Khamis, 27 Oktober 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas jangan perasan bahawa parti itu mewakili orang-orang Melayu.

Posted: 27 Oct 2016 09:00 AM PDT



Penyertaan PAS tidak begitu penting kepada kejayaan Bersih 5, menurut penganjurnya yang berkata parti Islam itu bukan wakil masyarakat Melayu.

 Dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Thomas Fann berkata badan pemantau pilihan raya itu percaya ia telah mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu melalui kempen sendiri. 

"Adalah dikesalkan bahawa PAS memilih untuk tidak menyokong tuntutan kami untuk pilihan raya yang bersih, kerajaan yang bersih dan semua lima tuntutan. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu mengakui PAS tidak mewakili semua orang Melayu.

 "Kami percaya sambutan di lapangan daripada orang Melayu apabila kita keluar ke lapangan amat menggalakkan," kata Fann. ~ sumber

Tidak sokong RUU Akta 355 tidak jadi kafir , Pas akhirnya mengakuinya...

Posted: 27 Oct 2016 03:27 AM PDT


  Setelah melihat komentar wakil JUHAM PAS terhadap pertemuan semalam yang kononnya Dr Rozaimi terdiam dengan hujah YB Khairuddin, beliau berfikir untuk mendedahkan rakaman suara pertemuan tersebut supaya masyarakat menilai sendiri.

Namun beliau menunggu keputusan dari setiausaha agung Pas kerana dia agak matang, kata Dr Rozaimi.

Maka berikut adalah kenyataan dari Setiausaha yang matang itu,  dari parti politik matang.. :
Pas tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Mei lalu.

 Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, RUU itu hanya sekadar usul dan ahli Parlimen berhak menyokong atau membantahnya.

"Pas tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang Pas yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili Pas.

 "Pas memang tidak pernah bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan pihak yang suka melabelkan macam-macam," katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

 Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas mengenai pertemuan pimpinan parti itu bersama Pensyarah Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

 Pertemuan itu turut dihadiri peguam yang juga ahli DAP Pahang Zulhazmi Shariff, bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya dan Ketua Biro Agama Pemuda PKR Wan Ji Wan Hussin.

 Takiyuddin bagaimanapun enggan mendedahkan bila pertemuan itu berlangsung, sebaliknya hanya berkata ia diadakan di ibu kota.

 Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga berkata, pertemuan itu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan terhadap Pas yang dilakukan netizen di laman sosial.

 "Perjumpaan ini tidak tertutup, memang terbuka. Ia dilakukan pengguna Facebook, tetapi saya bukan seorang pengguna laman sosial itu, jadi saya tidak tahu apa berlaku.

 "Kita tidak pernah kata, kalau tolak adalah kafir. Ini proses demokrasi, siapa yang nak sokong, sokong. Yang tidak mahu sokong, tidak perlu sokong," katanya.

 RUU 355 antara lain ingin memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 2A yang menyebut: 
"Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal kesalahan disenaraikan di bawah seksyen disebutkan di atas selain hukuman mati".
Komen al-Husseyn :

Kita semua sangat mengalu-alukan kenyataan tersebut iaitu :
Pas tidak pernah mengkafirkan sesiapa yang membantah rang undang-undang (RUU) 355 Akta Mahkamah Syariah yang dibentangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sepatutnya kenyataan  seperti ini selayaknya turut sama dihebahkan sejak mula Hj Hadi melancarakan  kempen sokong pindaan RUU 355 di Pusat Islam pertengahan Julai lalu.

Pas melancarkan kempen kononnya untuk memberi penerangan mengenai usul pindaan RUU 355 tetapi tidak kepada golongan sasaran iaitu kepada mereka yang akan mengundi bila pindaan tersebut dibentangkan diparlimen.

Apa perlunya Pas buat penerangan kepada orang ramai yang tidak terlibat dengan proses pengundian; malah sebaliknya hanya menyemarakan polemik dikalangan masyarakat dengan pelbagai ragam dan kerenah.

Bertambah kalut bila Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri menyatakan bahawa Ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibawakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

Ini diikuti pula oleh kenyataan Mufti Negeri Pahang, Mufti Negeri Perak dan juga Mufti Negeri Kelantan. Semua mereka ini bukan sekadar menyatakan sokongan mereka, malah mewajibkan Ahli Parlimen  yang beragama Islam supaya menyokong rang pindaan tersebut!

Bila difatwakan wajib menyokong, maknanya jatuh haramlah kalau tak sokong?

Maka sekonyong-konyong timbullah gejala label-melabel oleh penyokong-penyokong Pas terhadap mereka yang mengkritk RUU tersebut hingga ada pemimpin Pas yang mengancam Wan Azizah dengan Jirat Cina kalau gagal menyokong nanti!

Dalam reaksinya diatas, dengan mudah saja Takiyudin nak mengelak dirinya dari bertanggungjawab dengan berkata :
"Pas tidak terlibat dalam label melabel. Kalau orang Pas yang melabel, itu kenyataan peribadi dan tidak mewakili Pas.
 "Pas memang tidak pernah bersetuju dan tidak akan bersekongkol dengan pihak yang suka melabelkan macam-macam." 
Apakah Takiyudin ni lupa bahawa label melabel ini merupakan warisan daripada Presiden Pas sendiri, Hj Hadi yang amat terkenal dengan pelbagai label dan yang terkini ialah Kaldai dan Anjing ?

Tetapi peliknya Takiyuddin kata, pertemuan itu dilakukan bagi mendapatkan penjelasan mengenai tuduhan terhadap Pas yang dilakukan netizen di laman sosial???

Tuduhan terhadap Pas oleh netizen? Woit! Apasal pula ko libatkan Dr Rozaimi? Pelik sangat bunyinya.

Walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya : Dr Rozaimi yang dituduh dengan berbagai label, munafiq, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak hanya kerana beliau memberi penjelasan dan nasihatnya berkaitan polemik pindaan RUU 355 iaitu jangan mengkafirkan sesama kita kerana orang Islam yang setuju ada alasan dan pihak yang tidak setuju juga ada sebab.

Berikut adalah reaksi Dr Rozaimi yang terkini mengenai isu tersebut. Tahniah kepada Dr Rozaimi kerana tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut.Apa yang penting, kita semua dapat melihat siapa sebenarnya yang dah kantoi...

Tiada ulasan: