Jumaat, 22 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Anak Rosmah Mansor Bersuara: Riza Jual Dirinya Kepada Syaitan

Posted: 22 Jul 2016 12:35 AM PDT

'Riza tuai apa disemainya kerana jual diri kepada syaitan'

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz menuai apa yang disemainya kerana 'menjual diri kepada syaitan', tulis adiknya di Facebook.

Riza yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada firma pelaburan negara, 1MDB.

"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu," tulis Azrene Soraya Abdul Aziz, seorang perunding imej.

Seperti Riza, Azrene adalah anak tiri Najib, yang lahir hasil perkahwinan pertama, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.


Bagaimanapun beliau berkata, Riza masih dan adalah seorang yang dikasihi oleh keluarganya, walaupun kasih mereka 'tidak cukup untuk beliau' dan orang sekelilingnya.

"Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan,"
katanya.

Azrene mendakwa abangnya kini membayar harga kerana dosa yang dilakukannya walaupun Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan seperti didoakan rakyat tetapi Amerika Syarikat memberikannya.

"Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya kambing hitam keluarga - tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya.

"Orang ramai boleh mengatakan saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.

"Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mendapat keuntungan daripada dana yang dicuri dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu.

"Jika dia berdiri sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya atau mana-mana individu yang meminta beliau menjadi 'anak berbakti', dia perlu membayar untuk itu," katanya.

Tidak kira apa alasan yang diberikan untuk mewajarkan apa yang dilakukan oleh abangnya, Azrene berkata jika tindakannya itu menjejaskan negara dan rakyat maka ia adalah salah, dan perlu diperbetulkan.

"Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab,"
tulis perunding imej itu. -mk


|| THE AZIZ CHILDREN'S DOOR ||

One day a boy slept, someone came knocking at his door

He opened it a tad bit and a voice called out from the great outdoors.

It asked him what he wanted in exchange for some shelter and succour

His mind warned him as did his body- do not take what is offered

But his traitorous heart heard what was laid out by the door and it rocked him to the core.

It was all he had ever wanted and so much more.

His hand reached out and he let it in and that was the end of his solace

Because he took the offering laid at his door.

One day a little girl slept and a knock pounded on the door

A voice asked if there was anything in the world she wanted more

She answered peace, justice and all things right

For her children to sleep safe at night

She reached out and let it in, widening the door but never shutting it tight.

Both got what they wanted, but paid so much more.

Because God has determined

You reap what you sow-

You get what is yours and not a penny more.


So... Thank you to all my friends and family for your concern this morning. For those who have been asking how i feel about all that is going on at the moment, here is my official statement:

Riza was and still is someone we all love very much. Unfortunately, our love was not enough for him and those he chose to surround himself with. He chose, like many others before him, to have fame, wealth and adulation. He is now paying the price for it. If Malaysia is not willing to give the justice that the Malaysian people have prayed for and the justice my family have each night prayed for then the US has- in its own way that only they can justify.

Those who know me know that i am the black sheep of the family- but that does not mean i do not love my family. People can call me heartless for what i write today but i have always stood for and done what is right, for truth and for justice even if there is a high price to pay and if it means doing the unpopular thing. I have always maintained that if Riza did indeed use and profit from stolen funds he needs to pay for what he has done. If he stood as proxy or as a trustee for what does not belong to him or any individual who asked him to be the "dutiful son", he needs to pay for it. Nevermind the reasons justified for doing it, if it hurts the country and the people then it is wrong. A wrong must be righted.

I am not a politician and i hope never to have anything to do with politics. If the USAG and the US have decided to cop out by leaving the term "corrupt government officials and 1MDB officials" as an open ended thing, i hope and pray for the sake of this country and what is right that the right individuals be brought to justice.

To his mother, you have forsaken one child at great cost and detriment. You have utilised and mobilised government resources to wreak terror to harass us over the last ten years for standing up for what we believe to be right. Please do not forsake another just so that you and your husband can get off scott-free. It is time for YOU to step to the plate and do what is right. Be. A. Mother.

To the different "officials" who have had a hand in harassing my family to this day because you were ordered to do so at the threat of job safety and the safety of your family members, one day a knock will come at your doorstep asking to collect your soul and debts. Make sure you are prepared to pay them.

To everyone who thinks me heartless on this day, please remember this. My prayers for truth and justice- just like any other Malaysian, has been answered this day and will continue to be answered. If Riza signed his soul to the devil to own what does not rightly belong to him, consider his debt with the devil collected and more due for collection. Similarly, all family members who have signed their soul to the devil... Your time will come. My price to pay to watch the house of cards come tumbling down and to be the voice of encouragement to everyone to never be afraid to stand up for what is right so that my husband, in laws and children can sleep soundly at night in peace and safety is to painfully watch my other family members that i left behind 10 years ago pay the price for their wrongdoings.

Consider their debt as continuing to be paid. Ask yourselves: What about your debts? Have you ALL done the necessary debt payments due to yourselves, your country and its people? I will continue to pay mine so that we can all sleep soundly from tonight.

Much respect, love and encouragement- Azrene
-FB Azrene


ULASAN GB

Tahniah Azrene Soraya Abdul Aziz!

Jika orang lain yang menulis seperti yang anda tulis mungkin tidak ada nilainya tulisan itu di sisi mereka yang mengamalkan prinsip hidup dengan mengampu dan memilih, meminjam bait perkataanmu, kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan

Kamu lebih tahu siapa Riza dan siapa ibumu dan kamu paling layak untuk bercakap mengenai mereka.

Terima kasih dan syabas dari kami rakyat Malaysia kerana bersama-sama dengan arus memperjuangkan kebenaran dan keadilan tanpa takut dan tanpa mengharap sanjungan seperti tulismu: saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.

Semuga kamu sentiasa dalam rahmat dan perlinduangan Allah swt.


FEATURED ADS
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad


Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

Dapatkah Misteri "Siapa Malaysia Official 1" Dijawab?

Posted: 21 Jul 2016 11:30 PM PDT

'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib, dakwa Tun Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB dan menyifatkan individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' sangat hampir dengan Najib.

Mahathir berkata, tribunal tersebut tidak boleh melibatkan Najib kerana beliau merupakan orang yang perlu disiasat.

"Rakyat mesti menuntut pengunduran perdana menteri, menuntut siasatan segera oleh tribunal bebas bukan tribunal yang dinasihati oleh perdana menteri kerana perdana menteri orang yang perlu disiasat.


"Tribunal ini perlu ditubuh secara bebas," kata belia dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Semalam Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US Department of Justice, DOJ) menyatakan Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion (USD1 bilion) yang berkait dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram daripada 1MDB.

DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa terlibat iaitu Riza Aziz (anak tiri kepada Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak), Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Sidang media DOJ tersebut dengan jelas menyatakan RM4 bilion itu adalah sebahagian dari lebih RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dikenal pasti dilarikan dari 1MDB antara 2009 hingga 2015.

Mahathir turut mendakwa 'Malaysian Official 1' yang disebut dalam laporan tersebut sangat hampir dengan batang tubuh Najib.

"Nama beliau berulang kali disebut dalam laporan.

"Kes ini perlu dibawa ke mahkamah dan mendakwa perdana menteri dan kerajaan yang mencuri duit rakyat," katanya lagi.

Pegawai Amerika juga menggunakan perkataan 'A close relative of a senior 1MDB official' sebagai antara penerima faedah dari penyelewengan ini.

Mahathir turut meminta referendum rakyat diteruskan bagi mendesak Najib berundur.

"Memandangkan perdana menteri tidak magu berundur dengan sendiri rakyat mesti meneruskan referendum yang telah kita mulakan," katanya. -Hazayani/MD


Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dinamakan dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika, semalam kerana aduan adalah hanya untuk merampas aset, kata Peguam Negara Amerika, Loretta E Lynch.

Ditanya sama ada wujudnya perjanjian untuk tidak menamakan Najib, beliau berkata: "Perjanjian kami hanya untuk merangka aduan seperti yang kami lakukan dalam hal pelucutan hak sivil dan ia adalah aduan terhadap wang atau aset sebenar berbanding terhadap individu.

"Kami tidak mempunyai pengumuman berhubung sesiapa yang tidak dinamakan.


"Jadi ini, akan menjadi aduan yang bertujuan untuk menyita dan merampas aset tertentu yang dinyatakan," katanya pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman di Washington DC yang disiarkan secara langsung melalui internet.

Aduan yang difailkan di Los Angeles menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz, rakan mereka dan ahli perniagaan, Jho Low serta dua pegawai kerajaan Abu Dhabi.

Saman itu juga membuat rujukan kepada "Malaysian Official 1".

Disoal mengapa individu itu tidak dinamakan, Lynch berkata aduan awam menjejaki pergerakan aset dan hanya "mendakwa apa yang kita perlukan untuk mendakwa bagi mendapatkan apa yang perlu kita dapat".

Beliau berkata matlamat utama adalah untuk mengembalikan dana yang dipercayai disalahgunakan, sebanyak kira-kira AS$3 bilion kepada rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada dana ini telah "lesap" termasuk membayar hutang judi dan "perbelanjaan gaya hidup".

Ini sebabnya, kata beliau mengapa pelucutan hak sivil itu terpaksa dibuat pada kadar segera walaupun siasatan masih sedang dijalankan.

Lynch berkata kelewatan lanjut boleh menyaksikan aset dipindahkan kepada pihak lain, menjadikannya lebih sukar untuk dirampas.
-mk




ULASAN GB

GB dah ulas sebelum ini. Hukum kebenaran akan terus berjalan. Ia terpampang jelas. Laksana sinar mentari yang menyinar, kadang-kadnag terlampau terangnya cahaya matahari kita tidak dapat melihatnya. Cuba anda perhatikan sang mentari sewaktu tengahari semasa ia sedang terik memancar. Apa yang akan anda lihat pada matahari itu? Ya, tidak dapat melihat apa-apa. Gelap gelita. Untuk yang bijaksana pula, pejamkan mata, tenung dengan mata hati dan akan terjumpa jawapan dicari. Si bijaksana always read between the lines... Jika sudah jumpa, kita tidak mampu berdalih.... jika berdalih juga kita menipu diri kita sendiri...

Walaupun ada usaha untuk menafikan siapa sebenarnya "Malaysian Official 1" tetapi jawapannya sudah ada di dalam saman sivil Department of Justice itu sendiri. Terang dan jelas.


Mereka yang menafikan, teruskanlah menafikannya. Kita tidak ada hak untuk menghentikannya. Dan kita tidak pula menuduh si anu bin si anu secara pasti. Tetapi kita hanya memaparkan apa yang telah ternyata sahaja.

Di sisiNya, yang bersalah akan tetap bersalah. Yang menyokong dan membela pesalah pula tetap dikira bersubahat. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Kesemuanya akan terima hukuman Allah swt. Antara cepat dengan lambat sahaja. Jika tidak di sini tetap di sana hukuman menanti. Hukuman Allah pelbagai cara. Mungkin masih ada yang nak mencabar Allah untuk menunjukkan kuasaNya, teruskan mencabar.... tetapi Allah swt sudah memberikan amaranNya:

Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka tatkala mereka saling bertengkar. - Yasin:49

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia - Yasin:82

Itu keyakinan orang beriman!

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu ditegakkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba'ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً

Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqa

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.






FEATURED ADS
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad

Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

Tiada ulasan: