Rabu, 26 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ROSMAH LEBIH JUJUR BERBANDING NAJIB?

Posted: 26 Oct 2016 06:50 AM PDT

shahbudindotcom


Sejak nama Malaysian Official 1 disebut dalam kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman AS dan individu yang dikaitkan dengan gelaran itu juga tidak sukar untuk difahami identitinya, apa yang ditunggu-tunggu ialah pengakuan jujur dan ikhlas daripada orang yang dinamakan itu.

Meskipun Abdul Rahman Dahlan turut mengesahkan bahawa Malaysian Official 1 atau MO1 adalah Najib Razak, tetapi sehingga hari ini kita belum lagi mendengar beliau mengesah atau menafikannya.

Dalam berteriak sebagai Pahlawan Bugis dan pantang menyerah walau sehingga bumi berkeping dua serta sesekali mencabar orang lain di saja sini, mengapa Najib begitu takut mengaku dirinya sebagai MO1?
 
 
 
 
Sebaliknya, isteri beliau, Rosmah Mansor pula yang telihat ada keberaniannya.

Bukan saja berani mengakui dirinya dalam adalah isteri MO1, Rosmah juga sebagaimana yang disebut oleh Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, turut tidak gentar melontarkan cabaran, "Kamu ingat saya takut dengan kamu."

Woww...hebat betul "First Lady"  kita ini.

Sekurang-kurangnya dengan pengakuan tersebut, Rosmah bukan saja terlihat lebih berani berbanding Najib, malah tidak gentar untuk berlaku jujur dan berterus-terang.

Bila lagi Najib mahu jadi seberani Rosmah?  


 

ROSMAH LEBIH JUJUR BERBANDING NAJIB?

Posted: 26 Oct 2016 06:43 AM PDT

shahbudindotcom




Sejak nama Malaysian Official 1 disebut dalam kertas pendakwaan Jabatan Kehakiman AS dan individu yang dikaitkan dengan gelaran itu juga tidak sukar untuk difahami identitinya, apa yang ditunggu-tunggu ialah pengakuan jujur dan ikhlas daripada orang yang dinamakan itu.

Meskipun Abdul Rahman Dahlan turut mengesahkan bahawa Malaysian Official 1 atau MO1 adalah Najib Razak, tetapi sehingga hari ini kita belum lagi mendengar beliau mengesah atau menafikannya.

Dalam berteriak sebagai Pahlawan Bugis dan pantang menyerah walau sehingga bumi berkeping dua serta sesekali mencabar orang lian di saja sini, mengapa Najib begitu takut mengaku dirinya sebagai MO1?
Sebaliknya, isteri beliau, Rosmah Mansor pula yang telihat ada keberaniannya.

Bukan saja berani mengakui dirinya dalam adalah isteri MO1, Rosmah juga sebagaimana yang disebut oleh Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, turut tidak gentar melontarkan cabaran, "Kamu ingat saya takut dengan kamu."

Woww...hebat betul "First Lady"  kita ini.

Sekurang-kurangnya dengan pengakuan tersebut, Rosmah bukan saja terlihat lebih berani berbanding Najib, malah tidak gentar untuk berlaku jujur dan berterus-terang.

Bila lagi Najib mahu jadi seberani Rosmah?  


Harga minyak masak ikut pasaran, kecuali paket 1kg

Posted: 26 Oct 2016 05:11 AM PDT

Shakira Buang


Harga minyak masak berkuat kuasa 1 November ini akan mengikut harga pasaran.

Bagaimanapun bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan dapat menikmati subsidi kerajaan, kerajaan mengekalkan harga minyak masak yang dijual dalam paket 1 kilogram pada harga sekarang iaitu RM2.50 setiap satu.

"Bagi menentukan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selesa, kerajaan sentiasa berusaha mengekalkan subsidi bekalan minyak masak untuk dinikmati oleh golongan sasaran.

"Saya nak umumkan harga minyak masak (1kg) dikekalkan sebanyak RM2.50 sekilogram," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.

Antara kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta produk minyak sawit tulen yang dijual dalam botol lebih besar.

Katanya, susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak, harga akan mengikut harga pasaran bagi mengelak kerajaan menanggung kos subsidi hampir RM100 juta sebulan susulan kenaikan harga minyak olien (minyak sawit diproses).

"Pada Januari tahun lalu, harga olien adalah RM2,341 setiap tan, namun pada September lalu ia mencecah RM3,000, peningkatan RM600 bagi setiap tan.

"Langkah ini juga bertujuan mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran," katanya.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran.

Ia juga mencetuskan belian panik di kalangan pengguna menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di kedai dan pasar raya.

RUU 355 turun naik, Hadi kata tak tahu ada udang, ikan, buaya...

Posted: 26 Oct 2016 04:59 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


LIHAT VIDEO DI SINI

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata, penurunan giliran usul untuk menambah bidang kuasa mahkamah syariah di parlimen tiada kena mengena dengannya.

"Kenapa (usul persendirian) naik, turun, itu urusan speaker. Bukan urusan saya. Saya kemukakan usul, terpulang pada mereka nak letak nombor satu ke, tujuh, 40.

"Ada udang ke, ikan, buaya, saya tak tahu. Ini terpulang," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) yang bertanya kepada presiden PAS itu, mengenai usulnya yang 'naik dan turun' dalam kertas perintah.

Chong juga bertanya sama ada Abdul Hadi mempunyai 'udang di sebalik batu' bersama Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) agar usul tersebut dimasukkan dalam aturan mesyuarat.

"Boleh tahu apakah udang di sebalik batu atau persetujuan sulit antara Marang dan Pekan supaya usul dapat dinaikkan serta dapat memecahbelahkan pembangkang supaya Umno dapat tadbir negara?" soal Chong.

Dari giliran keempat, usul Hadi bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), diturunkan ke tempat ketujuh dalam kertas aturan mesyuarat bagi sesi terakhir parlimen tahun ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai. Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.

Bermula minggu ini, debat parlimen memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.

Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.
Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian.

Dalam aturan urusan mesyuarat hari ini, usul Abdul Hadi berada di kedudukan nombor lima.

Selain itu, Abdul Hadi turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan PAS mengadakan rundingan dengan kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, perkara tersebut sepatutnya tidak menjadi pertikaian memandangkan bukan satu kesalahan rundingan diadakan sekiranya ia berkaitan agama Islam.

"Oleh kerana perkara ini berkaitan kepentingan bersama orang-orang Islam, tak jadi kesalahan rundingan diadakan. Sama ada di peringkat politik, kerajaan, pegawai.

"Maka diadakan rundingan di peringkat politik kerana yang dipilih dalam Dewan Negeri dan Dewan Rakyat adalah di peringkat politik.

"Kalau sekiranya hal lebuh raya, hal jambatan Pulau Pinang, macam-macam boleh berunding antara negeri dan Pusat, adakah salah kami berunding dengan Pusat, di semua peringkat?

"Ini tak jadi satu kesalahan," katanya lagi.

Zaid: Najib tidak layak bercakap mengenai kebenaran

Posted: 26 Oct 2016 04:53 AM PDT

MALAYSIAKINI


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah orang terakhir yang seharusnya bercakap mengenai kebenaran, kata bekas Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam satu catatan di blog beliau.

"Beliau gesa umat Islam untuk mempunyai kemahiran dan mampu menentukan kebenaran, tetapi bagaimana umat Islam mahu mengetahui apa yang benar apabila beliau menggunakan Akta Rahsia Rasmi, polis, peguam negara, agensi penyiasat, parlimen dan apa sahaja yang ada untuk menutup kebenaran?" kata Zaid.

Zaid berkata demikian merujuk kepada ucapan Najib di Seminar Wasatiyyah Antarabangsa 2016, yang bertemakan "Fiqh Tabayyun: Menghadapi Cabaran dan Fitnah Media Sosial", Isnin lalu.

Najib dilaporkan berkata menyemak asas kebenaran atau prinsip 'fiqh tabayyun' harus diperdanakan dan menjadi bidang ilmu yang perlu dikuasai umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri juga melahirkan kebimbangannya bahawa jika umat Islam sendiri sudah tidak 'ber-tabayyun' dengan berita, malah menjunjung fitnah sebagai sesuatu yang benar serta wajar dipercayai.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri kita, tidak mahu fakta diketahui. Beliau bercerita mengenai fitnah namun dirinya dan rakan-rakannya dalam PAS tidak akan mendakwa Sarawak Report.

"Beliau memutuskan untuk menggunakan wang pembayar cukai membiayai persidangan ini kerana mahu memberi gambaran bahawa beliau berminat dalam kebenaran, tetapi hakikatnya bahawa Najib takutdengan kebenaran," tulis Zaid.

Beliau seterusnya menyamakan Najib dengan calon kontroversi presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurutnya, kedua-dua mereka mempunyai idea sendiri tentang kebenaran dan kepalsuan yang berbeza dari kebanyakan orang, serta tidak mengambil peduli apa yang dunia perkatakan.

"Nasib baik, Najib tidak akan ada lagi berada di pejabat dalam masa setahun dan Trump pula tidak akan mendekati Rumah Putih," kata Zaid.

Beliau berkata kecenderungan Najib menggunakan konsep Islam dan bahasa Arab, yang beliau percaya tidak difahami mahupun dipercayai perdana menteri sendiri dilakukan semata-mata untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Noh: Kerajaan BN akan tetap bina hospital Tanjong Karang

Posted: 26 Oct 2016 04:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TANJONG KARANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan janji untuk membina Hospital Tanjong Karang bagi memudahkan penduduk di situ dan kawasan sekitar mendapat rawatan terbaik.
 
Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pada masa ini kelewatan pembinaan hospital berharga RM269 juta itu disebabkan masalah teknikal antara pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.
 
"Pembinaan Hospital Tanjong Karang tetap akan dilaksanakan seperti dijanjikan dan dimaklumkan surat tawaran pun telah diberikan oleh JKR kepada kontraktor," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penduduk berketurunan India dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang semalam.
 
Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina hospital itu sebaliknya bakal membangunkan sebuah klinik pergigian di tapak hospital itu di Sungai Terap.
 
Katanya klinik itu pada awalnya dicadang dibangunkan di tapak asal iaitu bersebelahan perhentian bas di pekan Tanjong Karang, namun terpaksa dipindahkan ke tapak hospital itu demi keselesaan penduduk kawasan sekitar.
 
Hospital itu yang bakal dibina di kawasan seluas 16.1 hektar dan dijangka memanfaatkan lebih 20,000 penduduk sekitar akan menempatkan pakar dalam pelbagai bidang kesihatan sekali gus memudahkan penduduk tempatan mendapatkan rawatan terbaik.
 
Ia akan menjadi pusat perubatan utama menggantikan hospital sedia ada di bandar Tanjong Karang, yang bakal dijadikan pusat untuk rawatan pesakit luar.
 
Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata kerajaan juga terpaksa menambah peruntukan RM19 juta lagi kepada pembinaan hospital itu yang pada awalnya dianggar RM250 juta.
 
 

Tak siapa tahu bila pilihan raya, kata Ismail Sabri

Posted: 26 Oct 2016 04:45 AM PDT

Anne Muhammad


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak ada siapa yang tahu bilakah Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung.

Katanya, ia kini terpulang kepada Datuk Seri Najib Razak menentukan dan mengumumkan bila tiba masanya.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kementeriannya menerima 'bajet pilihan raya' dalam peruntukan Bajet 2017 yang diumumkan Najib pada Jumaat lalu.

"Kita pun tak tahu bila pilihan raya, saya tak anggap ini bajet pilihan raya dan sebagainya. Tidak ada siapa yang tahu bila pilihan raya, kalau pilihan raya 2018 akan ada bajet yang satu lagi.

"Tapi apa yang saya sentiasa sebut KKLW sentiasa beri cadangan kepada kerajaan beri peruntukan pada projek untuk terus beri pada rakyat tanpa perlu tunggu lama," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas mengenai bajet di 1Sentral, Kuala Lumpur.

Kementerian KKLW yang diterajui oleh Ismail dalam pembentangan bajet kali ini menerima peruntukan keseluruhan sebanyak 9 bilion.

Kata Ismail, bajet yang diterima kali ini lebih memberi tumpuan kepada 'sentuhan rakyat' dan projek yang boleh disiapkan dalam masa singkat.

Sebelum ini Najib menyangkal Bajet 2017 adalah bertujuan untuk meraih kepentingan agenda politik jangka pendek dalam menghadapi PRU-14.

Sebaliknya Najib menyifatkan, peruntukan tersebut sebagai 'bajet komitmen' untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi.

Biasiswa MARA tak dihentikan

Sementara itu, Ismail berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan meneruskan pemberian biasiswa dan menafikan khabar angin bahawa pihaknya akan menghentikan tajaan tersebut.

Namun, terdapat syarat baru yang akan dikenakan iaitu MARA akan melihat terlebih dahulu pendapatan setiap keluarga pelajar tersebut.

"MARA sebenarnya masih meneruskan tajaan pelajar seperti tahun dahulu. MARA tak pernah hentikan tajaan pelajar cuma ada sedikit perbezaan dari segi pendekatan.

"Dulu kalau kita beri tajaan kita tak lihat dari segi pendapatan keluarga, seperti kerajaan beri biasiswa dan pinjaman kepada pelajar bagi kurangkan bebanan kepada keluarga.

Katanya, syarat yang baru di perkenal itu akan memberi biasiswa penuh kepada pelajar yang pendapatan ibu bapanya sebanyak RM8,000 sebulan.

Bagi pendapat RM8,000 hingga RM15,000 sebulan separuh biasiswa akan diberikan.

Manakala bagi gaji yang melebihi RM15,000 dan ke atas pihak MARA akan membantu pengambilan pinjaman dari bank panel badan dan faedah akan ditanggung oleh MARA.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pelajar yang ingin belajar di luar negara supaya memohon biasiswa terlebih dahulu sebelum pergi melanjutkan pelajaran.

Ia kerana katanya pihaknya hanya memberi peruntukan berdasarkan bajet yang diberikan oleh kerajaan iaitu sebanyak RM2bilion untuk 80,000 pelajar lama dan baru.

"Ada pelajar cakap tak dapat tajaan dari MARA sebab mereka pergi (luar negara) dulu.

"Sekarang ini, bila dapat tawaran (belajar) mereka tak pergi MARA untuk memohon, apabila sampai sana baru mereka minta jadi macam itu susah kerana kerajaan sekarang beri peruntukan RM2 bilion untuk 2017, jadi kita nak bajet pun berdasarkan RM2 bilion itu," katanya.

Kes seweleng dana di Sabah: 14 pegawai dibebas dengan ikat jamin

Posted: 26 Oct 2016 04:34 AM PDT

Bernama 


Seramai 14 pegawai sebuah jabatan kerajaan di Sabah, yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana projek asas bernilai RM3.3 bilion, dibebaskan hari ini.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata kesemua individu terbabit dibebaskan dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM200,000 tanpa deposit dengan dua penjamin setiap seorang.

Mereka terdiri daripada lima jurutera bahagian, tiga jurutera daerah dan masing-masing seorang juruteknik dan pegawai kerja air yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kota, kata sumber itu hari ini.

"Selain itu, seorang jurutera bahagian dan dua juruteknik dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Lahad Datu manakala seorang jurutera yang dibebaskan Mahkamah Majistret Tawau," kata sumber itu.

Mereka adalah antara suspek yang ditahan SPRM dalam 'Ops Water' Fasa II pada 19 Oktober lepas.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pada 4 Oktober lepas, SPRM melancarkan 'Ops Water' Fasa I dan menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan terbabit bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan.

Berikutan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta serta 127 geran tanah dan barangan kemas.

Keempat-empat individu berkenaan telah dibebaskan daripada reman dengan ikat jamin di antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.

SPRM melancarkan 'Ops Water' Fasa II selepas mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan itu hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu.-Bernama

Pemuda Umno serah memorandum desak Guan Eng letak jawatan

Posted: 26 Oct 2016 04:21 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Lebih 1,000 peserta Himpunan Pemuda Bangkit Pulau Pinang 2.0 berkumpul di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), bagi menyerahkan memorandum mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, meletak jawatan susulan dakwaan dua kes rasuahnya. 
 
Terdahulu, peserta program yang diketuai Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Rahim, berarak dari Menara Umno di Jalan Macalister. 
 
Khairul Azwan berkata, pihaknya akan meneruskan himpunan berkenaan selagi Guan Eng enggan bercuti atau melepaskan jawatan. 
 
"Kita akan teruskan himpunan ini dan jika keadaan mendesak, kita tidak tolak kemungkinan mengadakannya di hadapan kediaman Guan Eng," katanya yang dipetik Berita Harian Online. 
 
Memorandum berkenaan diserahkan Khairul Azwan dan diterima Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul. 
 
Sebelum ini, Khairul Azwan mengetuai Himpunan Pemuda Bangkit Pulau Pinang 1.0, yang diadakan di Persiaran Gurney, di sini, 1 Oktober lalu.
 
Guan Eng menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
 
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkenaan. 
 
 

Air menitis atas soket punca berlakunya percikan api di bilik bedah HSA

Posted: 25 Oct 2016 07:16 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran baharu melibatkan bilik bedah di tingkat satu bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pukul 1.50 petang tadi.
 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian itu berpunca daripada percikan api dari sebuah bilik bedah yang sedang dinaik taraf.
 
Katanya, kejadian dipercayai berlaku disebabkan air yang mengalir dan menitis dari tingkat dua terkena soket di tingkat satu hingga menyebabkan berlakunya percikan api. 
 
"Kejadian berlaku semasa kakitangan hospital melakukan kerja-kerja pembersihan di tingkat dua yang menempatkan wad unit rawatan rapi (ICU) selepas terbakar semalam. 
 
"Kejadian itu bagaimanapun tidak serius," katanya ketika ditemui di pekarangan HSA, di sini sebentar tadi.
 
 

Shafie, Husni salahguna fungsi Parlimen, kata Rahman Dahlan

Posted: 25 Oct 2016 07:16 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan kedua-dua bekas menteri yang mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai menyalahgunakan fungsi Dewan Rakyat.
 
Rahman mempersoalkan mengapa selepas tidak menjadi menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan kontroversi hutang kerajaan itu.
 
Sedangkan ujarnya, keputusan tersebut pernah dipersetujui mereka ketika menjadi pegawai tertinggi dalam kerajaan suatu ketika dahulu. 
 
"Memandangkan beliau membahaskannya di parlimen semalam, saya percaya 'standing order' Dewan Rakyat tidak membenarkan seseorang itu memanipulasi fungsi dewan. 
 
"Jika anda adalah menteri kewangan sebelum ini, apa sahaja jawapan yang anda berikan ketika itu, kemudian kini anda kata jawapan itu tidak betul, bermakna anda sudah menyalahgunakan fungsi dewan.
 
"Ironi bukan? Tidak pernah saya lihat dalam mana-mana parlimen dimana menteri yang dahulunya mengiyakan dan bersetuju membuat keputusan akhirnya apabila keluar dari kabinet tidak bersetuju dengan tindakan mereka sendiri," katanya di sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
 
Reaksi itu diberikan Abdul Rahman selepas Shafie, yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah yang berterusan mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan, berhubung kontroversi 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat semalam.
 
Husni, yang juga bekas menteri kewangan kedua juga turut membangkitkan isu yang sama selain menggesa kerajaan menguruskan ekonomi negara dengan lebih cekap dan telus.
 
Susulan tindakan mereka ini, Rahman mengambil tindakan untuk meneliti semula jawapan yang pernah mereka berikan sewaktu memegang jawatan menteri mengenai 1MDB.
 
"Tidak apa, kita akan jawab sepertimana sebelum ini. Malah kita akan kembalikan jawapan itu berbentuk jawapan yang diberikan mereka ketika di parlimen atau ditemuramah media," katanya.
 
Shafie juga sebelum ini mempertikai tindakan kerajaan menjual dua bidang tanah di Pudu dan Sungai Besi kepada pelabur Cina.
 
Namun hal itu dinafikan Abdul Rahman, dalam sidang media yang sama bahawa dua konsortium yang dimaksudkan, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railways tidak mengaut kesemua pemilikan tanah-tanah berkenaan. 
 
Sebaliknya China Railways yang juga syarikat milik kerajaan China itu hanya memegang sebanyak 24 peratus pemilikan, manakala 76 peratus lagi dipegang oleh kerajaan Malaysia, termasuk IWH yang merupakan sebuah syarikat negara ini yang dimiliki kerajaan negeri Johor yang dipengerusikan Tan Sri Lim Kang Hoo.
 
 

Tiada ulasan: