Nuffnang

Pengikut

Kerabu Bersuara ®

sumber :-

Kerabu Bersuara ®


SELAMATKAN NEGARA BERSAMA ISLAM

Posted: 14 Jul 2016 04:33 AM PDT



SELAMATKAN NEGARA BERSAMA ISLAM

Firman Allah:

فَٱسۡتَقِمۡ كَمَآ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡاْۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٞ وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) beristiqamah (sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran (bertaubat) serta mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

(Surah Hud, ayat 12-13)

Ramai yang membuat kenyataan mahu selamatkan negara yang bermasalah ini, tanpa membuat muhasabah bahawa sebabnya ialah kerana pemimpin dan rakyat yang memilih pemimpin. Semua masalah yang membebankan negara sehingga terkini wajib dipikul bersama, serta wajib juga menegaskan penyelesaiannya yang diimani secara ikhlas, bukan kerana merebut peluang dan kesempatan yang mengulangi jahat dan zalimnya pula.

PAS mempunyai pendekatan tersendiri bersama Islam dan wajib beristiqamah dengannya, sehingga istiqamah dijadikan perkataan penting kepada tema beberapa kali muktamar, sehingga mereka yang tidak beristiqamah keluar PAS atau dipecat. Mereka bersama PAS wajib bersyukur kerana mencipta rekod ketahanan jadi diri para pemimpin yang dipilih memerintah negeri, sehingga tidak ada ruang untuk bertindak kerana rasuah, salah laku dan sebagainya. Adapun kejatuhan di Perak, contohnya kerana salahlaku rakan dalam pakatan (DAP dan PKR) yang menjual kerusi.

PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al Quran, Kalam Allah dan Ilmunya:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."

(Surah Al-Maidah, ayat 02)

Al Quran dan Sunnah menunjukkan dua pendekatan kerjasama Islam bersama pihak yang lain, berasaskan konsep wajib berpegang teguh tanpa berganjak dan tidak ada tawar menawar dalam perkara aqidah perjuangan, dasar dan matlamat yang ditetapkan oleh Allah, sehingga menjual atau mengadai atau memberi percuma dalam perkara tesebut demi kesetiaan kepada pihak lain semata-mata kerana kemenangan dunia tanpa akhirat sehingga memberi wala' kepada musuh Islam atau pengkhianat. Firman Allah :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang yang bersama(yang dipercayai) dalam perjuangan . Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya."

(Surah Ali-Imran, ayat 118)

Allah juga berfirman :

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ *إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Mumtahinah, ayat 08-09)

Rasulullah SAW adalah contoh manusia pilihan Allah SWT menghayati petunjuk Allah, termasuk aspek politik diperingkat Makiyyah ketika paling lemah dizalimi dan diperingkat Madaniyyah ketika berkuasa memerintah negara dalam kedudukan paling kuat.

Ketika Marhalah Makiyyah, apabila bapa saudaranya Abu Talib yang disegani mengemukakan tawaran para pemimpin Mekah supaya berdakwah tanpa kuasa politik, paling mudah tanpa gangguan, sabdanya dengan tegas :

يا عم، والله لو وضعوا الشمس في يمينى والقمر في يسارى على أن أترك هذا الأمر ـ حتى يظهره الله أو أهلك فيه ـ ما تركته.

(الرحيق الختوم ـ صفي الرحمن المباركفوري) (ص :69)

"Wahai bapa saudara kesayanganku! sekiranya diletakkan matahari dikananku dan bulan dikiriku,dengan syarat aku meninggalkan urusan menegakkan Islam ini, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati didalam perjalanannya nescaya aku tidak sekali-kali meningalkannya)."

Adapun bertahaluf (berkerjasama) dengan berbagai pihak bukan Islam termasuk yang munafik ketika menegakkan negara di Madinah pula beristiqamah bersama dasar dan matlamat yang dinyatakan di dalam Piagam (Perjajian).

وإنه ما كان بين أهل هذه الصحيفة من حدث أو اشتجار يخاف فساده فإن مرده إلى الله عز وجل، وإلى محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم الرحيق (الختوم ـ صفي الرحمن المباركفوري) (ص: 148)

"Dan apa-apa sahaja perkara atau pertelingkahan yang berlaku dikalangan mereka yang terlibat didalam perjanjian ini yang ditakuti boleh merosakkannya. Hendaklah dikembalikan penyelesaianya kepada Allah (Al Quran) dan Muhammad Rasulullah SAW (Sunnah)"

Maka mereka yang menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menetapkan dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) PAS. Hukum tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias yang nyata. Bagi memelihara perjalanan PAS maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak.

Matlamatnya ialah menegakkan Islam dalam masyarakat dan pengurusan negara.
Maka PAS wajib beristiqamah dan bertegas dalam perkara asas tersebut. Bahawa semua pihak yang melanggar sempadan ini jangan cuba mengheret PAS terkeluar daripada landasannya.

Maka sesiapa yang menyertai PAS hanya memandang sebelah mata aspek wawasan keduniaannya sahaja tidak boleh bertahan besama PAS. Ketahuilah bahawa perjuangan ini memandang dua belah mata, ke arah kemenangan akhirat yang paling besar dan kemenangan dunia yang diuji menjadi jambatan ke akhirat juga.


Allah menegaskan kepada mereka yang hanya inginkan kesempatan kemenangan yang cepat:

لَوۡ كَانَ عَرَضٗا قَرِيبٗا وَسَفَرٗا قَاصِدٗا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلشُّقَّةُۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُهۡلِكُونَ أَنفُسَهُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati adanya terlalu dekat dan satu perjalanan yang dapat dilihat pencapaiannya, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

(Surah At-Taubah, ayah 42)

Perjuangan ini juga tidak boleh disertai oleh mereka yang menjaga hubungannya dengan manusia, harta dan sebagainya, kerana Allah berfirman :

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

(Surah At-Taubah, ayat 24)

Demikiankan kalangan mereka yang punya apa-apa yang disenaraikan oleh Allah pasti keluar daripada PAS cara sekarela atau dipecat, dan mencari atau mencipta bahtera yang lain, menjadi si luncai yang terjun bersama labunya.

Belajar dan faham daripada Al Quran dan Sirah Nabawiyyah dan para salaf soleh, jangan sekali-kali terpengaruh dengan pandangan jalanan atau ilmu daripada syaitan yang meredah langit terbuka tidak mengira dosa dan pahala,serta tidak yakin kepada janji Allah. Sila baca firman Allah kepada generasi Al Quran :

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang jahil bercakap terhadap mereka , hadapkan kata-kata menjawab; dengan perkataan: Selamat sejahteralah (dari perkara yang tidak diingini)."

(Surah Al-Furqan, ayat 63)

Teruskan Istiqamah, jangan diheret oleh musuh atau kawan yang berpura-pura, tangan kiri yang bergelumang memegang kita, tangan kanannya bergantung kepada lawan yang juga mengheret kita daripada "Al-Siratol Mustaqim". Jadikan cahaya Islam ini lampu penyuluh jalan mencapai matlamat walau pun jauh dan panjang, namun tetap selamat dan inilah juga cara mengenal kawan dan lawan secara berhemat.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

09 Syawal 1437H / 14 Julai 2016M

MERBAHAYA! Pemimpin DAP Tolak Keputusan Mahkamah Antarabangsa

Posted: 13 Jul 2016 04:56 PM PDT



Hari itu, kita melihat kesetiaan pemimpin DAP Nga Kor Ming kepada Amerika Syarikat.

Hari ini, setelah pengumuman keputusan oleh Mahkamah Antarabangsa bahawa Laut China Selatan bukan milik China, seorang lagi pemimpin DAP mencetuskan persoalan kesetiaan.

Saya cukup takut memikirkan rakyat menyokong pemimpin-pemimpin begini. Patriotisma adalah kewajipan setiap rakyat Malaysia. Kewarganegaraan, sempadan dan kedaulatan tidak blh dikompromi walau se-inci.

SANGAT MERBAHAYA PERANGAI MACAM NI!

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT