Khamis, 18 Ogos 2016

.

.


Fatah bantah mungkin nak selamatkan harta parti?

Posted: 17 Aug 2016 09:27 PM PDT

BEREBUT TANAH

Tanah yang menjadi pertikaian antara Yang di-Pertua Pas Rantau Panjang Abdul Fatah Haron dengan Pengarah Pilihan Raya Pas, Mustapa Ali, bekas TMB Kelantan Abdul Halim Abdul Rahman serta bekas Adun Tendong dan anak-anak(?), rupa-rupanya kini sedang dibangunkan projek perumahan mampu milik.

Pelan lokasi projek PR1MA di Lubuk Jong.
Projek itu dikendali oleh Syarikat Perumahan Negara 1Malaysia (PR1MA).

Tapak untuk tujuan projek itu sedang dalam proses pembersihan dan persiapan. Kerja-kerja pembersihan tapak sedang rancang dijalankan. Papan tanda projek berkenaan juga sudah lama dibangunkan.

Semalam saya menerima beberapa keping gambar dihantar oleh seorang rakan di Rantau Panjang menunjukkan projek itu berjalan seperti mana dirancangkan.


Sekiranya projek ini terlaksana maka kawasan Lubuk Jong akan jadi pusat bandar baharu menggantikan bandar lama Pasir Mas yang lesu dan terbiar.

Papantanda projek PR1MA.
Daripada pelan projek itu menunjukkan tanah itu berkedudukan bertentangan dengan Kolej Komuniti Lubuk Jong. Ia berdekatan dengan Taman Tengku Anis serta bandar baharu Lubuk Jong. Sebelah tanah yang dipertikaikan itu juga masih kosong? Memang tanah itu sangat strategi dan nilainya mahal.

Sementara itu menurut sumber dari Pejabat Tanah dan Jajahan di Pasir Mas, projek perumahan rakyat mampu milik itu mempunyai lebih 1,669 unit pelbagai jenis. Tanah yang melibatkan pembinaan projek itu hampir 100 hektar.

Bantahan tidak menghentikan projek?
Pihak PR1MA sudah pun membuat bayaran ke atas tanah berkenaan bernilai kira-kira RM19 juta. Wang untuk bayaran itu bagaimana pun tidak diserahkan kepada pemilik tanah berkenaan, masih dalam pegangan amanah Peguam.

Nama-nama yang tertera dalam cabutan SSM ialah Abdul Halim Abdul Rahman, Mustapa Ali, Wan Othman Wan Sulaiamn dan nama-nama "berbintikan" Wan Othman. Mereka ini adalah pemilik tanah yang dibangunkan projek perumahan berkenaan.

Kedudukan tanah memang strategik dan mahal.
Menurut cabutan itu pemegang syer terbanyak ialah Abdul Halim Abdul Rahman dikuti Mustapa Ali. Nama Abdul Fatah Haron tidak ada langsung dalam nama syarikat Galeri Tani Sdn Bhd yang dibuat cabutan terbaharu. Pemunya ialah nama-nama orang di atas tadi. Mungkin nama Abdul Fatah pernah wujud sebelum ini?

Wang sebanyak kira-kira RM19 juta masih dipegang oleh pihak peguam yang menguruskan jualbeli tanah berkenaan di antara syarikat Gelari Tani dengan PR1MA.

Ada juga dakwaan kononnya tanah berkenaan milik Pas Kelantan berdasarkan pengetahuan umum ianya dibeli dengan menggunakan wang parti agama itu. Nama-nama dalam syarikat berkenaan adalah sebagai nomine sahaja. Nama Fatah katanya wujud sebelum ini tetapi beliau keluar daripada syarikat itu kerana mengelakkan timbul pertindihan kepentingan (conflict interest). Ketika proses pembelian tanah itu Fatah katanya menjadi Ahli Jawawatankuasa Hal Ehawal Tanah (JHET).

Adalah dipercaya Fatah membuat bantahan itu kerana bimbang wang hasil jualan tanah berkenaan diselewengkan. Ada munasabahnya kerana pembelian tanah itu sebahagiannya menggunakan wang parti? Ertinya tindakan Fatah membuat injuksi ke atas tanah berkenaan bukan menganggu projek itu tetapi menjaga sesuatu yang menjadi hak milik parti.

Bagai mana pun kenapa timbul masalah sehingga terheret ke mahkamah apabila tanah itu dibeli PR1MA, indivdu penama dalam syarikat meemiliki tanah berkenaan mengakui ia adalah milik mereka dan tidak ada kena mengena dengan parti. Katanya Fatah sudah beruding cara baik tetapi gagal.

Bagi menjelaskan perkara ini elok kalau Abdul Halim dan Mustapa Ali khasnya boleh membuat penjelasan dengan menunjukkan bukti-bukti menunjukkan mereka mengeluarkan wang sendiri untuk membeli tanah yang dijual kepada PR1MA itu. Penjelasan ini penting bagi mengelakkan tanggapan berlaku penyelewengan dan pecah amanah.
 
 Penjelasan bersama bukti dan dokumen itu juga penting bagi mengelakkan fitnah besar ke atas mereka berdua. Paling perlu dielakkan tohmahan yang pemimpin Pas makan tanah. Sejarah lampau dimana para pemimpin Pas makan balak dan jadi Jin Tanah hendaklah tidak berlaku lagi. Bersambung. [wm.kl.11:45 am 18/08/16]

Tiada ulasan: