Khamis, 20 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


AKTA 355, NAJIB TAK MAHU?

Posted: 20 Oct 2016 07:25 AM PDT

shahbudindotcom


Persoalan sama ada Akta 355 melalui usul persendirian oleh Hadi Awang akan diberi peluang untuk dibahaskan atau tidak, seharusnya tidak sukar untuk difahami, termasuk oleh ahli-ahli Pas sendiri.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia berkata, perkara itu terserah kepada kerajaan menentukannya seperti terkandung di bawah Peraturan Mesyuarat 15.

Katanya, meskipun usul itu sudah dimasukkan dalam aturan mesyuarat, namun ia masih perlu menunggu urusan melibatkan kerajaan selesai terlebih dahulu.

Dan urusan atau akta melibatkan kerajaan pula, tambahnya, masih boleh disisipkan dalam tempoh 24 jam sebelum ia dibentangkan.
 
 
 
 
Sehubungan itu, tegasnya, beliau tidak mempunyai kuasa sama sekali untuk menentukan usul mana yang perlu didahulukan atau dikeluarkan dalam aturan mesyuarat.

Kerajaan yang berhak membuat keputusan. Kalau kerajaan tak mahu sesuatu usul, sama ada daripada pembangkang mahupun kerajaan daripada dibahaskan, maka ia tidak akan akan dibahaskan, meskipun saya sebagai Speaker mahu berbuat demikian, kecuali  kalau Peraturan 15 itu diubah, tambah Pandikar Amin lagi.

Penjelasan Pandikar Amin ini cukup jelas untuk difahami bagi dikaitkan dengan usul Akta 355 oleh Hadi Awang. Oleh kerana ia bukan urusan kerajaan, sebaliknya adalah usul persendirian, maka terserah kepada kerajaan sama ada mahu memberi laluan atau tidak.

Siapakah yang berhak memberi kata putus mewakili kerajaan dalam hal ini?

Ia tidak lain ialah Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua kerajaan. Sebagaimana Najib memberi laluan pada Jun lalu kepada Hadi Awang untuk membentangkannya bagi kali pertama, hanya beliau yang berhak memberi laluan sekali lagi.

Kalau Najib mahu, jalanlah usul Hadi itu. Jika Najib tak mahu atau kata nanti dulu, tertangguhlah ia di situ.

Segala-galanya terserah kepada Najib untuk memberi kata putusnya.

Agak-agaknya Najib mahu atau tidak Akta 355 ini? Pernah kita dengar apa pendirian Najib mengenainya? 


Johari: Kami tak usik rakyat, subsidi minyak masak diteruskan

Posted: 20 Oct 2016 07:20 AM PDT

 
Johari berkata, kerajaan hendak mengawal subsidi minyak masak yang diguna pakai untuk jualan eksport.


johari-minyak-masak


KUALA LUMPUR: Rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan, kata Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

"Kita tidak usik rakyat, mereka tetap akan dapat subsidi," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media memetik Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan, susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Kami tidak takut diugut, Bersih 5 akan diteruskan, kata Maria

Posted: 20 Oct 2016 07:13 AM PDT

 
Maria berkata, ancaman itu tidak akan mengubah pandangan mereka terhadap skandal 1MDB, rasuah dan kepimpinan Najib.


Bersih5


KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 tidak gentar sekalipun berdepan "ancaman terburuk" dan himpunan Bersih 5 akan diteruskan mengikut jadual, kata pengerusinya, Maria Chin Abdullah.

Beliau tertanya-tanya apa yang dilakukan pihaknya untuk mendapat layanan sedemikian, kerana sebelum ini penyokong Bersih diganggu dan diserang ketika berkonvoi, serta beberapa aktivisnya menerima ancaman bunuh.

"Apa yang mereka tidak puas hati dengan Bersih sehingga sanggup melakukan keganasan politik begitu rendah?

"Bersih melihat ini satu ugutan dan keganasan politik, bukan sahaja terhadap saya tetapi juga Bersih.
Keganasan ini perlu dihentikan," katanya di luar Bukit Aman, hari ini, selepas menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat "perbuatan keganasan" itu.

Terdahulu, hari ini, kereta anak lelakinya disimbah cat merah dan darah ayam.

Maria berkata, rakyat tidak perlu takut dengan apa yang berlaku dan menggesa mereka menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan berlangsung 19 November nanti.

"Ini tidak akan mengubah pandangan kami daripada isu sebenar seperti skandal 1MDB, rasuah dan kepimpinan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak)," katanya sambil menambah Bersih akan meneruskan rancangan mereka.

"Kita tidak akan berhenti berjuang untuk pilihan raya bebas dan adil serta kerajaan yang bersih. Kita mesti tunjukkan kepada kerajaan kami tidak takut dan kami mahukan perubahan. Ugutan dan keganasan politik tidak ada tempat dalam demokrasi."

Peguam, Ambiga Sreenevasan menggesa pemimpin untuk bersuara mengenai perbuatan keganasan seperti itu, memandangkan ketua polis negara dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih mendiamkan diri berhubung itu terbabit.

"Kami ingin tahu adakah keganasan sedemikian diterima dalam masyarakat kita?" soal aktivis itu.
Selasa lalu, Maria menerima ugutan bunuh daripada seorang individu melalui WhatsApp berhubung himpunan Bersih 5.

Ancaman itu dalam bentuk hukuman IS di mana seorang lelaki berbaju hitam mengacukan pedang ke leher Maria, Ambiga dan Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Mandeep Singh.

Sebelum ini, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju memberi amaran kepada Maria untuk berjaga-jaga atau beliau mungkin tidak akan berjalan di bumi ini lagi, selepas mengumumkan rancangan mengadakan himpunan Bersih 5.

Polis tidak akan minta maaf, doktor ditahan kerana lari ‘lintang pukang’

Posted: 20 Oct 2016 07:00 AM PDT

 
Polis tidak akan membuat permohonan maaf kepada doktor terbabit susulan kejadian itu kerana mereka hanya menjalankan tugas.


khalid-doctor


KUALA LUMPUR: Ketua polis negara hari ini mempertahankan tindakan sepasukan polis elit menahan seorang doktor di Hospital Serdang yang disyaki penjenayah, baru-baru ini, kerana suspek berlari "lintang pukang" ketika diserbu.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan polis elit itu tidak perlu dipersoalkan, kerana mereka sekadar menjalankan tugas berdasarkan tindakan doktor terbabit.

"Pada masa itu, apabila polis tiba dan menyerbu kawasan hospital di mana terdapat suspek yang kami cari. Semasa sampai, kami memanggil semua orang berkumpul dan tidak melarikan diri, suspek termasuk doktor ini lari dan kami menganggap dia salah seorang suspek.

"Saya rasa anda semua tahu, jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan, anda tidak akan lari," katanya selepas merasmikan Perpustakaan Bestari Samsung ke-6 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), hari ini.

Pada 12 Oktober lalu, seorang doktor di Hospital Serdang yang disangkakan perompak oleh sepasukan polis elit dicekup dan direbahkan ke atas lantai, sebelum digari dan disoal siasat untuk beberapa jam.

Insiden itu berlaku, apabila anggota elit Pasukan Tugas Khas Melawan Jenayah Terancang (Stafoc) tiba dengan berpakaian hitam, lengkap dengan balaclava dan senjata berat selepas menerima laporan sekumpulan perompak berada di ruang makan dekat tempat letak kereta hospital itu.

Khalid berkata, polis juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada doktor terbabit susulan kejadian itu kerana mereka hanya menjalankan tugas.

"Saya kesal apa yang berlaku, tapi tidak perlu minta maaf.

"Kami terpaksa menjalankan tugas kami yang ada di situ suspek, suspek yang terlibat dalam pecah rumah, pernah mencederakan mangsa dan sebagainya," katanya.

Jamal Yunos dibebas selepas direman dua hari

Posted: 20 Oct 2016 05:48 AM PDT

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan selepas ditahan reman dua hari. 
 
Beliau dilihat keluar daripada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
 
Semalam, beliau dikenakan tahanan reman selama 48 jam selepas ditahan setibanya dari Dubai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Penahanan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang dimuat naik di laman sosial Facebook serta beberapa insiden di Sabak Bernam.
 
Jamal disiasat mengikut seksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan melakukan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
 
Sementara itu, beliau mewakili gerakan 'Baju Merah' berikrar untuk memerangi BERSIH 5 secara habis-habisan.
 
"Saya isytihar perang habis-habisan dengan BERSIH 5. Penahanan ini tidak melemahkan semangat saya," katanya kepada pemberita selepas dibebaskan.
 
Malah beliau mendakwa tahanan reman yang dikenakan ini sebagai tindakan pilih kasih.
 
"Penahanan saya double standard. Penahaan polis terhadap saya tidak boleh diterima. Penahanan ini satu penganiayaan terhadap saya.
 
"Penahanan saya ketika saya pulang dari KLIA sangat mendukacitakan terhadap saya dan keluarga saya," tambahnya.
 
 

Akta 355: PH anggap usul alternatif Amanah lebih menyeluruh - Khalid Samad

Posted: 20 Oct 2016 05:45 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad memaklumkan Pakatan Harapan (PH) 'tidak ada masalah' dengan usul alternatif parti itu dan menganggap ia lebih positif berbanding Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Memang alternatif yang kita kemukakan pun kita dah bincang dah dengan PH, maknanya mereka semua tahu dan ia tidak ada masalah 
 
"Ya... maksudnya menganggapnya lebih positif daripada (Ahli Parlimen) Marang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen sebentar tadi.
 
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam walau bagaimanapun enggan mengulas bersabit usul alternatif itu sehingga ia dibentangkan kelak.
 
PH setakat ini belum mengumumkan pendirian rasmi berkenaan RUU Hadi yang mahu memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).
 
Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifudin Abdullah semalam memberitahu gabungan itu ada berbincang mengenai RUU Hadi, namun enggan 'buat kesimpulan awal'. 
 
Malah beliau turut mengakui usul alternatif Amanah lebih baik berbanding RUU Hadi kerana 'ia bertujuan untuk memperbaikinya'.
 
Untuk rekod, usul alternatif itu diserahkan minggu lalu oleh ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan sepatutnya dimasukkan dalam kertas aturan parlimen minggu depan.
 
Usul itu antaranya mencadangkan pembentukan sebuah majlis merangkumi pakar agama dan undang-undang bagi membincangkan kaedah terbaik memperkasa Mahkamah Syariah.
 
Pimpinan Amanah sebelum ini mendakwa usul mereka lebih menyeluruh berbanding RUU Hadi, yang dilihat kabur dan terbuka kepada salah tafsir.
 
Menurut mereka, RUU Hadi lebih menekankan soal hukuman sedangkan untuk memperkasa Mahkamah Syariah memerlukan aspek keseluruhan dan perlu lebih komprehensif.
 
 
 

Nik Abduh tempelak Amanah cuba rosakkan Akta 355 PAS

Posted: 20 Oct 2016 05:42 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah bukan saja meniru idea PAS bersabit usul untuk memperkasakan mahkamah syariah, malah merosakkan idea ke arah tujuan berkenaan, tempelak Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz.
 
Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas mengenai tindakan Amanah yang mengemukakan usul alternatif terhadap Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang bakal dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Lahirnya usul alternatif mereka, daripada PAS buat, maknanya kalau PAS tidak buat, mereka tidak ke mana, kosong.
 
"Tiba-tiba mereka nak kata mereka punya lebih baik, ikut mereka lah, itu memang PAN (Amanah).
 
"Maknanya apa yang kita buat lahir dairipada perjuangan lama kita akhirnya sampai ke Parlimen? Mereka bukan mencuri idea tetapi merosakkan idea," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
 
Amanah minggu lalu menyerahkan usul alternatif menerusi ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan sepatutnya dimasukkan dalam kertas aturan parlimen minggu depan.
 
Usul itu antaranya mencadangkan pembentukan sebuah majlis merangkumi pakar agama dan undang-undang bagi membincangkan kaedah terbaik memperkasa Mahkamah Syariah.
 
Pimpinan Amanah sebelum ini mendakwa usul mereka lebih menyeluruh berbanding RUU Hadi, yang dilihat kabur dan terbuka kepada salah tafsir.
 
Menurut mereka, RUU Hadi lebih menekankan soal hukuman sedangkan untuk memperkasa Mahkamah Syariah memerlukan aspek keseluruhan dan perlu lebih komprehensif.
 
Dalam perkembangan berasingan, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS itu menyokong kenyataan Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bersabit pendirian parti terhadap Himpunan BERSIH. 
 
Ujar Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, pendirian untuk menyertai himpunan BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 tidak tetap dan berubah-ubah mengikut keperluan politik semasa.
 
"Berarak itu menyebabkan kerosakan jadi kita buat perhimpunan tetapi tidak lagi berarak, BERSIH masih lagi mahu buat himpunan yang berarak jadi kita rasa tidak seronok begitu.
 
"Kita tidak buat larangan cuma kita sebut bahawa parti tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut maknanya kalau ahli PAS pergi tidak ada laporan dan tindakan diambil," katanya lagi.
 
PAS sebelum ini menyatakan pendirian untuk tidak turut serta dalam perhimpunan BERSIH 5 yang bakal diadakan pada 19 November depan.
 
PAS menyatakan bahawa objektif himpunan itu sudah jauh tersasar daripada landasan asal dan bertentangan dengan prinsip parti.
 
 

DAP dakwa MCA diperalat BN

Posted: 20 Oct 2016 05:42 AM PDT

 DAP dakwa MCA diperalat BN
 

MCA didakwa rela diperalatkan BN untuk membenarkan Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 disenaraikan dalam aturan mesyuarat Sidang Parlimen yang bermula Isnin lalu.

"Biarpun MCA kerap kali menyatakan RUU Persendirian yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu ke dalam parlimen adalah keputusan Umno, tetapi MCA seperti dengan rela hati bersekongkol dengan Umno.

"Memang tidak dinafikan MCA tetap 'bersubahat' bersama parti-parti komponen lain dalam BN sehingga membolehkan Pindaan RUU Akta 355 ini dibawa ke dalam Sidang Parlimen," kata Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai seperti yang dilaporkan dalam Oriental Daily.

Dalam pada itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengingatkan agar jangan terlalu leka walaupun RUU itu telah dianjak ke bawah dalam kertas aturan urusan mesyuarat parlimen.

"Biarpun tidak sempat dibawa dalam Sidang Parlimen kali ini, ia tetap boleh dibawa pada sidang akan datang, iaitu pada Mac tahun depan. Selagi BN masih meneruskan pemerintahan, selagi itulah RUU ini tetap berpeluang dibawa dan diluluskan dalam parlimen," katanya.

Beliau turut menyoal tindakan Umno membenarkan RUU ini dibawa ke parlimen adalah bertujuan mahu mempermainkan Pas ataupun parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA dan Gerakan?



Pemimpin adil antara 'selamat' di Padang Mahsyar

Posted: 20 Oct 2016 05:30 AM PDT

Pemimpin adil antara 'selamat' di Padang Mahsyar
Hassan Din (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama orang ramai yang menghadiri majlis perdana di Masjid Jamek Al Munawwer Kelawei.‎ - Foto Sinar Harian


GEORGETOWN - Pemimpin adil antara golongan yang akan terlepas dari Padang Mahsyar, demikian menurut penceramah terkenal, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz.

Jelasnya, itu antara ciri tujuh golongan yang akan terlepas serta dipayungi ketika berada di padang mahsyar.

"Jadi pemimpin dunia ataupun pemimpin negara kenalah adil, tidak pilih kroni dan sebagainya.

"Ia termasuk pemimpin keluarga sekalipun, ada dua hingga empat isteri, kena adil, barulah selamat.

"Ada yang bertanya pada saya, jika pemimpin adil, dan dia terbaik tetapi tidak solat?

"Adakah masih berada dalam golongan ini? Ya dia masih berada dalam golongan ini tetapi ingat sebelum ke padang mahsyar dia akan berada di alam kubur dahulu, akan melalui seksa kubur, jadi biarlah kita jadi pemimpin yang adil serta cukup amal ibadahnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ceramah Perdana Majlis Pelancaran Dana Surau Kompleks Kota Raja, Ipoh di Masjid Jamel Al-Munawwar Kelawei di sini.

Hassan Din dalam ceramahnya juga menjelaskan, golongan kedua selamat ketika berada di Padang Mahsyar ialah seseorang yang bersedekah tetapi dirahsiakan.

"Kita sedekah RM10,000, RM20,000 jangan cerita dekat orang, ini sedekah RM10 pun sudah riuh.

"Bila hendak infak sesuatu, rahsiakan, seperti tangan kiri langsung tidak tahu apa yang tangan kanan lakukan.

"Sebaliknya pada hari ini, apa yang berlaku ialah sumbangan baru RM1,000 tapi cek sudah sebesar pintu masjid," katanya.

Tambah beliau lagi, lima golongan lain termasuklah orang yang jiwanya terpikat dengan masjid.

Selain itu anak muda yang berjaya mengharungi masa mudanya kerana ALLAH SWT adalah kelompok keempat dipayungi di Padang Mahsyar.

"Seterusnya, dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH SWT, mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH, sama seperti Ansar dan Muhajirin.

"Golongan keenam ialah seseorang yang apabila menyebut ALLAH SWT, mengalir air matanya, bila sebut neraka, mengalir air matanya, masya-ALLAH," katanya.

Hassan Din berkata, kelompok terakhir ialah lelaki mahupun wanita yang bila diajak melakukan maksiat tetapi dia menolaknya kerana takutkan ALLAH SWT.

"Bila diajak, dia mengucapkan maaf, saya takut kerana ALLAH SWT," katanya.


PKR nyatakan sokongan RUU 355 dibahas

Posted: 20 Oct 2016 05:26 AM PDT

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail


KUALA LUMPUR - PKR sebulat suara menyokong Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibahas pada persidangan Parlimen kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun mempunyai beberapa kemusykilan dan keraguan berkaitan dengan RUU 355, PKR berpendirian menerima dan mengiktiraf hak ahli parlimen tersebut dan menyokong bahawa usul tersebut dibahas.

Menurut beliau, PKR menantikan penjelasan Abdul Hadi dan lebih utama lagi pendirian dan jaminan Perdana Menteri bahawa hak-hak di bawah Perlembagaan akan dilindungi, sebelum sebarang memutuskan pendirian seterusnya.

"PKR melihat terdapat beberapa perkara yang membimbangkan terutamanya kesamaran skop hukuman.

"Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebarang pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum perlu diperjelaskan secara terperinci.

"Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Wan Azizah berkata, pendirian PKR untuk RUU 355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan kemusykilan mengapa RUU 355 ini sengaja dibiarkan berlarutan, terapung di Parlimen tanpa sebarang usaha memberikan penjelasan atau menganjurkan perbincangan dengan wakil parti politik dan masyarakat.

"Kami tetap memilih jalan muafakat untuk memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin kebebasan beragama bagi bukan Islam," katanya.


SPRM tahan 19 pegawai kanan, rampas RM4.2 juta

Posted: 20 Oct 2016 05:23 AM PDT

SINAR HARIAN
SPRM
SPRM


KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 19 pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di negeri ini yang merupakan Ketua Bahagian dan Daerah bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek infrastruktur di negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua suspek lelaki yang berumur antara 29 hingga 59 tahun itu ditahan dalam operasi fasa kedua susulan operasi pertama pada 4 Oktober lalu.

Katanya operasi berkenaan dilancarkan berikutan penemuan maklumat tambahan dan bukti yang diperoleh hasil keterangan mereka yang diambil sebelum ini serta analisis dokumen-dokumen yang dirampas.

"Dalam operasi yang dijalankan serentak di 27 lokasi melibatkan agensi kerajaan berkenaan di peringkat bahagian dan daerah di seluruh Sabah pada 19 Oktober (semalam) itu, SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM4.2 juta daripada beberapa suspek.

"SPRM turut membekukan beberapa akaun bank yang mempunyai wang berjumlah kira-kira RM3.6 juta milik beberapa orang suspek tersebut," kata Azam dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azam berkata, siasatan awal mendapati Ketua Bahagian dan Daerah berkenaan telah membuat kutipan antara 27 hingga 30 peratus jumlah nilai projek agensi kerajaan berkenaan daripada kontraktor-kontraktor yang ditawarkan kerja sebut harga dan kerja-kerja kecemasan jabatan itu di seluruh Sabah.

Menurutnya pelbagai dokumen perolehan dan tuntutan juga telah dirampas dalam operasi tersebut dan sehingga kini pegawai-pegawai SPRM masih meneliti kesemua dokumen berkenaan bagi tujuan pengumpulan bukti.

SPRM memohon perintah reman terhadap kesemua mereka di empat mahkamah di Sabah dan daripada 19 pegawai yang ditahan itu, 18 orang direman manakala seorang lagi dibebaskan.

Seramai 14 direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu; tiga individu selama empat hari di Mahkamah Majistret Tawau dan seorang selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Sandakan, katanya.

"SPRM juga ingin menegaskan bahawa siasatan kes ini hanya menjurus kepada penglibatan pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan setakat ini ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik sama ada di peringkat negeri Sabah atau kerajaan persekutuan," katanya.

Sehubungan itu, Azam berkata, SPRM meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini atau mengambil kesempatan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM bagi kepentingan masing-masing.

Katanya kes berkenaan melibatkan sejumlah dokumen perolehan yang banyak dan pegawai SPRM kini sedang meneliti semua dokumen yang dirampas serta memerlukan masa bagi menyelesaikan siasatan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"SPRM memandang serius perkara ini dan memberi jaminan siasatan dijalankan dengan telus dan profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak," katanya.

Azam juga meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini kerana ia boleh menjejaskan siasatan.

Katanya SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil membantu siasatan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan empat individu termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek infrastruktur berkenaan.
Bagaimanapun, keempat-empat suspek berkenaan dibebaskan dengan masing-masing dikenakan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin. – Bernama

Jabatan Peguam Negara tunggu siasatan polis kes ular

Posted: 20 Oct 2016 05:18 AM PDT

SINAR HARIAN

kes ular
Jurulatih dan pembantu jurulatih terlibat menunjukkan kolam di mana insiden tersebut berlaku.
 
 
PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara akan menunggu siasatan polis berhubung insiden mencampak ular ke dalam kolam semasa aktiviti kem bina semangat di Perak selesai sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa siasatan telah dimulakan oleh pihak polis berhubung perkara tersebut.

"Jabatan ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan kelak," katanya.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Peguam Negara memandang serius insiden mencampak ular semasa aktiviti kem bina semangat yang disertai pelajar sekolah rendah di Kuala Kangsar, Perak.

Dalam rakaman insiden yang menjadi viral dalam laman sosial, sekumpulan kanak-kanak perempuan kelihatan menangis dan menjerit-jerit setelah ular dicampakkan ketika melakukan latihan meredah kolam berselut.

Sebelum ini, Kolonel Pertahanan Awam Perak Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman memaklumkan empat jurulatih dan enam pembantu jurulatih digantung tugas serta-merta sehingga siasatan lanjut mengenai kes berkenaan selesai. - Bernama


Buletin Utama TV3 : Masih Amal Pemberitaan kuno ?

Posted: 20 Oct 2016 02:08 AM PDT


 
Oleh IZWAN ABDUL HALIM


KEPESATAN komunikasi dalam dunia kejuruteraan teknologi serba canggih, mudah dan pantas kini membolehkan maklumat diakses dan disebar setiap detik oleh sesiapa serta di mana sahaja. Ringkas popularnya disebut "maklumat di hujung jari".

Malangnya, masih ada pihak yang mungkin merasa juara dapat melakukan manipulasi, persepsi atau sensasi ke atas maklumat atau pihak tertentu. Ia sengaja dilakukan untuk menimbulkan salah tanggapan, kekeliruan dan polemik sebagai adu domba, mengampu atau keuntungan untuk pihak tertentu.
Kaedah negatif seperti itu rupanya belum dibebaskan dari profesionalisme pemberitaan oleh stesen TV3.

Dalam siaran Buletin Utama jam 8:00 malam  (Selasa, 18 Oktober 2016) melaporkan kononnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengakui keberkesanan GST.

Stesen media elektronik itu dalam siaran tersebut memetik sebutan Ahli Parlimen Marang iaitu _*"GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan"*_ bersama _'tagline'_ bertulis "GST: Terbukti Berkesan – Presiden PAS".

Mustahil Unit Berita TV3 tidak memahami perkara yang dilaporkan itu melainkan mempunyai motif untuk mencemarkan. Laporan diutarakan seolah-olah ayat disebut Presiden PAS itu sebagai satu
_*'penyataan'*_ sedangkan hakikat sebenar ianya adalah _*'pertanyaan'*_.

Perkara tersebut berlangsung pada sesi Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-Pertanyaan, Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga, pagi Selasa 18 Oktober 2016. Berikut perincian dari pertanyaan bertulis dikemukakan serta pertanyaan lisan tersebut:

Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang bangun dan menyebut "Tan Sri Yang Dipertua, soalan saya yang kedua".

(Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan) 2. PR-1343-L76884 Dato' Seri Abdul Hadi Awang |Marang| Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisma lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat)

Berikutan jawapan lisan diberikan Menteri Kewangan II Dato' Johari Abd Ghani |Titiwangsa|, Ahli Parlimen Marang itu bangun mengemukakan pertanyaan atau soalan tambahan dengan menyebut:

_*"Tan Sri yang Dipertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan.Namun pun di sana ada impak Yang Amat Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih."*_

Jelas, ia dalam rangka _*'pertanyaan'*_ di mana ungkapan yang dipetik TV3 adalah dirujuk kepentingan atau keuntungannya kepada pihak Kerajaan. Bukan _*'penyataan'*_ atau perakuan oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS sebagai pendirian mengesahkan GST diterima atau dituntut kelangsungan pelaksanaannya.

Jika demikian, mengapa tidak TV3 mengambil pertanyaan yang menyebut "membatalkan" sebagai penyataan? Maka, secara nyata, TV3 sebenarnya telah melapor secara konteks yang salah dengan sengaja membawa kepada maksud dan motif tertentu. Masih tidak terlambat untuk membuat pembetulan dan ralat.

Tiada Lagi Subsidi Minyak Masak

Posted: 20 Oct 2016 02:08 AM PDT

DETIK DAILY


 

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh 12 hari lagi, kos memasak di negara ini akan bertambah apabila harga minyak masak meningkat.Turut dijangka meningkat adalah harga makanan di luar, dengan restoran dan premis makanan cuba 'mengalihkan' kos berkenaan kepada pelanggan.


Kenaikan ini adalah yang pertama bagi minyak masak dalam tempoh 10 tahun.

Pada 1 November depan, subsidi untuk semua kecuali dua saiz bungkusan minyak masak akan dimansuhkan.

Subsidi kedua-duanya akan kekal sehingga akhir tahun ini, membabitkan botol 5 kilogram (kg) dan pek plastik (polybag) 1kg.

Bermula Tahun Baharu, hanya harga bagi bungkusan 1kg akan diberikan subsidi.

Kesemua saiz lain seperti botol 500 gram, 1kg, 2kg dan 3kg, tidak lagi disubsidikan oleh kerajaan.

"Semua harga runcit bagi minyak masak campuran dalam pelbagai jenis bungkusan juga tidak lagi diberikan subsidi," menurut Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (MEOMA) dalam satu kenyataan pada Rabu.



Menurut persatuan itu, ia selari dengan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) yang dilaksanakan kerajaan pada Jun 2007 berikutan kenaikan harga minyak sawit ketika itu.

Tambah persatuan itu, COSS distruktur semula, yang merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi subsidi kerajaan.

Harga runcit siling bagi pek plastik 1kg dan botol 5kg akan disemak semula yang menyaksikan peningkatan harga, dari RM2.50 kepada RM2.90 untuk pek plastik 1kg, dan dari RM13.35 kepada RM15.25 bagi botol 5kg.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kebimbangan utama adalah peniaga akan meningkatkan harga minyak masak.

"Kerajaan perlu pastikan peniaga-peniaga tidak menaikkan harga terlalu tinggi," katanya.


Tambah Mohd Yusof, Fomca menjangkakan harga makanan akan meningkat tidak lama lagi.

Presiden Persatuan Penjaja Persekutuan Malaysia, Yaw Boon Choon berkata, pemansuhan subsidi bagi minyak masak akan menjejaskan peniaga makanan.

"Ini terutama peniaga yang menggunakan banyak minyak seperti peniaga cakoi," katanya.

Angeline Leong, 47, yang bekerja di sektor pengurusan hartanah berkata, dia merancang untuk menyimpan bekalan minyak masak.

"Kebiasaannya, saya membeli pek minyak masak 5kg sebulan. Sekarang saya akan beli empat atau lima botol," katanya.

Puan Lim, suri rumah berusia 50 tahun terkejut apabila dimaklumkan mengenai kenaikan harga akan berlaku.

"Makan di luar akan menjadi lebih mahal. Gerai makanan dan makan di restoran akan menjadi sesuatu yang mahal," katanya.

Suria Mohd, 32, berkata tidak banyak yang boleh dibuat dengan peningkatan harga minyak masak.

"Saya tidak boleh goreng tanpa minyak masak," katanya.

Dalam satu kenyataan, persatuan itu turut memaklumkan bahawa COSS yang di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, akan diselia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Subsidi kerajaan bagi keperluan asas seperti petrol, diesel, minyak masak, tepung dan bantuan seperti BR1M menurun sebanyak 9.6 peratus kepada RM24.64 bilion tahun ini, dari RM27.3 bilion tahun lepas.

Ia menjangkakan jumlah itu akan lebih rendah pada tahun depan, berikutan pelan rasionalisasi subsidi.

Beban GST: Anak muda dibayangi 5K

Posted: 20 Oct 2016 02:02 AM PDT

HARAKAHDAILY



 

KEPERITAN rakyat menempuh hidup seharian sejak dilaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semakin menampakkan bibit-bibit kegawatan dipengaruhi juga situasi semasa ekonomi dunia. Jika langkah pemansuhan GST tidak dilaksanakan segera, tidak mustahil kesannya meruncing lebih buruk akan dilihat ke atas negara beberapa tahun akan datang.

Asasnya, sebagaimana diakui sendiri Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa permintaan domestik adalah acuan ekonomi paling penting. Perlu dilihat, anak muda adalah golongan paling terjebak dalam kitaran ganas kesan pelaksanaan GST.

Secara umum, rata-rata golongan anak muda hari ini mempunyai komitmen terhadap 5K.

Pertama; kerjaya, ia adalah punca kuasa anak muda. Kerjaya anak muda adalah sumbangan dan masa depan kepada negara. Tanpa 'kegemilangan' kerjaya iaitu yang sesuai dengan kemampuannya, negara telah meletakkan situasi masa depan dalam keadaan ketidakpastian.

Namun, yang terjadi kini bukan sahaja kerjaya sukar diperoleh dan menyumbang pengangguran, tetapi berlaku juga pemberhentian ramai seperti kes syarikat Naza Kia, MAS, Petronas dan lain-lain. Tanpa kerjaya sebagai punca pendapatan, sesiapapun lumpuh.

Kedua kahwin, di mana usia anak muda adalah waktu memulakan hidup. 'Kestabilan' rumah tangga adalah aspek permulaan terpenting yang mempengaruhi sosial masyarakat seterusnya negara. Malangnya ketika ini, untuk tujuan tersebut sukar oleh banyak faktor terutama perbelanjaan yang telah banyak berubah akibat GST dengan peningkatan kos harga barang.

Ketiga; kenderaan, perkara yang menjadi 'kemudahan' terhadap aktifnya anak muda, walaupun diakui terdapat mereka lainnya berlebih-lebihan. Tetapi dikesali, penurunan harga kereta yang pernah dijanjikan 'indah khabar dari rupa', selain realiti kos penyelenggaraan. Lebih menekan apabila tambang pengangkutan awam dinaikkan.

Keempat; ialah kediaman sebagai 'keperluan' dalam memulakan kehidupan keluarga. Letihnya, apabila harga kediaman hari ini menjadi mainan kapitalis hingga ia hanya 'mampu lihat'. Pasangan anak muda dengan kerjaya baik pun hanya mampu menyewa. Apakah mereka akan merempat di negara sendiri 10 tahun akan datang?

Kelima; anak-anak iaitu zuriat (keluarga ) yang menjadi dorongan 'kegembiraan'. Pun begitu, banyak diragut oleh kos wajib berkaitan seperti susu, lampin, pengasuhan dan pendidikan awal yang agak mahal.

Jika diamati, semuanya berkaitan 2K iaitu kehidupan dan kewangan di mana sebahagian besarnya berputar dalam lingkaran berganda kesan dari GST. Ia merenjat tidak sedikit poket anak muda, bahkan menggugat banyak kestabilan.

Ketika kerajaan mengaut perolehan GST daripada poket rakyat, percayalah di sana membenihnya permasalahan ke atas rakyat yang suatu masa membesar menjadi krisis negara. Cukup dilihat dalam kek pembahagian kekayaan negara yang banyak tertumpu pada pembangunan tertentu dengan membawa faedah hanya kepada lingkaran khusus.

Sedangkan, jumlah perolehan tahunan daripada GST boleh dihapuskan terus sekiranya kerajaan mengamalkan pengurusan telus, cekap dan saksama tanpa isu-isu bengit skandal pemborosan, ketirisan dan rasuah. Semuanya barah yang sangat dibenci dalam kalangan anak muda kini.

*  USTAZ NURUL AMIN ABDUL HAMID, Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY

Bersih 5: Usah kaitkan nama Almarhum Tok Guru

Posted: 20 Oct 2016 01:43 AM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 



 

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, mengingatkan mana-mana pihak tidak menggunakan nama Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu Himpunan Bersih 5.0.

Katanya, PAS tetap dengan pendiriannya tidak akan menyertai himpunan itu memandangkan ia keputusan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian selepas mesyuarat exco, di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendakwa PAS wajib menyertai Bersih 5.0.

Kata Husam lagi, PAS perlu sertai kerana ia pesanan almarhum ketika masih hidup.

Datuk Mohd Amar seterusnya mengakui Almarhum telah mengarahkan parti dan anggotanya menyertai himpunan berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut beliau lagi apa yang dikeluarkan ketika itu adalah berdasarkan keputusan parti dan suasana masa itu.

"Pendirian itu (sertai himpunan) bukan yang tetap sebaliknya akan berubah mengikut keadaan dan situasi semasa.

"Jadi saya rasa tidak kena menggunakan nama Tok Guru pada waktu itu untuk diguna pakai pada waktu sekarang," ujarnya.

Beliau seterusnya berkata, anggota parti tidak akan keliru tentang arahan itu kerana mereka telah faham.

Datuk Mohd Amar menambah, tidak wajar mengaitkan nama Almarhum pada masa itu untuk diguna pakai ketika ini. – HARAKAHDAILY 

Kelantan warta kawasan khas demi kebajikan orang asal

Posted: 20 Oct 2016 01:23 AM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 





KOTA BHARU:  Kerajaan Kelantan telah meluluskan seluas 3,885,39 hektar tanah sebagai rizab Orang Asli dalam Jajahan Gua Musang dan Jeli.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata bukan itu sahaja 1,647,29 hektar juga sudah diwartakan, manakala 2,238 dalam proses untuk diluluskan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Menurut Datuk Mohd Amar lagi, kerajaan negeri turut menerima cadangan untuk mewartakan 973 hektar lagi kawasan di Pos Gob untuk dijadikan zon rizab golongan itu.

Lebih menarik lagi, menurut Amar kerajaan negeri dalam perancangan untuk menjadikan Gunung Chamah, Gua Musang sebagai kawasan rayau bagi masyarakat itu.

Tambahnya, kawasan ini seluas 20,000 hektar yang disediakan untuk masyarakat terbabit berburu atau aktiviti sesuai.

Beliau seterusnya memberitahu, projek itu dicadangkan oleh Jabatan Perhutanan sewaktu pentadbiran Almarhum Tuan Guru lagi.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan kerajaan negeri tidak menjaga kebajikan masyarakat berkenaan.

Jelasnya, ia hanya tuduhan tidak sihat demi kepentingan tertentu di samping berhasrat memburukkan imej kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY

SETELAH UCAPAN GST DIPUTAR-BELIT DAN AKTA 355 MUNGKIN TANGGUH LAGI, MASIHKAH PAS MAHU PERCAYA UMNO?

Posted: 20 Oct 2016 01:23 AM PDT

shahbudindotcom 


Apa sudah jadi dengan usul Akta 355 untuk bacaan kali kedua yang sepatutnya dibentangkan oleh Hadi Awang?

Esok, 21 Oktober adalah hari pembentangan Bajet 2017 oleh Najib Razak dan minggu-minggu seterusnya perbahasan di Parlimen akan dipenuhi dengan hal-hal  berkaitan dengan belanjawan saja.

Jika hari ini iaitu hari terakhir sebelum Bajet 2017 dibentangkan, usul Hadi Awang itu tidak juga diberi ruang oleh Speaker, kemungkinan ia tidak sempat langsung dibawa untuk sessi Parlimen tahun ini dan seterusnya dianjak lagi ke tahun hadapan.

Yang menariknya, pada hari pertama sessi Parlimen Isnin lalu, usul Hadi itu disenaraikan dalam aturan mesyuarat nombor empat, tetapi sehingga ke petang ia tidak juga dibentangkan.

Kemudian pada hari Selasa, usul tersebut menurun ke tempat ketujuh dan tidak juga dibentangkan. Semalam, hari Rabu, langsung tiada khabar berita mengenainya.

Kalau ikut logik, jika hari pertama sudah masuk agenda nombor empat,  usul tersebut sepatutnya diletakkan sebagai agenda nombor dua atau tiga pada hari berikutnya. Ia tidak seharusnya menurun kepada tempat nombor tujuh.

Hanya tinggal hari ini iaitu Khamis untuk peluang usul tersebut dibentangkan. Jika hingga petang nanti tiada juga usul Hadi itu, nasibnya semakin sukar diramalkan. 

Seharusnya usul Hadi Awang ini tidak lagi ditangguhkan kerana bacaan kali pertamanya sudah dilakukan pada sessi Parlimen yang lalu. Kali ini ialah untuk bacaan kali kedua, dibahas dan seterusnya dijalankan undian.

Lagi pula, Najib Razak dan semua pemimpin UMNO bukan main lagi menyokong usul tersebut. Meskipun aturan Parlimen biasanya memberi laluan kepada usul kerajaan terlebih dahulu, tetapi jika Perdana Menteri menghendakinya, beliau boleh memberi arahan agar usul persendirian Hadi Awang itu didahulukan.

Apabila ditangguhkan begini dan seolah-olah Hadi Awang sedang dipermainkan, adakah bermakna Najib sendiri tidak mahu usul itu dibentangkan?

Sedarkah Najib bahawa Pas sudah mengadakan majlis munajat dan solat haiat pada 15 Oktober lalu untuk memohon keredaan Tuhan agar usul itu tidak mengalami banyak halangan dan seterusnya diluluskan?

Apakah Najib tidak mahu memberi laluan kerana belum bersedia menghadapi parti-parti komponen BN yang terang-terang menentang usul berkenaan?

Sampai bila ia mahu ditangguhkan lagi dan Najib akhirnya setuju memberi laluan? 

Awal tahun depan, pertengahan tahun depan, akhir tahun depan atau sehingga tibanya tarikh pilihanraya?

Walaupun usul Akta 355 itu berkaitan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah, tetapi parti-parti komponen BN melihatnya sebagai laluan awal kepada perlaksanaan hudud. Maka, MCA, MIC dan Gerakan, termasuk komponen BN di Sabah dan Sarawak juga menentangnya.

Di sebalik parti-parti komponen itu menentang, mereka juga menyatakan BN sudah ada konsensus jika ia dibentangkan. Tapi pemimpin-pemimpin UMNO tetap mengunci mulut, malah Zahid Hamidi sendiri mengatakan sama ada dari segi pembentangan, mahu pun sokongan, ia terpulang kepada Najib menentukannya.

Tetapi sokongan Najib secara luaran kepada usul berkenaan sehingga ia dapat dibawa untuk bacaan kali pertama oleh Hadi pada sessi Parlimen yang lalu, telah berjaya mendekatkan lagi hubungan Pas dengan UMNO.

Pas dan UMNO tidak lagi bermusuhan seperti selalu. Berbanding UMNO, walaupun ketika ini Najib berhadapan dengan skandal kewangan bertaraf mega dan diperkatakan di seluruh dunia, Pas lebih keras bermusuh dengan Amanah berbanding parti itu.

Persoalannya, jika usul Hadi itu tidak juga diberi laluan, sedarkah Pas bahawa mereka sedang dipermain dan diperalatkan oleh UMNO?

Apakah tidak mungkin usul Hadi itu akan terus ditangguhkan dan hanya dijadikan modal oleh Najib untuk memberi gambaran kepada pengundi Melayu seolah-olah beliau adalah pemimpin yang mencintai hukum Islam dan lebih bertujuan merapatkan hubungan dengan Pas, sekaligus merencatkan kesepakatan parti-parti pembangkang dalam PRU 14?

Setelah ucapan Hadi Awang mengenai GST yang diputar-belit oleh media-media utama kawalan UMNO Selasa lalu dan bersama usul Akta 355 yang mungkin terus ditangguhkan ini, apakah Pas masih mahu menaruh kepercayaan lagi kepada Najib dan UMNO?
 
 
 

Mahkamah tolak saman Khairul terhadap Rafizi

Posted: 20 Oct 2016 01:16 AM PDT

 
Hakim Mahkamah Tinggi berkata Rafizi mempunyai tanggungjawab awam untuk meminta siasatan terhadap skandal Mara.


rafizi,khairul


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tidak memfitnah naib ketua Pemuda Umno tahun lepas apabila beliau menyentuh mengenai skandal hartanah yang melibatkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia.

Hakim S. Nantha Balan memutuskan Khairul Azwan Harun gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian.

Beliau merujuk kepada perenggan yang dipertikaikan dalam kenyataan media Rafizi pada 6 Julai tahun lepas.

"Ia semata-mata komen berkenaan individu yang terlibat dalam skandal Mara perlu menjelaskan peranan mereka," kata hakim.

Kenyataan itu, katanya, tidak merujuk kepada Khairul sebagai seorang individu yang korup dan menyalahgunakan kuasanya, sambil menambah skandal Mara itu mempunyai kepentingan awam.

"Beliau (Rafizi) mempunyai tanggungjawab awam mengadakan siasatan terhadap skandal itu," katanya.

Dakwaan Khairul yang Rafizi secara melulu memfitnah beliau bukan alasan kuat untuk memulakan perbicaraan, kata mahkamah.

"Rafizi menjalankan kajian selepas maklumat daripada sumbernya," kata Nantha. "Beliau tidak bertindak tanpa pertimbangan yang teliti."

Khairul, yang juga dikenali sebagai "Azwanbro", menyaman Rafizi tahun lepas kerana dikatakan menuduh beliau terlibat dalam pembelian hartanah di 746 Swanston Street, Melbourne, Australia.

Pembelian adalah melalui Thrushcross Land Holdings Limited, sebuah syarikat yang dimiliki Mara.

Perjanjian itu dilaporkan mengakibatkan "kebocoran" sebanyak RM63 juta.

Khairul berkata kenyataan Rafizi, yang diterbitkan di portal menggambarkannya sebagai rasuah, tidak jujur dan bertindak dengan kepentingan kewangan sendiri.

Kenyataan itu juga mendakwa beliau (Khairul) menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi Biosis Group Berhad dalam perjanjian itu, dakwa Khairul.

Naib Ketua Pemuda Umno itu menuntut kerosakan am, teruk dan teladan.

William Leong mewakili Rafizi manakala M. Reza Hassan mewakili Khairul.

PM akan umum sesuatu mengenai BR1M dan inisiatif lain dalam Bajet 2017

Posted: 20 Oct 2016 01:02 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan Bajet 2017 di Parlimen esok.

."Hakikatnya, setiap tahun kita dapat naikkan pemberian BR1M daripada RM500 pada 2012 sehingga RM1,050 pada tahun ini, dan kriteria layak menerima BR1M telah diperluaskan agar lebih ramai dapat manfaat," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

Perdana menteri membidas dakwaan pembangkang kononnya Malaysia akan bankrap di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, pada hal telah terbukti kerajaan mampu meningkatkan pemberian BR1M setiap tahun sejak ia diperkenalkan pada 2012.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 esok.-- BERNAMA


Apa kerja Parlimen jika kerajaan terus berpura-pura skandal 1MDB tidak wujud?

Posted: 20 Oct 2016 12:27 AM PDT

Lim Kit Siang1

Roketkini.com


KUALA LUMPU: Apa fungsi sesi pertanyaan menteri diadakan jika soalan-soalan berkaitan skandal memalukan nama negara, 1MDB tidak dibenarkan sama sekali untuk dipersoal di Parlimen?

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata Malaysia kini digelar sebagai 'kleptokrasi global' tanpa henti di seluruh dunia, namun sidang Parlimen di negara ini sedang berpura-pura seperti skandal itu tidak pernah wujud.

"Hari ini, saya sekali lagi mengajukan pertanyaan berhubung langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi membersihkan nama negara yang kini amat tercemar akibat skandal tersebut, namun ia tidak dibenarkan oleh Speaker.

"Oleh itu, saya akan terus memboikot sesi pertanyaan menteri. Walaupun ia sesi paling penting, tetapi ia sekadar wayang jika persoalan tentang kleptokrasi global ditolak," tegasnya dalam satu kenyataan.

Ketua Parlimen DAP itu pada Selasa lalu memboikot sesi pertanyaan menteri ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak membenarkan sebarang soalan melibatkan tindakan undang-undang pihak berkuasa Amerika untuk menyita harta berkait dana 1MDB yang didakwa digelapkan.

Pandikar sebelum itu menyatakan persoalan saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak perlu dijawab di Parlimen kerana kononnya ia sub judis.

Menurut Kit Siang, penolakan berulang kali soalan berkaitan 1MDB adalah satu percubaan terang-terangan kerajaan untuk melarang semua perbincangan atau persoalan mengenai 1MDB dan status Malaysia sebagai 'kleptokrasi global' diadakan.

Sedangkan, beliau menjelaskan, skandal 1MDB semakin diperkatakan di seluruh dunia. Terbaru, pemenang anugerah Oscar, Leonardo Di Caprio sendiri menyatakan beliau akan memberi kerjasama dalam siasatan dakwaan rasuah melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan itu. – Roketkini.com


Tidak cukup GST, kerajaan mansuh pula subsidi minyak masak

Posted: 20 Oct 2016 12:25 AM PDT

Lim Guan Eng

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP mengecam keras tindakan kerajaan UMNO yang memansuhkan subsidi minyak masak sehingga menyaksikan harga keperluan asas itu meningkat 40 sen bagi setiap satu kilogram paket dan RM1.90 bagi setiap lima liter botol.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, golongan miskin yang sedia terjejas dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak April tahun lalu akan tambah terbeban dengan langkah terbaharu yang diambil kerajaan itu.

"Kalau bukan kerana pelaksanaan GST, pemansuhan subsidi minyak tidak akan memberi kesan yang besar kepada keluarga miskin.

"Namun, pemansuhan subsidi berkenaan tanpa memansuhkan GST hanya akan melebarkan lagi jurang pendapatan dan mengakibatkan keadaan golongan miskin bertambah parah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui jawapan ringkas di Parlimen pada Isnin lalu menolak cadangan Ahli Parlimen DAP kawasan Kluang, Liew Chin Tong agar GST dikurangkan daripada enam peratus kepada tiga peratus.

Najib yang juga Menteri Kewangan menolak cadangan itu dengan alasan kononnya cukai tersebut adalah penyelamat negara daripada kelumpuhan ekonomi.

"Bagaimana GST boleh jadi penyelamat kepada ekonomi sedangkan rakyat dan perniagaan terjejas teruk (akibat dari pelaksanaan cukai tersebut)," soal Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, penurunan 30 peratus hasil kutipan GST pada suku kedua 2016 telah cukup membuktikan bahawa ekonomi negara di tahap yang membimbangkan ekoran dasar pelaksanaan cukai berkenaan.

"Amat malang apabila Perdana Menteri tidak mengambil langkah tegas untuk memansuhkan GST demi memulihkan ekonomi negara dalam pembentangan Belanjawan 2017 beliau esok.

"Belanjawan 2017 itu tidak akan memberikan impak yang besar kepada rakyat biasa di negara ini, melainkan GST dimansuhkan," tegasnya.

Pakatan Harapan dalam Belanjawan Alternatif 2017 yang dilancarkan semalam antara lain mencadangkan penambahbaikan GST 'berkadar sifar' sebagai usaha berterusan mereka untuk memansuhkan cukai berkenaan. – Roketkini.com

Isu tanah Paya Indah Wetland, SELCAT beri jawapan muktamad

Posted: 20 Oct 2016 12:22 AM PDT

img_2456

Roketkini.com


SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (SELCAT) mengesahkan bahawa tanah Lot 68054, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat tidak termasuk dalam kawasan pewartaan Paya Indah Wetland seperti yang didakwa beberapa pihak.

Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh berkata, kawasan yang diwartakan sebagai Paya Indah Wetland hanya melibatkan Lot 3974 dengan keluasan 389.91 hektar dan Lot 4827 (60.85 hektar).

Maklumat itu, katanya, diperolehi hasil daripada penerangan dan taklimat berhubung isu berkenaan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan beberapa agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pejabat Daerah (Tanah Kuala Langat) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

"Lot 68054 asalnya merupakan tanah milik Kerajaan Negeri. Namun, pada tahun 1994, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional ketika itu pula telah pun memindah milik tanah tersebut kepada tanah milik persendirian," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 1996, kerajaan negeri yang ditadbir BN telah memberikan kelulusan untuk meminda syarat nyata dan jenis kegunaan tanah daripada pertanian kepada bangunan perumahan atau perusahaan ringan terhadap tanah Lot berkenaan.

Namun pada 2004, kelulusan bersyarat untuk menukar status tanah Lot itu daripada pertanian kepada pembangunan bercampur tidak berlaku ekoran pemiliknya tidak menjelaskan bayaran cukai tanah premium.

Malah, 10 tahun kemudian, syarikat pemaju, Salak Land Development Sdn Bhd telah membuat permohonan sekali lagi bagi menukar syarat tanah Lot berkenaan tetapi ditolak kerana tidak selaras dengan pelan Rancangan Tempatan 2020.

Pemilik tanah Lot itu juga telah membuat permohonan untuk mengubah Rancangan Tempatan Kuala Langat 2020 bagi Lot 68054 dan agensi berkaitan telah mengesahkan bahawa pengubahan berkenaan dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan.

Pada awal tahun lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan mengubah status tanah Lot berkenaan kepada bangunan kediaman seperti syor yang dikemukakan PTG Selangor.

"Kesimpulannya, Lot 68054 tidak termasuk dalam kawasan Paya Indah Wetland yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri dan proses penukaran status tanah daripada pertanian kepada bangunan kediaman telah dilakukan mengikut proses yang diperuntukkan," ujar Hannah Yeoh yang juga merupakan Adun DAP Kawasan Subang Jaya.

Sebelum ini, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin seperti dilapor media mendakwa kononnya tanah Lot dengan keluasan 619 hektar itu diwartakan dalam kawasan Paya Indah Wetland. – Roketkini.com


Selepas Universiti Malaya Beri Surat Tunjuk Sebab Kepada Anis Syafiqah….

Posted: 20 Oct 2016 12:17 AM PDT

 

 
maria


Rozmi Mokhtar - Ekoran surat tunjuk sebab bertarikh 12 Oktober yang dikeluarkan oleh Universiti Malaya ke atas Anis Syafiqah kerana salah laku beliau yang mengetuai satu perhimpunan haram oleh pelajar universiti Malaya "TANGKAP MO1" di hadapan pasaraya Sogo dan telah menyebabkan Anis Syafiqah ditahan dan dibawa di balai polis seterusnya identitinya beliau diambi oleh pehak polis dan tindakannya ini jelas telah memalukan Universiti Malaya dan tindakan Anis Syafiqah bertentangan dengan Akta Universiti yang telah ditandatangani beliau sebelum ini.


Dikhabarkah ekoran dari keadaan ini ibu bapa Anis Syafiqah mengamuk dan telah mencari Maria dan dipercayai kedua ibu bapa Anis Syafiqah mahu penghasut itu bertanggung jawab sepenuhnya ke atas anak beliau sekiranya apa apa yang berlaku ke atas anaknya itu.

Maria yang merupakan dalang di sebalik penganjuran BERSIH bagaimana pun tidak ditemui.

Manakala Rafizi Ramli yang mendapat berita bahawa kedua ibu bapa Anis Syafiqah mencari pemimpin DAP dan PKR, telah lari meninggalkan pejabat PKR dan dipercayai bagi mengelak bertemu dengan ibu bapa Anis Syafiqah.

Anis Syafiqah yang mungkin terkejut dengan kemunculan ibu bapanya, serta kegagalan menghubungi mentor mentornya telah menangis teresak-esak menerima keadaan tersebut disampung menahan kemarahan ibu bapanya.

Seperti lapor My Massa. Sebelum ini, berbagai pehak telah tampil memberikan nasihat dan pandangan agar Anis Syafiqah tidak menjadi kaldai DAP.

Nasihat tersebut termasuklah dari bekas aktivis DAP sebelum ini iaitu Adam Adli yang telah berkongsi pengalaman pahit beliau dia ditahan di dalam lokap sebelum ini ketika telibat dengan program anjuran DAP.

Mengikut Adam Adli tiada seorang pun dari pemimpin DAP, PKR dan parti pembangkang yang lain datang untuk menjamin beliau dari lokap atau pun tampil bertanya khabar sepanjang beliau ditahan.

Namun Anis Syafiqah yang mungkin teruja dengan layanan pembangkang serta liputan akhbar termasuk di media sosial tidak sedikit pun mengendahkan nasihat, malah begitu angkuh menyatakan bahawa ijazah hanya sekeping kertas apabila banyak pihak mempertikai keputusan peperiksaan beliau di universiti..

Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Universiti, terdapat 5 tindakan disiplin yang boleh dikenakan atau disabitkan terhadap pelajar yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan di bawah AUKU, jika didapati salah. Iaitu;

1. Amaran keras
2. Denda tak lebih dari RM200
3. Dilarang menghadiri atau menghampiri sesuatu kawasan yang pernah dicerobohi oleh pelajar tersebut.
4. Digantung pengajian minimum 6 bulan (1 semester) dan maksimum 12 bulan (2 semester).
5. Dibuang

Penulis secara peribadi menjangkakan bahawa Anis Syafiqah paling minumin berhadapan hukuman no 4 dan beliau juga berhadapan hukuman maksimun (no 5) berikutan pengelibatannya yang cukup serius serta memalukan Universiti Malaya..

Di media sosial pula kebanyakan nitezen berharap agar Anis Syafiqah dibuang dari universiti agar menjadi pengajaran pada pelajar lain.

Pepatah ada menyebut apa yang kita semai, itulah yang kita tuai.





DAP Anti-Melayu Dan Islam Sudah Bermula Sejak PRU 1969

Posted: 20 Oct 2016 12:06 AM PDT

 

 




SIKAP anti-Melayu terutama menentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, serta Keistimewaan Melayu sebagai Bumiputera yang tertera dalam Perkara 153 dibangkitkan secara terbuka sejak kempen PRU 1969.


Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ditentang dan dicabar oleh parti totok Cina ditempikkan serentak sejak kempen PRU 1969 yang mencetuskan titik bermulanya krisis perkauman di negara ini.

Ketika kempen Pilihan Raya 1969, parti pembangkang Cina diketuai DAP sudah menampakkan kesungguhan untuk mencabar Perlembgaan Persekutuan.

Parti totok Cina yakin isu anti Melayu dan Islam mendapat sokongan kaum Cina berdasarkan kejayaan menafikan majoriti dua pertiga kepada Kerajaan Perikatan pimpinan UMNO pada PRU ke-4 itu.

Cuma ia senyap sebentar kerana isu itu mencetuskan insiden 13 Mei 1969. Kemenangan 'menyapu' bersih tujuh kerusi parlimen Kuala Lumpur menjadi titik tolak terburuk sentimen anti Melayu dan Islam.

Perarakan pada 11 dan 12 Mei 1969, dengan simbol anti Melayu dengan tindakan menggawangkan penyapu serta perbuatan meludah orang Melayu ketika berarak, punca tragedi 13 Mei.

Kini, sejak PRU ke-12 setelah sekali lagi kegagalan BN memperolehi majoriti dua pertiga, sikap anti-Melayu dan Islam dibangkitkan semula.

Ia menjadi landasan parti Cina mencabar apa sahaja kedudukan yang berkaitan dengan Melayu dan Islam dalam perlembagaan.

Timbulnya gerakan hak asasi yang bersembunyi di sebalik identiti liberal Bersih pada 2009, menjadi landasan baharu dalam usaha meneroka gerakan kontemporari bagi menghapuskan nilai Islam dan Melayu dalam Perlembagaan.

Cina bersembunyi di sebalik tuntutan politik dan hak asasi yang dibangkitkan Bersih, manakala parti totok Cina memainkan peranan secara agresif memberikan sokongan politik dan moral kepada Bersih.

Bersih muncul apabila Umno dan rakan BN sekali lagi gagal memperolehi majoriti dua pertiga pada PRU 12 tahun 2008. Gerakan anti Islam dan Melayu diseret ke jalanan oleh gerakan Bersih dan sekutu politiknya.

DAP selaku parti totok Cina memainkan peranan paling mapan. Sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969, suara anti-Melayu dan Islam tidak lagi dinyatakan di jalanan oleh parti totok Cina.

Dalam era orang Melayu sangat sensitif dengan apa sahaja bentuk yang mencabar Islam dan hak Melayu, strategi mengubah Perlembagaan kini bersembunyi di balik isu hak asasi.

Tiada ulasan: