Rabu, 20 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Iskandar Tempelak Ulama PAS Duduk Dalam Perigi Buta

Posted: 20 Jul 2016 02:05 AM PDT

Mereka duduk dalam perigi buta, kata Iskandar kepada ulama Pas

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Samad menyifatkan pihak yang membuat kenyataan kononnya wakil rakyat di Selangor yang mempertahankan kerajaan negeri sebab sayangkan jawatan sebagai pihak yang duduk dalam perigi buta.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu melalui facebooknya menulis, ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.


"Jawab saya mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008," tulis beliau dalam facebooknya.

Iskandar dipercayai menjawab dakwaan ulama Pas yang mendakwa ada pihak yang 'sayangkan jawatan' di Selangor.

Ini ekoran tindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan gencatan serangan di kalangan pembangkang bagi melawan Umno dan BN.

Iskandar sebelum ini telah membuat kenyataan menyokong saranan Tuan Ibrahim itu namun tidak disenangi oleh banyak pihak dalam Pas yang mahu kekal tidak mahu berbincang khasnya dengan DAP dan Amanah.

Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."

"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."

Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.

1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripadajawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8. Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

"Marilah kita perbetulkan hati dan tindakan," tulis beliau dalam posting itu.

Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib yang juga Exco kerajaan Negeri Selangor mengesahkan wakil rakyat Pas di negeri itu menandatangani surat sokongan kepada Tuan Ibrahim itu.

Mereka mahu pembangkang mempastikan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun sebelum ini, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan balasnya berkata, Pas hanya sedia bekerjasama dengan mereka yang menerima acuan Pas sahaja.

Pas telah berpecah dari Pakatan Rakyat selepas bertembung dengan DAP.

Pas kemudiannya berpecah dua sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden Pas.


ULASAN GB

No komen. Cuma gambar ini agak menarik.





IKLANKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN ANDA DI SINI

Iklan ini dinamakan FEATURED ADS berada di bawah artikel yang disiar di blog ini.
Ia membolehkan pengiklan mendapat respons yang lumayan dan pantas dari pengunjung blog kami.

Banner berukuran 355 x 100 px.
(Banner ukuran lain sila email kami untuk quotation)

RM5 sekali siar di satu artikel
RM8 sekali siar di dua artikel berturut-turut
RM10 sekali siar di tiga artikel berturut-turut
RM100 sekali siar di kesemua artikel berturut-turut untuk tempoh 1 minggu
RM300 sekali siar di kesemua artikel berturut-turut untuk tempoh 1 bulan

Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

Kumpulan "Erdogan" Malaysia Dicemburui Pewala PAS

Posted: 19 Jul 2016 11:08 PM PDT

Malaysia perlu belajar daripada rakyat Turki

Rakyat Malaysia perlu belajar daripada kematangan politik rakyat turki dalam mempertahankan kerajaan pilihan mereka daripada sebarang cubaan rampasan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat Turki telah memperlihatkan bahawa kerajaan demokratik perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.


"Malaysia harus ambil iktibar daripada insiden ini. Rakyat Turki telah menyatakan kecintaan kepada demokrasi dengan mahu segala proses perlu melalui saluran demokrasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai pertemuan Pakatan Harapan dengan Duta Besar Turki di Malaysia, Başak Türkoğlu di pejabat kedutaan itu di ibu negara petang ini.

Turut serta pada pertemuan itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anuar, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir, Pengarah Strategi Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua Pemuda Amanah Wan Anwar Wan Ibrahim dan Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar.

Turut menyokong pandangan itu, Nurul Izzah dan juga Teresa yang masing-masing mahu kefahaman serupa dibina di Malaysia.

"Kita harus bina kefahaman ini untuk pertahan demokrasi di negara kita dan desak pilihan raya adil tanpa rasuah di Malaysia," kata Nurul Izzah.

"Saya kagum melihat rakyat dan seluruh parti politik Turki bersatu kutuk kudeta. Saya berharap budaya ini dikekalkan untuk pertahan sistem pemerintahan demokrasi," ujar Teresa.

Pertemuan 40 minit itu antara lain bagi menyatakan penolakan terhadap cubaan rampasan kuasa oleh segelintir kecil tentera dan mendokong kerajaan pilihan rakyat Turki pimpinan Recep Tayyib Erdogan. -MD




ULASAN GB

Pada satu ketika dahulu semasa berlaku pertembungan diantara kumpulan progresif dan konservatif dalam PAS, kumpulan profesional dalam PAS ini digelar kumpulan sebagai kumpulan Erdogan kerana pendekatan mereka yang sederhana dan moderat malah dituduh tidak islamik.


Sebagaimana pertembungan dalam PAS, Erdogan sendiri bertembung dengan kumpulan konservatif dalam parti asalnya iaitu Refah pimpinan Necmetin Erbakan. Erdogan menubuhkan AKP manakala penyokong Erbakan menubuhkan Saadet, tulis Zulkifli Sulong.

Ketika berkunjung ke Turki, kumpulan profesional yang menyokong Erdogan dalam PAS akan menemui pemimpin AKP manakala kumpulan pro-ulama yang menyokong Erbakan akan menemui pemimpin parti Refah di Turki.

Setiap kali Pas ke Turki, Pas berjumpa Parti Refah, bukan AKP. Terbaru beberapa minggu lepas, Ust Hadi Awang pergi Turki, juga meminggirkan AKP. Bagi Pas, AKP ni Parti sekular, keluar dari jemaah Islam Refah.

Pas juga merendah2 kan Erdogan, iaitu pada 2008, ketika Agamawan ingin menjatuhkan golongan "Sekular & Profesional" dlm Pas, Pas menggelarkan pemimpin itu sebagai Kumpulan Erdogan & Anwaris. Ketua Erdogan ialah Husam Musa. Pas tak layak berbangga dgn AKP.

Parti Refah juga menggelarkan AKP sebagai Parti Pengkianat perjuangan Islam sebagaimana tuduhan Pas kepada Amanah hari ini! HDZ Ahmad.

Kumpulan PAS tak suka Erdogan sebab mereka lebih sokong Parti Saedat (sebelumnya bernama parti Refah -GB) yang perjuangannya macam PAS kat Malaysia, tulis Teuku Zacharyah Iskandar pula dalam laman sosial ketika berdebat dengan penyokong kepimpinan ulama.

Apabila Erdogan bersama parti AKPnya telah menempa kejayaan demi kejayaan di dalam membangunkan negaranya, dan yang terbaharu, menggagalkan rancangan kudeta oleh pihak tentera, golongan konservatif PAS sudah enggan untuk memanggil golongan progresif yang telah menyertai AMANAH sebagai Erdogan.

Mereka semacam menyesal melabelkan kumpulan progresif itu sebagai Erdogan kerana Erdogan sudah dilihat sebagai lambang dan ikon kejayaan dan kemenangan Islam zaman mutakhir ini.

Sedangkan sebelum ini bermacam-macam gelaran lain diberikan terhadap kumpulan Erdogan ini seperti "Anwarinas", "Liberal", "Barua", "Broker", "Tolol", "Jebon" dan lain-lain.

Selepas era kegagalan kudeta di Turki beberapa hari lepas, geng ulama PAS mula memburukkan semula pemimpin AMANAH dengan menyatakan mereka bukan Erogan dengan menunjukkan foto seorang amoi yang bergambar dengan Presiden AMANAH kononnya Presiden AMANAH tak layak digelar "Erdogan Malaysia". Itu saja tahap kempampuan mereka untuk merendahkan kumpulan yang mereka sendiri dahulu copkan sebagai Erdogan.

Sedang almarhum TGNA sendiri semasa hayatnya memuji jika benar wujud kumpulan Erdogan di dalam PAS. seperti yang dituduhkan oleh Geng Ulama waktu itu yang menyebabkan geng ulama tidak berjaya mengusir kumpulan Erdogan ini dari kepimpinan PAS sehinggalah TGNA kembali ke rahmatullah.


Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, Erdogan merupakan orang telah berjaya menyatukan rakyat di Turki dan kumpulan inilah juga yang bakal membawa obor kejayaan untuk rakyat Malaysia.

PAS yang selama ini menyokong parti Saedat yang sudah tidak layak berada dalam parlimen kerana mendapat undi kurang dari 10% kerana ditolak oleh rakyat Turki sendiri dan insyaAllah, itulah juga yang bakal berlaku kepada PAS di Malaysia.


Tiada ulasan: