanjang tahun lepas pula, KPDNKK Muar merekodkan sebanyak 108 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM617,273.60 dan jumlah kompoun sebanyak RM29,100.

Dari Jan tahun ini sehingga semalam, KPDNKK Muar telah menerima sebanyak 139 aduan berbanding 110 aduan sepanjang tahun lepas.

Nor Azmi berkata pihaknya juga mengucapkan terima kasih ke atas aduan dan  maklumat dari orang ramai khususnya berkaitan isu-isu kepenggunaan dan penyelewengan.— BERNAMA

Azeez doa moga Muhyiddin, Husni tak jadi hipokrit

Posted: 27 Oct 2016 05:04 AM PDT

 
Ahli Parlimen Baling berkata mereka mungkin kebal di dalam Dewan, tetapi mereka mungkin mungkir Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan


Umno MP hits out at 'opposition stooges' Muhyiddin, Husni


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mempertikaikan dua bekas menteri yang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad dalam perbahasan Bajet 2017.

Dalam ucapan bahasnya, Azeez (BN-Baling) mempertikaikan mengapa bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh) dan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno-Tambun) tiba-tiba prihatin akan perkara berkaitan 1MDB.

Beliau mengingatkan kedua mereka akan sumpah kerahsiaan yang mereka ikrarkan semasa menjawat portfolio kementerian masing-masing.

"Sebelum ini kamu pertahan 1MDB, sekarang kamu persoalkan? Kamu yang sepatutnya menjawab.
"Kamu tahu amalannya. Sebagai seorang menteri kamu terikat pada sumpah.

"Sekarang (di Dewan Rakyat) kamu kebal, tapi kamu mungkin memungkiri Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan."

Muhyiddin kehilangan kerusi TPM dalam rombakan Jemaah Menteri tahun lepas. Dikatakan kerana kelantangannya mengkritik parti berkenaan isu 1MDB.

Pada Julai tahun ini, beliau disingkirkan sebagai timbalan presiden Umno.

Manakala Husni digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini.

Husni, yang mendakwa uzur akibat menangani kontroversi sekitar 1MDB, mengejutkan ramai pihak apabila mengemukakan mengajukan soalan kritikal terhadap syarikat kerajaan bermasalah itu dalam ucapan Bajet 2017 pada Isnin.

Azeez berkata Muhyiddin dan Husni – yang tidak hadir hari ini – membesar bersama Umno, tetapi hari ini menyerang parti lama mereka.

"Kamu alat pembangkang. Saya doa moga kamu tak jadi hipokrit," katanya kepada Dewan.

Beliau hairain Muhyiddin, yang sebelum ini dilabel ultra Melayu oleh pembangkang kini bekerjasama dengan mereka.

"Sebelum ini kamu musuh ketat, seorang ultra Melayu. Sekarang kami bersama Gelang Patah," katanya merujuk kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang

Hakim baru dengar kes saman fitnah Maria-Jamal

Posted: 27 Oct 2016 05:01 AM PDT

 
Pihaknya menerima surat mahkamah yang memaklumkan hakim baru akan ditugaskan mendengar kes saman fitnah Maria Chin tanpa memberi sebarang alasan, kata peguam.


jamal-maria-1


KUALA LUMPUR: Seorang hakim baru akan ditugaskan mendengar saman fitnah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah terhadap pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.

Peguam Maria, Melissa Sasidaran berkata pihaknya menerima surat daripada pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi yang memaklumkan Hakim Zaki Abdul Wahad akan mengambil alih daripada Hakim S Nantha Balan.

"Plaintif dan defendan perlu merayu pada 1 November di hadapan Timbalan Pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin)."

"Keputusan menukar hakim perbicaraan adalah arahan daripada seorang hakim Mahkamah Persekutuan Hakim Azahar Mohamed," kata surat mahkamah itu, tanpa memberikan sebarang alasan berhubung perkara itu.

Hakim Azahar kini berkhidmat sebagai sebagai hakim pengurusan Mahkamah Kuala Lumpur.

Melissa juga berkata mereka akan bertemu Jamal bulan depan untuk menyampaikan salinan saman itu kepadanya.

Pada 7 Oktober, Maria menyaman Jamal, yang juga ketua Umno Sungai Besar kerana mendakwa Bersih ialah ejen Islamic State (IS) semasa sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Bukit Aman.

Beliau mendakwa reputasinya tercalar dengan kenyataan Jamal yang mengaitkan beliau bersubahat dengan kumpulan pengganas, meminta tindakan undang-undang diambil ke atas beliau.

Sebelum ini beliau ada menghantar surat tuntutan pada 4 Oktober, meminta Jamal memohon maaf atas kenyataannya itu dalam tempoh 48 jam.

Bagaimanapun, Jamal mengadakan sidang akhbar pada keesokan harinya dan memberitahu pemberita yang beliau tidak akan memohon maaf.

Beliau juga membuang surat tuntutan berkenaan ke dalam tandas.

Kementerian siasat status sijil perakuan bomba HSA

Posted: 27 Oct 2016 04:59 AM PDT

 
Dr Subramaniam berkata, beliau akan berbincang mengenai dakwaan itu dengan pihak hospital dan bomba mengenai status bangunan asal HSA.





JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan kononnya Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata beliau akan berbincang mengenai perkara itu dengan pihak hospital dan bomba mengenai status bangunan asal HSA, yang dibina sejak 1938.

"Hospital ini dibina pada abad ke-19 dan pada ketika itu, mungkin tiada keperluan untuk FC.

"(Bagaimanapun), setiap kali kita buat perubahan atau pertambahan perkhidmatan, kita akan pastikan alat-alat keselamatan dan pencegahan kebakaran itu ada," kata beliau kepada pemberita di HSA selepas melawat HSA, susulan kebakaran yang mengorbankan 6 nyawa pesakit dan mencederakan 4 orang termasuk 3 petugas HSA.

Dr Subramaniam berkata hospital itu melalui banyak kerja menaik taraf termasuk pembinaan blok-blok bangunan baharu dan menjalani pemeriksaan serta kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Akta 355: Fahami Pembahagian Kuasa Dan kebebasan hak Hak

Posted: 27 Oct 2016 04:48 AM PDT


 
Oleh IZWAN ABDUL HALIM


KUALA LUMPUR: Usul RUU Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 tidak ada kena mengena dengan hudud, demikian jelas Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, hudud bermakna sempadan (border) iaitu undang-undang jenayah yang disempadankan di dalam al-Quran dan hadis tanpa boleh diijtihadkan ataupun dipinda oleh penganut-penganut Islam.
 
Malah terang Presiden PAS itu, Akta 355 hanya berkait dengan perundangan jenayah di bawah kuasa negeri di mana terpulang kepada negeri masing-masing sama ada mengemukakan Undang-undang Jenayah Islam Hudud, Qisas atau Takzir.

"Ada tiga jenis Undang-undang Jenayah dalam Islam. Terpulang kepada Sabah dan Sarawak, terpulang kepada Kelantan, terpulang kepada Terengganu, terpulang kepada Pulau Pinang, ini undang-undang negeri masing-masing. Usul yang saya bahas ini adalah berkaitan dengan Mahkamah Syariah.

"Mahkamah Syariah ini adalah untuk memperkenalkan bagaimana konsep mahkamah, sistem mahkamah, peraturan mahkamah. Adalah tidak adil sekiranya kita mahu melaksanakan undang-undang Islam, tak perlu mahkamah. Itu tak betul, mesti ada mahkamah, ini untuk memperkenalkan mahkamah.

"Mahkamah syariah sudah ada sejak zaman berzaman. Zaman British, setelah kita merdeka, ada lagi Mahkamah Syariah. Maka berlakulah dua kali pindaan bagaimana nak menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Apa yang berlaku pada hari ini, taraf Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret, ini sangat mendukacitakan bagi penganut-penganut Islam," perinci beliau.

Penjelasan itu diutarakan sebagai menjawab soalan-soalan diajukan kepada beliau ketika sesi Perbahasan Bajet 2017 dalam Sidang Parlimen, di sini semalam.

Tambah beliau lagi, perkara berkait dengan Mahkamah Syariah sudah disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan pada Jadual Kesembilan iaitu Perkara Satu Senarai Negeri, bermakna terpulang kepada negeri masing-masing melaksanakannya tanpa dipaksa.

Malah jelasnya, ia tidak berkait dengan orang bukan Islam di mana sebut jelas kewujudan dan penghukuman kesalahan hanya dilakukan ke atas penganut Islam terhadap perintah agamanya, bahkan tidak boleh melangkaui bidang kuasa dalam Senarai Persekutuan.

Demikian itu tegasnya, jelas menunjukkan bahawa tidak ada masalah yang menghalang bagi penganut-penganut Islam memperkasakan Mahkamah Syariah dan berunding dengan semua pihak.

"Perlembagaan sudah memberi hak, Islam Agama Persekutuan, agama-agama lain adalah bebas. Dalam masa yang sama kita menghayati konsep demokrasi berparlimen. Adapun sikap mereka di Parlimen, sama ada menyokong atau tidak, itu bukan hak saya.

"Terpulang kepada masing-masing, mahu menyokong, membangkang, berkecuali, saya tak boleh paksa. Ini adalah konsep demokrasi. Yang kita bawa ke Parlimen ini pun kerana memahami prinsip demokrasi dan memahami prinsip Perlembagaan dan rukun negara.

"(Kita) menghormati penganut semua agama, bukan sahaja perkara yang disebut, bahkan Islam sendiri dalam al-Quran," ujarnya memetik ayat 42 surah al-Maidah mengenai hak bukan Islam sama ada mahu berhukum dengan hukum Islam atau hukuman lain.

Menurut Tuan Guru, Islam telah memerintah selama 1,000 tahun lebih dalam negara yang sangat luas ketika belum adanya alat-alat yang canggih dan segera seperti kini serta boleh menangani masyarakat majmuk.

Di mana ketika itu ceritanya, mengalami keadaan orang-orang bukan Islam yang tidak mahu menerima undang-undang Islam maka diserah kepada mereka sendiri dengan dibenarkan mereka mengadakan mahkamah sendiri dalam hal berkait dengan agama.

"Oleh kerana undang-undang ini (adalah) undang-undang agama, Quran mengatakan pilihan kepada penganut agama-agama lain. Tidak salah bagi penganut agama-agama lain untuk mengemukakan undang-undang mereka sendiri, undang-undang jenayah mereka sendiri.

"Setahu saya, di dalam _'Bible Old Testament_' yang kami sebut _Taurah_, menjadi amalan kepada orang Kristian, ada juga undang-undang Qisas dan Hudud. Terpulang kepada mereka sendiri nak kemukakan atau tidak, kita orang Islam terpulang kepada kita sendiri," ujarnya.

Lebih RM300 Juta Dibelanja Untuk Rawatan Strok

Posted: 27 Oct 2016 04:45 AM PDT

MALAYSIAN DIGEST





KUALA LUMPUR - Kira-kira 76,000 pesakit strok mendapatkan rawatan di pelbagai hospital dan institusi perubatan setiap tahun dengan anggaran kos rawatan yang ditanggung sebanyak RM316.51 juta.

Ketua Jabatan Perubatan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Profesor Dr Norlinah Mohamed Ibrahim berkata ia merangkumi 45,000 kes baru yang menerima rawatan sebagai pesakit biasa dan 31,000 sebagai pesakit luar.

Bagaimanapun katanya anggaran kos rawatan itu tidak dibiayai sepenuhnya oleh pesakit sebaliknya antara 70 hingga 80 peratus daripada kos berkenaan disubsidi kerajaan kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai insurans.

"Anggaran kos ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap kos rawatan strok bagi setiap pesakit yang mendapatkan rawatan setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Hari Strok Sedunia dan pelancaran aplikasi telefon pintar pemantau strok 'Stroke Riskometer' versi Bahasa Malaysia, di sini hari ini. - Bernama


DUN Kelantan ‘panas’, wakil PKR dakwa ditawar seks di KB

Posted: 27 Oct 2016 04:02 AM PDT


DETIK DAILY





KOTA BARU, — Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini "panas" apabila seorang anggotanya mendakwa aktiviti pelacuran masih berlaku di bandar ini walaupun setelah lebih 20 tahun PAS memerintah Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Mohd Roslan Puteh (PKR-Guchil) mendakwa aktiviti itu masih berlaku di Jalan Hamzah di sini selepas beliau ditawarkan khidmat seks apabila kenderaan yang dinaikinya didekati sekumpulan wanita.

Beliau berkata wanita berkenaan, yang menaiki sebuah kereta, berbuat demikian sejurus beliau membayar bil telefon bimbitnya menggunakan mesin layan diri pada 12.45 tengah malam tadi.

"Masih ada wanita tawar perkhidmatan tak sepatutnya walaupun dah lebih 20 tahun (PAS memerintah Kelantan). Ada empat wanita (yang tawar khidmat seks).

"Saya terserempak (dengan mereka) selepas bayar bil telefon," katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2017 Kelantan pada persidangan dewan itu di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hassan Mohamood (PAS-Tawang) bangun mencelah perbahasan itu dengan mengatakan dakwaan dikemukakan Mohd Roslan tidak mempunyai bukti kukuh dan mencurigakan.

Beliau berkata sudah tidak ada lagi sarang pelacuran di negeri ini selepas ia dibanteras agensi berkaitan.
Namun, Mohd Roslan tetap mempertahankan dakwaannya itu dengan berkata perkara itu sangat mencurigakan kerana seorang wanita selalunya berada di rumah dan tidak berpeleseran lebih daripada 12 tengah malam.

"Mereka (wanita) sepatutnya berada di rumah tapi kalau berpeleseran di bawah pokok di satu kawasan yang sejak 40 tahun dahulu (terkenal dengan aktiviti pelacuran), sebagai umat Islam bagi saya keadaan itu mencurigakan.

"Saya boleh jadi pemandu kepada exco berkaitan untuk tinjau tempat tersebut," katanya. — Bernama

1MDB berhantu seperti Altantuya: Tahniah Muhyddin, Husni dan Shafei

Posted: 27 Oct 2016 04:00 AM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar


 


Walaupun Parlimen telah melarang keras isu 1MDB dibangkitkann dalam perbahasan di parlimen kerana ia dianggap subjudis (?) tetapi kebijaksanaan dan rasa tidak tahan hati ahli parlimen mengenai isu itu yang kini disifatkan sebagai skandal perdana negara ia berjaya juga ditimbulkan untuk pengetahuan rakyat dan tindakan ahli-ahli parlimen yang lain.

Tindakan berani dan bertanggungjawab ahli parlimen membangkit dan mendedahkan bagaimana syarikat pelaburan strategi yang dipengerusikan Najib Razak itu digerak dan dijanakan dalam keadaan songsang dan meragukan sangat dialu-alukan. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berani dan ikhlas membangkitkan perkara itu demi negara.

Tindakan mereka itu adalah satu tanggungjawab kepada bangsa dan negara dan sikap seperti inilah yang dibutuhi rakyat. Mereka layak digelar sebagai perwira membela rakyat dan negara.

Dua orang ahli parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017 yang langsung membangkitkan perkara itu kandatipun secara imbas lalu tetapi memberi makna dan kesan besar. Mereka ialah ahli parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) dan Tambun (Ahmad Husni Hanadzlah). Kedua-dua mereka adalah bekas anggota kabinet dimana mereka tentu lebih arif dan berautoriti bercakap mengenai isu berkenaan dan apa yang mereka utarakan adalah kebenaran.

Sebagai ahli kabinet mereka bukan sahaja tahu yang telor Najib dua biji tetapi warnanya sekali amat dimaklumi. Maaf terkasar sedikit.

Daripada penjelasan dan persoalan dibangkitkan oleh mereka berdua menjelaskan mereka tidak diberikan maklumat yang betul mengenai tujuan penubuhan syarikat 1MDB dan ia tampaknya digerakkan secara perseorangan (one man show) oleh Najib Razak.

Najib adalah pengerusi 1MDB. Kekesalan mereka bersabit isu itu kerana Najib menyembunyikan daripada pengetahuan mereka akan kedudukan sebenar yang sekaligus menafikan hak mereka sebagai anggota kabinet. Di sinilah mereka berasakan mereka hanya dijadikan alat oleh Najib untuk diheret sama dengan skandal itu yang akhirnya mereka tidak lagi betah. Keadaan ini mereka tidak boleh menerima kerana tidak sanggup dilumuri noda.

Kedua-dua mereka kini tidak lagi berada dalam kabinet. Semasa dipecat Muhyiddin adalah timbalan perdana menteri manakala Husni adalah Menteri Kewangan II.

Husni meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan II dan semua jawatan dalam Umno semasa Najib menyusun kabinet baharu berikutan pemecatan Muhyuddin dan Shafei Afdal sebagai anggota kabinet. Walaupun Husni tidak terlibat dengan tindakan "penyucian" kabinet dilakukan Najib dengan pemecatan itu, tetapi beliau mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kerana tidak mahu bersubahat dan terpalit dengan dosa kering?

Ekoran tindakan Husni mengejutkan itu ada yang menganggap beliau menghadapi masalah peribadi menyebabkan tidak dapat menumpukan kepada tugasnya di MOF. Ada juga mengatakan beliau ingin menumpukan perhatian kepada isterinya yang uzur. Sebelum ini Husni tidak menyatakan secara pasti kenapa beliau berhenti dan melepas semua jawatan menyebabkan tindakan drastiknya itu kabur?

Tentulah bagi mereka yang bernafsu besar tergila-gila untuk menjadi menteri gembira dan "raya hindu" dengan tindakan Husni dan tindakan ke atas Muhyiddin dan Shafei itu kerana mereka berharap akan menjadi penggantinya. Dua orang yang dilihat mendapat laba besar ekoran proses penyucian itu ialah Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM dan Salleh Said Keruak dibawa masuk ke dalam kabinet.

Kerana sikap profesional Husni untuk beberapa waktu tindakan beliau itu menjadi tanda tanya dan persoalan bagi orang awam. Namun bagi jauhari mengenali manikam yang sudah arif mengenai politik cantas untuk menyembunyikan busuk dan hampak sudah dapat mengagak sebab musababnya. Muhyiddin dan Shafei tidak akan dipecat kalau tidak melanggar pantang larang Najib dan Rosmah Mansor.

Teka teki disebalik tindakan Husni itu akhirnya terjawab juga semasa beliau membahas Bajet 2017. Husni telah membangkitkan beberapa persoalan 1MDB yang dilihat menjadi tekanan kepadanya sehingga tepaksa mengucapkan "sayo nara" kepada kabinet Najib. Orang berintegriti dan ada digniti tidak akan sanggup berada dalam kolong jijik lagi busuk menghampakkan. Di sinilah rakyat perlu memilih pemimpin yang bukan sahaja ada iman tetapi beriman. Banyak pemimpin mengaku ada iman tetapi tidak beriman.

Beberapa perkara dibangkitkan Husni mengenai syarikat strategi milik kerajaan menerusi MOF itu. Antara yang dipersoalkan ialah untuk apa syarikat itu ditubuhkan dengan meletakkan RM16 billion ke dalam syarikat Asbar PJS Limited Co yang dimiliki oleh dua orang anak raja. Baginya tindakan itu salah.

Beliau hairan dan bertanya kenapa tindakan kepada pengurus 1MDB tidak diambil tindakan apabila mereka jelas melakukan tindakan yang salah?

Satu perkara lagi yang dibangkit dan meragui beliau ialah mengenai penjualan 60% ekuiti milik 1MDB kepada syarikat dari China dalam projek Bandar Malaysia. Yang pelik dan ganjilnya bayaran ke atas penjualan itu akan dibuat pada tahun 2020.Jarang berlaku dalam dunia perniagaan barang diberi sementara bayarannya memakan masa bertahun-tahun.

Selain itu bekas Bendahari Umno itu juga menyatakan kebimbangannya imej kerajaan Malaysia akan terjejas sekiranya 1MDB kalah dalam kes timbangtara di London berhubung tindakan Internation Petroleum Investment (IPIC) Co milik Abu Dabi yang menuntut sejumlah AS$6,5 billion daripada 1MDB.

Ternyata persaolan dan kemusykilan dibangkitkan oleh Husni yang menggambarkan kegagalan dan kelemahan serta perbuatan penyonglapan wang milik 1MDB itu menimbul kejutan kepada rakyat dan marah dari kalangan pendolor punggung Najib. Persoalan Husni itu memberi jawaban kepada tindakannya mengapa beliau meninggal kabinet Najib.

Beberapa orang hulubalang Najib bangkit menjawab serta menghentam Husni. Antaranya ialah Ketua Penerangan Umno Malaysia Annuar Musa. Annuar menempelak Husni yang membangkitkan perkara itu sebagai tidak ada fakta baharu dan seolah-olah bekas Menteri Kewangan II itu bertanya dan menjawab sendiri. Biarlah itu tugas Annuar jawatan ketua penerangan harus digunakan seperti mana kehendak orang yang menghadiahkannya.

Apapun bagi pemerhati umum perkara dibangkitkan oleh Husni dan juga Muhyiddin serta diulas Shafei itu memberi tekanan tambahan kepada Najib. Kalau sebelum ini orang berpersepsi tindakan Husni sebagai kecewa atau kerana masalah peribadi konon tidak ada kena mengena dengan 1MDB, tetapi persoalan dibangkit di parlimen itu menjelaskan duduk perkara sebenar, bahawa beliau tidak bersedia untuk ikut sama memikul biawak hidup yang dipelihara Najib bernama 1MDB.

Bagi rakyat yang suci hati dan mahu melihat harta dan khazanah negara diurus dengan baik sangat mengalu-alukan dan berterima kasih atas tindakan serta keberanian Husni dan Muhyiddin mendedahkan kebusukan dalam kerajaan khasnya isu 1MDB itu. Percayalah mungkin anda tidak popular dari kalangan Umno, tetapi anda akan disanjung tinggi oleh segenap lapisan rakyat yang mahukan kebenaran dan keadilan. Tindakan mereka itu juga sebagai mencabar kedudukan menteri-menteri lain yang sanggup membuta dan memekakkan telinga dalam berhadapan kerenah buruk Najib.

Najib telah menggunakan pelbagai ruang dan kesempatan, institusi dan jabatan serta menggunakan banyak wang untuk mengambus isu ini, tetapi percayalah skandal kewangan 1MDB ini tetap akan hidup dan menjadi sebutan seperti mana kes pembunuhan kejam terhadap warga Mongolia Altantuya Shaariibuu tahun 2006 lalu. Sejarah telah merakamnya dan sekali ia dirakam sejarah ia akan kekal selama-lamanya.

Persatuan pengguna gesa kerajaan kawal jualan minyak masak 1kg

Posted: 27 Oct 2016 03:58 AM PDT

DETIK DAILY
 



PETALING JAYA: Persatuan pengguna menggesa kerajaan merangka satu sistem bagi menghalang penyalahgunaan subsidi minyak masak untuk golongan miskin.Mereka bimbang individu tidak bertanggungjawab akan mencari jalan mengaut keuntungan dengan mengeksploitasi subsidi minyak masak 1kg dalam peket plastik.


Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, kerajaan perlu mengehadkan jumlah peket minyak masak yang boleh dibeli pengguna atau ada orang yang akan membeli lebih daripada keperluan mereka dan menggunakannya untuk tujuan komersial.

"Restoran dan keluarga kaya akan membelinya.

"Jika subsidi itu disalahgunakan, maka tiada guna menjual minyak masak pada harga subsidi," katanya kepada FMT.

Beliau berkata, CAP sudah lama mencadangkan kerajaan memberi kad catuan kepada golongan miskin.

 "Dengan itu, mereka boleh membeli barang-barang bersubsidi."

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, individu tidak bertanggungjawab akan "menyapu pek 1kg daripada rak".

"Subsidi perlu disasarkan. Kerajaan perlu mencari jalan untuk memastikan hanya orang miskin boleh membeli minyak bersubsidi.

"Kenapa memberi orang peluang menyalahgunakan sistem? Jika itu berlaku, ia adalah akibat kegagalan mengawal keadaan."

Katanya, satu mekanisme pencegahan penyalahgunaan sepatutnya dilaksanakan beberapa bulan sebelum kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak untuk kategori lain, kecuali peket plastik 1kg.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengumumkan subsidi minyak masak hanya dikekalkan untuk peket plastik 1kg pada harga RM2.50.

Ini bermakna, subsidi untuk minyak masak kategori lain, termasuk minyak masak peket plastik 5kg akan dihapuskan dan harga akan mengikut apungan pasaran mulai 1 November ini.

Curi Pasir: Lori, Jenkaut Bernilai RM2 Juta Dirampas

Posted: 27 Oct 2016 03:47 AM PDT

MALAYSIAN DIGEST



MIRI - Polis telah membongkar kegiatan mencuri pasir di litar lumba go kart Permyjaya serta merampas 20 lori serta dua jenkaut bernilai lebih RM2 juta, jam 8 pagi hari ini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-12 Miri, Superintendan Tan Hiap Seng berkata, atas maklumat serta intipan selama seminggu 20 buah lori ditahan pada pagi ini dengan 10 sudah diisi dengan pasir manakala 10 lagi masih kosong menunggu untuk diisi dengan pasir.

"Siasatan mendapati pasir yang dicuri ialah milik kerajaan negeri untuk dibawa bagi projek pembinaan Poliklinik kerajaan di jalan Padang Kerbau," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Selain daripada lori dan jenkaut, beliau berkata, seramai 22 pemandu lori termasuk pemandu jenkaut berumur 30an-50an telah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan bersama dengan Jabatan Tanah dan Survei Miri itu mendapati kontraktor yang bertanggungjawab ke atas lori-lori tidak mempunyai permit untuk membawa pasir dan ini menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 32 (a) Kanun Tanah Sarawak. - Bernama


Minyak Masak Kurang Di Pasaran – Salah Siapa?

Posted: 27 Oct 2016 03:44 AM PDT

Malaysian Digest


Foto: ShutterstockFoto: Shutterstock

Apabila Adly Azamin ingin mendapatkan minyak masak di sebuah pasaraya tempatan di Lembah Klang, didapati rak yang biasanya menempatkan minyak masak kosong. Begitu juga di kedai-kedai runcit, tiada bekalan minyak masak. Beliau menjalankan perniagaan ayam goreng yang memerlukan minyak masak dalam kuantiti yang banyak.

Senario yang sama dihadapi oleh para peniaga makanan dan pengusaha kedai makan. Makcik Husna yang berniaga pisang goreng di Wakaf Bharu, Kelantan juga menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak. Untuk pengguna biasa, jika tiada minyak masak, mereka masih boleh membeli makanan di luar atau memasak tanpa menggunakan minyak tetapi tidak bagi para peniaga kecil seperti Adly dan makcik Husna. Jika masalah ini berlarutan, golongan peniaga kecil seperti mereka akan hilang punca pendapatan. Yang pasti, aliran wang akan terjejas yang seterusnya akan memberi kesan ke atas kehidupan keluarga masing-masing.

Dalam keadaan sebegini, seperti biasa, pahlawan kekunci (keyboard warriors) akan cepat dan sangat mudah menyalahkan pihak kerajaan, sedangkan mereka harus tahu punca kekurangan minyak masak di pasaran tempatan.

Susulan pengumuman Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) bahawa harga minyak masak dalam paket plastik 1kg dan dalam botol 5kg akan dinaikkan bermula 1 November 2016, ramai yang berebut-rebut membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak. Ada yang pergi ke pasaraya bersama keluarga; suami beli 2 unit minyak masak, isteri beli 2 unit; dan anak-anak turut membeli minyak masak bagi pihak ibu bapa mereka. Perbuatan ini pasti menjejaskan kestabilan stok dan bekalan minyak masak apatah lagi proses untuk mendapatkan stok minyak masak baharu daripada pemborong atau pembekal juga mengambil masa beberapa hari.

Foto: TBPFoto: TBP

Dalam masa yang sama, ada juga pihak pengilang, pembekal dan peruncit yang menyimpan barangan tersebut demi untuk mendapatkan keuntungan lebih selepas 1 November ini apabila dijual pada harga RM2.90 jika dibandingkan RM2.50 sekilogram sekarang. Ini sudah tentu memburukkan lagi keadaan. Perbuatan-perbuatan tidak bertanggungjawab inilah yang memberi kesan kepada para pengguna yang lain.

Ramai pihak yang tidak sedar bahawa pengurangan subsidi minyak masak sebenarnya dibentangkan pada tahun lepas lagi, dalam Bajet 2016. Walau bagaimanapun, atas keprihatinan pihak kerajaan, langkah pengurangan subsidi itu ditangguhkan dahulu sehingga kini demi kesejahteraan rakyat.

Ini kerana kerajaan juga sedar kita sedang berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi secara amnya. Rasionalisasi subsidi ini juga bukan bertujuan untuk membebankan pengguna sebaliknya ia sebagai langkah untuk membendung kegiatan penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dalam laporan Mingguan Malaysia mengatakan, kerajaan mengeluarkan subsidi hampir 85,000 tan metrik sebulan tetapi penggunaan minyak masak di Malaysia hanyalah sebanyak 40,000 tan metrik sebulan. Kemanakah perginya lebih separuh lagi pengeluaran minyak masak yang diberikan subsidi oleh kerajaan ini? Ternyata ia telah diseludup ke negara jiran.

Untuk setiap tan metrik minyak masak, kerajaan membelanjakan RM1,000 subsidi. Ini bermakna lebihan 45,000 tan metrik minyak masak menyebabkan kerajaan membelanjakan nilai subsidi sebanyak RM45 juta sebulan atau RM540 juta setahun; satu jumlah yang sangat besar. Yang mengaut keuntungan ialah penyeludup yang mencuri hasil negara dan merugikan rakyat keseluruhannya kerana subsidi ini datangnya dari cukai yang dibayar oleh rakyat juga.

Penulis kagum dengan ketegasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang mengatakan tindakan tegas akan diambil termasuk menarik lesen pembekal dan pemborong minyak masak jika mereka didapati menyorok barangan itu untuk mengaut keuntungan. Beliau juga bakal mengarahkan pegawai penguat kuasa KPDNKK untuk pergi ke syarikat-syarikat pemborong dan pembekal bagi memastikan mereka tidak menyorok bekalan.

Sinar Harian pada 28 Mac 2016 melaporkan KPDNKK Negeri Kelantan telah merampas 11,016kg minyak masak pelbagai jenama bernilai RM27,540 dalam serbuan di sebuah kedai runcit di Rantau Panjang, Kelantan.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun ketika itu berkata rampasan dalam Operasi Cost Of Living (COL) itu dilakukan selepas mendapati pemilik kedai berkenaan gagal mempamer sebarang lesen runcit dan borong. Pemilik kedai runcit itu menyimpan stok minyak masak tersebut di dalam sebuah bangunan di belakang kedainya berhampiran Sungai Golok.

Sebelum itu, Datuk Ab Ghani Harun dan beberapa pegawai KPDNKK Negeri Kelantan telah melawat dan melakukan pemeriksaan di pasaraya dan kedai runcit di sekitar Narathiwat dan Pattani dan mereka mendapati 90% daripada minyak masak yang dijual merupakan minyak masak bersubsidi keluaran Malaysia. Malahan, kedai-kedai makan di sana turut menggunakan minyak masak Malaysia.



Minyak masak Malaysia menjadi pilihan utama penduduk Thai kerana mempunyai pengesahan halal selain berkualiti tinggi, terjamin kebersihan serta harga lebih berpatutan berbanding minyak masak keluaran Thailand. Minyak masak Malaysia dijual pada harga RM3.50 di Golok manakala harganya mencecah RM4.50 sekilogram di Narathiwat dan Pattani. Perbezaan harga yang amat ketara ini memberi keuntungan berlipat ganda kepada penyeludup, sekaligus menggalakkan mereka untuk terus membawa keluar minyak masak Malaysia ke negara jiran.

Foto: Malaysian DigestFoto: Malaysian DigestPujian harus diberikan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin yang begitu komited untuk memastikan bekalan minyak masak sentiasa mencukupi. Beliau mengingatkan bahawa pemborong dan pembekal yang didapati menyorok minyak masak boleh didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM100,000 bagi individu dan RM250,000 bagi syarikat.

Beliau juga berkata kerajaan belum memutuskan sama ada untuk memansuhkan subsidi minyak masak dan kementeriannya juga sedang mengkaji subsidi sedia ada.

Datuk Seri Hamzah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa harga yang bakal diperbaharui akan mengimbangi penstabilan subsidi dan harga runcit yang berpatutan. Beliau juga meminta orang ramai agar tidak menyebar khabar angin berkenaan kekurangan minyak masak di pasaran ekoran kenaikan harga minyak bermula 1 November 2016 dan pada masa yang sama para peniaga digesa membuat laporan segera sekiranya tidak mendapat bekalan yang secukupnya daripada pembekal.



Bomba Serah Wang Tunai Hampir RM3,000 Yang Ditemui Di ICU HSA

Posted: 27 Oct 2016 03:36 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
JOHOR BARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini memulangkan wang tunai sebanyak RM2,760 yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar dua hari lalu.

Wang tunai itu dijumpai anggota jabatan itu dalam laci meja selepas memadamkan kebakaran di wad berkenaan pada Selasa.

Ketua Balai Bomba Johor Baru, Ibrahim Omar menyerahkan wang berkenaan kepada wakil pengurusan HSA, Dr Tan Cheng Cheng pada kira-kira 5.45 petang hari yang sama.

Kebakaran pada Selasa itu mengorbankan enam nyawa, manakala tiga kakitangan HSA mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail

Pencemaran Air Sungai Cetus Perang Mulut Azmin-Noh

Posted: 27 Oct 2016 03:32 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Perang mulut berlaku antara seorang menteri kanan dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di Dewan Rakyat berhubung pencemaran sungai di negeri berkenaan.

Senario dalam dewan persidangan bertukar 'panas' apabila Azmin membidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar ketika membahaskan ucapan Bajet 2017.

"Saya menghargai usaha Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri mengenai langkah untuk bekerjasama bagi menangani masalah berkenaan.

"Saya akan menentangnya kerana dia mempolitikan isu air," katanya.

Beliau juga membidas Noh kerana gagal mengendali projek udang ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kini banyak bercakap mengenai air sungai.

Ketika itu, Noh bangun dan mendakwa Azmin serta pentadbirannya terlibat rasuah tetapi Ahli Parlimen Gombak itu meneruskan perbahasannya.

Azmin juga memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa pasukan tindakan bersama akan
menjalankan pemeriksaan air sungai dari semasa ke semasa dan bukannya ketika berlaku pencemaran.

"Kementerian juga bersetuju untuk menerima analisa contoh air sungai yang dikumpul Lembaga Pengurusan Air Selangor dan Air Selangor yang akan digunakan untuk menghadapkan pihak tidak bertanggungjawab ke mahkamah," katanya merujuk kepada pencemaran Loji Rawatan Air kerana pemcemaran air Sungai Semenyih.

Bagaimanapun, Noh terus mendakwa Azmin terbabit rasuah dan Menteri Besar itu kemudiannya bertanyakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya mengarahkan menteri berkenaan menarik balik dakwaannya.

Azmin kemudiannya mendakwa Noh sebagai "perompak, penyamun dan perasuah"

Pandikar Amin kemudian mengarahkan kedua-dua wakil rakyat itu duduk dan menamatkan sesi persidangan untuk rehat pada 1 petang.

Seterusnya, ketika di lobi Parlimen, Azmin berkata, beliau akan menyerahkan isu pencemaran air Sungai Semenyih untuk siasatan polis.

Pasukan Operasi Khas Nasional Gempur Keganasan - Najib

Posted: 27 Oct 2016 03:28 AM PDT

Oleh: THE STAR 
 
 
Najib menyampaikan ucapan pada majlis perasmian NSOF di Kem Perdana Sungai Besi di Kuala Lumpur pada Khamis. -foto NORAFIFI EHSAN/The Star
 
 
KUALA LUMPUR: Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF) akan mengetuai operasi menggempur sebarang ancaman keganasan di negara ini, demikian menurut Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pasukan yang dianggotai Angkatan Tentera Malaysia, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu akan bertindak secara bersepadu dan menjadi penggerak utama kepada mana-mana keadaan keganasan di negara ini.

"Kami tidak apologetik untuk apa-apa langkah-langkah yang diambil oleh pasukan keselamatan kita.

"Unit ini adalah berdasarkan kepada prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan termasuk perkongsian aset dan keupayaan," katanya ketika melancarkan NSOF pada Khamis.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa unit itu akan berjaya dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman termasuk daripada militan Negara Islam.

Tambah beliau pada peringkat awal, kakitangan di NSOF akan dipinjamkan daripada tiga agensi utama.

Tiada niat mansuh GST, kerajaan gagal urus kewangan negara

Posted: 27 Oct 2016 03:26 AM PDT

Oleh Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula 1 April tahun lalu membuktikan kegagalan kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Sim

Akibat itu, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, rakyat terbeban dan terpaksa membayar segala keborosan, hutang dan rasuah yang dilakukan pihak kerajaan.

Tegas beliau, GST boleh dimansuhkan serta merta kerana keperluan negara dapat ditampung menerusi lain-lain cukai.

"Ini membuktikan bahawa negara mempunyai masalah kewangan yang teruk apabila kerajaan membazirkan wang untuk pelbagai projek tidak baik terutama 1MDB di mana wang kerajaan terpaksa diguna untuk bayar hutang luar negara.

"Kita telah buat perkiraan dalam Belanjawan Pakatan Harapan dan kita boleh urus negara tanpa GST dan sememangnya cukai ini boleh dihapuskan," kata Ahli Parlimen Bayan Baru kepada Suara Keadilan.

Tze Tzin berkata, peratusan GST yang dikenakan kepada rakyat Malaysia tinggi walaupun kerajaan mengatakan mereka memberi banyak barang dalam kadar sifar peratus.

"6% adalah sangat tinggi dan kalau kita lihat Singapura, mereka mulakan dengan kadar 4% sahaja," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Abdul Hadi Awang meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada semua rakyat supaya tidak membebankan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan tidak berhasrat langsung untuk membatalkan cukai tersebut.

Beliau memberi alasan bahawa kerajaan mengambil kira sosio ekonomi rakyat termasuk golongan susah.

Apa lagi yang Melayu mahukan?

Posted: 26 Oct 2016 05:30 PM PDT

Khalid Samad 


Kepimpinan politik Melayu telah berada di tangan Umno sekian lama. Walaupun Umno telah dilanda berbagai skandal dan masalah, namun secara umumnya, masyarakat Melayu masih menerima kepimpinan Umno. Kedudukan Umno sebagai parti bangsa Melayu telah pada waktu tertentu tercabar, itu pun hasil dari perpecahan yang telah berlaku dalam Umno. Parti serpihan Umno, bermulanya dengan PAS, kemudian Semangat 46 dan PKR telah menghakis sokongan Melayu terhadap Umno, tetapi hanya untuk seketika. Kemudiannya sokongan tersebut telah kembali pada Umno walaupun Umno terus dikaitkan dengan corak kepimpinan yang korup dan rasuah.

PAS yang telah wujud sejak tahun 50an dilihat secara tradisinya sebagi saingan pada Umno. Namun, setelah 60 tahun telah tetap tidak berjaya mencabar kedudukan Umno sebagai parti politik utama orang Melayu. Kecuali hanya di daerah dan negeri tertentu. Secara umumnya dianggarkan tidak sampai 30 peratus masyarakat Melayu bersama PAS. Itu pun sokongan tersebut tercapai hanya sejak tahun 1998 sedangkan sebelum itu sokongan PAS hanya terdapat di negeri Kelantan, Terengganu serta Kedah dan Perlis.

PAS mengaku tak mampu?

Keadaan ini mungkin antara sebab mengapa PAS sudah berubah pendekatan, kecewa dengan kegagalan mendapatkan sokongan majoriti Melayu, maka mula bermesra dengan Umno. Sepertimana yang dikatakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang :"Nakkan undi Umno, perlu berbaik dengan Umno". Kata-kata itu dengan sendirinya menzahirkan kesimpulan bahawa cara selama ini yang diikuti PAS tidak boleh diguna-pakai. Sokongan Melayu terhadap Umno begitu kental dan tidak boleh berubah dengan PAS melawan Umno. PAS mesti berkawan dengan Umno.

Malangnya tindakan sebegitu menyebabkan PAS berpecah. Ingin tambah undi melalui pendekatan baharu tetapi akhirnya hilang sokongan sebahagian ahli dan pimpinan sendiri! Sedangkan yang dengan Umno tetap dengan Umno. Dengan berpecahnya PAS sehingga tertubuhnya AMANAH, kemungkinan sokongan 30 peratus tersebut telah menjadi tidak lebih dari 20 peratus. Ini yang dikatakan pepatah Melayu, "yang dikendung tercicir, yang dikejar terlepas".

Wujudnya PKR

Dengan wujudnya PKR (dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional) pada tahun 1998, maka sokongan Melayu terhadap Umno turut terhakis lagi. Pada awalnya, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan muncul dengan mata lebamnya, hampir 30 peratus masyarakat Melayu bersama PKR.

Ini menyebabkan pada tahun 1999, lebih 50 peratus undi Melayu telah bersama gabungan Barisan Alternatif (BA) apabila dicampurkan sokongan Melayu pada PAS dan PKR. Namun undi bukan Melayu pula tidak bersama BA pada ketika itu. Maka, undi bukan Melayu menyelamatkan Umno/BN dalam pilihan raya tersebut.

Dalam keadaan sekarang Melayu yang bersama PKR mungkin tidak lebih dari 20 peratus. Itulah sebabnya apabila dicampurkan sokongan Melayu terhadap PAS dan PKR, ianya sekadar lebih kurang 40-45 peratus sahaja sepertimana undi yang diperolehi pada pilihan raya 2008 dan 2013.

Melayu tetap bersama Umno?

Keadaan di mana sokongan majoriti Melayu tidak berganjak dari Umno terus menjadi sesuatu yang menghairankan ramai. Apa yang perlu dilakukan sehingga Melayu boleh dibawa berhijrah dari Umno?
Kalau ingin terlebih dahulu melihat pemimpin Umno melakukan rasuah dan penyelewengan, baru mahu tinggalkan Umno, ini sudah pun berlaku secara besar-besaran. Kalau ada rekod dunia untuk rasuah dan penyelewengan, saya yakin Malaysia akan mendapat emas.

Kerajaan tidak akan berjaya ditukarkan tanpa berlakunya anjakan sokongan Melayu dari Umno kepada pihak yang lain. Sedangkan Melayu tetap bersama Umno/BN!

Soal keyakinan?

Tetapi ada juga yang mengatakan ianya soal 'keyakinan'. Keyakinan terhadap kemampuan pemimpin 'Melayu pembangkang' berbanding pemimpin Melayu Umno. Khususnya ketidakyakinan rakyat Melayu terhadap kemampuan kepimpinan Melayu pembangkang menangani kepimpinan bukan Melayu pembangkang! Mengikut pandangan mereka, teruk macam mana sekalipun Umno, Umno tetap menguasai BN. Melayu Umno mendominasi bukan Melayu dalam BN. Adakah Melayu pembangkang dapat mempertahankan kepentingan dan hak Melayu dalam gabungan pembangkang? Ini yang dikatakan sebagai kekhuatiran utama.

Ada yang memahami tindakan PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dari sudut ini. Ada yang melihatnya sebagai pengakuan ketidak-mampuan pimpinan utama PAS khususnya presidennya untuk berhadapan dengan pemimpin-pemimpin DAP. Dalam keadaan takut PR akan dikuasai yang bukan Islam dan bukan Melayu, maka PAS mencari alasan untuk keluar dari PR dan dimulakan penubuhan Blok ke-3 yang dapat dikuasai PAS. Pendekatan ini digabungkan pula dengan pendekatan mesra Umno.

Namun demikian, kurang keyakinan diri yang menghasilkan tindakan sebegini, tetap tidak mampu melepaskan Melayu dari genggaman kepimpinan Umno. Sebaliknya ianya mengukuhkan kedudukan Umno apabila imej Umno telah sedikit sebanyak 'dibersihkan' oleh pimpinan PAS. Sememangnya imej Umno amat sangat perlu dibersihkan. Dan apabila ianya sudah dibersihkan, maka genggaman Umno ke atas Melayu akan bertambah kukuh. Pada ketika itu Umno tidak perlu lagi kepada PAS dan apakah yang akan terjadi kepada PAS ketika itu?

Perubahan melanda politik Melayu

Tetapi yang lebih penting dari melihat kepada tindakan kecewa dan hilang keyakinan diri PAS adalah melihat pada apa yang telah berlaku dalam arena politik Melayu sejak itu. Tanpa diketahui atau dirancang, perubahan senario politik Melayu bergolak lagi. Selain penubuhan AMANAH, telah turut muncul juga BERSATU. Maka perjuangan untuk membebaskan Melayu dari genggaman Umno mampu diteruskan lagi walaupun PAS masih belum lagi bersama. Malahan tanpa PAS, mungkin ianya bergerak dengan lebih cergas lagi.

Kalau dilihat sekarang ini, kepimpinan Melayu pembangkang terdiri dari satu senarai nama yang mengkagumkan. Ianya mengandungi nama-nama seperti Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri (1993 - 1998), Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri (1982 -2004) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Timbalan Perdana Menteri (2014- 2016). Begitu juga turut disenaraikan nama pemimpin-pemimpin yang tidak kurang hebatnya berbanding senarai pimpinan Umno. Orang-orang seperti Mohamad Sabu, seorang yang terbukti istiqamahnya memperjuangkan kepentingan rakyat, Datuk Seri Azmin Ali, Salahuddin Ayub, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Dr Siti Mariah, Dr Dzulkifli Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan sebagainya turut tersenarai. Kesemuanya pemimpin Melayu yang berkaliber.

Turut juga bersama adalah dua bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia iaitu Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Begitu juga cendiakawan dan ilmuan Islam seperti Dr. Siddiq Fadhil dan Dr. Mohd Nor Manuti serta ramai lagi.

Kepimpinan sudah ada, mahu apa lagi?

Berdasarkan senarai nama yang sebegini rupa, apa lagi yang diinginkan Melayu sebelum sanggup memberanikan diri ke arah perubahan? Dalam bahasa mudah, "Apa lagi Melayu mahu?" sebelum berani bertukar?

Suasana kebobrokan begitu mendesak supaya perubahan berlaku. Apa alasan yang munasabah untuk Melayu terus ketakutan? Sedangkan keperluan untuk perubahan telah Allah Taala sediakan!

Kita semua tahu bahawa sekiranya sokongan Melayu terhadap Umno tidak berpindah, maka perubahan tidak akan berlaku. Umno/BN akan terus memerintah sambil pemimpin negara akan terus merompak harta rakyat. Keadaan akan menjadi semakin sukar dan Negara akan hanya bertambah dalam hutangnya.
Pendapatan akan semakin mengecil serta akhirnya rakyat akan semakin terbeban dan kebanyakan rakyat yang terbeban itu adalah rakyat Melayu.

Oleh itu adalah amat sangat diharapkan bahawa bangsa utama negara kita ini iaitu bangsa Melayu akan berani berubah. Semoga mereka akan yakin dengan kemampuan bangsa sendiri dan kepimpinan Melayu pembangkang yang telah dikurniakan Allah Taala sekarang. Oleh itu, dengan apa yang telah Allah Taala sediakan maka tiada lagi sebarang alasan Melayu untuk terus mengekalkan Umno/BN.


KHALID SAMAD adalah ahli parlimen Shah Alam dan tulisan ini telah diterbitkan di dalam akhbar AMANAH Bil. 22 (23-29 Oktober) yang sedang berada di pasaran.

MIC batal Rumah Terbuka Deepavali

Posted: 26 Oct 2016 05:18 PM PDT

Oleh Bernama
 
 
MIC
MIC
 
 
Bagi menghormati mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, MIC membatalkan rumah terbuka Deepavalinya.
 
Setiausaha Agung MIC, Datuk A. Sakthivel berkata, keputusan itu dibuat kepimpinan parti yang sedih dan berdukacita atas kebakaran yang turut meragut enam nyawa, kelmarin.
 
"Walaupun kita telah membuat persiapan untuk majlis rumah terbuka itu pada 29 Okt ini namun, MIC membuat keputusan untuk membatalkan majlis sambutan itu," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
 
Majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC dijadualkan di perkarangan Batu Caves pada 29 Oktober ini. 
 
Sakthivel berkata, MIC memohon maaf atas pembatalan acara tradisi yang akan dihadiri 10,000 pengunjung setiap tahun.
 
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. - MalaysiaGazette
 
 

Ambulans terbakar di Kuala Kangsar

Posted: 26 Oct 2016 05:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


Sebuah ambulans terbakar 80 peratus di persimpangan lampu isyarat Taman Bunga Raya di Kuala Kangsar malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota berjaya mengawal kebakaran dalam masa tiga minit dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Katanya dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, ambulans tersebut yang membawa dua kakitangan Hospital Kuala Kangsar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Ipoh apabila secara tiba-tiba terbakar sebaik tiba di lokasi.

"Namun kakitangan hospital yang berada dalam ambulans berjaya keluar dari kenderaan itu.

"Tiada pesakit dalam ambulans berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah operasi bomba memadam api pada ambulans itu tamat kira-kira jam 9.15 malam.- Bernama

1 Dis sebutan semula kes Sanjeevan dituduh palsu kelayakan akademik

Posted: 26 Oct 2016 05:06 PM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


Sanjeevan4


KUALA LUMPUR, 26 Oct: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 1 Disember untuk sebutan semula kes Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R.Sri Sanjeevan yang menghadapi pertuduhan menipu dengan memalsukan kelayakan akademiknya, tiga tahun lepas.

Majistret Umzarul An-Nur Umar menetapkan tarikh itu selepas peguam Joanne Chua Tsu Fay yang mewakili Sanjeevan, 32, memohon tempoh untuk meneliti dokumen berkaitan kes itu yang diterimanya daripada pihak pendakwaan pada Rabu.

Pada 25 Ogos lalu, Sanjeevan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdaya seorang pengarah syarikat S.Sivam, 53, dengan mendakwa dirinya  memiliki ijazah undang-undang dan perniagaan dari Northumbria University dan satu lagi dari Camden University bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan dengan Solid Transactions Sdn Bhd.

Tindakan Sanjeevan itu menyebabkan Sivam menyerahkan lebih RM95,000 kepadanya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menipu Sivam dengan mempercayai bahawa dia memiliki dua ijazah undang-undang dan perniagaan daripada universiti sama bagi melantiknya sebagai perunding perniagaan di syarikat sama mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Cheras Leisure Mall, Taman Segar, Cheras di sini pada 1 Jun 2013.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa. – Bernama

Guru agama maut dalam kemalangan‎

Posted: 26 Oct 2016 04:48 PM PDT



 

Kemalangan‎
Gambar Hiasan.


BALING - Seorang guru pondok Mohd Osman Zainol, 22, dari Kampung Telok Rambong Mukim Siong di sini, meninggal dunia akibat terlibat kemalangan di Jalan Kampung Tas, Baling- Parit Panjang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, kereta Perodua Myvi yang dipandu Mohd Osman, 22, dari arah Baling bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja dari arah bertentangan.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta Myvi terbakar manakala Kereta Proton Waja remuk di bahagian depan.

Sementara itu, seorang itu lagi mangsa yang menumpang kereta terbabit turut meninggal dunia di wad kecemasan Hospital daerah Baling malam ini dan dua lagi masih kritikal di wad sama.


Tiada Deepavali buat lima sekeluarga selepas kehilangan Logeswaran

Posted: 26 Oct 2016 06:43 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


14639611_10153884697612031_6311759779025519352_n


TELUK INTAN: Tiada sambutan Deepavali Sabtu ini buat lima sekeluarga selepas seorang anggota keluarga itu terkorban dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor, semalam.

Dalam insiden di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA pagi semalam, enam pesakit maut dan seorang daripadanya adalah K.Logeswaran, 20, yang ditempatkan di wad berkenaan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Tampoi, Sabtu lalu.

Ibu mangsa K. Nagesvari, 49, yang masih trauma dengan kehilangan anak ketiga daripada empat beradik itu berkata tiada sebarang persiapan dibuat bagi menyambut Deepavali tahun ini.

"Kesedihan anak saya masuk hospital sebab kemalangan masih belum hilang, sekarang ditambah pula dengan derita bahawa anak saya mati terbakar dalam hospital.

"Dengan apa yang menimpa kami sekeluarga, kami tidak akan menyambut Deepavali bagi menghormati mendiang dan kami juga akan berkabung selama setahun," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Ladang Rubana di sini hari ini.

Suasana pilu menyelubungi rumah Nagesvari dengan kehadiran saudara mara dan kenalan terdekat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Logeswaran yang disemadikan di Tanah Perkuburan Hindu Ladang Rubana kira-kira 2 petang tadi.

Nagesvari berkata Logeswaran merupakan seorang anak yang baik dan banyak membantu keluarga yang hanya bekerja sebagai buruh ladang terutama daripada segi kewangan.

Sementara itu abang kepada mendiang, K. Sethupathy, 23, berkata adiknya yang baru 13 hari bekerja sebagai tukang cuci di Singapura kemalangan ketika hendak pergi bekerja dan mengakibatkan kecederaan pada bahagian tengkuk belakang.

Sethupathy berkata beliau bersama ibu mereka serta seorang rakan mangsa, A. Kovalan, 29, berada di tempat HSA dan menyaksikan sendiri kebakaran itu.

"Kami diarahkan keluar ke luar perkarangan hospital. Bila semua ini (kebakaran) habis, saya sangat sedih kerana adik saya tidak dapat diselamatkan," katanya.

Bagi Kovalan yang turut terlibat dalam kemalangan bersama Logeswaran dia berasa terkilan kerana rakan sepermainan sejak kecil maut dalam keadaan yang menyayat hati.

"Kami telah beli tiket balik ke kampung untuk menyambut Deepavali, namun tidak sangka pula kami terlibat dalam kemalangan dan dia telah terkorban akibat kebakaran itu," kata Kovalan.    — Bernama

Projek bela kucing jalanan

Posted: 26 Oct 2016 06:43 AM PDT

kucing
 

KELIHATAN belasan kucing yang berkeliaran di sekitar kampus. Rupanya tidaklah secantik kucing peliharaan yang tentunya montel, jinak, comel dan manja.

Kucing jalanan yang berlegar-legar itu dilihat begitu kurus, comot, kotor dan ada sesetengahnya mengalami luka di telinga serta kulit bernanah pada badan. Melihatkan keadaan kucing-kucing sebegini, sudah tentulah tiada individu yang akan memberi perhatian pada mereka. Mahu mendukung dan membelainya juga sudah tentu tiada dalam diari mana-mana individu apatah lagi jika mahu membelanya.

Begitulah nasib sang kucing yang terbiar. Kelaparan, kesejukan, kesakitan, tiada siapa yang ambil peduli. Pengakhirannya, mungkin ada yang akan mati kelaparan.

Walau bagaimanapun, tidak semua manusia bersikap kurang prihatin terhadap haiwan terbiar. Masih ada yang sayang pada si manja ini. Mengambil contoh keprihatinan sekumpulan mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah (KKTB) dari Universiti Malaya (UM).

Dikurniakan sifat kasih sayang, bertanggungjawab dan rasa kasihan yang amat kuat terhadap kucing jalanan, mereka sepakat mengutip, menjaga dan seterusnya membela kucing-kucing jalanan berkenaan di kampus UM.

Diberi nama Bella, Grumpy, Johnny, Kidd dan Leo, kucing-kucing jalanan ini di beri makan, dimandikan dan dijaga dengan sepenuh hati oleh sukarelawan UM ini. Mereka juga ditempatkan di sangkar kucing khas hasil sumbangan badan bukan kerajaan.

Dek penjagaan rapi daripada penuntut KKTB ini, kini, wajah si comel tidak lagi comot, tidak lagi kotor. Semuanya bersih, cantik dan manja.

Sewajarnya, usaha yang dilakukan mahasiswa UM harus diberi pujian. Bukan mudah mahu membahagikan masa antara akademik, kokurikulum dan program khidmat bakti sebegini. Jika tiada minat dan berjiwa penyayang, mungkin agak sukar untuk penuntut memelihara haiwan jalanan tersebut.

Ikuti perkongsian kisah yang diceritakan sukarelawan UM yang bersikap penyayang ini. Moga perkongsian ini boleh dijadikan contoh oleh pusat pengajian tinggi lain untuk mengikut jejak langkah mereka nanti.

Sukarelawan UM luang masa bersama kucing jalanan

Renungan matanya seperti meminta dirinya dibelai. Walaupun makanan dan minuman telah disediakan, Bella akan menghampiri pintu sangkarnya setiap kali dia melihat seseorang menghampiri. Dan tanpa rasa jemu, sekumpulan sukarelawan dari KKTB, UM akan melayan kerenah Bella dan 12 rakan-rakannya yang ingin dibelai dan dimanja setiap hari.

"Kucing-kucing di sini kesemuanya adalah kucing jalanan yang terbiar di dalam kampus UM. Kami kumpulkan dan menghantar mereka ke klinik untuk pemeriksaan agar kesihatan mereka lebih terjamin.

Tujuan asasnya adalah membina platform untuk mahasiswa yang mencintai haiwan untuk meluangkan masa bersama si manja ini dengan selamat dan selesa semasa di kampus," kata Azra Afiqah Mohd Amir, mahasiswa tahun kedua jurusan Kejuruteraan Bioperubatan, memulakan bicara. Azra Afiqah dan rakan-rakannya merupakan sukarelawan yang mendepani usaha menyelamat dan memelihara kucing-kucing terbiar di UM sejak tahun 2015.

Kumpulan sukarelawan ini memanggil program mereka House of Muezza (HoM), bersempena dengan nama kucing peliharaan baginda Rasulullah SAW. Program ini dimulakan atas keinginan ingin membantu kucing jalanan yang dilihat kerap berkeliaran di sekitar kampus, terutamanya kawasan berhampiran kafe dan kedai makan; selain dari memberi peluang kepada mahasiswa untuk 'bersukarelawan' di dalam sesuatu yang mereka minati.

"Walaupun mereka tidak mempunyai masalah bekalan makanan jika dibuang berdekatan kafe dan kedai makan, namun kucing-kucing ini masih tidak menerima cukup belaian dan perhatian, sesuatu yang penting dalam penjagaan kesihatan kucing ini secara holistik. Keadaan kesihatan mereka juga selalunya tidak diberi perhatian, dan mungkin menjadi punca merebaknya penyakit berjangkit jika tidak dipantau," jelas Azra Afiqah.

Dengan sokongan dari pihak pengurusan KKTB dan sumbangan daripada Powercat Sdn Bhd dan Kelab Kucing Malaysia (KKM), sebuah sangkar kucing bersaiz 10 meter persegi telah disiapkan pada Ogos 2016 untuk menempatkan kucing-kucing yang telah diselamatkan. Sangkar ini juga berfungsi sebagai perlindungan kepada kucing-kucing ini di waktu malam, apabila haiwan liar lain yang berbahaya turut berkeliaran.

"Saya gembira kerana mahasiswa UM bukan sahaja menunjukkan minat untuk memelihara kucing-kucing ini, namun turut menunjukkan sifat tanggungjawab di segenap aspek penjagaannya, termasuklah kebajikan dan kesihatan mereka. Ini secara tidak langsung akan membina sahsiah yang baik dalam diri mereka, terutamanya sifat kasih sayang sesama makhluk Tuhan yang lain," kata Nurul Athirah Rosli, pelajar tahun ketiga Kejuruteraan Alam Sekitar, salah seorang sukarelawan HoM ketika ditemui. Menurutnya lagi, ada di antara kucing-kucing ini akan dibawa pulang oleh sukarelawan semasa cuti semester untuk dijaga.

Muhammad Izat Abu Talib, salah seorang pengasas HoM dan pelajar tahun akhir jurusan Ekologi dan Biodiversiti, ketika diminta menceritakan permulaan bermulanya program ini berkata, "Saya merasakan sesuatu yang menyeluruh perlu dilakukan oleh mahasiswa UM untuk kucing-kucing jalanan ini. Kami bermula dengan 24 ekor kucing, namun lima daripadanya hilang atau mati diserang haiwan liar lain, dan tujuh daripada mereka telah diambil untuk dipelihara oleh orang perseorangan atau keluarga yang berminat. Kami berharap lebih ramai lagi pihak dapat memberi bantuan, sama ada dari segi pembiayaan kos makanan, dan penjagaan kesihatan, mahu pun sokongan moral untuk kami meneruskan usaha sukarelawan ini," katanya.

Atas sikap proaktif sukarelawan HoM ini juga, baru-baru ini mereka telah menyertai Karnival Jom Sayangi Haiwan di Kota Damansara, Selangor yang turut disertai pelbagai NGO berkaitan kebajikan haiwan, termasuklah SPCA Selangor.

Mereka telah mengambil peluang untuk menjual barangan kraf tangan HoM bagi mengumpul dana untuk program akan datang. HoM merupakan satu-satunya kumpulan sukarelawan dari institusi pengajian tinggi, lantas meletakkan nama UM terkedepan dalam usaha mengetengahkan usaha menyelamat dan menyayangi haiwan-haiwan jalanan ini.

"Program HoM ini juga telah mendapat pengiktirafan di peringkat UM, memandangkan kami merupakan satu-satunya kumpulan sukarelawan mahasiswa yang dijemput bagi memeriahkan suasana sambutan Animal Awareness Day yang dianjurkan saban tahun di Pusat Perubatan UM.

"Program ini akan mengumpulkan pelbagai badan kebajikan dan orang perseorangan yang menjuarai isu-isu berkaitan haiwan peliharaan. Di sana kami berpeluang berkongsi pengalaman melaksanakan program sukarelawan ini, di samping menggesa orang ramai supaya mengutamakan pengambilan haiwan jalanan yang terbiar, berbanding membeli haiwan peliharaan yang baru," kata Azra Afiqah menutup bicara.

Maklumat lanjut mengenai program House of Muezza boleh didapati di laman Instagram @bahiyyacats atau menghubungi Azra Afiqah Mohd Amir di talian 011-3767 9876

Tiada ulasan: