Selasa, 26 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Isu Derma, 1MDB. Kleptokrasi & Pariah Antarabangsa

Posted: 26 Jul 2016 12:55 AM PDT

1MDB AUTOMATIK MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI NEGARA PENCURI
Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.


Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 

Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet"  dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.

Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.

Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.

Hanya kerana 1MDB, Najib Razak dan Jho Low, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri. 

Malu beb...melainkan bagi mereka yang sama-sama pencuri.


Keadaan ini, mahu tidak mahu, dengan sendirinya meletakkan beban yang berat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tahun-tahun mendatangnya. Tentunya tidak ada di antara kita yang waras mahu Malaysia terus dikenali sebagai kleptokrasi atau negara pencuri.

Di dunia moden sekarang, tidak ada negara lain yang dilabel sebagai negara pencuri melainkan negara kita. Pelabur dan pelancong tentu saja akan memikir lebih daripada sekali untuk datang ke sini selepas ini.

Kecuali bagi yang tiada rasa malu, tidak terhina walau sedikit pun atau terus bergantung kepada dedak dalam kehidupan, menyingkirkan Najib, sama ada dalam masa terdekat atau ketika pilihanraya nanti, sudah menjadi keutamaan  buat semua kita.

Jika tidak, Malaysia akan terus dikenali sebagai negara pencuri untuk selama-lamanya. -shahbudindotcom


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Semalam GB siarkan entri mengenai kenyataan John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia. Diantara kenyataannya yang pedas dan menarik ialah:

Dari sudut pandangan antarabangsa, ini adalah pengakhiran bagi Najib. Beliau adalah seorang pariah antarabangsa. Dunia kini menganggap dirinya penjahat. Beliau adalah penipu. Dunia akan mahu apa-apa kaitan dengan dia. Dia tidak dialu-alukan dimana-mana di dunia ini. Apabila dia bercakap kepada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu musim depan, akan ada hanya 30 atau lebih orang di dalam bilik itu, itu kebanyakannya rakyat Malaysia sendiri. Pemimpin lain akan malu untuk dilihat bersama dengannya, samada untuk bersalaman dengan beliau, atau bergambar dengannya.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Najib sudah membawa banyak kerosakan kepada negara. Hutang negara kian meningkat dan nampaknya sudah menghampiri angka trilion.

Semakan menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847.9 bilion.

Meneliti angka di atas, jelas hutang negara sedang berada di tahap yang begitu parah.

Itu satu hal. Tetapi yang lebih penting kini ialah Najib tidak jujur... beliau menyatakan bahawa wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah derma dari kerabat di raja Arab Saudi, sedangkan siasatan dari Jabatan Keadilan US, ia dirembat dari 1MDB, wang yang sepatutnya milik rakyat Malaysia.

Penipuan ini amat keterlaluan.

Najib tidak akan berjaya untuk melepaskan dirinya kali ini. Kalau perlu kita solat hajat beramai-ramai selamatkan negara dari manusia yang jahat ini, maka marilah sama-sama kita lakukannya. Jika ada pihak yang boleh berssolat hajat mengenai isu penyanyi Selena Gomez, mengapa tidak solat hajat untuk selamatkan Malaysia dan turunkan Najib? Bukankah isu ini lebih aula untuk kita bermohon kepada Allah?

Jangan nanti dituduh dan ditempelak orang kerana sudah termakan dedak darinya.




FEATURED ADS


Tiada ulasan: