Rabu, 26 Oktober 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pertemuan Antara Dr Rozaimi dan pimpinan PAS : Semua terkesima dengan soalan at-Takiri?

Posted: 26 Oct 2016 12:00 AM PDT


Berikut adalah versi yang ditulis oleh Wan Rohimi Bin Wan Daud, Pengarah JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia:
1. Suatu pertemuan santai antara Dr Rozaimi, YB Dr Juanda dan rakan - rakannya seramai 7 atau 8 orang bersama 3 orang pimpinan PAS iaitu YB Dato' Takiyudin, YB Ustaz Nasrudin dan YB Datuk Dr Khairudin Aman Razali telah berlangsung di Hotel Seri Pacific, 25/10/2016 jam 5.00 petang. Pertemuan berlangsung dalam keadaan baik, mesra dan harmonis. Saya turut dijemput hadir sebagai pemerhati.

2. Konteks pertemuan adalah berkisar kepada isu yang tercetus daripada video ucapan Dr Rozaimi yang dilaporkan mendapat kritikan ramai apabila beliau bercakap mengenai isu RUU355.

3. Dialog pertemuan itu lebih menjelaskan mengenai kenapa dan bagaimana PAS membawa RUU355 ke Parlimen. Apakah langkah yang diambil oleh PAS dan apakah sikap PAS terhadap pihak yang tidak bersetuju.

4. Segalanya dijelaskan dengan baik dan terang oleh YB Dato' Takiyudin selaku Setiausaha Agung PAS dan YB Datuk Dr Khairudin At Takiri mengenai isu RUU355. Beliau menjawab dgn tegas bahawa pendirian PAS yang sentiasa diulang-ulang bahawa PAS tidak menghukum, tetapi menerangkan hukum. PAS tidak pernah mengkafirkan sesiapa bahkan bersedia mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pimpinan yg mengkafirkan muslim yang lain.

5. Dalam perbincangan yang melewati isu Hudud, YB Khairudin turut mengingatkan sekelian yang hadir bahawa Hudud itu milik Allah, Hak Allah! Sikap dan prinsip PAS bahawa setakat yang mampu dalam kerangka undang-undang yang sedia ada, memberikan Hak Allah dgn cara berusaha melaksanakan syariat dan hukum Allah adalah WAJIB. Berusaha ke arahnya adalah WAJIB. Menyokongnya adalah juga WAJIB bagi org Islam. Ini sikap PAS. Namun PAS tidak menghukum terhadap sesiapa jua yang mempunyai pandangan, ijtihad yang berbeza!

6. Satu persoalan menarik yang dilontarkan YB Khairudin bahawa "Jika Hudud itu Hak Allah, maka bukankah memberikan Hak Allah dgn berusaha melaksanakan perintah dan Hukum Allah adalah WAJIB bagi ummat Islam? Dalam kerangka undang-undang sedia ada, bukankah ia adalah wajib diusahakan? Sekurang-kurangnya bagi 3 kesalahan yang boleh dihukum dengan pindaan Akta 355". Semua terkesima dengan soalan ini!

7. Sehingga ke hujung pertemuan, Dr Rozaimi tetap dengan pendirian tidak bersetuju dengan RUU355. Satu-satunya alasan Dr Rozaimi ialah kerana katanya "tiada keadilan apabila dalam kes yg melibatkan org Islam dan bukan Islam (zina sebagai contoh) hanya org Islam yg dihukum sedangkan bukan Islam terlepas". Dr Rozaimi menyandarkan pendapatnya kepada mazhab syafie bahawa tidak boleh dikecualikan Islam dan bukan Islam. Katanya ia tiada keadilan dan tidak dilihat adil.

8. Hujahan ini kemudiannya disambut oleh YB Khairudin, yang meminta Dr Rozaimi melihat konteks perlembagaan. Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 2 Akta 355 sedia ada, secara jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa ke atas org Islam sahaja. Apa yang dicadangkan oleh Dr Rozaimi perlu melibatkan pindaan Perlembagaan atau Usul yg lain di bawah Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan. Ringkasnya RUU355 tiada kaitan dengan perluasan bidangkuasa ke atas orang bukan Islam.

9. YB Khairudin juga menjawab khilaf mazhab berkaitan pemakaian Hudud ke atas orang bukan Islam, dengan menegaskam bahawa dalam keadaan wujudnya khilaf, maka Pemerintah berhak menjadi kuasa pemutus lantas mengambil proses untuk mentaqninkan pendapat mazhab yang dipilih.

10. YB Ustaz Nasrudin pula dipenghujung pertemuan selama sekitar sejam setengah itu telah menegaskan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh PAS. Apa yang boleh saya rumuskan adalah berkaitan 2 perkara berikut:

 (a) PAS berusaha untuk meyakinkan Ahli Parlimen supaya menyokong usul pindaan Akta 355 dan juga kepada orang ramai supaya memahami isu pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang ini. Bagi pihak PAS ia satu kewajipan dan satu tanggungjawab syarie yang perlu dan wajib diperjuangkan demi meletakkan syariat Islam dapat dilaksanakan semampu yang boleh.

(b) Namun kepada mereka yang menolaknya, maka PAS mengambil sikap untuk terus memberi penerangan dan berusaha meyakinkan mereka betapa usaha meminda Akta 355 ini wajib disokong tanpa mengambil pendekatan menjatuhkan hukum kafir dan sebagainya kepada mereka yang masih belum bersetuju. Pendekatan PAS ialah menerang dan berdakwah bukan menyerang dan menghukum.

 Sekian. ~ sumber 
Komen Dr Ust Rozaimi :

Setelah melihat komentar wakil JUHAM PAS terhadap pertemuan semalam yang kononnya saya terdiam dengan hujah YB Khairuddin saya fikir saya kena viralkan rakaman suara pertemuan semalam. Biar masyarakat menilai siapa yang terdiam dan siapa yang mengelak dari menjawab soalan. Apa pandangan semua?

Pandangan orang dalam pertemuan semalam. Pengarah JUHAM memang tak bercakap dalam pertemuan.

 Rasa hormat saya pada Setiausaha Agung PAS dan Ketua Penerangan masih ada. Moga kita bekerja ke arah penyatuan. Bukan beri ulasan bias dna berat sebelah.

Komen Abu Hafiz Salleh Hudin:

Pertemuan yang diadakan atas dasar mahabbah dan ingin mendengar penjelasan dan perbincangan...kenapa ada wakil JUHAM yang sepatah tidak bercakap tiba-tiba bagaikan dia yang paling banyak bercakap dan menggambarkan terkesimanya SEMUA orang...

 Rupanya ini yang dirasakan 'lain dalam meeting, lain di luar meeting'....saya antara yang ada dalam meeting tersebut sudah terkena...anda bila lagi?!

 Rasa hormat saya sangat tinggi buat Dato' Setiausaha Agung PAS dan Ketua Penerangan PAS...sangat tenang dan rasional... ~ (sumber fesbuk Dr Ust Rozaimi)

Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam?

Posted: 25 Oct 2016 06:00 PM PDT


Baguslah... bab kafir mengkafir mengenai isu pindaan RUU 355 dah selesai.Polimek RUU 355 tidak lagi dijadikan asas untuk menghukum dan melabel tanpa asas.Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat serhingga mencapai rumusan demikian walaupun ianya agak lewat ditangani.

 Namun masih ada lagi yang perkara yang lebih parah dan masih belum ditangani walaupun telah sekian lama memecah belah dan terus mengelirukan masyarakat iaitu mengenai polemik keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam.

Gejala 'takfiri' ini amat merbahaya kerana ianya juga membawa maksud darah mereka yang di tuduh jatuh kafir itu adalah halal! Ini bukan perkara main-main. Kenyataan yang sedemikian perlu ditangani dengan kadar segera sebelum menjadi parah diresapi pemikiran ISIS

Walaupun menerusi satu perbicaraan saman terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016 lalu, Ust Norazli Musa telah berkata "Saya tak kata keluar PAS kafir" , ianya dilihat sekadar muslihat untuk memenangi perbicaraan itu sahaja.

Sehingga kini Pas tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyatakan bahawa "Keluar Pas tidak jadi Kafir" Kenapa?

Waima hadis Rasulullah SAW yang dibacakan Ust Norazli Musa yang menyatakan lima perintah itu menjadi kelaziman astaziah Pas membacanya untuk menakut-nakutkan orang Pas keluar parti. Sila rujuk rakaman dua vdo  di sini dan di sini

Seorang tokoh veteran PAS yang hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan Pas agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah Pas dengan bekata :
    "Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.
"Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, "Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia".
 "Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh. 
Malah, Presiden PAS Hj Hadi mentohmahkan mereka sebagai entiti yang lebih merbahaya dari musuh. Hj Hadi kata mereka itu sebagai pengkhianat yg perlu dihapuskan.

Saya yakin jika Pas benar-benar ikhlas untuk mencari kebenaran dan keadilan, apalah salahnya pimpinan Pas Pusat mengambil tindakan yang sama, yakni bertemu dan berbincang bagi menjernihkan suasana berkaitan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam.

Jangan hanya mengenai isu pindaan RUU 355 sahaja, Pas dilihat sanggup menyelesaikannya dengan baik tetapi tidak terhadap isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam.

Sementara perkara tersebut masih belum diselesaikan, harap mereka seperti Dr Rozaimi Ramli, Dr Maza, Dr Juanda, Loyar Zulhazmi, Ust Che Mohamad Ibrahim, Ust Wanji (sekadar menyebut beberapa nama) dan beberapa rakan lain, termasuk fesbuker dan blogger terus menerus membeikan kupasan dan penerangan yang benar mengenai dua perkara yang saya sebutkan diatas sehingga mendapat rumusan yang tuntas mengenainya.

Tiada ulasan: